Thursday, 29 November 2012

PEMIMPIN PERAK SANGAT BERANI TAPI IA TIDAK SE CERDIK SULTANNYA


Konflik budaya politik Perak harus dihentikan

MENGENANG MASA SILAM
PARA POLITIKUS NEGERI PERAK 1960 - an

Sesiapa jua yang kerjayanya, penulis dan wartawam tidak dapat tidak akan terlibat dalam mana-mana juga institusi masyarakat dan politik. Aku adalah wartawan yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Aku berpendapat; tidak semua parti-parti politik itu tidak baik tujuan dan kerjanya dan tidak semua pula parti politik-parti, termasuk yang menerajui kerjaan itu baik atau betul tujuan dan amalannya.

Pada tahun-tahun 1963 – 1969 Negeri Perak telah diterajui oleh Menteri Besar, Dato’ Ashaari bin Shafie, lepasan sekolah menengah junior school, bekas Pegawai Kawalan Makanan dan sebelum menjadi ahli Dewan Undangan negeri (Senggang), dia berniaga kopi serbuk. Kerana dia berniaga kopi, maka gelaranya ’Shaari kopi’.

Ashaari telah mengalami jalan sukar pada tahun ketiga hingga tahun akhir dia memegang jawatan Menteri Besar Perak. Wakil peribadinya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Senggang), Shafie bin Mat telah mengambil kesempatan ’melawan taukeh’ untuk melemahkan kedudukkan Ashaari sebagai ahli Dewan Undangan Negeri dan Menteri Besar Perak, disamping menjadualkan masa depannya dalam parti politik. Dia telah bekerjasama dengan golongan penentang Ashaari yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Lengong), Dato’ Ahmad bin Said, Dato’ Haji Kamaruddin bin Mat Isa (Batu Kurau), Wan Othman (Kampung Pauh) dan beberapa orang tokoh-tokoh Hilir Perak, Sulaiman Bulon.Dia bekas Penolong Penghulu Mukim di Lambor, Perak.

PENYOKONG KUAT
Sulaiman Bulon telah mendapat sokongan daripada kalangan UMNO yang menentang Ashaari, di antaranya Mohd.Said Abu Bakar, Syed Othman bin Syed Abdul Hamid, Megat Fadzil dan beberapa orang lagi.

Manakala kalangan UMNO Hulu Perak turut menentang Ashaari dan mereka telah menamakan orang kuat mereka, Ahmad bin Said, ahli dewan Undangan Negeri (Lengong), iaitu penyokong kuat Ghazali Jawi yang telah diangkat oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menjadi Duta Persekutuan Tanah Melayu, ke Republik Arab Bersatu, Mesir.

Pada masa itu, aku sebagai wartawan telah mengikuti krisis yang berlaku di kalangan ahli-ahli UMNO, di Kuala Kangsar khasnya dan seluruh negeri Perak amnya dengan penuh tumpuan. Aku telah mendapati krisis itu bukanlah kerana kepentingan rakyat atau kepentingan negeri, tetapi berkedaan seperti sekawan gagak merebut seketul bangkai sahaja, kerana negeri Perak pada masa itu kaya dengan hasil bijih timah, batu besi dan kayu balak.

Kesempatan dari krisis itu, maka berlakulah; siapa yang rapat dengan orang yang berkuasa dan sanggup pula melakukan rasuah akan menjadi orang kaya segera, iaitu saudagar lombong, saudagar batu besi atau saudagar kayu balak.

MENUTUP KRISIS
Dalam krisis politik antara Shaari dengan Sulaiman Bulon, sama ada pihak Shaari mahupun pihak Sulaiman Bulon banyak bergantung kepadaku untuk mendapatkan publisiti dalam surat khabar. Berita Harian telah memberi tumpuan kepada krisis UMNO di negeri itu dan berbeda dengan surat khabar lain yang seolah-olah mehu menutup krisis yang berlaku.

Oleh kerana aku rapat dengan Tunku Abdul Rahman, maka Mohd. Said Abu Bakar orang-orangnya telah meminta aku menyertai satu rombongan yang terdiri dari ahli-ahli UMNO, termasuk anggota-anggota kaum ibu dari Kuala Kangsar untuk menemui Yang Dipertua Agung UMNO, Tunku Abdul Rahaman, di kediamannya di Kuala Lumpur.

Rombongan UMNO dari Kuala Kangsar itu, bertujuan untuk menyerahkan satu memoradum kepada Tunku Abdul Rahaman, supaya Ashaari diberhentikan dari jawatan Menteri Besar Perak dan diganti dengan Sulaiman Bulon.

Kami telah pergi ke kediaman Tunku Abdul Rahman dengan menumpang dua buah bas sewa khas. Dalam pertemuan kira-kira satu jam pada waktu malam dengan Tunku Abdul Rahaman itu, beliau telah memberitahu, yang beliau tidak dapat memberhentikan Ashaari dari Menteri Besar Perak, tetapi berjanji akan melantik Sulaiman Bulon untuk memegang jawatan Timbalan Menteri Besar negeri itu. Tunku telah meminta tempoh sementara dia berunding dengan Sultan Perak, Sultan Yusof Izzuddin Shah kerana dalam perlembagaan Negeri Perak, tidak termaktub jawatan Timbalan Menteri Besar.

MENTERI BESAR
Pada malam itu juga satu rombongan dari Hulu Perak telah berhimpun di halaman kediaman Tunku Abdul Rahman. Beberapa orang wakil mereka telah masuk menemui Tunku untuk menyampai surat yang mengandungi permemintaan Tunku supaya melantik Ahmad bin Said memegang jawatan Menteri Besar Perak menggantikan Ashaari Shafie.

Setelah bertemu dengan kami dan rombongan UMNO Lengong, Tunku berangkat masuk ke kereta rasminya kerana hendak pergi ke satu majlis jamuan. Sebaik-baik sahaja kererta rasmi Tunku bergerak atas halaman kediamannya, tiba-tiba orang yang dicadangkan akan mengganti tempat Shaari Shafie itu berbaring di hadapan kereta Tunku. Pemandu kereta Tunku terpaksa memberhentikan kereta yang sedang dipandunya dan Tunku telah keluar dari keretanya untuk memujuk orang itu. Tunku telah berjanji, apabila sampai masanya, beliau akan mengemukakan nama orang itu kepada Sultan Perak agar dilantik memegang jawatan Menteri Besar Perak.

Kira-kira sebulan kemudian, Suliman Bulon telah dilantik oleh Sultan Perak untuk memegang jawatan Timbalan Menteri Besar negeri itu. Jawatan itu hanya pada nama, kerana dalam perlembagaan negeri Perak tidak ada jawatan tertsebut. Timbalan Menteri Besar sama dengan taraf anggota Ahli Majlis Kerajaan (exco) kanan sahaja.

Kedudukan Sulaiman Bulon tidak selamat, kerana kumpulan UMNO Hulu Perak telah mendapat sokongan dari semua bahagian UMNO negeri itu. Apabila berlangsung pilihanraya 1969, Ahmad Said (Lenggong) telah dilantik oleh Sultan Perak. Almarhum Sultan Yusof Izzuddin Shah untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak.

DEWAN RAKYAT
Dalam pilihanraya 1969 Sulaiman Bulon telah dipilih oleh Presiden UMNO untuk bertanding dalam kawasan Dewan Rakyat (Hili Perak) dan dia telah menang. Selepas itu dia telah dilantik memegang jawatan Timbalan Menteri Luar Bandar. Semenjak itu negeri Perak tidak wujud Timbalan Mentgeri Besar lagi.

Setelah krisis itu berakhir, aku telah menyanjung Samad Ismail kerana dia telah menolongku akan cara-cara untuk menimbulkan pergolakan dalam sesebuah organisasi dengan menggunakan media massa. Aku telah banyak memepelajari cara dia menulis, menyelit kata-kata dan anjuran dalam tulisannya.

Satu tindakan Samad Ismail yang tidak dapat aku melupakan, ialah mengenai aku dengan Syed Jaafar Albar yang pada masa itu Setiausaha Agung UMNO. Pada satu hari Syed Jaafar Albar yang mewakili ibu pejabat UMNO telah datang ke Ipoh untuk menyelesaikan krisis UMNO negeri Perak. Sebaik-baik sahaja dia meninggalkan tempat pertemuan tertutup dengan para perwakilan dari bahagian-bahagian UMNO negeri itu, aku telah menemu ramahnya secara ekselusif di Station Hotel Ipoh.

Oleh kerana Syed Jaafar Albar telah bersahabat denganku semenjak tahun 1955 lagi, maka dalam temubual itu, dia telah tidak menyembunyikan segala butiran dalam pertemuannya dengan wakil-wakil semua bahagian di negeri Perak itu. Pendeknya dia telah meluahkan semuanya kepadaku. Tetapi dia sering mengingatkan aku mengenai percakapannya itu dengan ’on the record’ (boleh disiarkan) dan ’off the record’(tidak boleh disiarkan).

BERITA PENTING
Setelah selesai pertemuanku dengan Syed Jaafar Albar, aku telah menelefon kepada Samad Ismail meberitahunya yang aku telah menemubual Setiausaha Agung UMNO itu. Dia telah menyuruhku datang segera ke pejabat Berita Harian, di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Aku telah tiba di pejabat Berita Harian pada petang itu dengan menumpang teksi Ipoh-Kuala Lumpur. Setibanya aku di pejabat Berita Harian, Samad Ismail telah menyuruh aku membaca catatan percakapan Syed Jaafar Albar. Dia telah menyuruh aku menggunakan percakapan ’off the record’ Syed Jaafar Albar sebagai berita penting. Manakala percakapan’ On the record’, telah diketepikan. Berita itu telah disiarkan pada muka hadapan Berita Harian keluar esok pagi.

Sambil menulis berita itu di hadapan Samad Ismail, aku telah berfikir; dia rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO, tetapi mengapa dia menghendaki aku menulis berita yang akan merumitkan lagi masalah menyelesaikan krisis dalam UMNO negeri Perak. Aku telah menaruh suatu sangkaan terhadapnya.
Pada esoknya, kira-kira jam 9.00 pagi, Syed Jaafar Albar yang berada di Baling, Kedah, telah menelefon kepada Samad Ismail. Dia telah memberitahu Samad Ismail yang aku telah menyiarkan caka-cakapnya yang tidak boleh disiarkan. Dia kesal kerana Samad Ismail telah menyiarkan berita itu. Berita tersebut akan menambah buruk lagi krisis di kalangan UMNO negeri Perak, tetapi Samad Ismail telah menepis, kononnya dia tidak tahu hal itu, ”...Mokhtar Petah yang tulis berita itu...,” kata Samad Ismail.

PEMIMPIN NEGARA
Samad Ismail berkata kepadaku kemudiannya, ” ...biarkan UMNO Perak itu berkrisis..., kita orang surat khabar nakkan news....”.
Kata-kata wartawan terkenal di Indonesia, Mochtar Lubis kepadaku, bahawa siapa sahaja pemimpin negara di dunia ini, dia adalah bahan perniagaan bagi industri media. Ertinya industri media mendapat keuntungan dari bangun dan jatuh seseorng pemimpin, semua ucapan mereka sama ada baik atau tidak baik menjadi bahan perniagaan juga.

Seminggu kemudian, pada waktu aku bertemu dengan Syed Jaafar Albar, dia ketawa terbahak-bahak, kerana berita itu telah menjadi ubat kepada penyakit dalam UMNO negeri Perak.

Dalam pergaulanku dengan Samad Ismail, aku mendapati dia seorang yang ada prinsif dalam hidupnya. Kerana dia seorang wartawan, seperti juga wartawan-wartawan lainn di seluruh dunia; dia sering menimbulkan perasaan kacau atau bercelaru dalam minda orang ramai dengan penanya.

PIHAK TERTENTU
Aku menyanjungi Samad Ismail sebagai seorang wartawan, politikus, intelektual tidak menganut sebarang isme atau fahaman, lebih-lebih komunisme seperti yang ditohmahkan terhadap dirinya oleh pihak-pihak tertentu pada beberapa tahun lalu.

Waktu ini juga Samad Ismail sudah mulai berjinak dengan politik, pada mulanya belajar pada Ishak Haji Muhammad hingga membawa kepda berkenalan dengan tokoh nasionalis terkenal, Ibrahim Yaakob, Yusof Ishak dan kemudiannya Rais Abin, Duta Besar Indonesia pertama ke Tanah Melayu selepas mencapai kemerdekaan daripada Belanda. Dalam hubungannya dengasn ejen-ejen Indonesia pada zaman revolusi menentang Belanda itu, A.Samad Ismail bersama Rais Abin turut menyeludup senjata kepada kumpulan-kumpulan yang bergerak di pulau-pulau selatan dan sempat juga bertemu Soekarno, Adam Malik dan Hatta. Ketika itu Samad Ismail menjadi ahli Kesatuan Melayu Muda dan KRIS (ringkasan dari Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung) – Mohd. Said Abdul Hamid.

(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

amukanmelayu - Berebut Tahta, berebut kuasa dan berebut harta adalah sifat semula jadi Islamelayu

2012 - NAK PAU KAYA ATAU PAU KACANG?


No 2 - 'Serang Dan Perang'


The UMNO General Assembly is on. On Tuesday 27th November the party Deputy President Tan Sri Muhyiddin Yasin delivered a keynote address to the Wanita, Pemuda and Puteri wings.  

This is the last UMNO Assembly before the General Elections. The party is united, tight in their formations and walking in lockstep. Party unity is extremely important and this time around there are no doubts or frustrations with the President and his Deputy. These are the two most important positions in the party. One leads. The other can replace him (ha ha ha).

I recall just before the 2008 elections, we were all plotting how to bring down the party president at that time. It is a great strength (and weakness) in UMNO that we do not throw out the president like they do in the Arab countries. If we had done that, it would have saved us a lot of trouble. But the party is fairly well disciplined. So the members used the long winded route - they voted against UMNO in the general elections. That is how the Pakatan Riot dunggus won the five states and the 2/3 majority was lost.  Please dont even for one minute think that the Pakatan won because they had their own strengths or attradctions. Do not be delusional.

The Deputy President's speech provides ample evidence of this. Tan Sri Muhyiddin has made a fighting speech. The speech has really roused the troops. I think we can have the elections next week. The boys and girls are ready.  

Before I get too carried away here are some main points from Muhyiddin's speech: 

Politik Perkongsian Kuasa
7.     Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun kita mempunyai lebih banyak bangsa, kaum dan suku kaum. Negara kita dipagari daripada malapetaka besar yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Dengan izin Allah s.w.t kita dapat hidup dalam suasana yang aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.  
This is a statement of fact by Muhyiddin. Despite the MCA and Gerakan getting their butts kicked there are still 17 Chinese Ministers and Deputy Ministers in the Cabinet.  Nowhere else in the world can we find a country where a minority people with less than 25% of the population hold 17 important Ministerial positions in Government.  The Indian and other minority communities are also well represented in the Cabinet.

11.   Meskipun begitu, bagi puak yang keras dan melampau dalam pemikiran dan tindakan politik, mereka sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan agama yang sempit bagi menagih laba politik. PAS sebagai contoh pernah menuduh UMNO sebagai parti sekular, parti taghut, parti mustakbirin, parti fir’aun, parti kafir semata-mata kerana kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Barisan Nasional.   PAS menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka.
This is a relevant point about PAS. I want to ask the non Muslims. Ponder this - when PAS talks about hudud, kafir and speak against secularism who do you think they are appealing to? To you the non Muslims? Dont be stupid ok. 

Theirs is a very narrow and very racist appeal to the Malays. And when PAS talks about hudud, kafir and talk against secularism who do you think they are directing their poison at?   Mahatma Gandhi? Jangan jadi bodoh. They are pointing their spears and swords at you - the non Muslims.  You are the folks who support secularism. You are the folks who are against hudud.  So when the PAS accuses UMNO of being "parti sekular" they are actually talking about you - the non Muslims.  

DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci Barisan Nasional,  supaya orang bukan Melayu menyokong mereka.
Hakikatnya, sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman bukannya UMNO, Sebaliknya ia didalangi oleh PAS dan DAP.  Merekalah yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita.
Spot on Tan Sri. While PAS has been appealing to Malay racial sentiment disguised as religion the DAP has been appealing to narrow Chinese racial sentiment disguised as 'Malaysian Malaysia'.  And here is something interesting about the DAP and PAS. Ha ha ha. Read and laugh.
PAS dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama. Mereka masih sangat berbeza dari segi ideologi dan pendirian politik.  Sehingga ke hari ini PAS dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara, dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza. 
Di Pulau Pinang misalnya, DAP tidak mahu berkongsi kuasa pun dengan PAS. Walaupun PAS mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, wakil rakyat PAS sehingga kini tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. DAP sebaliknya lebih rela menyerahkan portfolio agama kepada PKR.  DAP tidak percaya kepada PAS.
Folks did you know this? I did not realise this. There is only one PAS ADUN in Penang. Yet the DAP has refused to let him in the State Exco. Talk about power sharing. Kasi chan lah kepada ADUN PAS itu? Takkan biar dia jadi Lone Ranger saja? 

Di Kedah pula, wakil rakyat tunggal DAP tidak berada dalam barisan Exco Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS. Hari ini, apabila kerajaan PAS Kedah membuat peraturan atau dasar yang condong kepada Islam, yang menentang bukannya wakil rakyat BN, tetapi DAP.
Ha ha ha. Tit for tat. You burn my serban I burn your turban. So in Kedah the sole DAP rep has not been given a seat in the Exco either. PAS has shut them out.  

19.   Ternyata, PAS hanya melukut di tepi gantang. PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada PAS dirampas oleh DAP dan PKR. Sungguh malang bagi PAS. Bagai kisah si lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas. PAS berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan PKR. Bagi DAP dan PKR, PAS hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut kuasa.
Here are some other sharp observations by Muhyiddin :
"dalam pilihanraya tahun

1969, PAS bertanding 62 daripada 144 kerusi Parlimen, 
1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, 
1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, 
1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, 
2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan
2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen.
Ironinya, jika PAS menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, PAS tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. Apatah lagi, pencapaian terbaik PAS ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999.
Saudara-saudari, PAS hanya menang semua kerusi yang ditandingi sewaktu berada dalam Barisan Nasional dalam pilihanraya 1974.
Manakala, dalam semua pilihanraya yang lain, jumlah kerusi yang PAS kalah lebih besar daripada jumlah kerusi yang dimenangi.
Janganlah bermimpi di siang hari. Janganlah berbohong kepada pengundi. Jauh panggang dari api. Takkanlah DAP yang rasis lagi cauvinis, takkanlah PKR yang rosak lagi merosakkan, akan menyokong usaha PAS.
Alamak, in 2008 PAS only contested 66 Parliamentary seats out of 222. So how can their fisherman Hadi Nelayan become the PM? Even if they win every seat they contest their Hadi Nelayan cannot become the PM. Nak buat hudud pun tak boleh. They are just bullshitting the Malay people. Membohong. Mimpi di siang hari.

Dengan kedudukan PAS yang lemah, agak pelik bagi kita apabila dalam Muktamar PAS baru-baru ini, ada perwakilan parti itu yang mencadangkan Presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang.
Persoalannya, bolehkah Presiden PAS menjadi Perdana Menteri jika jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti itu adalah kecil, dan DAP pula tidak menyokong mereka? Tentu sekali jawapannya tidak boleh.  Jika tidak boleh, dan saya pasti mereka pun tahu ianya tidak boleh, mengapa dikemukakan juga cadangan itu?"

I think this is why Harakah daily ran this picture of Hadi Nelayan on THEIR FRONT PAGE.  They know Hadi is only fit to be a nelayan.  Even the Harakah has no confidence in Hadi as Prime Minister.


PKR tidak percaya kepada DAP, DAP tidak percaya kepada PKR, dan kedua-dua DAP dan PKR tidak percaya kepada PAS.
..pembangkang telah awal-awal lagi memungkiri janji mereka. Hari ini, apabila ada akhbar yang mendedahkan kepincangan mereka, mereka bergegas ke mahkamah menyaman akhbar berkenaan. Jumlah saman bukannya sedikit. Misalnya, nilai saman mereka ke atas sebuah akhbar arus perdana sejak tahun 2008 mencecah 1 bilion ringgit. Dengan jumlah sebesar ini, pembangkang di negara kita mencipta rekod dunia mengemukakan jumlah saman yang paling besar kepada sebuah akhbar."
".pembangkang juga menghalang akhbar-akhbar tertentu daripada membuat liputan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh mereka, termasuk di sidang-sidang Dewan Undangan Negeri. Inilah sebenarnya taktik kotor pembangkang untuk menutup kepincangan dan membisukan pengkritik mereka."
This one I want to claim some credit for saying from much earlier that the Pakatan do not believe in freedom of speech and democracy. Their libel suits total more than RM1.0 billion already? Wow!! They really want to shut up the media. And yes they have banned the media from covering their events. And they call themselves democratic?

To all you dunggu Pakatan supporters out there. Can you use your brains for five minutes. Please go and buy a copy of the Harakah - the PAS newspaper. You will find all sorts of lies and distortions about the BN, UMNO and the Government in that newspaper.  You will never find even one good word about the Government in the Harakah. These are simple facts that YOU can verify yourself. The Harakah really hates the Govrnment.  But here is a question - has the Harakah ever been banned from covering Government events?  What about the Rocket? Has the DAP's Rocket ever been banned from attending Government functions? I dont think so. So who is democratic and who is not?  Munafiks please answer honestly. 
Kita fikir lebih baik Ketua Pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati pemilihan PKR. Kita hendak tengok apa komen pemerhati asing mengenai PKR. Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adilkah pemilihan PKR? Demokratikkah PKR apabila Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi Ketua Umum parti tanpa melalui proses pemilihan? Malah jawatan itu pun tidak ada dalam Perlembagaan parti. Apakah sah kedudukan Ketua Pembangkang dalam partinya sendiri? Perkara seumpama itu hanya boleh berlaku dalam sebuah parti yang dikuasai oleh seorang diktator, bukan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi. Daripada Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, parti itu ibarat Parti Keluarga dan Rakan-Rakan (PKR).
Ha ha ha.  Good one Tan Sri. Ask Gobala to head an independent panel of observers to observe the PKR party elections. It was so full of fraud and rigging. Zaid Ibrahim quit the party over the voting fraud. Gobala has been yelling at the top of his voice that the PKR party elections were rigged.  Munafik, munafik.
Tan Sri Muhyiddin quoted four different verses from the Quran in his speech. Here is one :

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.  -   (Surah Al Ma’idah, Ayat 8)
We will always keep this in mind. Finally here are Tan Sri Muhyiddin's closing remarks to UMNO : 
Gempurlah musuh kita. 
Pantang anak muda menyerah. 
Jangan biarkan walau setapak mereka melangkah. 
Turunilah ke setiap kota, desa dan lurah. 
Dekatilah generasi muda dengan hikmah.
Berjuanglah dengan tabah. 
Adat bertarung menjunjung maruah. 
Membujur lalu melintang patah.
Very well said Tan Sri. We are ready

amukanmelayu - PAU 2012 selembut PAU BERINTI KAYA MADE IN PUTERI

PENDEBAT UMNO BAGAIKAN KHATIB MEMBACA TEKS KHUTBAH


Perhimpunan Umno 2012 - Ke tiga-tiga Sayap SYOK Sendiri...... 

   

PEMUDA UMNO - Songkok(Mereng)Tinggi Belum Tentu Tinggi Semangatnya


APAKAH kedinginan Perhimpunan Agung Umno ini disebabkan kerana musim banjir dan air termenung? amukanmelayu lebih selesa dengan UCAPAN TANPA SKRIP....hujah-hujah bernas yang menjadi trade Mark perhimpunan itu, baik pemuda, wanita atau puteri seperti dulu-dulu. 
Namun kali ini, boleh dikatakan tidak terdapat pendebat-pendebat yang boleh meransang minda, sebaliknya pendebat, sangat bergantung kepada skrip yang disediakan.
Pendebat, sangat terikat dengan satu skrip.. membelasah pembangkang, termasuk ucapan Perasmian Tan Sri Muhyiddin. Segala intipati ucapannya juga adalah di ceduk dari pendapat penganalisis politik dan petikan sebahagian dari pendapat BLOGERs yang UMNO atau Pro UMNO. Menghenyak PAS dan PKR mungkin baik, tapi membelasah Anwar, Hadi dan Tok Guru berlebihan adalah kurang baik.....kalau di amati GAYA politik PAS dan PKR.....mereka lebih "Tidak Terasa" jika parti yang di belasah...tapi jika "IDOLA" mereka yang di belasah.....ini berti kita telah menyisih atau menyingkirkan sebahagian dari anak-anak kita yang "NAKAL" dari rumah kita.

Membelasah DAP dan pemimpinnya adalah satu keputusan yang tepat.....ini kerana bukan semua cina suka dengan cara DAP. Tektik "MENGGERTAK" peniaga dengan "KETIDAK KESTABILAN POLITIK" boleh menjejaskan urusan perniagaan dan pelaburan adalah satu modal yang baik di mana banyak negara-negara yang kecelaruan politiknya telah banyak "MEMISKINKAN" parapeniaga tidak di gunakan sepenuhnya.....walau pun ada sedikit mengenai FIJI yang di sentuh oleh Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, ucapan pengolongan sama ada daripada Pemuda, wanita mahupun Puteri, banyak berisi buah "Mat Kepong", bahawa Umno adalah petarung yang sungguh handal, tidak gentar berhadapan dengan sesiapapun, walhal kalu di tengok secara realiti.....kini hampir seluruh kampung dan desa ketiga-tiga sayap ini menikus dengan meninggalkan saf perjuangan. Contohnya AJK Masjid....bila tidak dilantik lagi atau Kawasan Dun atau Perlimen yang jatuh ketngan PR, hampir tiada langsung Orang UMNO yang pergi bersolat di Masjid tersebut. Begitu juga dengan Program Kemasyarakatan, Gelanggang futsall terbiar, padang bola menjadi hutan, IKS dan Industri desa terbiar, dewan atau pusat komoniti di tinggalkan begitu sahaja. "Bukankah Ini Menikus Namanya?"....adalah di harapkan....semua Masjid Khususnya di 5 Negeri terbabit hendaklah di penuhkan oleh UMNO...biarkan saf pertama dan kedua di isi "Mereka" tapi saf yang ketiga, ke empat dan seterusnya telah lama kosong yang sebenarnya tidak mampu diisi mereka. Saf inilah yang sepatutnya diisi oleh 4 sayap sebenarnya. Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri.

Inilah sebenarnya amukanmelayu nampak sayap pemuda, wanita mahupun puteri gagal melontarkan hujahan yang bersifat menyeluruh, yang mencerminkan bahawa semua rakyat adalah penyokong Umno dan Umno adalah payung kepada rakyat secara keseluruhannya. Tiada kedengaran "PR tidak kuat, tapi UMNO yang gagal mendekati raayat". Kerana semua skrip telah di olah sedemikian rupa......dan TERLEBIH awal Rais Yatim telah ingatkan jangan DUK GELAK LEBIH SANGAT...... takkan Pemimpin UMNO sekarang dah tak boleh di usik atau terlalu nak menampakkan serius...sehingga semunya dah menjadi ROBOT.

  Amukanmelayu mengharapkan para pemimpin pelapis UMNO ini sedar akan hakikat realiti bahawa tidak semua rakyat menyokong Umno atau BN, tetapi sebagai parti yang besar yang mempertahankan kerajaan dan seterusnya mahu terus memerintah, Ketua-ketua cabang dan pendebatnya seharusnya memperlihatkan dasar UMNO dan halatuju yang jelas mendidik, memperkukuhkan jati diri menjadikan satu maklamat memperjuangkan kemahuan segenap masyarakat menjadi SATU, yang akan dengan sendirinya menampakkan perjuangan PEMBANGKANG menjadi sia-sia kerana UMNO telah jauh kehadapan dan kenapa kita perlu sekali lagi bermula dengan KOSONG. Dengan itu penyokong ataupun pembangkang akan dengan sendirinya akan  tertanam dalam benak hati mereka, winner take all.
Semoga esok, melalui ucapan dasar Presiden Parti, konsep 1Malaysia diberi keutamaan, agar seluruh rakyat merasakan, Umno itu menjaga semua rakyat negara ini, tanpa melihat latarbelakang, baik bangsa mahupun agama.  Melalui pendekatan itu, maka secara automatik menjawab tohman pembangkang bahawa Umno atau BN zalim adalah mainan politik.

Wednesday, 28 November 2012

PUTRI TAK KELIHATAN SEBAB TERLINDUNG DI SEBALIK TUBUH KAK NAH



Puteri Umno Dekati Pengundi Atas Pagar Supaya Sokong Kerajaan

KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri Umno sedia mendekati golongan pengundi atas pagar bagi mengenal pasti kemahuan serta kehendak mereka supaya mereka dapat membuat pilihan yang tepat dengan menyokong kerajaan apabila tiba pilihan raya umum ke-13 nanti.
Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata untuk tujuan itu Puteri Umno akan menubuhkan sebuah skuad penggerak bagi mengenal pasti keperluan mendesak golongan pengundi atas pagar itu.
“Skuad ini akan mengadakan survei mengenai kemahuan mendesak mereka. Kehendak mereka mudah berubah dan skuad ini perlu mendekati mereka setiap masa hatta sehingga hampir tiba saat pilihan raya.
“Kemahuan mereka akan disampaikan terus kepada kerajaan,” katanya dalam ucapan dasar bertajuk ‘Juang’ pada persidangan perwakilan pergerakan itu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Turut hadir tiga anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Rosnah berkata untuk tujuan itu juga Puteri Umno menubuhkan sebuah skuad pemantau bagi mengenal pasti sebarang keciciran atau isu terlepas pandang.
Katanya ini penting bagi memastikan Umno tidak kehilangan undi atas sebab yang tidak dijangkakan sungguhpun kerajaan telah menjalankan pelbagai program termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
“Puteri juga mahu mempergiatkan usaha Cyber Troopers untuk terus mendekati rakyat supaya program yang kita laksanakan dapat terus sampai ke peringkat akar umbi melalui maklumat dan informasi yang betul,” katanya.
Rosnah berkata Puteri Umno juga memperhebatkan lagi program santai yang melibatkan rakyat secara terus dan tidak terikat dengan protokol, dan digerakkan secara berterusan hinggalah PRU-13 berlangsung.
Bagi mendekati golongan muda secara konstruktif, Rosnah berkata Puteri Umno merancang beberapa pelan tindakan untuk memastikan golongan itu tidak tercicir daripada arus perjuangan.
Katanya langkah pertama adalah penubuhan ‘Sekretariat IDEA’ yang akan dianggotai oleh golongan wanita muda daripada pelbagai latar belakang untuk bergerak sebagai sebuah badan bebas yang akan melaksanakan aktiviti yang lebih segar dan unik.
Rosnah berkata Puteri juga mahu menggiatkan aktiviti dan kempen jelajah ke seluruh negara mempromosikan budaya politik yang bersih dan terpimpin sebagai usaha memerangi politik persepsi dan fitnah.
“Ini penting untuk memberi gambaran betapa pergerakan sentiasa mendahulukan perjuangan agama dan bangsa sekalipun perlu melalui jalan yang sukar,” katanya.
Rosnah berkata Puteri Umno akan terus giat mendekati pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia melalui pengemaskinian data pelajar di setiap bahagian.
Selain itu, katanya pergerakan berkenaan juga akan menubuhkan sebuah akademi politik dan sebuah jawatankuasa pencarian bakat yang dikenali sebagai ‘Mentor’ dengan wanita muda cemerlang dalam bidang masing-masing memberi tunjuk ajar kepada pelapis wanita muda.
Beliau berkata Sidang Kemuncak Wanita Muda Malaysia juga sedang dirancang bagi membincangkan pelbagai isu wanita muda dan halatuju masa depan tanpa mengira latar belakang politik. – Bernama

amukanmelayu - sejak Kak Nah memegang "PUTRI" ni.....penulis dah lupa apa warna baju PUTRI...., jangalah di depan President cakap BERDEGAR-DEGAR.....sedangkan najis terlekat kat GELEGAR.....

HUDUD - Sebahagian dari undang-undang ISLAM akan di tukar sesuka hati hanya kerana KUASA

Dasar Ding Dong PAS Memalukan Keseluruhan Islamelayu


Baru tengahari tadi saya menulis tentang berapa lama Pas boleh bertahan dengan desakan DAP berhubung isu undang-undang kedai rambut wanita di Kelantan. Hanya beberapa jam sahaja setelah tulisan itu disiarkan, petang ini dah keluar kenyataan yang menunjukkan tanda-tanda Pas hendak tunduk kepada desakan DAP.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Kelantan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan semua pihak daripada kalangan bukan Islam dan mencari jalan penyelesaian berhubung pertikaian isu salun Kelantan.

Pendirian ini dinyatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.


"Pas Pusat telah pun dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan bahawa mereka bersedia menimbangkan cadangan semua pihak dari kumpulan bukan Islam bagi membincangkan dan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu ini ini mengikut konsep hak kebebasan anutan orang-orang bukan Islam," kata Hadi dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Katanya, Pas memandang serius kebimbangan masyarakat bukan Islam tentang pertikaian isu ini di Kelantan.


"Pas percaya Kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam," katanya.


Kata Hadi, Pas percaya Kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam.

Beliau berkata, ini dibuktikan dengan penggubalan Enakmen Jenayah Syariah (II)) Kelantan 1993 yang tidak terpakai ke atas orang bukan Islam.

"Dalam masa yang sama, kerajaan Kelantan juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya atas mandat yang diberikan rakyat bagi memastikan kemurnian akhlak rakyat beragama Islam terus terpelihara.

"Sehubungan itu, bagi isu kedai gunting rambut ini Pas percaya bahawa maksud utama peraturan kecil ini adalah bagi tujuan tersebut (kemurnian akhlak rakyat beragama Islam)," katanya.

Sinar Harian Online



Isu Salun: Kerajaan PAS Kelantan Akan Runding Dengan Dua Pertubuhan Cina 
 
KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan berunding dengan dua pertubuhan Cina di negeri ini pada Khamis bagi mencari penyelesaian berhubung kontroversi kedai gunting rambut yang disaman Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) kerana didakwa melanggar syarat lesen.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau diberikan mandat untuk mewakili kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu itu.
Katanya, beliau dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Datuk Mohd Fadzli Hassan akan mengadakan perbincangan itu di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Khamis.
Dua wakil pertubuhan yang akan menyertai perbincangan dengan kerajaan negeri itu, ialah Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan, Oie Poh Choon dan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Goh Tee Chew, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Kota Darulnaim, di sini Rabu. Beliau mengulas mengenai tindakan susulan kerajaan negeri berhubung tindakan MPKB-BRI yang menyaman pemilik salun kerana menggunakan pekerja wanita untuk menggunting rambut pelanggan lelaki walaupun kedua-duanya bukan beragama Islam.
Seorang pengusaha salun dilaporkan disaman lebih 10 kali kerana membenarkan pekerja wanitanya menggunting rambut pelanggan lelaki termasuk bukan Islam.
Tindakan itu menimbulkan kontroversi apabila Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan menggesa kerajaan PAS Kelantan supaya menjelaskan perkara sebenar mengenai tindakan perundangan Islam yang dikenakan kepada bukan Islam di negeri ini.
Karpal, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, menegaskan orang bukan Islam di Kelantan yang dikenakan tindakan saman berdasarkan undang-undang Islam, boleh mencabar saman terbabit di mahkamah.
Takiyuddin dalam kenyataan akhbar sebelum ini dilaporkan berkata setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan adalah selari dengan peruntukan Perlembagaan dan demi kebaikan semua. - BERNAMA

amukanmelayu - HUDUD yang bercanggah dengan TATACARA KEHIDUPAN KAFIRUN juga akan di ubah seperti menukar ENEKMAN UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS DAERAH KERAJAAN TEMPATAN.....kerana tiada keikhlasan di hati pendesak dan Islamelayu yang gilakan kuasa.....

Tuesday, 27 November 2012

PUTRAJAYA - JAWATAN PM DI GILAI SEPERTI KANAK-KANAK BEREBUT BAYANG-BAYANG DI DINDING



SINGAPURA + MALAYSIA = Bakal PM Malaysia Bukan lagi ISLAMELAYU

klik gambar di atas jika ingin besarkannya
Bunyi Karpal singh memang cenderung berjuang untuk PM akan datang bukan di kalangan Orang bukan Melayu dan Islam. Masih buta?

Kenapa PAS, PKR senyap? tak menolak? Adakah sudah lemah dan tunduk sujud dengan kehendak mimpi Karpal singh ini? Kenapa? Kerana cerita kononnya melayu + Islam dah tak ramai? Ish2.... Pu3 kata, Jangan TERTIPU!

Nah baca lagi di sini :

1.Orang Islam (UMNO + PAS + PKR + lain-lain) yang bertanding Parlimen di Malaysia berjumlah 117/222 orang. Manakala orang Islam yang bertanding Parlimen Singapura adalah 13/99.

2.Ini bermakna sekiranya pembangkang menang Parlimen secara 'simple majority', usaha menggabungkan semula Singapura ke Malaysia akan dilaksana.

3. Buktinya 222 + 99 = 321 kerusi Parlimen. Majoriti mudah 161 kerusi.

4. jika digabungkan maka 117 + 13 = 130 MP Islam manakala MP bukan Islam 105 + 86 = 196.

5.Maka benarlah kata-kata Karpal Singh, bahawa apabila pembangkang menang PRU, Malaysia akan ditadbir oleh orang bukan Islam.

6. Perkara 43 (2) (a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan

Baca,fahami dan sebarkan. Bumi ini majoriti ISlam,usahlan menentang hukum alam meletakkan PM dari golongan bukan majoriti. - Kredit by: Keris Malaya dot com
 
 
 
Dr Mahathir: 'Bagilah Karpal Singh Jadi PM'
 
Karpal_Singh_copyKUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mencadangkan agar Pengerusi DAP, Karpal Singh juga dipertimbangkan untuk dilantik menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Dalam nada sinis beliau berkata, Karpal juga sudah lama berjuang dan mengharapkan jawatan Perdana Menteri sama seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Bagilah dekat dia (Karpal) sebab dia pun sudah lama berjuang. Patut bagi kepada Karpal jadi Perdana Menteri.

"Yang Amat Berhormat Karpal Singh. Bila pencen nanti dapat gelaran Tun... Tun Karpal," katanya ketika diminta mengulas kecelaruan pembangkang dalam menentukan siapa Perdana Menteri jika menang pilihan raya umum nanti.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Tabung Kecemasan Gaza anjuran Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mengulas lebih lanjut, Dr. Mahathir meminta rakyat menilai sendiri 'perebutan kuasa' yang berlaku dalam pakatan pembangkang seandainya memerintah negara.

''Belum pun menang pakatan pembangkang sudah pun berebut-rebut untuk menjadi Perdana Menteri.

''Bila dah jadi kerajaan esok bukan sahaja Abdul Hadi, bukan sahaja Anwar tetapi Karpal Singh pun nak jadi Perdana Menteri," ujarnya.

Kemelut itu mula timbul apabila akar umbi Pas dalam muktamar tahunannya baru-baru ini mendesak Abdul Hadi dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan jelas menolak cadangan yang mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, Dr. Mahathir yang juga Presiden PGPF menyifatkan tindakan DAP mempertahankan Anwar adalah kerana mahukan sokongan orang Melayu semata-mata.

''Oleh kerana DAP tidak ada pemimpin Melayu, kalau ada pun dah lari habis, sebab itu mereka nak Anwar kononnya jadi Perdana Menteri.

''Jadi orang Melayu pun rasa lega sebab orang Melayu dapat jadi Perdana Menteri tapi akhirnya jadi macam di Perak dahulu yang terpaksa ikut telunjuk DAP," ujarnya.

Sehubungan itu, tegas beliau, rakyat di negara ini diminta supaya tidak terlalu taksub dengan mana-mana pemimpin kerana sikap tersebut hanya akan merosakkan negara.

"Bila kita hanya menyokong secara membuta tuli tanpa mengambil kira apa yang dilakukan seseorang pemimpin, akan rosaklah negara," katanya.- Utusan Malaysia
 



SEBERANG TAKIR : Pengerusi Ulama SeDunia, Sheikh Yusof al-Qaradawi yakin, malah mendoakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Doa itu tertulis pada pesanan beserta tandatangan pada buku tulisannya berjudul ‘Khaulah Sha’ab’ yang dihadiahkan kepada Anwar (yang kemudian diterjemah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berjudul Kebangkitan Rakyat).
“Dia sendiri tulis – Untuk saudara Anwar, Perdana Menteri Malaysia. Ini doa dia. (Kalau ada) tidak setuju tak apa tapi ini ulama besar.
“Dia (Yusof al-Qaradawi) kata, cari kedamaian, tegakkan keadilan, satukan ummah, bawa perubahan seperti kami usahakan di Tanah Arab.
“Ini doa dia supaya berlaku perubahan dan kita menang pilihan raya akan datang,” katanya disambut laungan takbir lebih 5,000 rakyat di tapak pasar Teluk Ketapang dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat malam tadi.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, keyakinan Yusof al-Qaradawi itu kerana sedar kepincangan di negara ini sehingga rakyat hidup terseksa di bawah pentadbiran Umno BN.
“Tapi tak semena-mena sekarang ini berlaku fenomena yang disebut Yusuf al-Qaradawi ‘khaulah sha’ab’ (kebangkitan rakyat).
“Ada ustaz-ustaz Umno cakap, kalau tunjuk perasaan, bantah kerajaan – ini tidak betul. Ini ustaz ‘wa ampu sana wa ampu sini’.
“Sedangkan, Yusof al-Qaradawi kata, tanggungjawab kita tuntut perubahan, perubahan demi negara kita, bukan pemberontakan. Bukan bunuh orang.
“Hentikan kezaliman, hentikan pemimpin yang kaut kekayaan, bebaskan rakyat daripada kemiskinan, hapuskan rasuah,” katanya, menambah sejarah membuktikan negara yang mengabai tuntutan agama, pasti tersungkur.



Kesan Video Seks, Amwar Suram, Nik Aziz PM Pakatan?



Bakal Perdana Menteri Malaysia.. dari Pakatan
KL, 22 Mac 11: Weblog Ibnu Hasyim mencadangkan Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan yang akan memerintah Malaysia. Hal ini dicadangkan akibat kesan dari kemunculan video seks baru mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan khidmat seks di sebuah hotel dilihat akan menyuramkan kerjaya politik Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Malah diramal merumitkan lagi kempen pilihan raya mereka di Sarawak dan usaha memulihkan populariti yang makin merosot. Pilihan raya negeri Sarawak dijangka diadakan pertengahan bulan depan selepas ia dibubarkan semalam. Rakaman video itu, yang didakwa dirakam 21 Februari lalu, juga didedahkan semalam.
Penganalis politik berpendapat sementara dakwaan itu belum dibuktikan benar manakala kesahihan pula masih samar-samar, pendedahan rakaman video berkenaan dalam dunia siber sudah pasti akan mencacatkan imej Anwar. Malah perkembangan itu akan meletakkan perikatan tersebut kekurangan calon perdana menteri.
“Ia kemungkinan menjejaskan fokus Pakatan, jika kepimpinan (perikatan itu) tidak berfokus... ia akan memberi kesan ke atas keberkesanan persediaan Pakatan menghadapi pilihan raya negeri. Daripada menghadapi isu-isu kempen pilihan raya, mereka akan dipaksa mengatasi isu-isu berkaitan dengan hal ehwal peribadi,” kata penganalisis bebas Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center ini berkata persepsi orang ramai terhadap imej Anwar sebagai pemimpin bergantung sama ada video seks akan didedahkan kepada umum. Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa Anwar berhadapan dengan situasi rugi dalam apa jua kemungkinan kelak.
“Dalam banyak keadaan, ia adalah situasi rugi bagi (Anwar). Jika publik akses kepada (rakaman video), dan jika mereka dipujuk bahawa beliau adalah lelaki (dalam rakaman), ia sesuatu yang malang bagi diri beliau.
“Jika mereka tidak percaya yang dia (lelaki itu) bukan beliau, peluang bagi Anwar keluar (daripada isu) ini tanpa sebarang kesan buruk sangat kecil,” kata Ibrahim.
Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan keputusannya selepas pendakwa selesai membentangkan kes mereka akan diketahui esok. “Kadangkala terlalu banyak serangan juga tidak baik,” kata Ibrahim.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mempertahankan lelaki dalam rakaman itu bukan Anwar. Malah, Anwar juga menafikan dakwaan terbaru tersebut semalam. Penganalisis politik dari USM Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian juga bersetuju dengan pandangan Ibrahim sambil menegaskan dakwaan skandal terbaru ini boleh menjejaskan pengundi-pengundi atas pagar.
“Perkara terakhir Pakatan perlu lakukan ialah menghadapi perkara ini khususnya soal waktu (isu ini didedahkan).
“Anwar adalah kapten yang menghubungkan kedua-dua PAS dan DAP, tetapi beliau kelihatan satu liabiliti memandangkan beliau berhadapan dengan siri krisis yang akan memberi kesan ke atas Pakatan,” kata beliau ketika dihubungi.
“Malah isunya sama ada PAS dan DAP mahu menyokong penuh Anwar sekarang,” tambah Sivamurugan.
Menurut beliau, PKR kini perlu fikir kemungkinan pengganti kepada Anwar tetapi masalahnya ialah mencari calon yang boleh memenuhi ‘citarasa’ kedua-dua PAS dan DAP.
“Siapa yang mereka boleh terima? Anda tidak boleh memiliki (Penasihat DAP Lim) Kit Siang atau (Presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) sebagai ketua Pakatan Rakyat... dan Azmin juga ada isu.
“Persoalan sekarang ialah siapa yang boleh mengambil alih apabila Anwar bukan lagi duduk di atas? Ingat, rakyat mahu tahu siapa yang akan menjadi kepercayaan Pakatan dalam era pasca-Anwar,” katanya lagi.
Cuba fikir-fikirkan... (IH/The Malaysian Insider)


Mati hidup balik pun Mahathir tidak akan menyokong Anwar, tak payahlah aku nak hurai kenapa, semua orang dah tahu kenapa...
Apa yang aku nak perkatakan, masa inilah Mahathir nak guna peluang yang ada untuk memecah belah Pakatan Rakyat terutama PAS, apabila rakan PR DAP secara terbuka menyatakan mereka menyokong Anwar, dengan pantas Mahathir turut sama bersuara mengeluarkan pendapatnya yang bertentangan dengan DAP... apakah selepas ini maka ramai suara-suara cai-cai UMNO akan turut serta menyokong kenyataan Mahathir, terutamanya PERKASA...,

Sokongan syaitan yang dikenali ini tak boleh diterima,, walaupun ada asasnya, bagi aku asas yang penting adalah realiti apa yang sepatutnya didalam negara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi ini,,

Buat penyokong-penyokong PAS, baca baca balik cerita kisah TGHH pergi memancing dengan MB Kedah tu,,, ada kisah disebalik... Tunggu, kalau aku ada kelapangan masa, sehat tubuh badan dan akal fikiran, aku akan tulis isu siapa PM selepas PRU13 dalam pandangan bodo aku..




Nurul Izah bakal Presiden wanita Malaysia?

Nurul Azizah dijangka akan di beri peluang oleh Anwar Ibrahim untuk menjadi pemimpin masa hadapan Parti Keadilan Rakyat dan Perdana Menteri Wanita @ kemungkinan Presiden Wanita pertama di Malaysia jika rancangan parti tersebut untuk menghapuskan institusi raja di Malaysia berjaya. -rujuk senario terkini di Pulau Pinang apabila khutbah Jumaat pun mula tidak lagi mendoakan kesejahteraan kepada Ketua Agama islam di Pulau Pinang iaitu Yang Di Pertuan Agong.

Ini dapat dilihat kepada perkembangan terbaru di dalam Parti keadilan Rakyat (PKR) apabila Nurul Izzah dan Nik Nazmi telah diberi ruang dan dilatih oleh Anwar untuk mendapat pendedahan dari pelbagai pihak di seluruh dunia.

Nurul Izah juga akhir-akhir ini cuba menonjolkan dirinya sebagai tokoh baru didalam PKR apabila cuba mencetuskan kontroversi dalam beberapa kenyataan politik.
Kalau kita perhatikan Nurul Izzah telah di hantar bertemu pelbagai jenis pemimpin dunia dari Mary Robinson, Paul Wolfowitz hinggalah yang terbaru berjumpa dengan pemimpin masa hadapan Indonesia Anis Basdawen yang sebelum pernah direkrut oleh tokoh Islam Liberal Indonesia Nucolish Majid untuk menjadi pelapis pejuang islam liberal dan menjadi gantinya sebagai rektor Universiti Paramadina.

Anis Basdawen sewaktu kemuncak reformasi yang telah menjatuhkan Suharto di Indonesia pernah memainkan peranan besar meniupkan sentiman dan mewujudkan propaganda penyatuan mahasiswa menentang pemerintahan Suharto. Beliau dikenal pasti sebagai antara calon Presiden Indonesia yang akan diangkat oleh kelompok JIL suatu hari nanti.


Kunjungan Nurul Izzah dan Nik Nazmi ke Jakarta itu dikenalpasti sebagai proses bertukar fikiran dan berkongsi strategi serta pengalaman untuk dipratikkan di Malaysia.


Nik Nazmi sebaik balik daripada Indonesia telah dijadikan sebagai Pengarah Komunikasi PKR, suatu jawatan yang cukup besar dan penting kepada Anwar Ibrahim.


Perkembagan ini jelas menunjukkan Anwar sebenarnya langsung tidak mempercayai dan menaruh harapan yang tinggi kepada kepimpinan yang sedia ada di dalam PKR.


Samada Zaid Ibrahim, Syamsul Iskandar, Syed Hussein Ali ataupun Mustapa Kamil Ayub pada Anwar mereka itu hanya pemimpin sementara sahaja sementara Nurul Izah sudah mencapai proses tahap kematangan dalam berpolitik.


Manakala peranan Nik Nazmi hanyalah lebih kepada sebagai pengawal kepada Nurul Izah untuk memastikan perancangan meletakkan Nurul izah sebagai pemimpin masa hadapan berjaya.


Anwar begitu percaya kepada Nik Nazmi yang dikadernya melalui institut kajian dasar, bekas pelajar tajaan Permodalan Nasional Berhad itu begitu komited menyokong perjuangan Anwar dengan melontarkan ideanya di dalam laman Suara Anum sebuah laman yang begitu konsisten menyokong Anwar dikalangan generasi muda suatu ketika dahulu dan menjadi sahabat baik kepada Nurul Izah semenjak tahun 2001.


Sebagai balasan kepada kesetiaannya kepada Nurul Izah Anwar telah memberikan ruang kepada bekas Editor Suara Anum itu bertanding di satu kerusi Adun di Selangor dan kini memainkan peranan yang besar untuk Anwar Ibrahim dan Nurul Izah. -

Mahfuz Juga Layak Jadi PM


ISU siapa calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang dapat menguasai Kerajaan Pusat benar-benar merunsingkan fikiran ramai pemimpin PR, silap langkah ia bakal menjadi api dalam sekam yang membahayakan gabungan parti tidak berdaftar yang baru berusia setahun jagung itu.
Kehangatan isu ini dimulakan oleh Dewan Ulama PAS dan disokong kuat oleh beberapa pemimpin PAS yang sepakat menamakan Hadi Awang sebagai bakal PM. Cadangan itu kemudiannya mendapat reaksi baik dari ahli dan perwakilan parti semasa Muktamar PAS Ke 58 di Kota Bharu baru-baru ini.
Jika tidak kerana cadangan tersebut, kekalutan sekarang tidak akan timbul sama sekali memandangkan pimpinan tertinggi PR sudah sepakat bahawa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang diktiraf sebagai calon PM seandainya mereka menang dalam PRU-13.

Apabila polemik ini semakin hangat hari demi hari, mahu tidak mahu ramai pemimpin PR terutama dari PKR dan DAP seboleh mungkin cuba menanam kembali keyakinan penyokong pembangkang supaya hanya fokus pada Anwar sahaja.
Menangnya belum tentu, nak kekalkan semua empat negeri yang PR perintah sekarang pun dah tercunggap-cunggap dibuatnya, inikan pula asyik berebut dan bertelagah siapa yang layak jadi calon PM. Kalah angan-angan Mat Jenin.

Angka empat bagi masyarakat Cina amat tak digemari, kata mereka suwey atau sial. Jadinya, bukahkah elok daripada PR sibuk nak ke Purtrajaya lebih baik cari jalan macam mana nak kekalkan empat negeri yang sedang mereka kuasai sekarang.
Tapi kalau pemimpin PR percaya pepatah “yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat” itu hanyalah peribahasa karut dan tahyul, apa kata namakan sahaja Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sebagai calon PM, habis cerita.

Jangan pandang lekeh pada Mahfuz, walaupun dirinya terkenal sebagai Mr Bean Malaysia yang tersohor dengan kenyataan lawak bodohnya, namun sehingga kini imej peribadinya masih bersih disebabkan belum ada lagi isu skandal seksnya yang terdedah pada umum.
Cuba bandingkan dengan Anwar yang terbelit dengan isu cinadoll di atas katil berpijat sampai tergaru-garu badan si amoi dari depan ke belakang, kan ada bezanya dengan imej suci murni Mahfuz Bean, tak gitu?

Hadi pula terbelenggu dengan masalahnya yang terkenal lembap dalam memimpin PAS serta terbukti gagal membawa halatuju parti itu sehingga akibatnya merendahkan kedudukan PAS di mata pemimpin PKR dan DAP.
Jadinya, berdasarkan situasi rumit yang sedang membelit dua pemimpin besar PR dari PKR dan PAS itu, logiklah Mahfuz lebih layak untuk diketengahkan.

Dengar ura-uranya tinggi juga cita-cita Mahfuz. Dia bukan sahaja pernah berangan nak jadi PM, malah sekarang ini pun sedang menyusun langkah untuk menikmati keempukan kerusi Menteri Besar Kedah dengan mengambil kesempatan dari perbalahan Ustaz Azizan dengan geng Phahrolrazi.
Sekalipun Mahfuz tidak memiliki taraf pendidikan yang tinggi dan hanya sekadar lulus SRP namun beliau berpegang pada mottonya yang tersendiri iaitu pendidikan sepanjang hayat.
Tampak memukau keinteklektualannya sesuai dengan tahap pendidikan sehingga lulus SRP.
Ini sekaligus melayakkannya tergolong dalam kumpulan professional atas sifatnya sebagai bekas pengangkut beg di lapangan terbang. Nampak lagi hebat berbanding Anwar dan Hadi.

Lagipun dari segi fahaman mazhab Islam, Mahfuz tidakpun tergolong sebagai Syiah mahupun Wahabi, itu satu kelebihan besar berbanding Anwar Ibrahim yang kini masih sebati dengan fahaman pluralisme dan liberalisme yang bercanggah dengan Islam.
Berdasarkan beberapa sebab di atas, sukalah dicadangkan supaya pemimpin PR kembali bermanis muka dengan mempertimbangkan kelayakan Mahfuz sebagai calon rasmi PM.
Dua bekas calon PM iaitu Anwar dan Hadi lupakan saja, kedua-duanya hanya menyebabkan penyokong PR makin pening kepala.- BERUANG BIRU


Mat Sabu Bakal PM



Ini bukan lawak jenaka jika PR menang PRU ke 13.

Sifirnya mudah. Haji Hadi sudah mengumumkan beliau tidak akan bertanding dalam PRU ke 13. Jika PR menang, kita menjangka DAP akan mendapat banyak kerusi jika dibanding dengan PAS dan PKR. Antara PAS dan PKR, saya meramalkan PAS akan mendapat kerusi lebih banyak dari PKR, samada PR menang atau kalah dalam PRU ke 13.

PKR adalah the biggest loser dalam PR. Saya meramalkan PKR gagal mempertahankan banyak kerusi mereka dalam PRU ke 13. Jadi samada PR boleh membentuk kerajaan atau tidak, PKR tetap tidak mempunyai banyak kerusi. Anwar Ibrahim tidak boleh dipertimbangkan lagi.

PAS masih bertegas ingin orang Islam menjadi PM, walaupun dalam perlembagaan tidak menyatakan syarat itu. Namun secara logik dan rasional, memang benar Melayu dan Islam sepatut menjadi PM. Oleh kerana Haji Hadi tidak bertanding, calon yang boleh dipertimbangkan untuk menjadi PM adalah Mat Sabu kerana beliua Timbalan Presiden PAS.

Adakah sejarah akan diubah? Mat Indera akan diangkat jadi pejuang negara? Komunis juga akan tertulis dalam sejarah memerdekakan Malaysia?

Dan paling penting, saya teringat lagu sindirin Roman Legion terhadap boss mereka apabila sedang marching: "hide your wife, Caesar is coming."

"Hide your wife, PM Mat Sabu is coming."

Hidup Tok Gundu!
 
amukanmelayu - walau siapa pun menjadi PM selepas PRU ke 13 ini.......Tanah Melayu bukan lagi milik Islamelayu