,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 31 October 2013

PAK GUARD ASING - HARAPKAN PEGAR-PEGAR MAKAN PADI, KENAPA ZAHID DI BIARKAN SENDIRIAN UNTUK MENGHADAPI SEMUA INI?



OLAK LEMPIT, Khamis 26 Zulhijjah 1434 = 31hb Oktober 2013 - Tak habis lagi dengan kisah Pak Guard. Bermula dengan kes di Subang Airport dan kini melarat hingga ke rompakan Bank dan kini rompakan Kedai Emas pula. Kisah di Subang mungkin ada hikmah disebalik kisah Pak Guard dengan bini pemain bola sepak yang mendapat kutukan dan kecaman hebat dari pelbagai pihak tu, rakyat Malaysia boleh kata majoriti bersatu hati menyatakan sokongan kepada pakcik Azman tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum. Semua 'duduk' atas satu platform. Ini lah penyatuan hati yang sebenar. Massive respect to all Malaysian !
PAK GUARD - Glemournya hilang kerana Kekejaman yg lain
 Kisah itu juga membuka mata ramai pihak akan penindasan yang dilakukan oleh mereka yang mempunyai pangkat, harta dan nama terhadap golongan miskin yang tidak punya apa-apa. Allah membuka pandangan mata dan hati kita melalui satu video klip yang telah meragut jutaan perasaan dan jiwa rakyat Malaysia yang pastinya tak akan membenarkan penindasan seumpama itu berlaku. Ramai yang menyebelahi pakcik Azman, siap ada lawyer yang ingin memberi khidmat percuma lagi kepada beliau. Ini menunjukkan kemahsyuran dan keglemeran tidak mampu membeli hati rakyat Malaysia yang tahu menilai apa yang benar, apa yang salah.

Last, InsyaAllah lepas ni mungkin golongan yang suka berlagak seperti diva of the year atau prince and princess tak kena tempat tu akan berfikir 2,3 kali kalau nak buat hal jika mereka mengambil iktibar kisah pakcik Azman tu. Kalau nak glemer sekelip mata, cuba lah. Zaman sekarang semua orang dah standby dengan henfon siap-siap. Oh ye pakcik Azman lagi glemer sekarang mengalahkan bini Mat Yo..hehe. Semua orang nak bergambar dengan beliau bukan stakat orang biasa bahkan artis pon ada. Bini mat yo pon glemer juga cuma glemer ke arah negatif. Namanya disebut-sebut kerana benda yang tak molek. Tapi bagaimana pula dengan yang di bawah ni?

Pengawal Keselamatan Bersenjata Api Merompak Lagi, Kedai Emas Pula Jadi Sasaran

Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah
KEDAI EMAS PULA JADI SASARAN PAK GUARD
kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.- Mstar

Pegawai Bank di Tembak Kejam

PENGAWAL TEMBAK PEGAWAI BANK WARGA INDONESIA GUNA KAD PENGENALAN PALSU 

 Al-Fatihah di sedekahkan kepada Al-Marhumah Norazitat bt Abu Talib dan takziah pada keluarganya.
 
Pegawai bank mati ditembak pengawal


PAK GUARD yang menembak mati seorang pegawai bank dipercayai merupakan warga asing. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar mengesahkan bahawa suspek menggunakan kad pengenalan palsu. “Laporan awal mendedahkan bahawa suspek mungkin warga Indonesia,” katanya ketika dihubungi pada Khamis. Beliau menambah, dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai rakan kepada suspek telah ditahan bagi membantu siasatan Abdul Rahim menafikan spekulasi bahawa suspek telah ditahan.
“Kami percaya dia masih di Selangor,” katanya.
Tambahnya, beberapa jam selepas kes rompakan itu, khabar angin menerusi SMS tersebar mengenai suspek ditahan ketika cuba untuk menaiki pesawat di lapangan terbang di sini. “Itu tidak benar… orang ramai jangan percaya terhadap maklumat palsu yang tersebar,” katanya.

Beliau menambah, polis turut menyiasat syarikat keselamatan yang mengambil pengawal keselamatan yang memiliki MyKad palsu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata, satu pasukan petugas telah ditubuhkan berikutan kejadian rompakan itu yang berlaku pada Rabu. Beliau menambah, maklumat mengenai kad pengenalan palsu itu menunjukkan nama Ardi Hamza (770818-12-6721) dari Tawau, Sabah. “Pihak bank belum lagi memaklumkan kepada polis mengenai berapa banyak wang yang telah dirompak dalam kejadian itu,” katanya. Sementara itu, bank di mana kejadian rompakan dan bunuh itu berlaku telah ditutup sehingga Isnin depan bagi memudahkan siasatan dijalankan.
BILA 

JOEMAR OMAR? OSMAN SALLEH? WARGANEGARA INDONESIA PEMILIK MYKAD PASLU? DAN BEKERJA SEBAGAI ...


Nama tercatat di kad tanda nama, Osman BIN Salleh dan dipercayai bertugas sebagai pengawal keselamatan. 

Nombor MyKad  840713-12-5207. 

Angka 12 di tengah menunjukkan dia, kononnya berasal dari Sabah.

Melalui pemeriksaan maklumat, saya dimaklumkan oleh sumber berkredibiliti, nombor MyKad terbabit TIDAK wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara.


Jika diteliti informasi dicatatkan di facebooknya, dia memiliki dua akaun bank. Untuk membuka akaun di institusi perbankan, setiap pelanggan warganegara Malaysia perlu menyerahkan MyKad kepada kakitangan bank untuk urusan pembukaan akaun.

Begitulah peraturannya.

Dokumen apakah digunakannya sewaktu membuka akaun bank?  Tentunya MyKad. Apakah status dokumen itu?


Namun peliknya, lelaki terbabit, warganegara INDONESIA, mendakwa berasal dari Den Pasar, Bali. 

Mengikut undang-undang di Malaysia, warganegara Indonesia TIDAK dibenarkan menjadi pengawal keselamatan. Apatah lagi diberikan akses kepada senjata api.


Klik di sini untuk melawati akaun facebook Joemar Omar.  Itu nama digunakannya. Jadi, siapakah Omar BIN Salleh? Warganegara Indonesia tidak menggunakan perkataan BIN.
Status laman sosialnya tidak dikemaskini sejak 23 Oktober, tarikh pegawai operasi Ambank ditembak mati di Subang Jaya, Selangor.

Barangkali satu kebetulan.

Bahasa digunakannya tatkala berkomunikasi di facebook juga sama dengan bahasa perhubungan pembunuh berasal dari Sulawesi, kini masih diburu oleh polis.

Saya telah menghubungi Jabatan Korporat Komunikasi Sapura dan memaklumkan kakitangan bertugas mengenai kes ini. Difahamkan, pengawal keselamatan bertugas di premis syarikat terbabit berada di bawah kendalian pemilik bangunan.

Wednesday 30 October 2013

HANYA UMNO SAHAJA YANG TAK SERIK JATUH LUBANG BEKALI-KALI



Ada pepatah yang menyebut, orang bodoh sahaja yang akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali!...MEREKA ITU ADALAH UMNOj

HANYA ADA SATU BANGSA SAHAJA DI MALAYSIA YANG SUKA MEMINTA-MINTA


 OLAK LEMPIT - Khamis 26 Zulhijjah 1434 = 31hb Oktober 2013, Tak habis lagi Hal di Sg. Limau ni. Berbaki 4 hari lagi, semakin gila semua yang berkehendakan kuasa.  Tuntutan yang dibuat oleh masyarakat Cina di Sungai Limau kepada UMNO-BN sangatlah melampau. Antara tuntutan yang dibuat termasuklah PERUNTUKAN UNTUK TOKONG, KERETA BOMBA SUKARELA dan BANTUAN KEWANGAN UNTUK SEKOLAH CINA.  Ini termasuk yang di janjikan 2 juta atau tidak, tidak dapat di pastikan.

Yang PAS dengan UMNO pula duk bertengkaq dari benih padi hinggalah kepada susu masam kononnya yang di berikan oleh Tok Aziz Baling kepada pengundi Sg. Limau. Walhal banyak yang makan barang tin yang di beli dari kedai Tan Bak simpang nak masuk ke Masjid Sg. Limau tu yang jual barang tamat tempuh....tak di bising pun. Dah berapa lama kami balek kampung duk meniti Bateh Ban dari Sg Kerin sampai Sg. Limau, dah berapa lama dah kami duk hidu ayaq acaq cina Pekan Sg. Limau yang mengalir di hadapan rumah kami sampai ke Tandop kola, tak sapa pun duk peduli.
Cina Sg. Limau mula menuntut macam-macam. Najib Kena lagi
La ni semua depa nak masuk surat habaq, semua depa duk nak cerita kat orang macam la kami ni kebuluq sangat nak kat susu tin yang hangpa bawak mai dari Kola Lumpo. Lepaitu depa duk janji macam-macam. Lepaitu depa mai duk pujuk pangkah bulanlah....pangkah dacing la....yang duk heran tu bendera roket pun ada. Kata dulu bendera yang tak betanding jangan duk bawak....tapi di bawak jugak....haru sungguh depa ni. Bila bendera ROKET naik jar depa terus bagi 2 JUTA kat Cina. Kami dapat apa?

Padahal sepet ni ada 1,842 pengundi jar....kami tak heran pun sapa yang menang kat Sg. Limau ni. Kalu bulan menang pun Islamelayu dan kalu UMNO menang pun Islamelayu. Kami tak mau cha ya nun alip saja. Awat la hangpa duk jadi bodo ni. Depa dah tipu dah berkali-kali dah....duk bagi jugak....aku pun heranlah dengan UMNO ni. Ni tengok kat bawah ni jumlah pengundi mengikut etnik :

Jumlah pengundi di DUN Sungai Limau adalah 27,222 dengan pecahannya ialah 25,233 orang adalah pengundi Melayu, 1,842 adalah pengundi Cina, 15 orang pengundi India dan bakinya adalah lain-lain kaum. 

Yang hangpa bagi kat kami sebenaqnya depa pun dapat berti itu kongsi namanya. Tapi yang dapat kat depa? Hak kita semua nak di kongsi....hak depa masuk teruih kat temoloq depa. Bangunlah wahai UMNO dan PAS....jangan jadi Pak Kadok. Kami dah jemu tengok perangai hangpa berpolitik ni.

Namun, walaupun jumlahnya hanya 1,842 orang, masyarakat Cina yang bertumpu di pekan Sungai Limau serta beberapa kelompok kecil rumah kedai di sepanjang Jalan Alor Setar-Sungai Petani, merupakan kelompok yang cukup berkuasa kerana mereka merupakan pemborong, peruncit dan pembekal kepada masyarakat Melayu yang merupakan golongan petani.

Dengan kata lain, walaupun kecil tetapi penguasaan ekonomi telah menyebabkan masyarakat Cina di Sungai Limau menjadi tempat pergantungan masyarakat Melayu di Sungai Limau. Dan biarpun terdapat banyak agensi kerajaan termasuklah MADA dan FAMA yang beroperasi di Sungai Limau, hakikatnya taukeh-taukeh besarnya adalah taukeh Cina di Sungai Limau.

Itu belum lagi diperkatakan tentang kilang-kilang beras di seluruh Sungai Limau dengan hampir kesemuanya dimiliki oleh taukeh Cina dan taukeh-taukeh inilah yang akan menentukan harga sebenar padi yang ditanam dengan penuh susah payah oleh masyarakat petani Sungai Limau.

Menyedari kuasa yang ada pada mereka, terutama sekali menerusi pembuktian pada PRU13 yang menyaksikan peralihan besar-besaran undi masyarakat Cina kepada DAP dan Pakatan Rakyat, helah yang digunakan sebelum ini, cuba pula digunakan dalam PRK DUN Sungai Limau.


Kebiasaannya, tuntutan ini akan segera dimajukan kepada para pemimpin UMNO-BN dengan janji dan harapan diberikan kononnya masyarakat Cina akan mengundi UMNO-BN. Namun berdasarkan kepada peristiwa PRU13, apa yang dijanjikan dan dibayangkan, sebenarnya tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya, ia membuktikan bahawa masyarakat tersebut adalah golongan OPORTUNIS yang sangat kiasu dan tidak segan silu untuk melakukan penipuan.

Apakah kali ini, Barisan Nasional akan terpedaya sepertimana yang berlaku pada PRU13 lalu? Adakah bantuan kepada masyarakat berkenaan akan diumumkan dengan harapan, ia akan menimbulkan persepsi bahawa Kerajaan Barisan Nasional sebenarnya cukup mendengar pandangan dan cuba memenuhi tuntutan masyarakat Cina, sekaligus membolehkan masyarakat Cina akan menyokong Barisan Nasional?

Atau adakah kali ini Barisan Nasional sudah berjaga-jaga dan hanya akan cuba memenuhi sebahagian daripada tuntutan masyarakat Cina di Sungai Limau sekiranya, calon Barisan Nasional dimenangkan?

Ada pepatah yang menyebut, orang bodoh sahaja yang akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali!
 

Pengundi Cina tunjuk dulu baru kasi

Namun, walaupun jumlahnya hanya 1,842 orang, masyarakat Cina yang bertumpu di pekan Sungai Limau serta beberapa kelompok kecil rumah kedai di sepanjang Jalan Alor Setar-Sungai Petani, merupakan kelompok yang cukup berkuasa kerana mereka merupakan pemborong, peruncit dan pembekal kepada masyarakat Melayu yang merupakan golongan petani.

Dengan kata lain, walaupun kecil tetapi penguasaan ekonomi telah menyebabkan masyarakat Cina di Sungai Limau menjadi tempat pergantungan masyarakat Melayu di Sungai Limau. Dan biarpun terdapat banyak agensi kerajaan termasuklah MADA dan FAMA yang beroperasi di Sungai Limau, hakikatnya taukeh-taukeh besarnya adalah taukeh Cina di Sungai Limau.

Itu belum lagi diperkatakan tentang kilang-kilang beras di seluruh Sungai Limau dengan hampir kesemuanya dimiliki oleh taukeh Cina dan taukeh-taukeh inilah yang akan menentukan harga sebenar padi yang ditanam dengan penuh susah payah oleh masyarakat petani Sungai Limau.

Menyedari kuasa yang ada pada mereka, terutama sekali menerusi pembuktian pada PRU13 yang menyaksikan peralihan besar-besaran undi masyarakat Cina kepada DAP dan Pakatan Rakyat, helah yang digunakan sebelum ini, cuba pula digunakan dalam PRK DUN Sungai Limau.

Sudah ada tuntutan yang dibuat oleh masyarakat Cina di Sungai Limau kepada UMNO-BN. Antara tuntutan yang dibuat termasuklah PERUNTUKAN UNTUK TOKONG, KERETA BOMBA SUKARELA dan BANTUAN KEWANGAN UNTUK SEKOLAH CINA.

Kebiasaannya, tuntutan ini akan segera dimajukan kepada para pemimpin UMNO-BN dengan janji dan harapan diberikan kononnya masyarakat Cina akan mengundi UMNO-BN. Namun berdasarkan kepada peristiwa PRU13, apa yang dijanjikan dan dibayangkan, sebenarnya tidak menjadi kenyataan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata,... "GERAKAN perlu 'cermin diri sendiri' sebelum menyalahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di atas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dan PRU-13" katanya lagi.

"Kekalahan Gerakan dalam pilihan raya umum tiada kena mengena dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang hanya ditubuhkan selepas PRU-12 sebaliknya disebabkan masalah dalaman serta penolakan pengundi Cina sehingga Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang".

"Mereka kena kaji kelemahan diri sendiri, jangan salahkan orang lain dan menggunakan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kata beliau tidak suka Perkasa".....

Semalam, ketika berucap dalam persidangan Perwakilan Nasional Gerakan, bekas Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, perjuangan Perkasa untuk membela orang Melayu dan bumiputera merupakan ancaman kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Ko Youn mendakwa, Perdana Menteri juga tidak bersetuju dengan perjuangan Perkasa.

Menurut Ibrahim, Gerakan.....tidak sewajarnya meletakkan Najib dalam keadaan rumit kerana Perdana Menteri merupakan orang Melayu dan perjuangan Perkasa adalah untuk membela dan memartabatkan masyarakat Melayu dan bumiputera.

"Nasihat saya kepada Gerakan, cermin diri dahulu, kalau Gerakan sudah tidak ada upaya lagi, lebih baik bubarkan sahaja parti dan bergabung dengan MCA sebab Gerakan dahulu pun serpihan MCA.
"Tetapi kalau Gerakan hendak terus jadikan Perkasa sebagai 'punching bag', Perkasa tidak akan segan silu meminta ahli-ahli Perkasa yang ada di seluruh negara untuk tidak menyokong calon-calon Gerakan yang bertanding dalam pilihan raya," katanya.


AMUKANMELAYU UMNO dah londeh lagi kerana TUNTUTAN KAFIRUN Cina.......amukanmelayu semakin KELIRU.

Tuesday 29 October 2013

MUNAFIK - ADA BERAPA SIFAT MUNAFIK PADA AKU, ENGKAU, PAS DAN UMNO


32 SIFAT MUNAFIK - Ada berapa sifat pada Aku, Engkau, PAS dan UMNO?

OLAK LEMPIT - SELASA 24 Zulhijjah 1434 = 29hb Oktober 2013,Menjelang Pilihanraya Kecil Sg. Limau ini, bermacam-macam perkara yang timbul. Fitnah semakin bermaharajalela dan semacam tiada dosanya pada mereka yang membawanya. Penulis sendiri pun terjebak sama dalam hal penyebaran fitnah ini. Hanya mohon pada allah di ampunkan dosa penulis.

Setiap apa yang penulis cuba bawakan adalah untuk menjelaskan satu-satu masalah dan perkara yang Penulis nampak perlu di beri pencerahan. Hampir 98% pengundi di Sg. Limau adalah Islamelayu dan sebahagian darinya dengan AMAT BERTERUS TERANG mengaku mereka adalah Penyokong kepada Parti Islam tapi dalam masa yang sama mereka langsung tidak menampakan Ciri-ciri Islam dalam kehidupan Politiknya.
Ulamak mula di ketepikan oleh PAS

Sementara yang satu lagi di Panggil Osabiah kerana memperjuangkan KEBANGSAAN, tapi masih mengekalkan ciri-ciri Islam. Memperjuangkan Ugamanya dan dalam masa yang sama memperjuangkan agenda bangsanya. Sementara yang mengaku memperjuangkan Islam tapi dalam masa yang sama menolak ULAMAK. Ini amat menghairankan penulis. Apakah ini adalah ciri-ciri orang munafik seperti yang di katakan oleh Junjungan Besar RASULLULLAH? Perhatikan SIFAT_SIFAT ORANG MUNAFIK di bawah ini:

Ciri-ciri Atau Sifat-sifat Orang Munafik !


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Memang kita selalu dengar perkataan MUNAFIK itu dan pernah tak kita tanya apakah ciri-cirinya. Oleh itu saya ingin kongsikan di sini:

Mungkin kita selalu mendengar perkataan munafik di dalam kehidupan kita sehari-hari. Pada kita ia perkara biasa dan tak ade apa pun.Namun sebenarnya munafik itu adalah suatu sifat yang amat buruk dan mencelakan.

Apakah kita termasuk orang yang munafik?

Mungkin kita dengan tegas mengatakan kita adalah bukan orang munafik kerana kurangnya kefahaman kita mengenai apa itu sifat munafik yang sebenarnya.

Hadis Nabi Muhammad SAW menjelaskan tanda-tanda orang munafik :

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik :

1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.

2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.
3. Bila diberi kepercayaan / amanah maka dia akan mengkhianatinya.



1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.

2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.


3. Bila diberi kepercayaan / amanah maka dia akan mengkhianatinya.
 


Untuk disebut sebagai orang munafik sejati sepertinya harus memenuhi semua ketiga syarat di atas iaitu pembohong, pengkhianat dan pemungkir janji. Jika baru satu atau dua ciri saja mungkin belum menjadi munafik tapi sudah ada ciri-ciri munafik dalam dirinya.

1. Berbohong / Dusta

Bohong adalah mengatakan sesuatu yang tidak benar kepada orang lain. Jadi apabila seseorang itu tidak jujur kepada orang lain maka dia boleh menjadi orang yang munafik. Contoh bohong seseorang mengatakan dia ada di pejabat untuk menerima temu janji tetapi apabila orang yang di berhajat berjumpa dengannya dia menghilangkan diri. Dia berbohong dan memberi alasan yang tidak benar.

2. Mungkir dan Ingkar Janji

Seseorang terkadang suka membuat suatu perjanjian atau kesepakatan dengan orang lain. Apabila orang itu tidak mengikuti janji yang telah disepakati maka orang itu telah ingkar janji. Contohnya seorang majikan berjanji hendak membayar gaji pekerjanya tetapi bila sampai masa dia mungkir janji dengan alasan yang direka-reka. Sifat seperti ini sungguh buruk lebih-lebih lagi dia menunjukkan akhlak yang tidak baik kepada orang-orang dibawahnya. Sifat buruk ini menjadi umpatan orang lain dibelakangnya. Apabila sifat mungkir janji ini dilakukan berulang-ulang menyebabkan kepercayaan orang lain kepadanya sudah hilang.

3. Berkhianat/ Tidak Amanah

Khianat mungkin yang paling berat kelasnya dibandingkan dengan sifat suka bohong dan suka ingkar janji. Contohnya seorang yang di amanahkan menjaga harta tapi beliau menggunakan harta itu untuk kepentingan dirinya sendiri atau seseorang yang menaruh kepercayaan padanya seperti untuk menguruskan Pemergian ke Tanah Suci sama ada untuk Umrah atau Mengerjakan Haji. Sebaliknya dia melesapkan wang yang di amahkan kepadanya. Hidup orang yang tidak amanah ini tidak akan berkat dan dia akan mendapat balasan kerana sifat pecah amanah yang dilakukannya.

Di Bawah terdapat tambahan 32 sifat-sifat orang munafik yang boleh wujud pada diri seseorang dan membuatkan dia menjadi munafik tulin  secara tak sedar. Bacalah dan semaklah samada sifat-sifat itu ada pada diri kalian. Jika ada usahalah untuk memperbaiki.

32 Sifat munafik yang wujud dalam perbuatan dan hati manusia :

Sifat Yang Ke-1 : Dusta

Sifat Yang Ke-2 : Khianat

Sifat Yang Ke-3 : Fujur dan lemah imannya

Sifat Yang Ke-4 : Suka mungkir janji bila berjanji

Sifat Yang Ke-5 : Malas beribadah

Sifat Yang Ke-6 : Riya

Sifat Yang Ke-7 : Sedikit berzikir

Sifat Yang Ke-8 : Mempercepat solat (malas ketika solat)

Sifat Yang Ke-9 : Mencela orang-orang yang taat dan soleh

Sifat Yang Ke-10 : Memperolok-olokkan Al-Quran, As-Sunnah Rasulullah SAW

Sifat Yang Ke-11 : Bersumpah palsu

Sifat Yang Ke-12 : Tidak mahu berinfaq dan bersedekah

Sifat Yang Ke-13 : Tidak mempunyai sikap prihatin terhadap nasib kaum muslimin

Sifat Yang Ke-14 : Suka menyebarkan berita fitnah

Sifat Yang Ke-15 : Mengingkari takdir (tidak reda qadak dan qadar)

Sifat Yang Ke-16 : Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh

Sifat Yang Ke-17 : Sering meninggalkan solat berjamaah

Sifat Yang Ke-18 : Membuat kerosakan di muka bumi dengan alasan mengadakan perbaikan

Sifat Yang Ke-19 : Tidak ada kesesuaian antara amal zahir dengan batin

Sifat Yang Ke-20 : Suka mengeluh dan tidak reda terhadap ujian Allah SWT

Sifat Yang Ke-21 : Suka membuat alasan dengan berdusta.

Sifat Yang Ke-22 : Menyuruh perbuatan mungkar dan mencegah amal makruf

Sifat Yang Ke-23 : Bakhil harta yang dimilikinya.

Sifat Yang Ke-24 : Lupa kepada Allah SWT

Sifat Yang Ke-25 : Mendustakan janji Allah dan Rasul-Nya

Sifat Yang Ke-26 : Lebih mengutamakan zahir dan mengabaikan batin

Sifat Yang Ke-27 : Sombong dalam berbicara dan suka menegakkan kebatilan.

Sifat Yang Ke-28 : Tidak memahami Islam (Ad Din) sebagai satu cara hidup.

Sifat Yang Ke-29 : Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah SWT dengan dosa

Sifat Yang Ke-30 : Bergembira dengan musibah yang menimpa orang-orang mukmin dan dengki terhadap kebahagiaan mereka.

Sifat Yang Ke-31 : Suka mengungkit-ungkit pemberiannya kepada orang lain (buruk siku)

Sifat Yang Ke-31 : Suka maki hamun dan melaknat orang mukmin.(melampaui batas dalam berhujah)

Sifat Yang Ke-32 : Suka bertindak merampas hak orang lain

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jauhi tiga sifat munafik yang dinyatakan oleh Nabi SAW iaitu  apabila berkata-kata ia berdusta, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya. Selain daripada tiga sifat ini terdapat 32 lagi sifat-sifat munafik yang menjelaskan lagi ciri-ciri munafik tulin yang terdapat ramai dikalangan masyarakat kita.

Semoga kita muhasabah sifat-sifat di atas agar kita boleh perbaiki kelemahan kita dan menjadi hamba Allah yang beriman, bertakwa dan taat dan patuh segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Wallahualam.




AMUKANMELAYU - Semua GAMBAR di atas hanyalah kebetulan dengan apa yang ada dari sifat MUNAFIK. Amukanmelayu hanya berpesan kepada Amukanmelayu sendiri ini kerana telinga Amukanmelayu paling hampir dengan mulut Amukanmelayu. Ini sudah semestinyalah Amukanmelayu yang lebih dahulu mendengar sebelum saudara mendengarnya.

Monday 28 October 2013

ALHAMDULILLAH - HUDUD AKAN TERLAKSANA DI BUMI BANI TAMIM


Pas Kelantan Nekad Laksana Hukum Hudud

ROGOL - Lihat perbezaannya


KOTA BHARU 28 Okt - Kerajaan Pas Kelantan nekad untuk melaksanakan hudud meskipun terdapat pelbagai halangan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri Kelantan tetap meneruskan usaha bersungguh-sungguh agar Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 yang diluluskan Dun Kelantan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Kita amat hormat Brunei yang sudah mampu menegakkan hukum ini di negara mereka, ini menjadi semangat kepada kita bahawa ALLAH SWT akan pelihara hukum-Nya dan sampai masa insya-ALLAH negeri kita akan dapat laksanakan.

“Ada pihak menyatakan hasrat kerajaan ini sekadar mainan politik sahaja, padahal tuduhan itulah mainan politik dan saya sifatkan golongan yang menolak dan mengejek, mengetepikan syariah Islam khususnya hudud adalah golongan jahil, malah tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri,” katanya semasa merasmikan Konvensyen Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar Peringkat Kebangsaan sempena sambutan Hari Hududullah negeri Kelantan di sini.

BERSEDIALAH - Jangan ada belas kasihan kepada PESALAH HUDUD

Tambahnya, sambutan hukum hudud itu dilaksanakan bagi memberi gambaran sahih terhadap pelaksanaan hukum Islam dalam masyarakat kerana ia bersifat mendidik dan bukannya menzalimi.

Sejak akhir- akhir ini, pelbagai kes jenayah berlaku yang menakutkan dan berpandangan undang-undang ALLAH SWT adalah pencegahan kepada umat Islam dan wajib memperjuangkannya untuk dilaksanakan di negara serta negeri.

Sebelum ini, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

Pelaksanaan undang-undang Islam tersebut berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.


AMUKANMELAYU - Di harap ini bukan JANJI POLITIK......

PRK Sg. Limau - PAS MUHONG LAGI


PRK Sg. Limau: KANTOI 3-0!.......PAS MUHONG LAGI

TENANG DAN DAMAI - Tukang Kempen, Jangan tinggalkan "KUDIS" di Sg. Limau


Kata pepatah kalau nak tahu kebaikan seseorang tu kelih pada cakapnya. Jujuq ketika berbicara dan jujuq dari segi tindakannya. Kalau bercakap pun asyik muhong memanjang maknanya jelas orang tersebut tak boleh dipakai apatah lagi diberikan kosa di angkat jadi kepala?.

Pepatah popular bagi orang-orang kat Kedah dituju pada PAS; "PAS cakap sepuluh tapi sebelas tak boleh pakai".

Itulah yang berlaku pada PAS sepanjang kempen PRK Sg Limau ni . Dalam keghairahannya PAS meraih undi, kaedah taqiyah syiah menjadi amalan wajib untuk mereka mempengaruhi penduduk-penduduk di Sg Limau melalui beberapa siri pembohongan yang mudah saja sahabat-sahabat kami para pejuang siber .

  Duk Muhong lagi - Muhung duk kata calon PAS Mohd Azam sebagai anak didik Arwah Tan Sri Azizan dan  mempunyai pertalian darah dengan arwah. Ini dicanangkan melalui poster-poster. Semua kat Sg. Limau ni semua ada hubungan koga....cuma jauh dengan dekat jar.

Hakikatnya, calon PAS adalah anak didik dan juga anak sepupu kepada Pahlolrazi yang merupakan musuh ketat dan musuh dalam selimut kepada arwah Tan Sri Azizan. Masih ingatkan kita perbuatan si Pahlolrazi menghina arwah ketika arwah sedang sakit dan nazak?


  Duk Muhong lagi - PAS mengaitkan ayah Dato' Jamil Khir; Haji Baharom atau Pak Ngah kononnya menyokong calon PAS dan mendoakan agar calon PAS menang. Lawatan PAS ke rumah Hj Baharom telah dieksploitasi sepenuhnya dan diterbitkan dalam Harakahdaily.

Lawatan yang tidak ikhlas penuh muslihat akhirnya kantoi menipu buat kali ke 2


Hakikatnya, Hj Baharom begitu sedih dan kesal apabila calon PAS tidak ikhlas melawatnya dan mempergunakan kesakitannya sebagai modal kempen PAS yang tidak beretika. Sekali lagi amalan taqiyah Syiah diguna pakai untuk menghalalkan pembohongan demi undi. Ini dibuktikan melalui rakaman rela tanpa paksa yang dilafazkan oleh Haji Baharom.

Duk Muhong lagi: Sekali lagi PAS kantoi menipu para penyokongnya dengan mengedarkan foto calon PAS Mohd Azam pernah bertemu dengan arwah Tan Sri Azizan semasa hayatnya bagi membuktikan betapa rapatnya si calon PAS dengan arwah. Ia juga membawa maksud kononnya akhbar Sinar menyokong penuh calon PAS tersebut kerana pernah menemukan si calon PAS dengan arwah Menteri Besar dahulu. Risalah kempen ini diedar secara percuma di Markaz Induk PAS Kawasan Jerai sejak semalam.

Foto superimpose kononnya calon PAS berkepiah ni memang disukai oleh arwah Tan Sri Azizan sebab itulah PAS pilih dia jadi calon...


Hakikatnya, foto di atas adalah superimpose yang dilakukan oleh puak-puak PAS untuk membohongi penduduk di Sg Limau dan juga rakyat Malaysia. Foto asal Sinar Harian Utara adalah seperti di bawah;

Foto asal bertarikh 25 Mei 2011. Pada ketika inilah puak-puak Pahlolrazi sedang giat menyusun strategi menjatuhkan Azizan yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Pusat dan disebabkan arwah tidak memberikan projek serta jawatan penting GLC Kedah pada puak-puak PAS yang memang tak berkelayakkan. Sinar Harian mempunyai misi menyelamatkan imej kerajaan Negeri.

Foto ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.

Sinar Harian bertarikh 28 Oktober 2013 mendedahkan pembohongan PAS ke seluruh negara. PAS kantoi menipu lagi buat kali ketiga... 


Kini dah terbukti PAS kantoi sebanyak tiga kali menipu para penyokong dan pengundi mereka. Rakyat Malaysia, Kedah dan penduduk Sg Limau menjadi saksi kecurangan dan pembohongan demi pembohongan PAS.
Sukalah kami memperingatkan umat Islam danpara pembaca semua sebuah firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran surah Al Hujurat ayat 6:
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
Kalau PAS fikir mereka bijak berbohong, sebenarnya mereka silap banyak kerana ada lagi manusia yang lebih bijak membongkar pembohongan mereka. Buat jahat selalunya tak kekal lama, lama-kelamaan akan kantoi jugak. Allah s.w.t tak pernah redho dengan sebarang penipuan oleh hambaNya walaupun si hamba tersebut kepiah tak pernah lekang di kepala dan dahi-dahi mereka bertompok-tompok hitam kononnya disebabkan solat yang tak pernah tinggal dan sujud terlalu lama.
Benarlah kata-kata bijak pandai....kalau tak berbohong bukan PAS namanya...

SEJAK BILA KEPIMPINAN ULAMAK TIDAK RELEVAN?

PAS sedang di PKR kan, itulah punca ULAMAK di TOLAK
KEMEROSOTAN PAS - Mahu atau tidak, PAS perlu GUGURKAN 4 dari mereka ini untuk kembali kepada KEPIMPINAN ULAMAK. supaya kerja-kerja "ORANG MUNAFIk" tidak berlaku lagi dalam PAS.


Elok benarlah penduduk Sg Limau pakat-pakat kalih berhijrah sokong calon Islam yang lebih baik. Hijrahlah diri dari terus-menerus menjadi mangsa penipuan berganda kumpulan Anwaris ini. Insya Allah semoga Allah s.w.t merestui hijrah tersebut dan memberikan kemenangan buat calon yang lebih bertanggung jawab.

Pengerak Media Sosial, Pakatan Tidak Layak Jadi Ahli Pas


Di dalam kesibukan kempen pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, penulis dikejutkan dengan kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Idris Ahmad yang menyelar penggerak media sosial di kalangan pakatan pembangkang yang dikatakan sebagai penyebar fitnah.

Tambah menarik kenyataan tersebut dilaporkan di dalam akhbar HarakahDaily (Bil 1889, 23 – 26 Zulhijah, Edisi Isnin). Menurut Idris “budaya fitnah dan pengkhabaran yang tidak betul, tidak boleh menjadi budaya walaupun dengan musuh. Apatah lagi sesama jemaah”.
Nampaknya Idris baru menyedari akan KEJAHATAN penggerak media pembangkang yang selama ini menjadi kebanggaan mereka.
Pengerak Media Sosial, Pakatan Tidak Layak Jadi Ahli Pas
AJK Pas Pusat, Idris Ahmad
“Mereka yang bersikap demikian, TIDAK LAYAK bersama dengan Pas, Apabila kita bertanya kenapa mereka memburukkan Pas melalui media sosial, jawapan mudahnya, pimpinan Pas tidak ambil perhatian teguran mereka” katanya.
Malah Anwar Ibrahim sendiri di dalam salah satu forum yang diadakan di ibu negara, turut mengakui antara faktor ‘kemenangan’ mereka dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu adalah disebabkan kerana jentera media sosial.

“Jawapan saya mudah, apa tujuan kita masuk Pas? Kita tidak boleh kecewa teguran yang tidak diambil peduli pimpinan. Pemimpin seperti ini tidak lama di dalam Pas jika dia bersikap demikian. Orang yang seperti itu ‘nafas’ tidak panjang dalam perjuangan” tegasnya.
Sekiranya diteliti ia secara tidak langsung membuktikan bahawa kelebihan yang diperoleh oleh pembangkang dalam pilihan raya lalu adalah disebabkan penyebaran fitnah yang disebarkan oleh mereka.

Sekiranya kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Umno, pasti ada yang akan mengatakan ia sebagai cubaan untuk memburuk-burukkan pakatan pembangkang. Namun kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pimpinan parti Pas yang jelas tidak selesa dengan budaya yang disebarkan oleh jentera pakatan pembangkang.
MENANGGUK DI AIR KERUH

Paling menarik, Idris bukan sahaja menyelar para penggiat media sosial pakatan malah dia juga secara sinis menujukan kenyataan tersebut kepada para pimpinan pakatan agar tidak lagi mengamalkan budaya fitnah dalam berpolitik. Ini kerana beliau berpendapat mereka yang gemar dengan amalan tersebut TIDAK LAYAK untuk duduk bersama dengan parti itu.
Ini bermaksud, Idris akhirnya mula sedar bahaya fitnah yang begitu berleluasa di amalkan di dalam pakatan pembangkang. Tambahan pula budaya tersebut dilihat sudah semakin membarah, apabila ada di kalangan mereka yang sanggup berkata apa sahaja demi untuk mendapatkan kuasa politik.
Malah pendekatan tipu dan fitnah di kalangan pembangkang juga, dilihat begitu semakin menjadi-jadi khususnya ketika PRK Sungai Limau ini. Sebagai contoh jentera Pas cuba memainkan sentimen Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi meraih undi dengan menggambarkan kononnya calon parti itu, Mohd. Azam Abd. Samat merupakan anak didik bekas Menteri Besar Kedah tersebut.

Mereka mula mengedarkan pelbagai gambar antara Azizan dan Azam bagi mengukuhkan persepsi tersebut. Namun apabila diselidiki semua gambar-gambar tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata. Rupa-rupanya mereka menghasilkan gambar-gambar ‘akrab’ tersebut melalui perisian Adobe Photoshop dan teknik superimpose gambar.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut menggunakan gambar Azizan dalam risalah mengenai biodata, latar belakang dan visi Mohd. Azam yang diedarkan kepada orang ramai sempena PRK ini.
Nampaknya Pas yang mendakwa sebagai pejuang Islam tidak lagi memikirkan soal halal dan haram. Patutlah ada pimpinan di kalangan mereka yang mula tidak senang dengan perkembangan tidak sihat itu. Kesimpulannya budaya tipu, fitnah dan adu domba sudah mula membarah di dalam parti itu.

TAPI BAGAIMANA PULA DENGAN YANG INI? FITNAH ATAU PROVOK?

BANNER Syiah di PRK. Sg. LIMAU!!!!!...........




Nampaknya Syiah semakin menampakkan belangnya di Sg Limau. Apakah Orang Sg Limau masih tidak nampak? Jika benar PAS di Sungai Limau PENYOKONG SYIAH, tiada syak lagi...Orang Sg. Limau perlu menolak calon PAS Sg. Limau. Jangan biarkan pendokong dan menyokong Syiah ini bertapak di Sg. Limau. Moga Allah selamatkan Malaysia dari Syiah, Wahabi, Khawarij, Liberal dll.


AMUKANMELAYU - PAS semakin rosak dan mungkin akan "PUPUS" jika tidak di bawa kembali ke LANDASAN ASAL dengan KEPIMPINAN ULAMAK.  Berkompromi dengan PAKATAN RAKYAT dan terlalu mesra dengan DAP telah banyak melukakan hati Islamelayu. Senampak ada kegagalan ULAMAK untuk "mengulamakkan" mereka yang menjadi Pemimpin Tertinggi PAS yang bukan dari BERPENDIDIKAN UGAMA. Sebaliknya dasar Tolak Ansur ULAMAK telah menjadikan ULAMAK kurang di hormati dan seakan-akan ULAMAK itu sendiri telah di NUTERALKAN.

RELEX SEKEJAP - BSD1M, KEMENTERIAN KEWANGAN MOHON MAAF


RALAT : KEMENTERIAN KEWANGAN MENGAKUI NAJIB TERLUPA UMUM BSD1M 

 OLAK LEMPIT - ISNIN 23 Zulhijjah 1434 = 28hb Oktober 2013,mengikut Bloger
JKKK(P) KOTA SARANG SEMUT, Kementerian Kewangan mohon maaf kepada rakyat terbanyak kerana berlaku Kekhilafan dimana Menteri Kewangan terlupa untuk mengumumkan skim bantuan BSD1M semasa pembantangan Bajet 2014 yang lalu. Justeru itu Kementerian Kewangan telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar  kepada pihak media bagi tujuan penyebaran BSD1M.

 

Ralat : Kementerian Kewangan mengakui bahawa DS NAJIB terlupa mengumumkan bantuan baru kepada rakyat Malaysia iaitu BSD1M semasa pembantangan Bajet 2014 yang lalu. Justeru Kementerian Kewangan telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar  kepada pihak media bagi tujuan penyebaran BSD1M



BSD1M = Bantuan Seluar Dalam 1 Malaysia 
  


AMUKANMELAYU - Relex sekejab.......Amukanmelayu TERKANTOI dengan Bloger JKKK(P) KOTA SARANG SEMUT.....kahkahkahkahkah..........