,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 27 June 2014

KHALID - PERLAKSAAN MAIS DAN JAIS PERLU MENGIKUT KAEDAH POLITIK?




Dah sampai masanya ADUN atau CALON perlu di ambil dari anak Negeri. Jika di lihat sekarang ni, Orang Luar yang menjadi ADUN di sesuatu yang bukan Negeri Kelahirannya, dia akan menjadi jaguh tak kira MP atau DUN. Persolalannya mudah sahaja, mereka tak merasa apa-apa kesan ke atas kesilapan yang di buatnya, ini kerana sampai tempuh tertentu dia akan pulang ke Negeri asalnya.

Sama apa berlaku di Kelantan. Penduduk tetap kelantan mahukan perubahan, tapi bila tarikh mengundi tiba, PENGUNDI dari luar(Anak Kelantan Yang Merantau) akan pulang mengundi untuk memenangkan Calon Pembangkang. Katanya ini adalah PERUANGAN....itu mereka sanggup pulang untuk mengundi. Walhal pada hakikatnya, mereka telah MENGINAYA penduduk Tetak yang mahukan perubahan. Pengundi luar pula, mereka telah MENIKMATI pembangunan yang baik atau segala kemudahan mereka dapat menikmatinya kerana mereka tinggal merantau di bandar-bandar besar.

Inilah yang berlaku di Selangor sekarang ini. Jika di perhatikan mereka tinggal entah dimana dan menukar alamat hanya semata-mata untuk menjadi calon di Selangor. Lihatlah KES RAMAPASAN BIBBLE ini. Yang menjadi Jurucakap dan Bermati-matian mempertahankannya adalah ADUN yang bukan anak Selangor.

Mereka inilah yang  meminta kerajaan negeri Selangor meminda peruntukan enakmen yang berkaitan bagi mengurangkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais), berhubung tindakan badan itu tidak memulangkan Bible dalam bahasa Malaysia yang dirampas pada Januari lepas.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad berkata tindakan Mais, melalui Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), yang enggan memulangkan semula kitab itu, boleh mengakibatkan imej Islam tercemar dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

Bercakap dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen, di sini hari ini, Khalid yang merupakan Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, turut menyatakan bahawa tindakan Mais dan Jais tidak ada kena mengena dengan parti itu dan kerajaan negeri kerana kedua-dua badan itu tidak terletak di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Baru-baru ini, Peguam Negara Abdul Gani Patail memutuskan untuk menutup kes rampasan Bible versi bahasa Malaysia dan Iban itu kerana ia bukan tulisan yang diterbitkan mengikut Seksyen (9)(1)(a) Enakmen Bukan Kawalan Islam (Kawalandan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam (1998). - Bernama

 

KHALID 'G' CUBA NAK TUTUP KEMALUAN SENDIRI!!!

Khalid "G" coner tak lepas
Itu yang dapat kita simpulkan dari kenyataan media yang dibuat oleh Si Khalid 'G' ni semalam. Apa yang penting hanya kepentingan Politik semata - mata.

Selepas kenyataan yang dia buat sewaktu di Parlimen sebelum ini dibidas oleh pemimpin PAS Selangor sendiri, maka Si Khalid 'G' tu tampil dengan memberikan alasan berikut.

Kata dia, pindaan terhadap Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 mempunyai kepincangan sehingga menyebabkan institusi Istana tidak lagi dilindungi.

Maka, sebab itu dia mendesak agar pihak Rejim Pakatan Selangor mempertimbangkan cadangan yang telah dia buat sebelum ini terhadap kuasa yang dimiliki oleh MAIS.
"Perkara ini telah dipinda dengan menetapkan ahli MAIS tidak perlu dirujuk menteri besar. Kita sebaliknya perlukan kerjasama dan harap kuasa ini sealiran antara negeri dan Istana," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Hakikatnya, Si Khalid G ni bukan mementingkan institusi Istana tu sangat. Sebab yang buat pertikaian terhadap institusi tu pun bukan orang lain. Tapi dia sendiri.

Tak perlu la dia nak bagi alasan KONONnya dia nak menjaga nama baik institusi tersebut hanya semata - mata nak tutup kemaluan dia sendiri.

Yang menimbulkan isu berkaitan kuasa MAIS tu pun bukan orang lain. Tapi dia jugak yang bangkitkan isu tu. Jadi, siapa yang hina institusi Istana ni sebenarnya?

Bukannya Si Khalid G tu tak tau. Yang lantik Pengerusi MAIS tu pihak Istana. Jadi, dengan mempertikaikan perkara tersebut sama la jugak dia mempertikaikan kuasa Istana.

Dalam erti kata lainnya, dia sendiri yang menyebabkan institusi Istana tu tak dilindungi dan membuat kritikan secara terbuka terhadap institusi tersebut. Bukan orang lain yang buat.

REALITInya, tuntutan Si Khalid tu dilihat hanya untuk memenuhi kepentingan Politik puak - puak Pakatan Haramjadah tu di Selangor. Dan itu yang diulang oleh Si Khalid G tu sendiri.
"Hanya kaedah pelaksanaannya seharusnya mengikut kaedah betul dari sudut politik, sesuai dengan suasana politik, bukan tujuan untuk menimbulkan ketegangan atas sebab politik tertentu," katanya.
Nah!!! Itu membuktikan bahawa Si Khalid G ni hanya mementingkan POLITIK dan bukannya nak menjaga kepentingan institusi Istana tu sendiri.

Bagi dia, POLITIK tu lebih penting dari institusi Istana. POLITIK itu jauh lebih utama dari menjaga kesucian Islam tu sendiri. Semuanya demi kepentingan peribadi dia semata - mata. Jadi, memang sah la SI Khalid G ni tak layak nak dabik dada kata dia pejuang Islam!!!
 
 
 
AMUKANMELAYU - Rakyat ASAL SELANGOR perlu mengusir manusia seperti ini keluar dari Selangor......

Wednesday 25 June 2014

6 Faktor Untuk ORANG ISLAMELAYU MENERUSKAN KESINAMBUNGAN KUASA



6 PERKARA perlu di taati demi PERPADUAN KITA
Najib menggariskan enam faktor yang UMNO dan para pemimpin serta ahli-ah­linya perlu ada untuk memastikan kesinambungan parti itu dan kuasa Melayu.
Faktor pertama adalah ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul serta mematuhi arahan pemerintah dalam apa sahaja keputusan demi kebaikan setiap lapisan rakyat Malaysia.
Faktor kedua adalah kesetiaan kepada negara dan parti yang perlu diterjemahkan pada setiap pilihan raya dengan memberi kemenangan kepada calon yang telah dipilih.
Perkara ketiga adalah keberanian dalam perjuangan iaitu kita tanamkan sifat berani semasa berjuang kerana lawan akan takut pada orang yang berani dan itulah sebenarnya karakter orang Melayu.
Yang keempat adalah kesetiakawanan sama ada susah atau senang. Bila ada pilihan raya pastikan parti kita berjaya tapi kalau tahu kalah, kita bantu rakan lain untuk memastikan mereka menang.
Dua faktor seterusnya adalah kebijak­sanaan dan keikhlasan yang bagi orang Melayu, sifat ikhlas itu telah dipupuk melalui amal ibadat kepada Allah SWT yang menjanjikan ganjaran pahala.
Bagi saya faktor kedua dan keempat - kesetiaan dan kesetiakawanan - amat pen­ting dalam sesuatu perjuangan. Jika hilang kedua-dua itu maka pincanglah sebuah persatuan dan rosaklah sebuah kesatuan.
Dalam suasana politik Melayu kini yang berpecah-belah, mesej itu jelas amat pen­ting sekali.
Kita tidak boleh lagi berpecah-belah. Melayu harus bertaut kembali. Belajarlah daripada kesilapan pemimpin dan orang Melayu sejak zaman kesultanan silam dahulu. Bacalah Sejarah Melayu dan renungilah kutub-khanah bangsa itu.
Hasad dengki, tamak haloba, angkuh, bongkak, taksub, jahil, suka berkelahi membawa kelemahan dan kehancuran kepada Melayu.
Oleh itu jangan ada jugalah adu-domba oleh mana-mana pihak ke atas perhubu­ngan Najib dan Muhyiddin. Perlukah dilaga-lagakan antara kedua-duanya....? - SUMBER 


AMUKANMELAYU - Hanya pengkhianat UGAMA, BANGSA dan TANAH AIR sahaja yang akan menolak semua ini.

HIMPUNAN KAFIRUN DI DATARAN MERDEKA MENDATANGKAN PEPERANGAN KEPADA KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUANG AGUNG


ADAKAH PEGUAM NEGARA AKAN MEMBENARKAN PERHIMPUNAN ENGKAR KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN PADA 29 JUN NANTI  INI BEERTI ISLAMELAYU PERLU BERSEDIA  DENGAN TUNTUTAN FISABILLILLAH?

 
Banyak tindak-tanduk membabitkan Peguam Negara yang mula diperkatakan sekarang. Media-media sosial menjadi pentas terbuka untuk mempertikaikan Peguam Negara terutama sekali apabila RSN Rayer, ADUN Seri Delima tidak didakwa kerana melakukan hasutan dan cubaan menimbulkan kekacauan sebaliknya, 13 orang Pemuda UMNO pula dilokap dan dibicarakan. Begitu juga dengan arahan Peguam Negara agar Bible Bahasa Melayu dan Iban yang dirampas oleh JAIS dipulangkan kepada Persatuan Bible Malaysia sedangkan JAIS bertindak atas klausa dan akta yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri.

Kini, kelompok Katholik yang didalangi oleh peguam-peguam DAP dan PKR yang diketuai oleh Sudhagaran Stanley sedang mencabar undang-undang negara. Mereka mencabar umat Islam dan mereka sedang mencabar badan-badan perundangan Malaysia.

Apakah langkah yang akan diambil oleh Pejabat Peguam Negara? Adakah Pejabat Peguam Negara dan Kerajaan berasakan, demonstrasi yang dirancang bakal diadakan pada hari pertama Ramadhan tahun ini, hanya sekadar perhimpunan biasa?

Bagaimana sekiranya umat Islam bertindak balas?

Bagaimana pula sekiranya ada campurtangan asing selepas itu?

Keadaan semakin meruncing namun sehingga ke hari ini, belum ada sebarang tindakan atau respons dari pihak berkuasa.

Walaupun cuba didiamkan, tetapi semakin ramai yang resah dan tidak senang dengan perkembangan terbaharu ini. Undang-undang negara tidak lagi dihormati. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang melarang penerbitan Katholik dan agama Katholik di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH, cuba dilanggar dan tidak dihormati langsung.

Apakah toleransi yang diamalkan oleh negara ini sepanjang 57 tahun kemerdekaan, berakhir pada 29 Jun nanti lantaran kelemahan pihak berkuasa dan kerajaan mengawal, serta menguatkuasakan undang-undang?

Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan masih melihat Malaysia sebagai sebuah negara aman damai, menanti-nanti tindakan pihak berkuasa seterusnya!!! 
 

KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN Dipersendakan, DAP Mahu Buat Perhimpunan KAFIRUN mencabar Islam supaya Tunduk Kepada Mereka!!

Seperti yang diduga, DAP dan konco-konco parti tersebut yang mahu memastikan undi Katholik dan Kristian berpihak kepada mereka, menggunakan kesempatan daripada kelonggaran dan ketiadaan undang-undang pencegahan darurat di negara ini dengan berikrar untuk mengadakan perhimpunan yang mendesak dan memaksa Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor tunduk kepada mereka.

Penyelaras Nasional Belia untuk Keadilan dan Keamanan, K.Sudhagaran Stanley berkata, dia merancang untuk mengadakan satu perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Perhimpunan itu akan mengumpulkan orang Kristian, Buddha, Sikh, Hindu dan lain-lain rakyat Malaysia yang menyokong Bible berbahasa Melayu disebarluaskan dan Melayu-Islam dibenarkan murtad di Malaysia.

Respons ini diberikan terhadap keengganan MAIS dan JAIS yang enggan menyerahkan semula Bible berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah ALLAH yang telah dirampas ketika kitab tersebut sedang siap untuk diedar-edarkan.

Pagi tadi, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan menolak rayuan Gereja Katholik untuk menggunapakai kalimah ALLAH dalam penerbitan berbahasa Melayu mereka, sekaligus memberi isyarat, bersetuju dengan tindakan MAIS dan JAIS dalam hal kitab Bible berbahasa Melayu yang dirampas itu.

K.Sudhagaran Stanley yang jelas telah dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin Cina DAP untuk menyemarakkan permusuhan dengan orang Melayu-Islam, memberitahu, dia akan memujuk para pemimpin PAS mengeluarkan ahli-ahli parti tersebut ke jalan-jalanraya bagi menyertai 'berjalan untuk keamanan dan kasih sayang'.

Manakala Pengerusi Persekutuan Katholik Malaysia (CFM), Dr. Eu Hong Seng dalam satu kenyataan berasingan hari ini pula berkata, kalimah ALLAH tetap akan digunakan dalam semua perkhidmatan dan aktiviti Kristian di negara ini sekalipun Mahkamah Persekutuan telah melarangnya.

Perintah mahkamah bagi puak-puak ini, tidak mendatangkan sebarang kesan kerana mereka juga tahu, tiada sebarang penguatkuaan dan tiada sebarang pemantauan undang-undang yang boleh dilakukan ke atas mereka.

Militan Islamelayu di Syria Dikena Tindakan Atau Akan Meneruskan MISI JIHAD Di Malaysia Jika pulang Nanti.
 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang menyertai pasukan militan di Syria akan dikenakan tindakan undang-undang jika pulang ke negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Maklumat diperolehi dan jika mereka menjejakkan kaki di Malaysia, pasti tangkapan akan dilakukan dan tindakan undang-undang dijalankan," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y.Yun di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian, khususnya Polis Diraja Malaysia kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia bagi memantau kegiatan merekrut anggota baharu menerusi laman sosial.

Mengulas penglibatan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan, Ahmad Zahid berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur jika dia terbukti terlibat.

"Aspek kajian kita bukan hanya dalam kalangan orang asing dan rakyat Malaysia, malah personel dalam penguatkuasaan juga harus diselidiki.

"Kita tak syaki semua, tapi dapat menghidu jika mereka terlibat, iaitu hasil kerjasama dengan Kementerian Pertahanan khususnya Angkatan Tentera Malaysia," katanya.

Mengenai perjumpaan dengan duta Amerika itu, beliau berkata Amerika memuji cara Malaysia menangani masalah militan di negara ini dan meminta usaha berterusan dilakukan bagi membanteras kegiatan berkenaan.

"Saya bincang perkara ini dengan mereka. Ia adalah suatu makumat yang harus diperincikan, usaha pembendungan turut dijalankan kerana kita tidak mahu usaha (militan) ini mendapat dokongan militan antarabangsa," katanya. - Bernama.
 
 
AMUKANMELAYU  -  Ini perhimpunan KAIRUN yang sedang mencabar ISLAM di Negara Islam.....ini bukan lagi soal Rampasan Buku Injil, tapi ini HIMPUNAN untuk mencabar dan ANCAMAN PEPEANGAN KEPADA ISLAMELAYU

Monday 23 June 2014

ISLAM SEDANG DI LENYAPKAN SECARA TERANCANG DI TANAH MELAYU


KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN Dipersendakan, DAP Mahu Buat Perhimpunan JAIS dan MAIS Tunduk Kepada Mereka!! 

Mereka Bersikap Kurang Ajar Hanya Mahu Umat Islam Bertelagah Sesama Sendiri


Presiden Kristian Malaysia (CFM) Dr Eu Hong Seng untuk meneruskan menggunakan kalimah Allah walaupun Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menolak rayuan yang dibuat oleh paderi Gereja Roman Katolik untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes The Herald.

Eu juga berkata kami penganut Kristian akan tetap menggunakan kalimah Allah dalam ibadah kami.


"Memandangkan keengganan untuk memberikan kebenaran merayu kepada Gereja Roman Katolik, kita akan meneruskan tindakan dan aktiviti kita, menganggap keputusan Mahkamah Rayuan terhad kepada fakta kes tertentu saja," katanya.

Eu juga berkata penganut Kristian mempunyai hak untuk meneruskan penggunaan kalimah tersebut dan kita juga disokong oleh ramai pemimpin Islam.

"Masyarakat Kristian mempunyai hak untuk terus menggunakan perkataan Allah di dalam Al-Kitab, ibadah gereja dan perhimpunan Kristian dalam jemaah Bahasa Malaysia kami, seperti yang kita lakukan sebelum ini," katanya.

Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel tujuh hakim itu berkata, Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkongsi pendapat yang sama.

Portal Malaysian Insider memetik penasihat undang-undang pakatan rakyat Aziz Bari merasa kesal dengan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes penerbitan The Herald akan memberi petunjuk bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhak menyita naskhah Bible dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban adalah benar dan dilandasan yang betul.

Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan rayuan itu sangat “mengecewakan” kerana ia memberi maksud bahawa keputusan Mahkamah Rayuan sebelum itu adalah muktamad.


Pada 31 Disember 2010, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan mengisytiharkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan Herald dalam Bahasa Malaysia itu, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak, menggunakan kalimah Allah, sebagai tidak sah dan batal. Oleh itu pihak Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dimana sahaja yang mereka suka. Peraka ini disokong penuh oleh beberapa pemimpin tertinggi Pas dan pakatan rakyat serta menyifatkan keputusan itu adalah adil.

Pada 16 Februari 2010, Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman dan menamakan KDN serta kerajaan sebagai responden.

Antara lain, beliau memohon satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Jan 2009, yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh Herald, sebagai tidak sah dan batal serta kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam walaupun mereka sebelum ini tidak pernah menggunakan kalimah Allah tersebut. Ini diperkuatkan lagi apabila beberapa pemimpin yang kononnya berjuang menegakkan Agama Islam memberi sokongan padu kepada pihak Kristian.

Salah seorang daripadanya adalah Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam yang begitu bersunggu-sungguh mempertahankan pihak Kristian sehingga menggelarkan kepada pihak yang mempertahankan kalimah Allah adalah bodoh.

Ekoran itu penganut Agama Kristian memberi sokongan sepenuhnya kepada Khalid Samad pada kempen PRU13 yang lalu dan akhirnya beliau berjaya memenangi PRU13 Parlimen Shah Alam.- by Cool Download Rox

 

Seperti yang diduga, DAP dan konco-konco parti tersebut yang mahu memastikan undi Katholik dan Kristian berpihak kepada mereka, menggunakan kesempatan daripada kelonggaran dan ketiadaan undang-undang pencegahan darurat di negara ini dengan berikrar untuk mengadakan perhimpunan yang mendesak dan memaksa Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor tunduk kepada mereka.


Penyelaras Nasional Belia untuk Keadilan dan Keamanan, K.Sudhagaran Stanley berkata, dia merancang untuk mengadakan satu perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Perhimpunan itu akan mengumpulkan orang Kristian, Buddha, Sikh, Hindu dan lain-lain rakyat Malaysia yang menyokong Bible berbahasa Melayu disebarluaskan dan Melayu-Islam dibenarkan murtad di Malaysia.

Respons ini diberikan terhadap keengganan MAIS dan JAIS yang enggan menyerahkan semula Bible berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah ALLAH yang telah dirampas ketika kitab tersebut sedang siap untuk diedar-edarkan.

Pagi tadi, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan menolak rayuan Gereja Katholik untuk menggunapakai kalimah ALLAH dalam penerbitan berbahasa Melayu mereka, sekaligus memberi isyarat, bersetuju dengan tindakan MAIS dan JAIS dalam hal kitab Bible berbahasa Melayu yang dirampas itu.

K.Sudhagaran Stanley yang jelas telah dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin Cina DAP untuk menyemarakkan permusuhan dengan orang Melayu-Islam, memberitahu, dia akan memujuk para pemimpin PAS mengeluarkan ahli-ahli parti tersebut ke jalan-jalanraya bagi menyertai 'berjalan untuk keamanan dan kasih sayang'.


Manakala Pengerusi Persekutuan Katholik Malaysia (CFM), Dr. Eu Hong Seng dalam satu kenyataan berasingan hari ini pula berkata, kalimah ALLAH tetap akan digunakan dalam semua perkhidmatan dan aktiviti Kristian di negara ini sekalipun Mahkamah Persekutuan telah melarangnya.

Perintah mahkamah bagi puak-puak ini, tidak mendatangkan sebarang kesan kerana mereka juga tahu, tiada sebarang penguatkuaan dan tiada sebarang pemantauan undang-undang yang boleh dilakukan ke atas mereka.

Atau dengan kata lain, mereka adalah GOLONGAN TIDAK BOLEH DISENTUH!!!




Halau Penumpang - Mahkamah Arah Air Asia Bayar Saman


NOW EVERYONE CAN FLY

AIR ASIA Perlu Diajar dan Perlu Diboikot!


AIR ASIA Perlu Diajar dan Perlu Diboikot!Tidak lama dahulu, AIR ASIA yang merupakan syarikat penerbangan tambang murah terhebat di dunia yang gagal menjelaskan cukai lapangan terbang bertindak zalim dengan menghalau penumpang, iaitu seorang wanita yang hamil. Wanita berkenaan bagaimanapun, diselamatkan oleh MAS, syarikat penerbangan negara yang cuba diambilalih oleh Air Asia dan sentiasa diburuk-burukkan oleh Air Asia.


Dalam kejadian di Denpasar, Bali, Indonesia pada tahun 2011, Air Asia diarahkan membayar faedah lima peratus setahun mulai 27 Disember 2011 apabila seorang suri rumah yang hamil diarahkan turun dari sebuah pesawat Air Asia di Denpasar, Bali, Indonesia. Alasan penghalauan tersebut adalah, surirumah tersebut tidak mempunyai sijil perubatan yang menyatakan dia layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan.

Air Asia diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM43,999 kepadanya apabila syarikat penerbangan Tony Fernandes itu didapati bersalah, kejam dan tidak berperi kemanusiaan oleh mahkamah. 


Pada Mei 2013, seorang ibu dan seorang anaknya, dihalau keluar dari kapalterbang oleh kakitangan Air Asia di Ho Chin Minh City, Vietnam dengan alasan, anaknya menghidap demam campak, walaupun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ho Chin Minh City sebelum itu, penerbangan yang digunakan oleh ibu-anak itu adalah Air Asia.

Semalam, Air Asia sekali lagi menghalau penumpang. Sepasang suami isteri yang melakukan perjalanan dari Seoul ke Kuala Lumpur selama 5 jam dengan menggunakan MAS, tidak berhadapan dengan sebarang masalah. Tetapi apabila mereka cuba menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu yang perjalanannya hanya mengambil masa kurang dari 40 minit, si isteri yang sedang hamil 7 bulan, dihalau keluar dari pesawat oleh juruterbang.

Apakah alasan 'TIADA SURAT PENGESAHAN DOKTOR' menjadi alasan buat juruterbang bernama AHARON YARIR BIN AHMAD untuk menghalau pasangan tersebut?

Mengapa hanya Air Asia yang bermasalah sedangkan MAS yang membawa pasangan tersebut dari Seoul ke Kuala Lumpur untuk perjalanan selama 5 jam, tidak pula berhadapan dengan sebarang masalah?

Pasangan suami isteri tersebut yang dihalau dari pesawat itu, perlu mengambil contoh PATRICIA KAREN CHIEW MEI YIK dan suaminya, MICHAEL JANUARIUS yang menyaman AIR ASIA dan menang kerana penganiayaan yang dilakukan oleh syarikat penerbangan Tony Fernandez itu.



Ini Cara Air Asia Jawab Isu Penumpang Mengandung 7 Bulan?

Kami menerima satu screenshot yang menunjukkan seorang pengguna Facebook dipercayai kakitangan Air Asia menjawab berita yang disiarkan oleh portal kami semalam. 

IMG-20140622-WA0049

Mungkin benar kami menggunakan tajuk yang sensasi. Namun jika inilah cara Air Asia menangani kritikan dan isu bukan bukan sahaja tambang dan perkhidmatan rendah, budi bahasa pun rendah juga.

Apakah dengan kenyataan seperti ini bermakna Air asia mempunyai prosedur tidak membenarkan wanita mengandung terbang?
Jika demikian mengapa kaunter Air Asia menjual tiket kepada wanita terbabit? Ini bukan beli dalam talian.

Selebihnya alasan takut bersalin atas kapal terbang yang hanya terbang 40 minit tidak masuk akal. Jarang sekali berlaku orang beranak secara tiba-tiba tanpa tanda.
Jika pun kemungkinan berlaku kontraksi atas kapal terbang ia adalah risiko yang perlu diambil oleh Air Asia selaku penyedia perkhidmatan dan penumpang yang menaikinya.
Kita terima alasan jika mereka tetap menyatakan perlu surat kebenaran doktor sebagai prosedur.
TAPI JIKA ALASAN DI ATAS DIGUNA PAKAI NYATALAH MEREKA INI JENIS BODOH SOMBONG! - by KuntaKinte Malaysia

Halau Penumpang - Mahkamah Arah Air Asia Bayar RM43,999 Kepada Wanita Yang Teraniaya

 

Seorang suri rumah yang hamil diarah turun dari sebuah pesawat Airasia di Denpasar, Bali, Indonesia tiga tahun lalu kerana tidak mempunyai sijil perubatan menyatakan beliau layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan, mendapat award RM43,999 sebagai ganti rugi oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini.

Patricia Karen Chew Mei Yik, 44, dan suaminya Michael Januarius, 57, memenangi saman ke atas Airasia Berhad selepas tiga panel hakim membenarkan rayuan mereka untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai saman itu.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Wahab Patail memberikan award ganti rugi khas kepada pasangan itu sebanyak RM18,999 dan juga ganti rugi am berjumlah RM25,000.

Beliau juga memerintahkan Airasia membayar faedah lima peratus setahun mulai 27 Disember, 2011, tarikh writ difailkan untuk penyelesaian penuh saman itu.

Hakim Abdul Wahab yang mempengerusikan panel itu dengan Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim juga memerintahkan Airasia membayar RM10,000 sebagai kos perundangan kepada pasangan itu.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, Chew dan Januarius, seorang ahli perniagaan, berkata mereka membeli tiket penerbangan pergi balik ke Bali pada 2 Februari, 2011.

Mereka berkata selepas menghabiskan percutian mereka di Bali bersama-sama dengan anak perempuan mereka ketika berumur empat tahun (kini 7 tahun), mereka menaiki pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur pada 26 Februari, 2011.

Pasangan itu mendakwa sebelum pesawat itu berlepas, seorang pramugari bertanyakan sama ada Chew, yang ketika itu hamil 28 minggu, sama ada beliau mempunyai surat daripada doktor yang mengesahkan beliau layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan menggunakan pesawat.

Chew berkata beliau mendapat sijil daripada pakar sakit puan Datuk Dr Ang Chin Guan dari Sime Darby Specialist Centre Megah Sdn Bhd yang dikeluarkan pada 11 Februari, 2011.

Bagaimanapun, beliau memberitahu pramugari terbabit sijil itu diserahkan kepada seorang pramugari yang namanya beliau tidak dapat diingat dalam pesawat pada 20 Februari, 2011 semasa bertolak dari Kuala Lumpur ke Denpasar.

Chew mendakwa pramugari terbabit memberitahu beliau dalam nada suara marah bahawa semakan dalam sistem online tidak dapat mengesan sijil itu dan Chew dimaklumkan supaya mendapatkan sijil baharu daripada doktor.

Pada ketika itu, suami Chew memutuskan bahawa beliau kekal di dalam pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur tanpa isteri dan anaknya kerana beliau perlu menghadiri satu majlis resepsi korporat di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pasangan itu mendakwa pramugari terbabit memberitahu mereka supaya pergi ke pintu depan untuk berbincang tetapi sebaik mereka berada di situ, seorang pengawal keselamatan mengarahkan mereka untuk turun dari pesawat dan kemudiannya menutup pintu pesawat.

Pasangan itu berkata mereka kehilangan bagasi tangan mengandungi sebuah kamera dan sebuah komputer riba yang ditinggalkan di dalam pesawat.

Pasangan itu berkata mereka kecewa dan diaibkan dengan cara keadaan itu dikendalikan.

Chew kemudiannya memperoleh sijil layak dari segi perubatan di lapangan terbang Denpasar yang membenarkan keseluruhan keluarga itu untuk menaiki pesawat lain ke Kuala Lumpur.

Dalam pembelaan mereka, Airasia menafikan Chew dan keluarganya menerima layanan kasar sambil menambah petugasnya dilatih berdepan sebarang keadaan membabitkan penumpang dengan sabar, tenang, sopan dan secara profesional.

Syarikat itu mendakwa petugas mereka dalam insiden itu hanya menjalankan tugas mereka mengikut prosedur operasi standard dan peraturan yang dikuatkuasakan.

Pada 29 Ogos, 2012, Mahkamah Tinggi di Shah Alam menolak saman mereka.

Chew dan Januarius diwakili peguam M.Manoharan manakala Airasia diwakili  Zaini Mazlan dan Raja Nurul Iylia Raja Mohd Tajuddin. – Bernama,




AMUKANMELAYU - Air Asia ......penerbangan Tambah Murah serendah AKHLAK pegawai-pegawainya....indahnya khabar dari rupa.....