,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI

Thursday 20 November 2014

LGBT ISLAM PERLU DI AJAR UNTUK MEMBACA TALKIN DAN MENGIMAMKAN GENG LIBERAL YANG MATI

Bekas Ketua Hakim Negara Pertikai Keputusan Mahkamah Isu Transgender

Oleh: Tun Abdul Hamid Mohamad (Bekas Ketua Hakim Negara)

Saya telah membaca “Penghakiman Ringkas” Mahkamah Rayuan dalam kes tersebut.

Fakta yang tidak dipertikikan adalah Perayu-Perayu adalah lelaki, beragama Islam dan menghadapi “a medical condition” yang dikenali sebagai “Gender Identity Disorder (GID)”. Oleh sebab keadaan itu, semenjak muda, mereka berkelakuan seperti perempuan, termasuk memakai pakaian perempuan. Mereka telah ditangkap, dihadapkan ke Mahkamah Syari’ah dan dihukum beberapa kali di bawah seksyen 66 Enakment Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (EJSNS). Mereka membuat permohonan di Mahkamah Tinggi meminta mahkamah mengisytiharkan seksyen 66 EJSNS bercanggah dengan Perlembagaan Persekutun dan, oleh itu, tak sah dan batal. Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka. Mereka merayu ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan membuat peritah seperti yang dipohon oleh mereka.
 
Seksyen 66 EJSNS memperuntukkan:

“Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Tiga perkara perlu diambil perhatian dari awal ialah, pertama, mereka bukan merayu terhadap sabitan dan hukuman terhadap mereka oleh Mahkamah Syariah. Mereka memohon supaya Mahkamah Tinggi (Mahkamah Sivil) mengisytiharakn bahawa peruntukan seksyen 66 itu tak sah kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Bidangkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil. Demikian juga bidangkuasa mengisytihar sesuatu undang-undang itu tak sah kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil. Oleh itu, dari segi bidangkuasa, permohonan itu adalah betul.

Kedua, tidak dipertikaikan bahawa kesalahan itu adalah satu kesalahan terhadap “perintah” (“precepts”) agama Islam yang terletak di bawah bidangkuasa Negeri dan bukan “undang-undang jenayah” yang terletak di bawah bidangkuasa Persekutuan.

Ketiga, Mahkamah mendapati peruntukan Seksyen 66 itu tak sah bukan kerana ia “undang-undang jenayah” yang terletak di bawah bidangkuasa Persekutuan, tetapi kerana ia melanggar Perkara 5(1) (kebebasan diri), 8(1) (kesamarataan), 8(2) (diskriminasi), 9(2) (kebebasan bergerak) dan 10(1)(a) (kebebasan bercakap dan bersuara).

Apa yang merisaukan saya ialah alasan-alasan yang diberi untuk mengisytihar seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Hakim-Hakim itu mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap perintah agama Islam. Bagi saya, jika mereka menerima bahawa kesalahan itu adalah kesalahan terhadap perintah agama Islam (sebenarnya mereka terima kedudukan itu), maka sepatutnya mereka mengesahkan bahawa peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu.

Sebaliknya, mereka merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain, lebih-lebih lagi merujuk dan mengikuti penghakiman-penghakiman Supreme Court Amerika Syarikat dan India. Perlembagaan negara-negara itu tidak serupa dengan Perlembagaan kita. Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai-nilai kita. Hakim-hakim itu juga nampaknya sangat terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat.

Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal megenai peruntukan- peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan. Mereka juga memakai prinsip “reasonableness” yang diketengahkan oleh Supreme Court India yang memberi kuasa kepada Hakim-Hakim untuk mengisytiharkan undang-undang yang dibuat oleh Parliament tidak sah atas alasan ianya “unreasonable”. Itu sudah melanggar bidangkuasa Badan Perundangan (Parlimen). Mahkamah hanya boleh mengisytiharkan sesuatu undang-undang itu tak sah jika ia bercanggah dengan Perlembagaan, bukan kerana pada pandangan seseorang Hakim undang-undang itu “unreasonable”.

Alasan-alasan yang diberi oleh mahkamah itu sangat luas implikasiya. Apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah- mahkamah di negara-negara sekular itu; apabila hukum syarak diukur dengan nilai- nilai liberal hak asasi ala-Barat; apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ianya “unreasonable” kepada sesaorang Hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan senentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkann tak sah.

Menggunakan alasan-lasan yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih dari satu; undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat; kesalahan meminum minuman yang memabukkan; kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga boleh diisytiharkan tak sah. Malah penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis.

Nampaknya, apa yang saya khuatir akan berlaku telah mula berlaku.(Lihat kertas kerja saya “Hak Asasi Manusia: Peranan dan Fungsi Dari Perspektif Perlembagaan Malaysia.” (20 November 2013); “Hak Asasi Manusia Dari Perspektif Tradisi Islam dan Perlembagaan Malaysia” (24 Januari 2014) dan “Hak Asasi Manusia Dari Perspektif Tradisi Islam dan Perlembagaan Malaysia” (14 Oktober 2014), semuanya boleh didapati dalam laman web saya: www.tunabdulhamid.my

Sekian.

HATI MELAYU  - Melaysia melanggar HAK ASASI MANUSIA kerana melakukan diskriminasi ke atas LGBT yang tidak membenarkan PONDAN menjadi IMAM untuk membaca TALKIN semasa GENG LIBERAL meninggal dunia......

Monday 10 November 2014

NAJIB NAK GANTI AKTA HASUTAN, ORANG MELAYU NAK GANTI NAJIB

KATA NAJIB

Sudah beberapa kali Presiden Umno @ PM Najib mengulangi "Akta Hasutan akan dimansuhkan" .... dan ini menjadi pencetus polemik Akta Hasutan yang berpanjangan hingga kini -

Kaitkan ketiga artikel di atas dan anda akan tertanya soalan ini -

Apakah Najib benar2 mewakili suara akarumbi Umno ? Siapakah 'kerajaan' yang mahu memansuhkan Akta Hasutan kalau orang nombor dua dalam kerajaan pun boleh tidak setuju ?

Apakata bawa berbincang sekali isu Sekolah Vernakular .... sama juga persoalannya .... apakah Najib membawa suara Umno ?

Dan dalam konteks yang lebih luas - Apakah Najib seorang pemimpin Melayu yang membawa suara orang Melayu ?

KATA SEPUPU NAJIB 

Hishammuddin hari ini berkata Akta Hasutan akan dibincangkan oleh perwakilan masa Perhimpunan Agung Umno hujung bulan ini. Katanya lagi kerajaan perlu dengar suara akarumbi sebelum buat sebarang keputusan memansuhkan Akta Hasutan.

The Star
 
KATA TIMBALAN NAJIB

MELAKA 27 Okt. – Akta Hasutan 1948 wajar dikekalkan bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang membuat sebarang kenyataan yang menggores perasaan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat, adalah penting undang-undang yang mencegah perbuatan menghasut seperti Akta Hasutan dikekalkan dan sedikit pindaan perlu dibuat berikutan beberapa perkembangan mutakhir yang berlaku wajar ditangani segera.

Menurutnya, sejak akhir-akhir ini ada pihak cuba menghasut rakyat sehingga menimbulkan suasana tegang dalam hubungan kaum di negara ini termasuk yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

“Kita tidak boleh membiarkan sikap melampau segelintir pihak boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang kita kecapi selama ini, apatah lagi jika mereka semakin berani mempersoalkan perkara-perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan.

“Antara yang disentuh adalah hak keistimewaan Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, hak-hak sah bagi kaum bukan Melayu, kedudukan agama Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
“Bagi kerajaan tindakan sebegini tidak boleh kita kompromi walau sedikit pun dan pada hemat saya adalah penting Akta Hasutan dikekalkan sebagai satu bentuk kawalan yang membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya.... 

Putrajaya tidak pernah janji mansuh Akta Hasutan, kata Shahidan

Putrajaya berjanji untuk mengkaji Akta Hasutan, bukan memansuhkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim. Gambar fail The Malaysian Insider.Putrajaya berjanji untuk mengkaji Akta Hasutan, bukan memansuhkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim. Gambar fail The Malaysian Insider.Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Putrajaya tidak berjanji memansuhkan Akta Hasutan tetapi hanya untuk mengkajinya, 2 tahun selepas Datuk Seri Najib Razak mengatakan secara terbuka akan memansuhkan akta ciptaan penjajah British itu.
Pendedahan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilakukan ketika tindakan besar-besaran terhadap ahli politik pembangkang, ahli akademik, portal berita dan wartawan mengikut Akta Hasutan 1948.
Shahidan berkata, kenyataan Najib sebelum ini akta baharu akan menggantikan Akta Hasutan tidak bermakna akta penjajah itu akan dimansuhkan.

"Perdana menteri tidak pernah janji hendak hapuskan, beliau janji untuk melihat semula. Bermakna mungkin Akta Hasutan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional dan bukannya hapuskan," katanya kepada The Malaysian Insider. Kenyataan Shahidan bercanggah dengan janji Najib yang dilaporkan pada 11 Julai, 2012 apabila beliau berkata Akta Hasutan 1948 akan dimansuh dan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional sebahagian daripada program transformasi kerajaan.
"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.
“Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," kata Najib dalam ucapannya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama perdana menteri dan dilaporkan secara meluas media arus perdana dan portal atas talian.
Sejak itu, badan bukan kerajaan dan ahli politik pembangkang seringkali memberi tekanan kepada kerajaan agar mengotakan janji mereka.
Setahun selepas berjanji, Najib memberitahu BBC World News pada 2 Julai, 2013 kerajaan akan “pinda akta berkenaan tetapi mahu memastikan Malaysia aman dan harmoni”.
Jumaat lalu sebagai respon kepada kritikan terhadap dakwaan hasutan secara meluas Putrajaya berkata akta baharu sedang didraf tetapi mempertahankan dakwaan hasutan terhadap pemimpin pembangkang dan menambah mahkamah adil kepada semua.
"Sehingga satu undang-undang baharu siap, sebarang kes yang timbul perlu ditangani mengguna pakai undang-undang sedia ada,” kata satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Kenyataan itu juga mengulangi Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baharu.
Bagaimanapun, Shahidan sebagai menteri yang menguruskan Parlimen berkata Kabinet belum pernah berbincang mengenai pemansuhan akta tersebut.
"Akta Keharmonian Nasional belum ada draf lagi, tidak ada, cuma yang draf itu adalah Majlis Peguam, di pihak kerajaan belum ada apa-apa draf lagi,” katanya.
Ketika ini Putrajaya sedang mendraf akta Jenayah Kebencian Agama dan Kaum dan Rekonsiliasi dan Keharmonian Nasional untuk menguruskan kes berkenaan diskriminasi.
Usaha mendraf akta ini dan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan diketuai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).
Draf tersebut ditentang sesetangah kumpulan Islam kerana dikatakan menggugat kedudukan Melayu dan Islam.
Shahidan mempertahankan Akta Hasutan dengan berkata pemansuhan hanya akan mendatangkan kesan buruk.
"Kita kena ingat semasa kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kita harap manusia jadi makin baik, tetapi nampaknya manusia menjadi makin teruk dan biadab, malah banyak saya terima keluhan daripada orang ramai yang mahukan ISA dikembalikan semula.
"Ini yang rakyat minta, tetapi kerajaan sudah buat keputusan untuk mansuhkannya," katanya.
ISA dimansuh dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) Sosma 2012.
Shahidan juga mempertahankan Akta Hasutan terus digunakan kerana Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk serta berlandaskan kepada peruntukan Perlembagaan negara.
"Kalau masyarakat majmuk tidak ada Akta Hasutan, orang ramai boleh maki satu sama lain, jadi susah nanti. Jadi, Akta Hasutan tidak akan ditarik balik atau dipinda, ia selari dengan Perlembagaan,” katanya.
Beliau juga menuduh pembangkang sentiasa berusaha mewujudkan perasaan benci supaya rakyat tidak menyukai kerajaan, walaupun banyak perkara baik yang dilakukan kerajaan.
"Pembangkang ini sekarang apa yang mereka buat mesti wujudkan kebencian, hanya dengan ini mereka mampu menukar pemikiran rakyat.
"Kalau rakyat yang rasional tidak ada sebab untuk mempertikaikan kerajaan, tidak ada sebab. Jadi yang mampu mereka tarik perhatian rakyat adalah dengan mewujudkan benci kepada kerajaan, saya tidak faham di sini mengapa kita berbuat baik kepada orang tetapi disuruh benci," katanya.
Dalam masa dua minggu lepas, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat didakwa mengikut Akta Hasutan termasuk Rafizi Ramli dan N Surendran daripada PKR, Khalid Samad (PAS) dan RSN Rayer (DAP).
Wakil rakyat lain yang dituduh mengikut Akta Hasutan ialah Teresa Kok (DAP) dan Chua Tian Chang (PKR), sementara Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS) didakwa atas tuduhan membuat fitnah 2 tahun lepas.
Semua wakil rakyat ini berdepan kemungkinan hilang jawatan jika mahkamah menjatuhkan denda RM2,000 atau lebih atau hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun.
Terbaru, pensyarah undang-undang Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom didakwa mengikut Akta Hasutan kerana dituduh mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan mengenai krisis perlembagaan di Perak pada 2009.
Wartawan Malaysiakini Susan Loone ditahan di Pulau Pinang  semalam berhubung artikelnya yang menuramah exco negeri Phee Boon Poh dan penahanan besar-besaran anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS). – 5 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-tidak-pernah-janji-mansuh-akta-hasutan-kata-shahidan#sthash.uMBp3k9p.dpuf

KATA Ketua Kaum Ibu
KUALA LUMPUR 9 Nov. - Kerajaan diminta mendengar kebimbangan dan suara hati rakyat terutamanya kaum wanita dalam membantah cadangan penghapusan Akta Hasutan 1948.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, suara majoriti rakyat negara ini perlu diutamakan berbanding beberapa personaliti yang membawa agenda politik semata-mata.
Menurutnya, kerajaan tidak perlu takut untuk ke hadapan dalam mendengar suara majoriti tersebut demi menjaga kestabilan dan kese­lamatan negara.

“Sehubungan itu, Wanita UMNO hari ini sebulat suara menetapkan bahawa segala usaha untuk memansuhkan akta berkenaan perlu ditangguhkan.

“Ini kerana Akta Keharmonian Nasional tidak mencukupi untuk mengekang ancaman yang dapat mengganggu-gugat keselamatan rakyat di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Pemahaman Akta Hasutan 1948 di Hotel Seri Pacific di sini hari ini.

Program yang dijalankan secara tertutup anjuran Biro Perundangan dan Advokasi Pergerakan Wanita UMNO itu turut dihadiri bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; peguambela dan peguamcara, Datuk Salehuddin Saidin dan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia, Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Tambah Shahrizat, Wanita UMNO juga akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantah pemansuhan tersebut dalam masa terdekat.
Jelas beliau, pihaknya juga akan membuat pungutan suara dalam satu referendum sejuta tandatangan untuk diserahkan kepada Najib.

“Wanita UMNO akan mengumpul tandatangan bermula dengan kira-kira 19,000 cawangan UMNO di seluruh negara,’’ ujarnya.-Selanjutnya

Ganti Najib sekiranya Akta Hasutan 1948 dimansuh

Kali ini penulis tidak mahu menulis panjang lebar.

Cukuplah jika penulis katakan bahawa jika sekiranya Akta Hasutan 1948 itu dimansuh maka sokongan orang Melayu yang sekian kalinya menyelamatkan UMNO dalam setiap PRU akan beralih arah.

Senang cakap, UMNO bukan sudah tidak lagi RELEVEN atau tidak  mendapat sokongan orang Melayu, tapi PEMIMPINnya sudah tidak lagi BEKENAN di HATI MELAYU. Kuasa yang ada pada UMNO sekarang ini adalah kerana ihsan undi Melayu. UMNO tidak BERSALAH, tetapi kerosakan yang berlaku sekarang ini adalah PEMIMPINYA.

Apa tanda burung perepat,
Memakan gambir sarang berangin,
Apa tanda kiamat dah dekat,
Orang pandir diangkat pemimpin.

* Pandir = Pak Pandir

Dato' Najib perlu ingat bahawasanya beliau berkuasa bukan hasil dari undi orang Cina yang ternyata menyokong Pakatan Rakyat dengan peratusan undi setinggi 95%.

Tidak ada sebab untuk Dato' Najib reward kaum Cina dengan pemansuhan Akta Hasutan ini. Akta Hasutan adalah benteng terakhir mengekalkan ketenteraman rakyat yang berbilang agama dan bangsa.

Jika Dato' Najib masih lagi berkeras mahukan pemansuhan dilaksanakan, wajarlah Presiden UMNO itu digantikan.

Itu adalah untuk mengelak bencana yang lebih besar terhadap agama, bangsa dan tanahair.
 
1. Ada orang yang memberitahu kepada Datuk Seri Najib Razak yang saya memburukkan pemerintahannya. 2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya berkali-kali menegur dasar-dasar kerajaan sekarang. 3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya. 4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Dia dikelilingi dengan ramai dattuk-datuk yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa ke atas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya. 5. Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadap laut. 6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada datuk-datuknya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya. 7. Jawab mereka, “Ya, tuanku. Air tidak akan sampai ke kaki tuanku.” 8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi. 9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada datuk-datuknya. Demikianlah sikap datuk-datuk kerana ingin menyenangkan hati raja mereka. 10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan datuk-datuk istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan raja. 11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata "Ya tuanku". 12. Hanya seorang budak yang berkata, "Tuanku bogel." 13. Maka raja pun murka akan datuk-datuknya yang tidak berkata benar apabila dia bogel. 14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini. 15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut di sini: "Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan". Dengan izin, saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini. "sayangkan pemimpin tegur-tegurkan". 16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya. 17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku. 18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi Tunku meletak jawatan sebagai perdana menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri. 19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk PRU12. Tetapi hakikatnya Abdullah juga letak jawatan. 20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal "bila lagi orang tua ini akan pergi." Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan. 21. Pilihan saya bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa lama dilihat dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan dari Abdullah. 22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam PRU13 lebih buruk dari Abdullah. 23. Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak nampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib. 24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur. 25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyak kerana pembebasan ketua-ketua geng. 26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat kerajaan negara jiran. 27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan kerajaan tidak diberi layanan yang saksama. 28. Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa usaha mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan negara. 29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakkan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang dasar kerajaan. 30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih seminggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot. 31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara. 32. Semua ini disebabkan penyokong kerajaan tidak pernah menegur pemimpin. 33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat Tunku, dipulau Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima. 34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya. – chedet.cc, 18 Ogos, 2014.

Make Money at : http://bit.ly/best_tips

Mahathir - Najib Perdana Menteri Paling Teruk Pencapaiannya...

"Pencapaian perdana menteri ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan DEB, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi," katanya. 

Menurut Dr Mahathir, selepas pencapaian yang buruk dalam PRU13, Najib sepatutnya mengkaji semula dasar dan amalan yang perlu diperbaiki, tetapi malangnya, perkara itu tidak dilakukan, malah Najib tidak membuat apa-apa perubahan.

Kalau dah ditegurpun tak diendahkan lebih baik Tun jalankan gerakan untuk menyingkirkan Najib tu.. makin lama dia memerintah makin teruk negara kita ni..

Tapi.. dalam UMNO tu berapa kerat sangat yang berani nak menentang Najib tu.. kalau ditentang hilanglah punca pendapatan..

Jadi dari mereka sendiri hilang punca pendapatan lebih baik dibiarkan Najib mentadbir ikut suka dia...

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak yang masa depannya mungkin akan lebih kelam sekiranya masih meneruskan pendekatan yang sama dalam pentadbirannya, sekalipun sudah ditegur. 
Memulakan tulisan di dalam blognya dengan melahirkan rasa gembira kerana kerajaan menerima teguran beliau dengan terbuka, bekas perdana menteri itu berkata walaupun teguran beliau diterima, tiada perubahan yang dilakukan pentadbiran Najib. 
"Mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu dan meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk di masa hadapan," katanya. 
Sambil menegaskan yang beliau hanya menegur, bukan memberi arahan, Dr Mahathir berkata beliau tidak mahu menjadi seperti Penasihat British zaman dahulu yang membuat perjanjian dengan Raja-Raja Melayu. 
"Disebut dalam perjanjian itu British akan menugaskan seorang pegawai mereka sebagai Penasihat (Adviser) dalam bahasa mereka, kepada kerajaan negeri. 
"Tetapi dalam perjanjian itu disebut juga bahawa apabila Penasihat British memberi nasihat, Raja dan kerajaan mesti terima. Penerimaan ini mengikut fahaman British bermakna mengikuti dan melaksanakan nasihat yang diberi," katanya. 
Apabila nasihat mesti diterima dan dilaksanakan, ia bukan lagi satu nasihat, kata Dr Mahathir, kerana ia sudah menjadi satu arahan. 
"Apabila Residen British mendapati seorang Raja Muda tidak sesuai untuk naik takhta apabila Raja mangkat, nasihat diberi supaya beliau tidak diberi hak untuk mengganti Raja. 
"Dan Raja pun terpaksa terima kerana nasihat Residen mesti diterima dan dikuatkuasakan," beliau memberi contoh memetik kisah zaman British. 
Katanya, tegurannya juga bukan satu nasihat seperti yang diberi Majlis Penasihat sekarang kepada Raja-Raja Melayu. 
"Raja tidak perlu menerima nasihat mereka, jauh sekali daripada melaksana nasihat yang diberi.

"Teguran saya bukanlah nasihat. Hendak terima atau tidak adalah hak orang yang ditegur. Hendak laksana atau tidak juga hak pihak yang ditegur." 
Dr Mahathir dipercayai merujuk teguran yang dibuatnya sebelum ini, apabila beliau mengisytiharkan menarik balik sokongan terhadap Najib dan mengkritik kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri ke-6 itu kerana membuat dasar dan tindakan yang tidak berkesan. 
Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan menerima dengan terbuka semua teguran dan isu yang dibangkitkan Dr Mahathir terhadap kepimpinan negara. Dr Mahathir berkata di dalam blognya, ujian yang terbaik dalam negara demokrasi ialah apabila pilihan raya diadakan. 
Katanya, Najib menghabiskan wang yang banyak untuk rakyat, tetapi masih gagal memperoleh kemenangan besar semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tahun lalu. 
"Perdana menteri ke-5 setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU12 2008. 
"Sepatutnya, pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. 
"Pencapaian perdana menteri ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan DEB, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi," katanya.

Menurut Dr Mahathir, selepas pencapaian yang buruk dalam PRU13, Najib sepatutnya mengkaji semula dasar dan amalan yang perlu diperbaiki, tetapi malangnya, perkara itu tidak dilakukan, malah Najib tidak membuat apa-apa perubahan. 
"Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa," katanya lapor The Malaysian Insider