Friday, 28 October 2016

UMNO AKAN MENJADI ISTANA LAMA



Misteri Istana lama dan peti Sejarah UMNO

HANYA menunggu masa untuk menyembah bumi. Itulah gambaran yang tepat kepada sebuah rumah agam yang terselindung di sebalik rimbunan semak-samun di Kampung Permatang Pasir, Jugra.
Walaupun sebahagian besar daripada strukturnya sudah musnah, reka bentuk asas yang berdiri dengan sokongan enam batang tiang gergasi jelas menunjukkan ia bukan sembarangan rumah.
Bahkan penulis pada mulanya langsung tidak menyangka bahawa sisa-sisa runtuhan rumah yang berdiri di depan mata itu adalah sebuah istana. Istana milik Sultan Abdul Samad Al-Marhum Raja Abdullah.
Tersorok jauh di dalam kebun buah-buahan kira-kira 300 meter dari laluan utama Kampung Bukit Jugra, tidak ramai yang menyedari kewujudan istana tersebut.
Kehadiran pengkaji sejarah mukim Jugra yang membawa bersama sekeping gambar lama sewaktu istana tersebut masih lagi berpenghuni dan kami mengambil masa beberapa minit untuk mencari lokasi gambar tersebut dirakam. Pada kedudukan yang sama, persekitaran dan imej mula menunjukkan kesepadanan, jelas menandakan ia adalah subjek yang sama.
Menurut buku Sentosa Ketakhtaan, istana berusia lebih 150 tahun yang dibina di atas sebidang tanah di pinggir Bukit Jugra itu dikenali sebagai Istana Sedang Masa semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad antara 1857 hingga 1898.
Istana tersebut pernah menggemparkan penduduk negara melalui penemuan sebuah peti misteri yang dipercayai menjadi tempat penyimpanan harta-harta berharga kepunyaan Sultan Abdul Samad.
Pada 1968, kewujudan peti besi itu mula mendapat perhatian umum apabila usaha Jabatan Muzium untuk memindahkan peti dari istana itu ke Muzium Selangor berdepan dengan pelbagai perkara pelik dan luar biasa.
Salah satu daripadanya adalah kesukaran yang dihadapi kakitangan muzium untuk mengangkat peti sehingga terpaksa menggunakan khidmat kren.
Peti besi yang dikatakan boleh memberi hadiah kepada sesiapa yang bernasib baik ketika membukanya bergantung kepada niatnya.
Ada jumpa duit emas, keris, intan berlian, bag tangan, jam, cincin dan macam-macam lagi bergantung pada nasibdan niat kita.....- © Utusan Melayu (M) Bhd


UMNO AKAN MENJADI ISTANA LAMA


Dalam UMNO juga ada peti ajaib dan ramai yang mendapatkan faedahdarinya. Kini pemegang kunci kepada Peti Ajaib itu kini dicemburui oleh semua orang. Tapi peti ajaib tu kini sedang menghadapi kesukaran bagaimana nak menambahkan KEAJAIBANnya supaya ia terus relevan dan ramai yang akan BERGAYUTAN di kakinya untuk mencuba nasib agar mendapat perhatian Si pemegang kunci. 


Demikian nasib UMNO kini. UMNO bagaikan Istana lama, jika tidak di pelihara dan di bela dengan baik, dia juga akan menjadi istana lama yang penuh dengan misteri. 


UMNO HANYA menunggu masa untuk menyembah bumi. Itulah gambaran yang tepat kepada sebuah PERTUBUHAN ORANG MELAYU yang dulunya menjadi payung berselindung di sebalik kuasa, roh, tradisi dan perjuangan yang panjang demi untuk Ugama Bangsa dan Tanah Air.
Tapi kini sebahagian besar daripada struktur asasnya sudah rosak, reka bentuk asas perjuangan yang berdiri dengan sokongan Kuasa Gergasi Politik dan perjuangan Kerana Orang Melayu kini telah musnah. 

Dulu asas perjuangannya kukuh dan menakutkan Penjajah dan mereka yang datang menumpang dan berpayung dibawahnya kerana Kekuasaannya yang menunjukkan ia bukan sembarangan rumah wadah perjuangan dan Pertubuhan.
Bahkan penulis langsung tidak menyangka bahawa terbayang ia akan menjadi sisa-sisa runtuhan KEKUASAAN  yang menjadi sejarah perjuangan Bangsa, kini berdiri di hadapan mata itu adalah sebuah pertubuhan yang telah rosak dimusnahkan. Ianya adalah Istana Politik yang telah musnah dek kerana kerakusan dan KESOMBONGAN pemimpin yang tidak bersedia menerima teguran.
Kehadiran penulis yang membawa bersama sekeping gambar lama sewaktu lama dulu, laungan MERDEKA yang meremangkan bulu roma hanyalah kenangan indah perjuangan yang dilupai kerana kemusnahan sebuah perjuangan yang asal berteraskan SEMANGAT JUANG dan dikhianati dengan MONEY IS KING...........

UMNO masih lagi berpenghuni dan mengambil masa beberapa pilihanraya lagi untuk musnah dan merakamkan  kepayahan untuk mempertahankannya. Kedudukannya kini sama dengan lain-lain parti yang berkuasa diserata dunia dan akhirnya hilang dan tidak berdaya lagi untuk kembali., dalam kematangan usianya yang mencecah ke angka 70 tahun. Ramai yang mendabik dada yang UMNO tidak dapat di gugat lagi.

UMNO Leka Dengan Usia 70 Tahun


Tapi pada pandangan penulis persekitaran dan imejnya mula menunjukkan ia akan musnah, jelas menandakan ia adalah subjek yang sama. Pendapat penulis, UMNO yang berusia lebih 70 tahun adalah satu Parti yang begitu lama memerintah didunia ini. oleh itu anggota UMNO tidak boleh leka dengan usia parti yang sudah matang sebaliknya perlu sentiasa berusaha dan menilai perjuangan mereka bagi memastikan parti terus mendapat kepercayaan rakyat. 

Anggota UMNO perlu sedar bahawa usia itu tidak menjanjikan parti dapat bertahan selamanya sekiranya anggota tidak bersatu. 

“UMNO telah melalui kancah politik yang panjang dengan usia 70 tahun. Kita juga lihat di negara lain, ada parti politik yang hampir sebaya dengan UMNO telah lama berkubur.
“UMNO sedikit sebanyak bernasib baik, mungkin berkat doa orang dahulu… ibu bapa di dalam UMNO yang menyebabkan perjuangan parti untuk menegakkan agama, bangsa dan tanah air terus berjalan,”

Sehubungan itu, semua anggota UMNO perlu terus merapatkan silaturahim dan bersatu padu di bawah pimpinan presiden yang adil dan Ahli Parti perlu sentiasa memastikan Kepimpinan dipilih dari mereka yang JELAS dan BERLAPANG DADA berjuang dengan asas yang tidak lari dari meletakkan UGAMA, BANGSA dan TANAH AIR di letakkan di hadapan.

“Perlu di ingatkan, (usaha) untuk menjatuhkan sesebuah parti, apa yang perlu dilakukan adalah dengan menyerang pemimpin utama. Jika seorang pemimpin dimalukan, dan sememangnya pemimpin itu yang mendatangkan liberiti kepada Parti, maka ianya perlu nasihati dan jika ia menjadikan Parti sebagai HAK PERIBADI dan sudah pasti Ahli Parti akan mempertahankannya bagaikan sebuah syarikat. Maka jika ini berlaku, tidak mustahil Parti akan berkubur. Itulah yang dihadapi Perdana Menteri (Najib) sekarang.

“(Najib)diserang bertubi-tubi dan Ahli Parti mempertahankannya bagaikan ia MD kepada sebuah syarikat yang akan membayar gaji kepada pekerjanya. Jika amalan ini diteruskan....UMNO akan hancur. 

Jangan sesekali berkompromi dengan pemimpin seperti ini. Najib telah banyak menimbulkan PERPECAHAN dalam Parti. Ianya bukan kerana FITNAH Pembangkang, tapi ianya datang dari cara kepimpinajn Najib. UMNO boleh tolak ke tepi dahulu salah faham (antara ahli). Semarakkan perpaduan dalam UMNO, anggota wajiblah bersatu dan terus menyokong Parti dan bukannya mempertahankan beliau,”.

Adakah UMNO sekarang berada dalam keadaan ‘selesa’ ekoran faktor usia parti yang matang, Penulis menafikannya sebaliknya:”Anggota UMNO perlu sentiasa berada dihadapan dan bekerja untuk rakyat dan kurangkan dari membuat salah. 

"Keyboard warrior" UMNO memerlukan pendekatan lebih efektif untuk menentang pembangkang. Tapi amat malang, kadang-kadang pendedahan dari Media massa kawalan UMNO sendiri yang membuka PEKONG DI DADA. Ada beberapa forum "Anak Muda" dengan UMNO atau Pembangkang. Tapi malangnya UMNO mempersia-siakan peluang seperti ini dengan tidak mengambil bahagian secara aktif, secara peribadinya penulis berpendapat adalah lebih baik jika forum interaktif melibatkan cendekiawan dan anak muda bagi membincangkan hala tuju dan survival UMNO dan Orang Melayu.

70 tahun UMNO dibina di atas semangat Kebangsaan dan Islam yang ada pada Orang Melayu. Janganlah hendaknya UMNO menjadi Istana lama dan pernah menggemparkan penduduk negara ini  melalui "KEMERDEKAAN" yang tidak menumpahkan darah dan akhirnya UMNO dan Melayu itu hilang seperti hilangnya UMNO dan Melayu Singapura. Lihat ini........

MARUAH DAH HANCUR TERGADAI,


No automatic alt text available.



Ampun Tuanku,
Sembah durhaka dari patek.....,
Kenapa Tuanku diam.....
Hari Ini Di Umumkan Bahawa Perjanjian Penjualan MISL Anak Syarikat MISC Milik Petronas Kpd Sykt Bukan Melayu Sudah Termeterai Semalam.
Lesen Logistic Ketenteraan Negara & Lesen Logistic Halal Milik Sykt Berkepentingan Melayu Ini Kini Bertukar Tangan Kpd Sykt Bukan Melayu.
Loo Hooi Keat adalah Pemilik Terbaru MISL
MISC milik waris mangsa pembunohan askar Jepun waktu penjajahan Malaya dr 1941 - 1945.MISC bukan harta pencarian UMNO. Itu hasil duit darah /blood money yg sepatutnya pulang kpd waris mangsa pembunohan Jepun.Waris serah kpd Tunku guna budibicara almarhom untuk guna duit pampasan itu dgn baik. Tunku pilih untuk tuboh MISC dan wang itu diganti dalam bentuk kapal yg memilik nama bunga Malaya seperti Bunga Raya,Bunga Angsana,Bunga Melor,Bunga Melati,Bunga Teratai dll.
Ampun Tuanku.....
Pemimpin UMNO Jangan Lalai dan Angkuh

Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razalaiegh Hamzah tidak mahu parti UMNO lalai dan angkuh sehingga kalah dalam pilihan raya akan datang.

Malah beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li tidak mahu parti utama orang Melayu itu mengikut jejak Parti LDP di Jepun dan Parti Kongres di India.
"Saya tidak mahu (UMNO) terjerumus keadaan seperti Parti Kongres di India dan LDP di Jepun..mereka kalah pilihan raya kerana terlampau lalai dan angkuh. Nasihat kepada yang berkuasa supaya tengok-tengok sikit," ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan buku bertajuk The End Of UMNO? Essays On Malaysia's Dominant Party di sini pagi tadi.
Ditanya sama ada UMNO akan 'berkubur' seperti tajuk buku berkenaan, Ku Li berpendapat ia sekadar tajuk buku yang ditulis dan diedit oleh Prof. Bridget Welsh itu.
"UMNO masih hidup sampai sekarang, sudah banyak tahun dan ramai sudah menikmati hasil keamanan dan kestabilan di negara ini. Kamu bersetuju ke tak? Tajuk itu pilihan penulisnya. Ia bukan bukan saya, kalau buku saya tajuknya mungkin berlainan," katanya lagi.
Mengulas ucapannya mengenai 'ikan busuk mula daripada kepala', Ku Li berkata: "Macam saya cakap ada pemimpin biasanya dalam satu-satu organisasi akan mula buruk di kepala, kalau ada keadaan seumpama itu (berlaku) kena potong kepala,".
Beliau juga mengulangi ucapannya mengenai kesukaran pembangkang mengalahkan UMNO memandangkan parti berusia 70 tahun itu sudah berpengalaman dan mempunyai jentera parti yang kuat.
"Tengok sahaja bajet, mereka betul-betul pergi kepada rakyat," ujarnya.
Terdahulu dalam ucapannya bertajuk Nafas Baru Demokrasi Berpelembagaan Negara, Ku Li berpendapat, Majlis Raja-Raja seharusnya bertindak sebagai kuasa perlembagaan berkumpulan selain daripada tiga cabang kerajaan sedia ada dan keadaan itu pasti memberi faedah kepada rakyat dan negara.
Maljlis Raja-Raja, katanya, boleh membantu sekiranya sistem pemerintahan terbantut dan ketiga-tiga cabang kerajaan tidak berfungsi.
"Saya ingin menyingkap kembali kedudukan Majlis Raja-Raja. Walaupun terdapat peruntukan mengenainya di dalam Perlembagaan, rakyat jelata cuma merasai kehadirannya dalam bentuk semangat. Ini disebabkan Majlis Raja-Raja tidak mempunyai belanjawan sendiri dan terpaksa bergantung kepada kuasa lain untuk kewujudannya. Ia juga tidak mempunyai kerangka pentadbiran sendiri secara menyeluruh.
"Ini menyedihkan. Sebenarnya raja-raja merupakan salah satu pihak terlibat secara langsung dalam rundingan kemerdekaan. Ini bermakna raja-raja Melayu juga terlibat dalam mewujudkan perlembagaan negara," katanya

Waktu menegur tamat, kini waktu keluar Umno


Wednesday, 26 October 2016



Sudah terlewat untuk 
ahli Umno mendisiplinkan 
pemimpin parti yang dilihat 
menyimpang daripada 
perjuangan parti itu, kata 
seorang bekas ketua cawangan 
Umno.

Naib Presiden Gerakan Ketua 

Cawangan Umno Malaysia 
(GKCM), Rushdan Mohamed 
mengulas kenyataan Tengku 
Razaleigh Hamzah semalam 
yang menggesa ahli Umno 
bertegas mengingatkan 
pemimpin parti kembali 
menggerakkan negara mengikut 
visi pengasas negara.

“Masa menegur sudah berlalu, sudah 

terlambat. Sekarang waktu untuk ahli 
meninggalkan Umno,” katanya ketika 
dihubungi FMT.

Beliau berkata kritikan yang disuarakan sejumlah pemimpin 

akar umbi kepada pimpinan tertinggi, terutama Presiden 
Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini dibalas dengan 
tindakan disiplin.

“Jelas Umno sudah tidak dapat diselamatkan, sebarang 

teguran sudah tidak berguna. GKCM menggesa ahli menyertai 
mereka yang sudah meninggalkan Umno untuk menyertai Parti 
Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” katanya

Memetik pepatah “busuk ikan bermula dari kepala”, Ku Li 

yang juga ahli Parlimen Gua Musang berkata hanya ahli 
Umno yang dapat menjamin masa depan parti itu yang kini 
dilihat menjaga kepentingan pemimpinnya.

Pada Disember lalu, Lembaga Disiplin Umno memutuskan 

untuk menggantung keahlian 8 ketua cawangan di Teluk 
Kemang selama 6 tahun kerana menggesa Najib meletakkan 
jawatan sebagai presiden.

Rushdan yang pernah mengetuai Umno Cawangan Rista 

Villa Perdana turut dipanggil Jawatankuasa Disiplin ekoran 
tindakannya membakar buku Perlembagaan Umno 
pada 26 Jun lalu, sebagai simbolik membantah 
pemecatan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, 
Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas menteri 
besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau yang kini ahli PPBM memaklumkan sebahagian 

besar ahli GKCM sudah menyertai parti yang dipengerusikan 
bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

SOMBONG TAK BERTEMPAT

Tidak perlu layan Tengku Razaleigh - Hishammuddin


Tidak perlu layan Tengku Razaleigh - Hishammuddin
UMNO tidak perlu melayan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh yang menyifatkan parti itu telah menghampakan rakyat.

Sebaliknya menurut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, UMNO dan Barisan Nasional akan terus memberi tumpuan dalam membantu rakyat di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata bukti sokongan rakyat dapat diterjemahkan daripada keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 dan dua pilihan raya kecil di Sungai Besar serta Kuala Kangsar yang memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Pastikan mereka dapat buktikan hujah mereka dengan sokongan daripada majoriti rakyat di luar sana. Yang penting sekarang ialah rakyat. Kalau kita nak melayani hujah  individu-individu tertentu ini maka tidak jadi kerja kita.

“Bagi saya kita dah banyak  berjasa, kita telah banyak memastikan bagi kesatuan kita ini tidaklah sampai menjurus ke negara kita ini untuk huru-hara, peperangan, anak-anak tidak ke sekolah, rakyat jadi pelarian. Itu sahaja merupakan kekuatan  yang ada kepada kita. 

Pada Isnin Tengku Razaleigh menegaskan UMNO dan BN perlu melakukan perubahan bagi memastikan strategi politiknya mewakili suara rakyat.
Beliau menyifatkan ada pihak berpendapat UMNO telah menghampakan rakyat dan tidak lagi bertindak untuk kepentingan negara.

PEMIMPIN UMNO AKAN MASUK BERSATU?

 

 

Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan pimpinan UMNO dan BN agar tidak memandang rendah terhadap kewujudan BERSATU kerana percaya parti itu mampu memberi cabaran dalam PRU 14 akan datang.

Kata Ahli Parlimen Gua Musang itu,  BERSATU dikepalai oleh bekas-bekas pemimpin yang berpengaruh seperti Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin dan nama mereka juga masih disanjung ramai.

Jangan pandang mudah kerana BERSATU boleh jadi merupakan pencabar yang gagah dan mampu menggugat UMNO, ujarnya lagi.

Tetapi, adakah UMNO dan BN benar-benar melihat BERSATU sebagai cabaran kepada mereka?

Berapa ramaikah yang sedar mengenainya dan kemudian berusaha memperkuatkan UMNO di bahagian masing-masing?////////


Jika dilihat secara umum, pimpinan UMNO seolah-olah tetap selesa dan yakin mereka akan kekal berkuasa, meskipun setelah wujudnya BERSATU.

Di peringkat pimpinan yang selalu muncul di media, majoritinya lebih banyak memperlekeh kewujudan BERSATU sebagai tidak mampu memberi cabaran kepada UMNO, malah ramai juga yang meramalkannya akan menerima nasib seperti Semangat 46 akhirnya.


Selain itu, tidak ternampak sama sekali usaha luar biasa di peringkat akar umbi oleh pimpinan UMNO untuk lebih memperkukuhkan parti atau menambah keyakinan rakyat terhadap BN.

Semuanya macam biasa-biasa saja, tiada apa-apa yang berubah pun berbanding setahun atau dua tahun yang lalu.

Kenapa ini berlaku? Tidak bimbangkah mereka UMNO kehilangan kuasa?


Dalam tinjauan rambang kepada beberapa pimpinan UMNO di seluruh negara, mereka sebenarnya bukan tidak bimbang atau gundah gulana dengan wujudnya BERSATU ini.

Namun, kata mereka, apa yang boleh dilakukan lagi memandangkan semua masalah yang berlaku adalah disebabkan oleh Najib Razak dan selagi beliau kekal, kecelaruan akan terus berlaku.

Usaha-usaha pemulihan parti atau meningkatkan kerja di peringkat akar umbi juga, kata mereka, tidak mungkin menampakkan sebarang kesan selagi punca segala masalah dalam parti dan negara masih tercongok di Putrajaya.

Bagaimana jika UMNO dan BN kalah pilihanraya nanti? Tidak bimbangkah menjadi pemimpin dalam parti yang tidak ada kuasa?

"BERSATU tidak banyak berbeza dengan UMNO, malah pemimpinnya juga adalah bekas pemimpin UMNO. Kita juga yakin sebahagian besar yang akan menyertai BERSATU nanti adalah juga bekas ahli-ahli UMNO.

"Jika UMNO kalah dan BERSATU menjadi sebahagian kerajaan baru, ketika itu kita akan memilih untuk menyertai BERSATU untuk meneruskan perjuangan.

"Apa yang susahnya....sekarang biarlah Tun Mahathir memperkuatkan BERSATU dulu."

SHAFIE TERAJUI PARTI KAPAL LAYAR

shafiee-2Teka-teki parti yang bakal diterajui Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terjawab hari ini apabila beliau mengumumkan akan menerajui Parti Warisan Sabah (PWS).
Ahli Parlimen Semporna itu berkata, parti dengan nama singkatan Warisan itu menggantikan Parti Pembangunan Warisan Sabah (PPWS), yang ditubuhkan pada 2013.
Beliau berkata, parti baharu itu sudah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagaimanapun perlu melakuka sedikit pindaan terhadap perlembagaan parti pada 13 Ogos lalu.
“Warisan akan menggunakan logo kapal layar sebagai simbol harapan untuk rakyat Sabah,” katanya kepada media selepas bertemu dengan pihak ROS, di PUTRAJAYA hari ini.
Mohd Shafie berkata, selain beliau sebagai Presiden parti, Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking akan bertindak sebagai Timbalan Presiden.
Katanya, tiga Naib Presiden Warisan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong; ADUN Likas, Junz Wong dan Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia, Peter Anthony.
Ditanya mengenai sama ada parti itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, Mohd Shafie berkata, beliau akan melihat mengenainya, namun apa yang penting kepadanya adalah untuk menukar kerajaan Sabah.
“Kita akan mengenal pasti calon untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang, tidak lama lagi,” katanya. Wartawan Watan-Online

KELUAR UMNO, BUKAN KELUAR ISLAM

 maxresdefault
“Saya dan rakan-rakan bukan keluar Islam, bukannya murtad. Kami juga tidak tukar bangsa dan warganegara, jadi janganlah marah sangat kami ini,” jelas bekas Exco Pemuda UMNO, Mohd Rafiq Naizamohideen.
Pada sidang media itu di AMPANG, beliau mengumumkan meninggalkan parti itu bersama 28 lagi bekas pemimpin peringkat cawangan, berkuat kuasa semalam.
Bagaimanapun, beliau berharap walaupun tidak bersama parti itu dan berlainan ideologi politik, hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan daripada UMNO tidak akan putus.
Beliau yang sebelum ini digantung keahliannya berkata, keputusan keluar daripada UMNO dibuat setelah mereka hilang kepercayaan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Kami yakin ramai ahli dan kepimpinan UMNO, terutama akar umbi yang hilang kepercayaan kepada UMNO kerana matlamat perjuangan yang tidak lagi meletakkan rakyat sebagai keutamaan.
“Pengumuman ini selaras dengan cabaran beberapa pemimpin UMNO yang meminta ahli yang tidak lagi menyokong Presiden supaya segera tinggalkan parti,” katanya.
 tengku_adnan_tengku_mansor_28112
“Ada yang sudah tinggalkan UMNO lebih awal dan sertai Parti Bersatu. Saya tidak akan memaksa mereka. Saya sendiri sebagai orang Melayu akan memilih parti yang memperjuangkan bangsa saya tanpa meminggirkan bangsa lain. Buat masa ini, saya cenderung ke arah Bersatu, tetapi belum menyertai secara rasmi,” katanya.
Mohd Rafiq turut mencabar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya menyenaraikan ahli UMNO yang telah dipecat, tetapi dikatakan merayu untuk kembali kepada parti itu.
“Jika benar dakwaan Tengku Adnan bahawa ada ribuan ahli UMNO yang dipecat merayu untuk diterima semula, saya cabar beliau senaraikan. Tapi kami semua hari ini memang tak nak masuk balik UMNO,” katanya. Wartawan Watan-Online
LANDSCAPE Politik Malaysia kini telah jauh berbeza. Parti PENDATANG sperti MCA, GERAKAN, MIC dan Parti Nyamuk lain-lainnya seperti sudah berakhir kadar hayat mereka. Untuk itu, DAP telah menjadi PARTI tunggal yang mendemonasi Kaum Cina dan India.
Sementara Parti Baru pula sedang menysun strategi untuk mengujudkan BARISAN ALTANATIF seperti suatu ketika dulu. Bersatu nampaknya akan menumpukan Politik Semenanjung dan WARISAN(Shaffie) akan menumpukan Politik Sabah.
Berdasarkan situasi semasa....tanpa sebarang prejudis...BERSATU, DAP, PAN dan PKR yang Penulis namakan BA Semenanjung nampaknya di terima baik oleh Pengundi Semenanjung. Walaupun mereka ini di gelarkan sebagai "ORANG KECEWA" tapi mereka juga mempunyai pengikutnya tersendiri. Persoalannya bagaimana jika ramai yang kecewa dalam UMNO? 
Jika di lihat dari pola pengundian.....perkara ini akan terjadi dan mengikut bancian bloger jalanan, PDM DARI 120 LOKALITI .. Setakat ni A jauh mendahulu B,C & D...tapi kelihatan calon B rilex dan tidak nampak gelisah malah ada lagi Menteri-menteri yang masih mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh dan ramai pula yang bersetuju dengan kenyataan-kenyataan mereka.

AMUKANMelayu - Jika dilihat dari "PERANGAI" pemimpin UMNO ketika ini, hanya Do'a sahaja yang mampu menyelamatkan UMNO.....

Monday, 24 October 2016

MANA LEBIH BAHAYA - PERINGATAN MUFTI ATAU PENYOKONG HARBI


AKI - Mufti Pahang telah menunaikan "AMANAH" Allah yang di berikan kepadanya



KENAPA MUFTI PAHANG MENYANGGAH DAP DAN KENAPA KENYATAAN BISHOP KHATOLIK BOLEH MENCETUSKAN PERTUMPAHAN DARAH?


Perlembagaan DAP.
Parti rasis cauvinis ini diasaskan pada Oktober 1965 dan didaftarkan secara rasmi pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti demokratik sosial yang
[“berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.”]
Komen saya: Parti ini berterus terang tentang agenda perjuangan mereka yang bertunjangkan ideologi Sosialis, yang sudah pasti bercanggah dengan sistem hidup yang dibawa dan diwarisi oleh Islamelayu.
Slogan-slogan tentang “kebebasan”, “demokratik”, “keadilan”, “kesaksamaan sosial”, “kesaksamaan ekonomi” hanyalah sekadar slogan sahaja, dan tidak pernah berjaya dipraktikkan di alam nyata dalam mana-mana negara sosialis sekalipun. Sekiranya ada sekalipun, ia akan berjaya dilaksanakan setelah fitrah insan itu ditekan dan dibelenggu, sama ada melalui undang-undang atau sebaliknya..
Mana-mana sistem hidup atau ideologi yang bercanggah dengan fitrah insan (yang begitu dilindungi dan dimuliakan oleh Islam) tidak akan berjaya untuk satu tempoh yang berpanjangan.
“Institusi demokrasi berparlimen” hanyalah satu realiti politik yang terpaksa diambilkira dan digunapakai oleh parti rasis cauvinis ini sebagai satu strategi untuk men”candu”kan rakyat dengan slogan-slogan menarik gubahan pengarang-pengarang sosialis antarabangsa.
Parti ini juga gagal menterjemahkan retorik-retorik politiknya kepada perlaksanaan nyata di Pulau Pinang, negeri yang dikuasasinya selama dua penggal.
Baik, berbalik kepada Perlembagaan DAP yang disamakan dengan perlembagaan sebuah persatuan penduduk, apakah poin-poin penting yang terkandung di dalamnya?
FASAL II
MATLAMAT-MATLAMAT
Mukadimah:
[Perlembagaan Merdeka merupakan satu dokumen sekular yang mendukung prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan, kedaulatan undang-undang, dan penghormatan kepada hak-hak asasi manusia serta merangkumi ideal-ideal kebertanggungjawaban, kesaksamaan, keadilan dan pemeliharaan martabat manusia.]
Komen saya: Dari hari pertama lagi DAP telah meletakkan satu pentafsiran ke atas Perlembagaan Malaysia sebagai satu DOKUMEN SEKULAR. Bagi parti ini, sifat dan ciri-ciri sekular inilah yang mendasari kerangka dan rujukan bagi perjalanan dan pentadbiran negara. Justeru itu apabila kita mendengar atau membaca dari DAP tentang prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan, kedaulatan undang-undang, hak asasi manusia, tanggungjawab, kesaksamaan, keadilan dan pemeliharaan martabat manusia, SEMUA itu adalah berpaksi kepada fahaman dan ideologi sekular.
Dan apa juga dasar, polisi, blueprint, kerangka dan manifesto parti rasis cauvinis ini adalah bersifat sekular juga, biarpun kalimat Islam diselit dan disulam sana sini sebagai halwa telinga dan strategi pemasaran semata-mata.
[Prinsip-prinsip tersebut boleh memacu daya perpaduan dan penyatuan dalam masyarakat majmuk dari segi kepelbagaian kaum, agama dan budaya di tanahair kita dan juga di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.]
Komen saya: DAP sama sekali tidak akan menerima Islam sebagai asas, dasar dan sistem nilai yang dapat menjamin perpaduan dan penyatuan rakyat Malaysia. Pada hemat mereka, mereka hanya percaya kepada prinsip-prinsip sekular untuk menjayakan hasrat perpaduan dan penyatuan tersebut.
Seorang Muslim yang beriman akan memahami bahawa fahaman sekularlah yang menjadi ancaman dan musuh sebenar kepada perpaduan dan penyatuan. Ideologi yang telah mengeluarkan dan menyisihkan Pencipta dari urusan hidup makhluk (manusia) tidak akan berjaya membawa kebahagiaan atau kesejahteraan hidup, baik di dalam masyarakat majmuk mahupun sebaliknya.
DAP hanya melihat peranan “ugama” (atau Islam) yang perlu disudutkan di dalam aspek peribadatan peribadi atau upacara-upacara rasmi antara individu dan Penciptanya, tanpa boleh diberi peluang atau ruang untuk mentadbir atau menguruskan kehidupan manusia.
Sebab itulah mereka begitu tertekan dan pantang apabila melihat Islam di Malaysia makmur dengan sinergi antara institusi-institusi Islam yang berpengaruh, sistem kehakiman dan perundangan Islam, ekonomi Islam yang berkembang dan syi’ar-syi’ar Islam yang bersinergi antara satu sama lain.
Mereka akan menerima Islam, hanya setelah Islam diceraikan dari nadi dan jantung hidup masyarakat.
Sekular hanyalah nama lain kepada mengutamakan hawa nafsu dan menolak hidayah dan nikmat dari Allah (iaitu Islam).
[Berpandukan ideal-ideal tersebut, rakyat Malaysia boleh mengorak langkah ke arah pembangunan demokrasi dan ekonomi yang seiring; kebebasan tanpa penindasan; kesaksamaan peluang diutamakan berbanding kesaksamaan hasil; kedaulatan undang-undang demi keadilan sosial; penjanaan kekayaan diiringi pengagihan secara saksama serta kemakmuran ekonomi tanpa gejala rasuah.]
Komen saya: Di atas hanyalah petikan-petikan buku teks tentang bagaimana sesebuah negara atau masyarakat yang berasaskan ideologi Sosialis harus berfungsi.
[Matlamat-Matlamat
1. …….
2. Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia;]
Komen saya: Sudah terang lagi bersuluh – DAP tidak akan bersetuju sama sekali dengan sebarang usaha untuk memertabatkan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Agenda sekular pada DAP yang bercirikan cauvinisma dan bersifat sekular hanya akan menerima Islam yang bersifat rasmi sahaja – dalam upacara, peribadatan, ritual dan urusan peribadi antara Muslim dengan Allah. Sebarang usaha untuk meletakkan Islam sebagai teras utama di dalam Perlembagaan atau memberi ruang dan kebebasan penuh untuk dominan akan tetap ditentang oleh DAP.
Mereka (yakni DAP) menghendaki negara Malaysia bersifat sekular, yang sepatutnya menjadi sistem undang-undang tertinggi negara. Nilai-nilai demokrasi dan hak asasi hendaklah tunduk kepada dan ditentukan oleh ideologi Sekular.
Mereka akan terus berjuang supaya Islam tidak menjadi sistem nilai dan kerangka dasar kehidupan rakyat dalam negara. Seolah-olah negara perlu “dipulihkan” dari pengaruh sistem hidup Islam yang telah berakar umbi di kalangan masyarakat Melayu/Muslim turun temurun semenjak zaman-zaman sebelum Merdeka lagi.
[4. Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi;]
Komen saya: Apabila dan sekiranya sifat sekular berjaya dikembalikan kepada Perlembagaan, maka mudahlah DAP memperjuangkan kebebasan berugama di kalangan semua warganegara (oleh kerana Islam kini hanyalah sekadar satu ugama rasmi di antara beberapa agama rasmi yang lain di Malaysia). Hasrat ini sekiranya berjaya akan merungkaikan begitu banyak peruntukan mengenai Islam di dalam Perlembagaan, Enakmen ugama Islam negeri-negeri dan tidak ketinggalan juga beberapa akta mengenai penguatkuasaan undang-undang ke atas perlanggaran-perlanggaran mengenai ugama Islam, termasuklah di antaranya Akta Hasutan.
“Kebebasan berugama” telah dimasukkan di bawah “hak asasi manusia” di mana semua ugama lain (selain Islam) dapat diamalkan, dikembangkan, didakwahkan atau diajarkan kepada semua penganut ugama (termasuk umat Islam) tanpa sekatan, halangan atau tindakan undang-undang daripada “undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi”.
Salah satu kesan langsung kepada agenda cauvinis melampau ini ialah terbukanya jalan yang paling luas untuk ideologi Pluralisma bertapak dan berkembang.
Kesan kedua ialah tidak akan ada lagi halangan undang-undang untuk gerakan evangelisma dan Kristianisasi.
Kesan ketiga ialah mana-mana ajaran “ugama” yang diwartakan sebagai ajaran sesat kini akan bebas dari penglabelan tersebut dan tidak akan dikawal lagi penyebarannya. Tidak ada sesiapaun yang boleh disekat dari menjadi seorang Syi’ah Majusi atau seorang penganut Bahai atau Ahmadi atau seumpamanya.
Kita perlu bertanya kepada DAP: Apakah yang mereka maksudkan dengan “undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi”?
[5. Mempertahankan dan menjunjung kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan menjamin kewajipan dan hak untuk mempertingkatkan status, memperkembangkan, mempelajari dan menggunakan bahasa-bahasa ibunda yang lain, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asal;]
Komen saya: Ini merupakan satu perangkap licik dari DAP. Hakikatnya tidak ada apa yang disebut sebagai Bahasa Malaysia, baik dari sudut Perlembagaan Persekutuan mahupun Akta Bahasa Kebangsaan atau Akta Pendidikan.
Apakah yang disebut oleh ketiga-tiga dokumen undang-undang berikut mengenai Bahasa Kebangsaan?
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:
Perkara 152. Bahasa Kebangsaan.
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa —
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
Akta Bahasa Kebangsaan:
AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67
Suatu Akta bagi menyatukan undang-undang berhubungan dengan penggunaan bahasa kebangsaan.
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (2), dipakai di seluruh Malaysia.
AKTA PENDIDIKAN 1996
17. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
(1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.
Jelaslah bahawa yang diperuntukkan hanyalah bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bukan Bahasa Malaysia.
Untuk makluman juga, sekolah vernakular (sekolah swasta Cina atau Tamil) tidak termasuk di dalam pengecualian daripada menggunakan bahasa selain bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (medium of instruction). Dalam ertikata lain, hanya bahasa Melayu sahaja yang boleh digunakan sebagai bahasa perantaraan di dalam mana-mana sesi pembelajaran, kecuali pelajaran bahasa Inggeris, Tamil atau Cina.
Apa yang diperjuangkan oleh DAP ialah untuk “menjamin kewajipan dan hak untuk mempertingkatkan status, memperkembangkan, mempelajari dan menggunakan bahasa-bahasa ibunda yang lain, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asal”.
Peruntukan tentang bahasa penduduk negara ini sudah sedia ada dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan beberapa akta lain. Apakah DAP cuba menuntut sesuatu yang di luar Perlembagaan atau peruntukan undang-undang sedia ada?
Sekolah-sekolah vernakular didapati tidak mematuhi peruntukan tentang pemakaian Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di dalam institusi-institusi pendidikan yang berkaitan. Dan kita dapati bahawa DAP adalah antara pihak yang paling lantang mempertahankan amalan yang bercanggah dengan Akta Pendidikan ini.
Malah membangkang Akta Pendidikan Negara 1996 merupakan salah satu dasar DAP.
Mengapa?
[6. Menjadikan integriti, etika, keprihatinan sebagai nilai-nilai moral yang utama bagi mewujudkan ketelusan dan sebagai pendekatan yang liberal, saling menghormati dan pemahaman di antara tradisi kebudayaan dan kepercayaan agama yang berbeza;]
Komen saya: Sekali lagi, asas sekular juga yang diketengahkan oleh DAP apabila integriti, etika dan keprihatinan sebagai “nilai-nilai moral” untuk mengujudkan ketelusan. Keseluruhan perenggan di atas masih lagi berpaksi kepada fahaman sekular sebagai asas bagi sebuah pendekatan yang bersifat liberal dan kerangka bagi keharmonian antara budaya dan kepelbagaian ugama.
Di dalam ruanglingkup fahaman sekular, tidak ada apa yang dinamakan sebagai Kebenaran Mutlak. Ugama yang telah dikesampingkan ke sudut kepercayaan dan ritual peribadi tidak berhak menentukan nilai-nilai akhlak, etika dan cara berinteraksi antara manusia. Bahawa manusia bebas mentafsirkan sendiri apa yang baik untuk mereka tanpa campurtangan ugama.
Justeru itu tidak hairanlah amalan homoseksualiti yang pernah ditolak oleh masyarakat British satu masa dahulu kini telah menjadi satu amalan yang diterima, malah diberi hak dan perlindungan oleh undang-undang!
Umat Islam tidak akan lupa kepada usaha-usaha sebahagian pihak minoriti untuk mengembangkan amalan-amalan LGBTQ ke tengah-tengah masyarakat Malaysia yang majoriti penduduknya adalah umat Islam.
Parti melampau cauvinis ini jugalah yang paling lantang mempertahankan upacara minum arak besar-besaran yang dipanggil sebagai Oktoberfest satu masa dahulu.
Maka DAP tidak mempunyai “locus standi” untuk bercakap tentang nilai-nilai akhlak, etika atau murni!
[7. Memperkembangkan, mempertahankan dan melindungi kedaulatan dan integriti Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka;]
Komen saya: Susunan ayat yang cantik akan tetapi tidak pernah dipraktikkan oleh parti rasis cauvinis ini. Sesiapa yang rajin meneliti ucapan, kenyataan dan pendirian dari pemimpin-pemimpin DAP tentang kedaulatan negara dan integriti Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka akan dapati bahawa DAPlah parti yang paling tidak patriotik.
Siapakah yang mencetuskan kontroversi tentang peranan anggota-anggota keselamatan negara dalam insiden Lahad Datu?
Siapakah yang memperlecehkan kedaulatan negara ketika mereka berada di luar negara dan di dalam aktiviti-aktiviti politik kepartian mereka?
Sekiranya negara diancam serangan dari negara jiran terdekat (Singapura atau Thailand contohnya), adakah para pemimpin dan ahli DAP akan sanggup turun padang dan segera bergerak ke medan pertempuran untuk sama-sama mempertahankan dan melindungi kedaulatan dan integriti negara?
[FASAL IV
SYARAT-SYARAT KEAHLIAN
1. Setiap ahli Parti mesti taat kepada matlamat Malaysia yang merdeka.
2. Setiap ahli Parti mesti menerima dan mematuhi perlembagaan, program-program, prinsip-prinsip dan dasar-dasar Parti].
Komen saya: Di sinilah kita melihat bahawa sesiapa sahaja yang menjadi ahli parti DAP yang rasis cauvinis (termasuk bekas pensyarah undang-undang UIA itu) mahu tidak mahu terpaksa taat kepada pentafsiran DAP tentang “matlamat Malaysia yang merdeka”dan menerima sifat sekularnya DAP. Mereka perlu mematuhi perlembagaan, program-program, prinsip-prinsip dan dasar-dasar parti yang sekular juga.
Persoalan yang segera timbul ialah dari segi pertimbangan Syara’, bagaimanakah seseorang Melayu Muslim boleh merasionalkan tindakannya untuk menyertai parti DAP yang ideologi, dasar dan prinsipnya amat bercanggah dengan Islam?
Juga, bagaimana para pendokong dan penggeraknya (sekiranya mereka berugama Islam) tergamak mempertahankan DAP, apatah lagi menjadi benteng yang menyelamatkan DAP dari “serangan” umat Islam?
Hujah bahawa DAP itu kafir, tidak faham Islam, perlu lebih banyak berdakwah secara hikmah, harmoni dan sejahtera, not-yet-Muslim hanyalah satu alasan mudah untuk menjustifikasikan hasrat kamu semua untuk berdampingan dan mengejar pengiktirafan dari pihak musuh disamping menjayakan agenda politik sendiri.
Antara dasar Parti DAP:
[DAP menjunjung Perlembagaan Persekutuan yang turut memperuntukkan Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa Melayu serta mempertahankan hak-hak sah kaum bukan Melayu.]
Komen saya: Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan membuat peruntukan tentang kuota bagi orang-orang Melayu dan ANAK-ANAK NEGERI sabah dan Sarawak, bukan hak-hak sah “kaum bukan Melayu”. Perbezaan ini penting kerana tidak terdapat peruntukan (di dalam fasal ini) tentang keistimewaan yang sama untuk anak-anak Cina, Tamil atau seumpamanya. Peruntukan ini hanya khusus bagi anak-anak negeri Sabah dan Sarawak sahaja.
Bahasa ibunda juga adalah bermaksud bahasa yang dipertuturkan oleh anak-anak negeri di Sabah dan sarawak, bukan bahasa Cina atau Tamil.
Lihatlah kelicikan mereka (DAP) untuk memasukkan suatu elemen baru/asing ke dalam Perlembagaan, iaitu istilah kaum Cina dan Tamil sebagai satu pihak yang perlu juga diberi layanan dan keistimewaan yang sama dari segi kuota, permit dan sebagainya.
[Pada masa yang sama DAP terus berjuang untuk memastikan cita-cita peluang dan hak saksama di kalangan rayat Malaysia akan tercapai dalam semua bidang, tanpa mengira gender, kaum dan agama.]
Komen saya: Ini adalah salah satu manifesto perjuangan sosialis, yang diubahsuai mengikut realiti dan konteks diversiti rakyat Malaysia, akan tetapi secara tersirat membawa masuk agenda liberal sekali.
[Penghapusan pembahagian antara “bumiputera” dan “bukan bumiputera” dan pelaksanaan kesaksamaan etnik.
Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar “merit dan keperluan”.]
Komen saya: Sekali lagi, parti rasis cauvinis ini cuba bermain silap mata dengan kalimah Bumiputera/bukan-Bumiputera dan etnik. Mereka tidak berani menggunakan perkataan Melayu bagi Bumiputera, namun itulah hasrat tersirat mereka, iaitu untuk menghapuskan keistimewaan Melayu (Bumiputera) dalam bidang ekonomi dan perlindungan Kerajaan khususnya. Orang-orang Cina dan India di Malaysia tidak termasuk di dalam kategori bukan-Bumiputera akan tetapi sebagai warganegara.
Ringkasnya, antara dasar perjuangan DAP ialah untuk menghapuskan hak-hak Melayu (Bumiputera). Oleh sebab itulah mereka meletakkannya sebagai salah satu dasar perjuangan DAP, supaya apabila keistimewaan dan hak-hak serta kuota Melayu dapat dihapuskan, maka tidak akan ada lagi sebarang sekatan untuk menguasai dan mendominasi sepenuhnya sektor-sektor kritikal negara.
Kesimpulan.
Saya berpandangan bahawa ulasan ringkas tentang Perlembagaan DAP ini sudah memadai untuk menyedarkan umat Islam dan bangsa Melayu akan merbahayanya agenda perjuangan DAP kepada jatidiri, kedaulatan Islam dan masa depan kita sekiranya mereka diberi peluang untuk memerintah. Mudharatnya bukan setakat mengesani umat Islam sahaja, malah keharmonian seluruh rakyat berbilang kaum dengan kepelbagaian adat resam, budaya dan tradisi ini akan terancam.
Di dalam perlembagaan DAP terangkum ideologi-ideologi Sosialis, Sekular, Evangelis, Liberal dan kesesatan-kesesatan lain. Mereka (DAP) menolak Islam bukanlah kerana mereka tidak faham, bahkan atas kefahaman yang jelaslah mereka secara konsisten menolak sebarang percubaan untuk mendaulatkan Islam, hatta dalam aspek yang belum menyeluruh sekalipun.
Bekas pensyarah undang-undang UIA itu mungkin tidak membaca perlembagaan DAP sebelum mengisi borang keahlian parti rasis cauvinis itu. Begitu juga dengan sebilangan orang-orang Melayu yang sangat teruja dengan parti yang kelihatan sofistikated ini. Ramai yang begitu naif terus meletakkan DAP sebagai alternatif terbaik bagi penyelesaian masalah-masalah politik negara, tanpa menyedari kesan dari tandatangan mereka di dalam borang keahlian parti.
Dalam situasi dan konteks ini, saya tidak mengerti kenapa terdapat orang Melayu/umat Islam begitu tergamak untuk memilih ideologi yang asing dan memusuhi Islam sebagai landasan perjuangan hidupnya. Saya lebih tidak mengerti mengapakah sebahagian kelompok umat dari kalangan aktivis dakwah dan kumpulan Islamis seolah-olah merasa bertanggungjawab untuk memikul amanah mempertahankan parti rasis cauvinis ini atas alasan-alasan yang cukup lemah dan tertolak dari segi logik mahupun kewarasan akal.
Perlembagaan adalah seakan-akan nyawa dan ruh kepada sesebuah organisasi atau parti politik.
Perlembagaan yang bernyawa dan bernafas dengan degupan Islam sudah tentu tidak sama dengan perlembagaan yang nafasnya (meskipun kelihatan bergerak) akan tetapi setiap degupannya terputus dari ikatan dengan Sang Pencipta.
Bukan satu jenaka atau kebodohan lagi apabila perlembagaan DAP disamakan dengan perlembagaan persatuan penduduk sesebuah taman.
Perlembagaan persatuan penduduk tidak men”sekular”kan sebuah negara!
Oleh Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana. Ia juga tidak mewakili pendirian Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).


Kenyataan yang dibuat oleh Bishop Katholik yang mengetuai kelompok rakyat minoriti di negara ini, seandainya dibalas dengan nada yang serupa oleh penguasa umat Islam Malaysia, sudah pasti akan menghasilkan sesuatu yang sangat dahsyat dalam bentuk bencana.

Bishop Katholik Kristian Bernard Paul yang pernah menyertai BERSIH 4.0 tahun lepas, menggesa rakyat Malaysia agar menyertai BERSIH 5.0 yang bakal diadakan pada 19 November nanti. Bahkan dia juga akan mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut.

Bishop Paul yang mengetuai gereja Katholik Melaka-Johor berkata, BERSIH adalah hak rakyat. Katanya lagi, para peserta BERSIH telah memperjudikan nyawa mereka. Konvoi penyokong BERSIH telah dipukul dan undang-undang menurutnya, berat sebelah. Selain itu, rakyat perlu lantang bersuara berbanding bersikap pasif sekaligus menyedarkan rakyat bahawa mereka perlu melakukan sesuatu untuk  menjadikan Malaysia lebih baik. (RUJUK SINI)


Ironinya, Bishop Paul yang dengan bangganya menyatakan kehidupan agama dan kehidupan normal tidak terpisah barangkali terlupa sejarah agamanya sendiri dan tentang kelahiran SEKULARISME yang membawa kepada keruntuhan kuasa gereja Katholik di Eropah bermula di Perancis pada abad ke-16 dahulu.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Bishop Paul, dia sebenarnya memberikan isyarat tentang kecenderungan Katholik khususnya 'kariah' Melaka-Johor kepada DAP dan BERSIH. DAP merupakan dalang kepada BERSIH dan BERSIH sendiri mendapat dana dari luar yang bertujuan mahu menggulingkan Kerajaan Malaysia menerusi demonstrasi jalanan. 

Apabila BERSIH wujud buat kali kelima, maka wujudlah pula BAJU MERAH yang dipimpin oleh Jamal Mohd Yunos.

Bertentangan dengan BERSIH, BAJU MERAH diwujudkan untuk mempertahankan kerajaan yang wujud hasil daripada keputusan demokrasi yang berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan yang sudah tentu mahu mempertahankan Artikel 3, 152 dan 153.

Bayangkanlah kalau para mufti dan majlis fatwa pula membuat keputusan untuk menyokong BAJU MERAH secara terbuka dan kemudian sebahagian daripada mereka menyertai KONVOI MERAH yang akan turun pada 19 November bagi berhadapan dengan KUNING (BERSIH).

Apa yang akan terjadi?

Isyarat apakah yang akan diberikan?

Bukankah ia akan membawa isyarat atau lebih tepat lagi pengisytiharan PERTUMPAHAN DARAH secara besar-besaran di negara ini?

Pemimpin-pemimpin minoriti seperti Bishop Paul seharusnya lebih berhati-hati untuk tidak menjadikan agama sebagai bahan dagangan bagi membolehkan parti politik pujaannya berkuasa di Malaysia. 

Sejarah telah pun membuktikan, selama ratusan tahun Perang Salib dilancarkan di BaitulMaqdis. Beberapa kali juga tentera-tentera Salib Khatolik berjaya menawan BaitulMaqdis dan memerintah di kota ketiga tersuci dalam Islam itu, tetapi akhirnya yang menang pada 1948 adalah Zionis yang menjadikan umat Islam, bahkan Kristian tanpa mengira mazhab di kota tersebut sebagai hamba tebusan sehingga ke hari ini. Sedangkan Zionis tidak berada di barisan hadapan dalam setiap Perang Salib kecuali sebagai penghasut dan pembiaya. Dan Zionis menikmati kehidupan selesa semasa zaman pentadbiran Islam apatah lagi Kristian di kota tersebut.

Adakah Bishop Paul terlalu BODOH untuk melihat konsekuens tersebut semata-mata kerana mata dan fikirannya terlalu buta dengan dogma DAP? - 

Sedangkan Bishop Paul Terus membohongi pengikutnya.....kenapa?

Umat Kristian Kecewa Di Tipu Bishop, Sedangkan Jesus Sebenarnya Seorang Muslim.... Buktinya Jelas dan Nyata 

Seorang yang disebut muslim apabila dia sudah menjalankan kelima rukun Islam yaitu syahadat, shalat, puasa, zakat, dan haji. Dan bagaimana dengan Yesus? Benarkah Yesus seorang muslim? Apalagi fakta bahwa ternyata Yesus juga mengajarkan umatnya untuk bersyahadat, shalat, puasa, zakat, haji, dan melaksanakan ibadah kurban sebagaimana yang dilakukan umat Muslim. Mengapa umat Kristian yang percaya ajaran Jesus meninggalkan ibadah tersebut? Bahkan diperintah untuk bersujud sebagai ibadah tapi mereka menggantinya dengan beryanyi?

Kristien Keliru, Ternyata Jesus Muslim

Ini Adalah Bukti bahwa Yesus Muslim Menurut Kitab Injil

1. Jesus mengajarkan umatnya bersyahadat
Yohanes Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal dia, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.{ Yohanes 17:3 }

2. Jesus mengajarkan umatnya Sholat dan bertobat

Matius Sejak waktu itulah Yesus memberitakan : "Bertobatlah, sebab Surga sudah dekat!"
Maka Ia MAJU, lalu bersujud dan berdoa, Berkata: “Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan sebuah yang Engkau kehendaki.”{ Matius 4:17 }

3. Jesus sunat

Lukas ketika sudah genap delapan hari dan Ia harus disunatkan, Ia diberi nama Yesus, yaitu nama yang disebut oleh malaikat sebelum Ia dikandung ibu-Nya.{ Lukas 2:21 }

4. Jesus puasa

Matius Matius Dan setelah berpuasa selama empat puluh hari dan malam, akhirnya laparlah Yesus.{ Matius Matius 4:2 }

Matius berkata "Dan apabila kamu berpuasa, janganlah muram mukamu seperti orang munafik. Mereka mengubah air mukanya, supaya orang melihat bahwa mereka sedang berpuasa. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya mereka sudah mendapat upahnya { Matius 6:16 }


5. Jesus mengajarkan untuk berbuat amal sholeh (berbuat baik)

Tetapi Aku berkata kepadamu: Janganlah engkau melawan orang yang berbuat jahat kepadamu, melainkan siapa pun yang menampar pipi kanan dan kirimu. Dan kepada orang yang hendak mengadukan engkau karena mengingini bajumu, serahkanlah juga jubahmu. Dan siapa pun yang memaksa engkau berjalan sejauh satu mil, berjalanlah bersama dia sejauh dua mil. Berilah orang yang meminta kepadamu dan janganlah menolak orang yang mau meminjam ke padamu. Kamu telah mendengar firman, bahawa: Kasihilah sesamamu manusia dan bencilah musuhmu.{ Matius 5:39 }

6. Jesus Mengucapkan Insya Allah

Dalam perencanaan berkaitan dengan hal-hal yang akan datang kita diajarkan untuk tidak mendahului kehendak yang diatas dengan memastikan segala sesuatunya namun hendaknya kita mengucapkan Insya Allah. Ajaran yang sama telah disampaikan oleh Nabi Isa Almasih as/Yesus Kristus kepada umatnya {Yakobus 4:13-17} (kalimat "JIKA TUHAN MENGHENDAKINYA" pada ayat ke-15,dalam ALKITAB EDISI BAHASA ARAB, tertulis "INSYA ALLAH").

7. Jesus Mengajarkan Wanita Untuk memakai Jilbab

PERINTAH MENUTUP AURAT BAGI PEREMPUAN.
"Tetapi PEREMPUAN YANG BERDOA ATAU MENUDUNGI DENGAN KEPALA sedangkan yang TIDAK BERTUDUNG, iyalah menghina kepalanya karena ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya. Sebab JIKA PEREMPUAN TIDAK MAU MENUDUNGI KEPALANYA,maka ia wajib menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan bahwa rambutnya dipotong, MAKA HARUSLAH IA MENUDUNGI KEPALANYA."{ 1Korintus 11:5-6 }

8. Jesus Mengajarkan Bersuci / Wudhu

"MUSA DAN HARUN serta anak-anaknya MEMBASUH TANGAN DAN KAKI MEREKA DENGAN AIR Apabila mereka masuk ke dalam Kemah Pertemuan dan apabila mereka datang mendekat kepada mezbah itu, MAKA MEREKA MEMBASUH KAKI DAN TANGAN - SEPERTI YANG DIPERINTAHKAN TUHAN KEPADA MUSA." {Keluaran 40:31-32}

9. Mengajarkan Mengkafani Jenazah
"Dan Yusufpun mengambil mayat itu, MENGKAPANINYA DENGAN KAIN LENAN YANG PUTIH BERSIH."{Matius 27:59}

Tetapi,yang terjadi sekarang adalah umat Nasrani tidak meneladani Kesederhanaan Pemimpinnya sendiri. Mereka lebih cenderung kepada "MENGUBAH" Bibble mengikut kesukaan dan kesesuaian mereka.


Begitu juga dengan pemimpin DAP yang sering menipu dan memenipulet PERLEMBAGAAN MALAYSIA mengikut kesesuaian mereka sedangkan dalam PERJANJIAN SOSIAL telah di meterai PERKARA 152 dan 153 jangan disentuh dan Perlembagaan DAP sendiri pun hanyalah setaraf Persatuan Penduduk.


Cuba lihat dan fahami apakata Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, Ahli Parlimen Raub merangkap Ahli Jawatankuasa DAP Pahang ini.


roketkini.com



Mufti perlu bertanggungjawab keluar kenyataan; Perjuangan DAP selaras Perlembagaan Persekutuan

ariff sabri
Saya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia yang memetik kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman. Rumusan dari laporan itu, ia memberi gambaran:
  1. DAP ialah golongan kafir harbi yang menentang Islam
  2. Mereka yang menyokong DAP berdosa besar
  3. Mereka yang hendak menubuhkan negara sekular menentang Islam
  4. Halal memerangi kafir harbi dan penyokongnya
Atas andaian bahawa Utusan menyiarkan kenyataan beliau tanpa tokok tambah, maka saya atas sifat seorang Ahli Parlimen mewakili DAP yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, mengecam kenyataan seperti yang dilaporkan itu.
Secara umumnya, saya ingin mengingatkan, kita perlu taat kepada ulil amri, termasuk orang yang pegang jawatan Mufti selagi dia adil.
Jawatan Mufti membawa tanggungjawab yang berat. Kenyataan yang dikeluarkan adalah suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Ia mungkin digunakan sebagai justifikasi mengganasi mereka yang tidak bersetuju dengan ‘politik Islam’.
Adakah beliau berani bertanggungjawab jika ada puak ekstrim membunuh orang yang bukan beragama Islam? Semua orang Islam yang rasional wajib merenggangkan diri dari kenyataan melampau yang dikeluarkan Mufti itu.
Saya menyifatkan kenyataan ini sebagai kenyataan yang menyemai rasa kebencian dan mengukuhkan kepentingan golongan yang memperkudakan agama untuk kepentingan politik dan kuasa mereka.
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas kenyataan Mufti Pahang tersebut. Majis Fatwa juga wajar mengecam kenyataan sedemikian. Mufti Pahang patut sedar bahawa pandangannya keatas sesuatu bukanlah kebenaran mutlak. 
Berdasarkan sejarah lalu dan realiti hari ini, jauh berbeza dan tidak boleh disamakan.
DAP ada sebab untuk tidak bersetuju dengan usul Rang Undang-Undang (RUU) peribadi yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini. Ia bukan kerana DAP anti-Islam tapi anti kepada orang yang menggunakan agama dan memeras ugut orang lain demi agenda mereka.
Saya sendiri tidak bersetuju RUU tersebut bukan kerana saya menentang Islam tetapi atas sebab, secara umumnya, ia suatu langkah bagi menyembunyikan kelemahan pemerintah sendiri.
Kenyataan ini berbaur perkauman walaupun Datuk Mufti merujuk kepada sejarah nabi berbaik dengan orang yang bukan beragama Islam tetapi menyuruh orang Islam melawan golongan yang menentang Islam. Ia juga secara langsung mendedahkan wajah perkauman yang tersembunyi dalam diri beliau.
Tohmahan terhadap DAP melupakan fakta sebenar
Kenyataan ini  melupakan fakta bahawa negara Malaysia ialah sebuah negara sekular di mana agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Kenyataan ini juga melupakan fakta bahawa UMNO tunjang pemerintahan juga menentang perluasan bidang kuasa mahkamah syariah. Adakah itu menjadikan UMNO juga musuh agama Islam?
Oleh kerana Malaysia negara sekular, begitu juga dengan perlembagaannya, maka tidak timbul isu DAP menentang Islam. DAP akan terus memperjuangkan agenda yang dibenarkan oleh perlembagaan.
Saya melihat kenyataan Mufti Pahang ini sebagai lanjutan pihak yang menggunakan agama untuk menyemai permusuhan dan kebencian. Kenyataan ini patut ditentang.
Saya menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya keatas Mufti Pahang ini kerana jelas mengeluarkan kenyataan yang menghasut dan boleh mencetuskan kekacauan dan permusuhan kaum.
Sebagai rekod, DAP bukan parti yang menentang Islam. DAP adalah sebuah parti sekular dan mempertahankan perlembagaan negara yang sentiasa mendukung kedaulatan undang-undang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. DAP memperjuangkan keadilan sosial untuk semua.
Sebagai mematah hujah DAP anti Islam, rekod kerajaan Pulau Pinang terhadap perkembangan agama Islam dan masyarakat Islam negeri itu terdedah untuk diteliti. Pencapaian oleh kerajaan kononnya ‘kafir harbi’ ini jauh lebih baik menggerhanakan pencapaian negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka yang mengaku sebagai ‘Islam’. – Roketkini.com
Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz adalah Ahli Parlimen Raub merangkap Ahli Jawatankuasa DAP Pahang.
PERLEMBAGAAN DAP SAMA SEPERTI PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK - AZIZ BARI, DAP 
Thursday, September 29, 2016 
14484961_1295758487114825_4115312344813499973_n
Bertempat di 'Ruang' Seksyen 16, Shah Alam telah diadakan satu dialog;
'Diskusi Kesetiaan kepada Raja dan Keluhuran Perlembagaan' anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia. 
Antara panelis yang dijemput adalah Dr. Aziz Bari (DAP), Hanif Khairi (Peguam Kanan), dan Adnan Seman (Peguam Kanan). 
Dialog malam tadi lebih menjurus kepada kuasa eksekutif YDP Agong dalam melantik dan memecat Perdana Menteri atas desakan deklarasi rakyat yang dibuat oleh Tun Mahathir. Panelis menyokong supaya kuasa eksekutif YDP Agong dikembalikan semula selepas diubah oleh Tun M berpuluh tahun dahulu. 
En. Fariz Hadi 
Namun perkara yang tidak disangka berlaku apabila seorang hadirin yang hadir, Fariz Hadi mengajukan soalan kepada Dr. Aziz Bari berkenaan perlembagaan DAP yang langsung bertentangan dengan perlembagaan negara sedia ada. 
Akibat tekanan dengan asakan soalan-soalan, Aziz Bari terus membuat kesimpulan bahawa Perlembagaan DAP sama seperti perlembagaan Persatuan Penduduk. Jika DAP berjaya memerintah Malaysia, mereka MUNGKIN akan mengubah isi kandungan perlembagaan parti mereka namun buat setakat ini tidak diubah kerana tiada keperluan yang mendesak. 
Dalam perlembagaan DAP, mereka tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia yang ini bertentangan dengan perlembagaan rasmi negara. Persoalan ini yang tidak dapat dihurai secara langsung oleh Aziz Bari kerana mungkin cuba untuk mempertahankan partinya bagi memastikan orang Melayu terus menyokong DAP.

Surat terbuka ADUN DAP kepada mufti Pahang


     Howard Lee Chuan How      27 Jun 2016, 9:18 pagi      27 Jun 2016,
    rahman osman mufti pahang dap kafir harbi
    Datuk Seri Rahman Osman,
    Saya dahulukan surat ini dengan memohon maaf sekiranya perasaan DatukSeri tersinggung atas teguran yang ingin saya sampaikan di sini.
    Saya, selaku seorang warganegara Malaysia, serta seorang wakil rakyat yang telah dipilih oleh saudara-saudari senegara daripada pelbagai keturunan dan agama, berasa amat kesal dan kecewa terhadap kenyataan Datuk Seri yang memfitnah parti pilihan saya sebagai kafir harbi.
    Fatwa Datuk Seri itu memberi makna bahawa darah saya sebagai seorang ahli parti DAP yang diamanahkan oleh sebahagian ahli-ahlinya untuk memimpin pemuda-pemudanya di negeri Perak adalah halal.
    Mengikut fatwa Datuk Seri juga, darah ahli-ahli parti saya yang telah berjuang untuk Rakyat Malaysia tidak kira keturunan, agama dan jantina, selama lima puluh tahun lamanya adalah juga halal.


    Kenyataan Datuk Seri tentang DAP sebagai kafir harbi amat berpotensi membawa kesan yang sangat mendalam kepada masyarakat dan bahkan dapat mengundang darurat yang sukar dipulihkan, terutama kerana kedudukan Datuk Seri sebagai pemimpin masyarakat dan agama.
    Bayangkan sekiranya seruan fatwa mufti ini akan disahut oleh sekali pun hanya segolongan kecil rakyat Malaysia. Bayangkan.
    Kami tidak ingin menaruh syak wasangka berlebihan, namun kenyataan Datuk Seri berkenaan yang mewajibkan ahli DAP diperangi habis-habisan telah dikeluarkan sehari sahaja selepas video propaganda IS tersebar.
    howard lee
    HOWARD LEE CHUAN HOW – Facebook
    Dan ini adalah perkara yang amat merisaukan kita.
    Tambahan lagi, kedua-dua pesanan pokok yang sama disampaikan oleh Datuk Seri dan IS, iaitu supaya Muslimin dan Muslimat bermusuhan dengan orang bukan Islam, serta menghalalkan darah mereka, adalah pada saya sebagai suatu darurat sosial.
    Saya tertanya-tanya, tidakkah kenyataan Datuk Seri melabelkan sebuah parti politik nasional sebagai kafir harbi itu sebagai tindakan semberono yang sama sekali bertentangan dengan semangat Ramadan yang dianggap penuh rahmat oleh para Muslim?
    Saya dengan rendah hati ingin menyatakan pendapat saya bahawa bukan sahaja kenyataan Datuk Seri itu adalah tidak tepat, malah ia merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang berupa hasutan, racun dan boleh mengundang darurat.
    Untuk bersangka baik, saya anggap kenyataan Datuk Seri itu dikeluarkan kerana tidak mendapat gambaran yang sebenar tentang DAP.
    Untuk itu, sempena bulan yang mulia ini, saya ingin mengajak Datuk Seri untuk berkenal-kenalan, sesuai dengan anjuran Al-Quran dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13:
    “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”
    HOWARD LEE CHUAN HOW anggota Dewan Undangan Negeri Perak merangkap setiausaha antarabangsa Pemuda DAP. – Sumber Malaysiakini.

    Penulis percaya, Mufti Pahang menegur dan menemplak Penykong DAP dari kaum Melayu dan dia cuba mengingatkan DAP supaya jangan terus menguji KESABARAN ORANG ISLAMELAYU yang masih banyak berpegang kepada "KITAB LAMA". Mereka yang mewarisi Bani Jawi dan sudah tentulah ayat ini menjadi sebahagian dari Rujukan Beliau......

    Allah ta’ala berfirman, 

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لا يَأْلُونَكُمْ خَبَالا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ 

    "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (QS. Ali Imran[3]: 118) 

    Tentang sebab turunnya ayat di atas, Ibnu Abbas menjelaskan, “Ada beberapa orang kaum muslimin yang menjalin hubungan dekat dengan beberapa orang Yahudi mengingat mereka adalah tetangga dan orang-orang yang pernah saling bersumpah untuk saling mewarisi di masa jahiliyyah lalu Allah menurunkan ayat yang berisi larangan menjadikan orang-orang Yahudi sebagai teman dekat karena dikhawatirkan menjadi sebab munculnya godaan iman. Ayat yang dimaksudkan adalah ayat di atas.” (Riwayat Ibnu Abi hatim dengan sanad yang hasan). 

    Dalam ayat ini terkandung larangan keras untuk simpati dan memihak kepada orang-orang kafir, karena yang dimaksud bithonah dalam ayat tersebut adalah orang-orang dekat yang mengetahui berbagai hal yang bersifat rahasia. Bithonahdiambil dari kata-kata bathnun yang merupakan kebalikan dari zhahir yang berarti yang nampak. Sedangkan Imam Bukhari mengatakan bahwa yang dimaksud dengan bithonah adalah orang-orang yang sering menemui karena sudah akrab. Kata Ibnu Hajar, penjelasan tersebut merupakan pendapat Abu ‘Ubaidah (Fathul Bari, 13/202, lihat Jami’ Tafsir min Kutub al Ahadits, 1/396)

    Tentang makna bithonah, Zamakhsyari mengatakan bahwa bithonah adalah orang kepercayaan dan orang pilihan, tempat untuk menceritakan hal-hal yang pribadi karena merasa percaya dengan orang tersebut. 

    (Tafsir al Kasysyaf, 1/406, lihat Tafsir al Qasimi, 2/441 cetakan Darul Hadits Kairo)
    Mufti Pahang Kantoi?

    Manhaj takfiri atau pemikiran mudah mengkafirkan sesama Islam jelas berbahaya kerana boleh menjadi alat justifikasi kepada perlakuan keganasan. Selain bahaya pemikiran mengkafirkan yang Muslim, satu lagi pemikiran yang juga bahaya adalah ‘mengharbikan’ yang kafir. Bermudah-mudah menggelar penganut agama lain sebagai kafir harbi, golongan kafir yang wajar diperangi.

    Kedua-dua amalan ini boleh mencetuskan tindakan ganas kerana ramai yang percaya kafir harbi itu wajib diperangi dan halal untuk dibunuh.

    Amat menyedihkan pada saat Malaysia diancam dengan keganasan daripada puak yang melencong ideologi agamanya, kita mendengar pula laporan akhbar yang rapat dengan parti pemerintah, Utusan menyebut Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman melabelkan DAP sebagai kafir harbi serta menyeru agar DAP diperangi.

    Gelaran harbi dan seruan memerangi tentu sekali menghantar isyarat kepada umum, halal untuk bertindak ganas ke atas mana-mana ahli atau penyokong DAP.

    Mufti Pahang mengecam parti DAP sebagai harbi dengan alasan DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah. Ini jelas menunjukkan kecaman itu berat sebelah dan satu cubaan bermain politik.

    Ini kerana terdapat parti komponen BN terutamanya di Sabah dan Sarawak, secara terbuka menyatakan mereka menolak pelaksanaan hukum hudud. Dan sehingga kini tidak ada sebarang tanda daripada parti komponen BN yang menolak hukum hudud akan menyokong RUU Persendirian Mahkamah Syariah yang dibentangkan Mei lalu.

    Mengapa mereka tidak turut diserang sebagai golongan yang wajib diperangi? Kerana mereka masih bersama dengan BN?

    Sebagai seorang mufti, tidak molek juga apabila bermudah-mudah menuduh mereka yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud dan RUU Persendirian Mahkamah Syariah itu sebagai menentang Islam. Lantas daripada tuduhan dilemparkan itu terus dikeluarkan satu seruan memerangi mereka yang kononnya menentang Islam.

    Terdapat pelbagai alasan dari sudut perlembagaan, perundangan dan sistem politik yang menjadi asas untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud dan RUU Persendirian Mahkamah Syariah. Bukannya kerana benci atau menentang Islam.

    Malah jika cukup cakna, pasti tahu di kalangan sarjana Islam serata dunia sendiri masih lagi memperdebatkan tentang kewajaran melaksanakan hukum hudud pada zaman ini.

    Umat Islam tentunya berharap institusi mufti dapat mempelopori isu golongan terpinggir seperti warga miskin dan tertindas dari sudut ekonomi, menegur salah guna kuasa dan korupsi, mengangkat wacana segar seputar maqasid syariah dan lain-lain.

    Bukannya rancak bermain politik partisan, serta tidak sepatutnya membuka pintu keganasan yang bakal mengancam penganut agama lain juga sebahagian umat Islam melalui kenyataan sebegini.

    Edry Faizal Eddy Yusof 

    AJK DAP Selangor

    Kenyataan Mufti Pahang 'AMAT BAHAYA' boleh menyebabkan pertumpahan darah.

    Sabtu, 24 Jun 2016


    "Mufti tolong jawab,jngan tau cakap ke,bila orang tanya x reti jawab,tolong ya tunjuk dimana akal mufti to,jawab please" 



    KENYATAAN MUFTI PAHANG AMAT BAHAYA.
    Saya ingin menarik perhatian semua pihak kepada berita yang dimuatkan di laman sesawang Utusan Online bertarikh 24 Jun 2016 bertajuk "DAP tergolong kafir harbi yang wajar ditentang" seperti capaian berikut "http://m.utusan.com.my/…/dap-tergolong-kafir-harbi-wajar-di…".
    Saya berpendapat dan merasakan bahawa kenyataan Mufti Negeri Pahang ini amat merbahaya dalam konteks negara kita Malaysia. Mengeluarkan hukum bahawa DAP adalah kafir harbi adalah sesuatu yang serius dan boleh menyebabkan pertumpahan darah, kacau bilau dan menggugat ketenteraman awam dan negara.

    Menggolongkan DAP secara keseluruhan sebagai kafir harbi, bermaksud darah seluruh ahli DAP adalah halal termasuk darah kami ahli DAP yang beragama Islam. Tidakkah kenyataan ini mengancam keselamatan negara? Bagaimana jika sebentar lagi ada mana-mana orang yang terjumpa mana-mana ahli DAP dan membunuh mereka kerana mengikut hukum yang dikeluarkan oleh Mufti Pahang ini??

    Mufti Pahang dilaporkan berkata "Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama de­ngan mereka."

    Kenyataan tersebut amat berat malah tidak langsung disandarkan kepada fakta dan bukti yang kukuh. Bagaimana seorang mufti kerajaan negeri boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian yang hanya berasaskan emosi. Apa bukti DAP menentang Islam? Di mana bukti DAP membenci Islam? Menyandarkan hujah DAP tidak bersetuju dengan Rang Undang-Undang Persendirian Ahli Parlimen Marang sebagai menentang dan membenci Islam adalah hujah yang amat lemah.

    Saya sebagai penganut Islam yang menganggotai DAP amat kesal dan terkilan malah malu dengan kenyataan Mufti Negeri Pahang tersebut. Ia tidak menggambarkan ilmu dan akhlak Islam malah menjatuhkan imej Islam sebagai agama yang mudah melabel tanpa fakta.

    Saya menyeru Datuk Seri Mufti Negeri Pahang agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan beristighfarlah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Jangan cuba mencetuskan ketegangan agama dan kaum dengan lemparan kenyataan yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

    Seterusnya saya sebagai ahli DAP beragama Islam menjemput Datuk Seri Mufti Pahang atau memohon Datuk Seri Mufti untuk mengadakan perjumpaan mahabbah dengan kami untuk mendapatkan penjelasan dan gambaran lebih tepat.

    Selanjutnya, saya meminta pihak Polis DiRaja Malaysia agar menasihati mufti dan agamawan agar lebih berhati-hati mengeluarkan fatwa. Jika saya bersetuju dengan Akta Hasutan nescaya saya memohon supaya Datuk Seri Mufti ini disiasat di bawah Akta Hasutan kerana kenyataan yang cukup menghasut, tetapi saya bersama parti saya DAP amat tidak bersetuju dengan Akta Hasutan, justeru saya minta agar kenyataan tersebut ditarikbalik demi kesejahteraan dan ketenteraman negara.
    BERANI BERUBAH - TERUS BERUBAH

    ZULHAZMI SHARIFF
    Ahli Biasa DAP
    Cawangan Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.
    24 Jun 2016
    19 Ramadhan 1437

    Kesemua ini hanyalah helah DAP dan lihat bagaimana mereka BERSELINDUNG di sebalik BERSIH dan AGENDA TERSEMBUNYI mereka ialah menjadi AGEN YAHUDI untuk memecahbelahkan ISLAM dan untuk menampakkan KEGAGALAN ISLAM menguruskan umatnya sedangkan DEMOKRASI yang di POPULARKAN BARAT itu sebenarnya adalah KEGAGALAN yang paling nyata. Lihatlah campurtangan YAHUDI melalui BERSIH yang menjadi alat DAP dan AGEN YAHUDI.

    Bersih – Agenda Yahudi Hancurkan Negara Islam

    Nama asal Bersih adalah Joint Action Committee for Electoral Reform yang ditubuhkan pada July 2005 oleh 3 NGO iaitu :
    1. a) SUARAM – dana daripada NED sebanyak USD 85,000
      b) Women’s Development Collective – dana drpd Open Society
      c) Writers Alliance for Media Independence (WAMI) – ditaja NED
    Selepas 2-3 tahun, barulah Bersih menyerap masuk NGO yang lain. Kini Bersih merupakan sebuah gabungan 81 buah NGO di mana 60 daripadanya adalah haram dan tidak didaftarkan.
    Ambiga Sreevenasan telah mengaku dalam The Malaysian Insider pada 27 Jun 2011 bahawa BERSIH ~2.0 ditaja oleh dua badan dana yang berpengkalan di Amerika iaitu National Democratic Institute (NDI), salah satu cabang daripada NED dan Open Society Institute (OSI.
    img-20150822-wa0057NED milik Carl Gershman, NDI milik Madeline Albright, manakala OSI pula milik George Soros. Ketiga-tiga orang berbangsa Yahudi ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Hubungan yang terjalin semasa Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
    Ini bukan sekadar tuduhan atau fitnah yang dilemparkan untuk mengaibkan Anwar Ibrahim.
    Laporan Maxim News melaporkan bahawa Anwar Ibrahim adalah Ahli Majlis Eksekutif International Crisis Group (ICG). Anwar difahamkan telah dilantik pada sekitar June 2006 iaitu 2 tahun selepas Anwar dibebaskan daripada penjara
    Sesuatu yang harus diberikan perhatian di sini ialah semua ahli ICG termasuk George Soros dan pengasas ICG Mark Malloch Brown adalah berbangsa Yahudi, kecuali Anwar Ibrahim.
    Antara mereka ialah Bekas Setiausaha Dalam Negeri Amerika Syarikat, Morton bramowitz, Kenneth Adelman Pengerusi Kawalan Senjata Api Amerika, dan Zbignew Brzezinsk Bekas Penasihat Pertahanan Negara President Amerika Syarikat.
    Penglibatan Anwar dalam organisasi seperti ICG dan NED tidak harus diambil ringan. Analisa penglibatannya adalah penting untuk mengaitkan tujuan dan motif sebenar penubuhan BERSIH.
    Ada muslihat di sebalik setiap demonstrasi BERSIH. Lihat di bawah :
    BERSIH 1 : JUMPA AGONG.
    Serahkan memorandom yang mengemukakan 4 permintaan iaitu (dalam B.Inggeris) :
    Clean up of the electoral roll
    Use of indelible ink
    Abolition of postal voting for military and police personnel
    Free and fair access to mass media for all parties
    BERSIH 2 : the Walk for Democracy (demonstrasi jalan raya dalam erti kata lain)
    Serahkan memorandom yang mengemukakan 8 permintaan (dalam B.Inggeris)
    Clean up of the electoral roll
    Reform of postal ballot
    Use of indelible ink
    Minimum 21 days of campaign period
    Free and fair access to mass media for all parties
    Strengthening of public institutions
    No corruption
    No dirty politics
    BERSIH 3 : Duduk Bantah (Percubaan untuk lakukan Arab Spring)
    Kali ini, demonstrasi tetap dilakukan walaupun 7 daripada 8 permohonan yang dikemukakan oleh BERSIH telah dipersetujui untuk diimplementasi oleh Parliament Select Committee(PSC). 1 permintaan yang tidak dapat ditunaikan ialah tempoh kempen di Sabah dan Sarawak untuk 21 hari tetapi permintaan tersebut juga masih dibincangkan.
    Namun, demonstrasi tersebut dijalankan atas alasan BERSIH khuatir dan tidak mempercayai perlaksanaan permintaan mereka. Adakah ini satu alasan yang berbaloi?
    HAKIKATNYA BERSIH 3 TERPAKSA DIJALANKAN WALAU DENGAN APA JUA CARA KERANA IA MERUPAKAN AGENDA TERAKHIR PERANCANGAN UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN.
    Rancangan tersebut dirancangkan oleh Maureen Aung (seorang ahli OSF). Rancangan tersebut merangkumi
    Tujuan BERSIH 1 memberi memorandom kepada YDP Agong agar apabila penggulingan kerajaan berlaku, rakyat tidak boleh tuduh ianya satu penderhakaan terhadap Raja. Alasan yang bakal digunakan ialah memorandom tersebut diserahkan kepada Agong. Namun Agong tidak mengambil sebarang tindakan.
    Langkah ini sememangnya bijak kerana walaupun mengikut Perlembagaan, Agong yang melantik Pengerusi serta Pegawai-pegawai SPR, namun dalam secara realiti YDPA sekadar MENGIKTIRAF perlantikan atas nasihat Perdana Menteri
    Asas inilah yang mendorong BERSIH (atas nasihat Maureen) untuk menggunakan WARNA KUNING, iaitu WARNA DIRAJA. Sebagai simbol Kuasa Rakyat telah memenangi Kuasa Raja.
    Ini adalah Modus Operandi, cara dan kaedah yang sememangnya telah digunakan oleh NED dan Open Society di beberapa buah negara yang lain.
    Gelaran Operasi tersebut ialah ‘REVOLUSI WARNA’
    Freedom House, National Democrat Institute, International Republican Institute, CIA, MOSSAD, USAID, CIDA, Albert Einstein Institution dan Open Society Institute telah mengaku penglibatan secara langsung melalui dana, pengaruh media asing dan latihan untuk membuat rusuhan di beberapa negara sebelum ini.
    Antaranya negara yang menjadi mangsa campur tangan badan-badan asing ialah:
    Georgia (Rose), Nicaragua, Ukraine (Orange), Kyrgyzstan (Tulip), Pakistan (Black), Occupied Palestine, Lebanon (Cedar), Kuwait (Blue), Myanmar (Safron), Tibet (Crimson) dan Iran (Green)
    Yuktes Vijay (Bekas Peguam Anwar ibrahim).
    Kenapa Belia Melayu Mudah Di Peralat? 

    Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM pengarang@utusan.com.my 

    Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang kecewa melihat anak muda Melayu cukup mudah diperalatkan oleh pihak tertentu untuk menjayakan perhimpunan haram. 

    Keng Liang berkata, pemerhatian mendapati dalam setiap perhimpunan haram termasuk Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka kelmarin, kehadiran anak muda Melayu melebihi 90 peratus. Tegasnya, kehadiran anak muda kaum lain dalam perhimpunan sedemikian adalah sangat rendah iaitu di sekitar 500 orang bagi jumlah kehadiran 10,000. 

    "Dalam siri perhimpunan haram di ibu negara, anak muda Melayu didapati menjadi benteng hadapan.Ini satu trend yang tidak bagus, kenapa mereka ini terlalu mudah dipergunakan," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

    Mengulas lanjut, Keng Liang menasihatkan anak muda Melayu yang berminat dengan politik supaya lebih cerdik dalam apa jua tindakan. Katanya, anak muda Melayu perlu sedar jika ditangkap pihak berkuasa, pihak yang mempergunakan mereka akan lepas tangan. 

    "Mereka kena cerdik, nak main politik janganlah sampai dipergunakan pihak yang mempunyai agenda peribadi. "Maaf cakap, anak muda bangsa lain lebih tahu apa yang lebih penting untuk masa depan mereka," katanya. 

    Dalam pada itu, Keng Liang menjelaskan bahawa teguran dan kritikan yang dibuat terhadap anak muda Melayu tidak bermaksud beliau bersikap perkauman. 

    "Saya menegur kerana menganggap anak muda Melayu sebagai keluarga besar saya sebagaimana kaum-kaum lain. "Jika ada orang yang mahu saya berjuang dan ambil tahu tentang bangsa Cina sahaja, itulah orang yang sebenarnya rasis," tegasnya. -  © Utusan Melayu (M) Bhd 

    AMUKANMelayuPENULIS - Kepada anda yang hendak "BERMUFTIKAN DAP," silakan. Ini Negara Demokrasi. Kenapa perlu marah kepada Dato' Mufti?