,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 19 September 2016

APA NAK JADI DENGAN MELAYU?

Merdeka....merdeka...merdeka....



ANAKKU...........
 
Orang Melayu menuntut kemerdekaan untuk membebaskan tanahairnya. Orang bukan Melayu "melaungkan kemerdekaan" hanya untuk mendapat KERAKYATAN dan menjaga kepentingan mereka, selepas Merdeka...



 Kata Dato Laksamana Hang Tuah: "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"

Melayu Tak Akan Mati Tanpa UMNO Akan Mati Tanpa Melayu

Logo Umno


Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal memberi jaminan kepada penyokongnya, Melayu Bumiputera tidak akan mati di negara ini meskipun tanpa parti kerajaan, UMNO. Beliau mengambil contoh tiga negeri yang diperintah pembangkang. 

"Jangan takut, jangan bimbang, orang Melayu Bumiputera tidak akan mati tanpa Umno.
"Kelantan 20 tahun Pas pegang, DAP pegang Pulau Pinang dua penggal, di Selangor, PKR perintah dua penggal negeri itu...tak mati org Melayu," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Aidilfitri bersamanya di Kota Belud, hari ini.

Malah, bekas Naib Presiden Umno ini juga mengingatkan rakyat Sabah agar tidak bimbang walaupun bakal banyak parti politik tumbuh di negeri tersebut.

"Jangan bimbang...banyak parti nanti di Sabah...nak tambah kerusi lagi di Sabah. Tambahlah...banyak parti macam mana pun, biarlah. Itu tidak penting.
"Banyak parti pun, jangan sampai pecah belah dan jangan pilih parti tapi pilih pemimpin yang kita boleh bergantung, berteduh. Jangan pilih parti calon tempatan tapi hanya jadi kuda tunggangan," katanya.

Tegasnya, bukan parti mahupun jumlah kerusi yang menentukan kuasa di negeri itu sebaliknya ia terletak di tangan rakyat.

 Dr. Mahathir Musuh UMNO, Melayu

Ismail Sabri Yaakob, Ahmad Jazlan Yaakub (lima dari kanan) dan
Ismail Sabri Yaakob, Ahmad Jazlan Yaakub (lima dari kanan) dan Ikmal Hisham Abdul Aziz (tiga dari kanan) bersama perwakilan melaungkan Gelombang Merah dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di SMK Belimbing, Tanah Merah, Kelantan, semalam. Bernama

Sementara itu TANAH MERAH 16 Sept, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah layak digelar musuh UMNO dan orang Melayu ekoran tindak-tanduk beliau yang terus membuat serangan bertali arus terhadap parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Dr. Mahathir juga telah melampaui batas apabila tergamak berikrar mahu menghancurkan UMNO ketika berucap di Ketereh, Kota Bharu baru-baru ini.

Sehubungan itu, tegas beliau, ahli dan penyokong UMNO tidak perlu bersentimental untuk menyokong Dr. Mahathir.

“Kita akui Dr. Mahathir berjasa besar kepada UMNO, kepada negara tetapi kini kita tidak perlu untuk sentimental sangat. Beliau sudah bersama kumpulan lain yang ingin menjatuhkan UMNO.

“Beliau kini berkongsi pentas dengan Lim Kit Siang, dengan (Datin Seri) Wan Azizah Wan Ismail, malah berbaik pula dengan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim apabila melawat beliau di mahkamah baru-baru ini.

“Kita mesti tengok Dr. Maha­thir sama taraf dengan kumpulan pembangkang yang selama ini mahu tengok UMNO tumbang. Dia kini adalah musuh UMNO, musuh orang Melayu,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwa­kilan UMNO Bahagian Tanah Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing, di sini hari ini.

“Saya juga hairan dengan sikap Dr. Mahathir. Ketika dalam kerajaan dulu, mereka bersetuju bahawa badan kehakiman adalah bebas dan berkata kes Anwar diadili mengikut proses perunda­ngan yang betul,” katanya.


Perpecahan dalam masyarakat Melayu sudah semakin meruncing dan amat meresahkan banyak pihak. Bila dikaji semula dalam Perlembagaan seperti mana dalam satu forum:

MELAYU HANYA DIJANJIKAN KEISTIMEWAAN DALAM PERLEMBAGAAN, TAPI ORANG LAIN DAPAT WARGANEGARA SERTA MERTA

ikhlas dan jelas hujahnya
DATO’ MOHD NOOR ABDULLAH - Ikhlas dan jelas hujahnya
DATO’ MOHD NOOR ABDULLAH, MANTAN HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SEMASA BENTANGKAN HUJAHNYA DI SESSI AKHIR TAKLIMAT ISU2 SEMASA BERTAJUK ” HAK MELAYU ISTIMEWA, HAK KAUM LAIN TERPELIHARA” DI KEMENTERIAN PENERANGAN PADA 12/12/08 TELAH SETUJU DENGAN PENDAPAT SUPAYA RTM MENGADAKAN PROGRAM SETIAP HARI MENGENAI BICARA PERLEMBAGAAN SEPERTI BICARA MUFTI BAGI MENANGANI KEJAHILAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP PERRLEMBAGAAN NEGARA.

BUKTINYA DALAM JAWAPAN BELIAU KEPADA SOALAN PESETA MENGENAI PEMBERIAN HAK MILIK TANAH KEKAL SELAMA 999 DI PERAK OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT. MENGIKUTNYA KERANA GAGAL FAHAM SEMANGAT PERLEMBAGAAN MAKA PEMBERIAN ITU LEBIH TERUK DARIPADA PENYERAHAN HONG KONG OLEH CHINA KEPADA BRITISH SELAMA HANYA 100 TAHUN SAHAJA. MAKNANYA TERUKLAH KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH MB PAS PERAK ITU.

BELIAU JUGA TEGASKAN BAHAWA “KETUANAN MELAYU” DAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI NEGARA ADALAH JELAS DIMAKSUDKAN DALAM PERLEMBAGAAN. ALASANNYA BAHAWA ISTITUSI DI RAJA DI MALAYSIA TIDAK BOLEH DIUBAH DAN DIMANSUHKAN TANPA KERELAAN RAJA2 SENDIRI. BAHASA MELAYU TETAP UNGGUL KEDAULATANNYA DAN LANGKAH KERAJAAN DAP PENANG MELETAKKAN TULISAN PELBAGAI BAHASA DI PAPAN TANDA JALAN DI PULAU PINANG ADALAH KELIRU. SEBENARNYA BAHASA LAIN SELAIN BAHASA MELAYU BOLEH DITAROK SEKIRANYA TEMPAT ITU MERBAHAYA, TEMPAT LARANGAN DAN TEMPAT SEJARAH YANG MERUPAKAN KEPENTINGAN NASIONAL/UMUM. ADAKAH LANGKAH KERAJAAN DAP PENANG ITU AMAT KEPENTINGAN AWAM DAN KEUTAMAAN NASIONAL?

SETERUSNYA DIJELASKAN BAHAWA UNTUK TUNJUKKAN BAHAWA INGGERIS AMAT JUJUR NAK PERTAHANKAN HAK PRIBUMI ORANG MELAYU MAKA HANYA BANGSA “MELAYU” DISEBUT SEBANYAK 54 KALI DALAM PERLEMBAGAAN.

MAKA ITULAH SEBABNYA PERKARA2 YANG DIANGGAP KONTREK SOSIAL ITU TIDAK BOLEH DISENTUH DAN PERLU DITERIMA UNTUK PERPADUAN NEGARA. PERKARA BERKENAAN IALAH PERKARA 3 – ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN, PERKARA 152 – BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN, PERKARA 153- PERIZABAN KOUTA BERKENAAN DENGAN PERKHIDMATAN, PERMIT DAN SEBAGAINYA BAGI ORANG MELAYU DAN ANAK NEGERI MANA2 ANTARA NEGERI SABAH DAN SARAWAK.DAN SATU LAGI IALAH PERKARA 89 IAITU MENGENAI TANAH SIMPANAN MELAYU.

AKHIRNYA AYAT POWER DATO’ MOHD NOOR YANG TAK PERNAH ABE DENGAR SEPANJANG JADI MANUSIA IAITU:

1. SEMUA PERKARA2 YANG ADA DALAM PERLEMBAGAAN YANG KONONNYA DIKATAKAN HAK ISTIMEWA DAN BIAS KEPADA MELAYU DAN BUMIPUTERA ADALAH JANJI DALAM PERLEMBAGAAN YANG TAK TERTULIS TARIKH TAMATNYA TELAH LAMA DIBERIKAN BRITISH KEPADA ORANG MELAYU.CONTUHNYA TANAH SIMPANAN MELAYU TELAH DIPERUNTUKKAN OLEH BRITISH SEJAK 1912, ASKAR MELAYU DIRAJA SEJAK 1932 LAGI DAN RAJA2 MELAYU DAH BERKURUN USIANYA.LAIN2 YANG PENTING IALAH HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA. TETAPI BUKAN MELAYU TELAH DAPAT SERTA MERTA TARAF WEARGANEGARA PADA 1957 – TAK SILAP HAMPIR 1 JUTA BUKAN MELAYU TIBA2 JADI WARGANEGARA MALAYA SECARA JUS SOLI PADA WAKTU ITU.

2. MELAYU TELAH BANYAK BERKORBAN DEMI KEMERDEKAAN NEGARA DAN KEPENTINGAN PERPADUAN DENGAN ORANG CINA DAN INDIA. CONTUHNYA HAPUSKAN TULISAN JAWI YANG DIGUNAKAN SELAMA 1,400 TAHUN OLEH ORANG MELAYU. HAPUS JAWI MAKA HILANGLAH ROH ISLAM DALAM TULISAN BARU ORANG MELAYU IAITU TULISAN RUMI.

3.DEMI PERPADUAN DAN INTEGRASI MAKA PERLU DIHAPUSKAN SEBUTAN MALAYSIA BARAT DAN MALAYSIA TIMUR. INI MACAM BERLIN BARAT DAN BERLIN TIMUR. APA YANG ADA DALAM PERLEMBAGAAN HANYA SEBUAH NEGARA IAITU “MALAYSIA.” OLEH ITU JANGANLAH KITA ADA2KAN APA YANG TAK ADA DALAM PERLEMBAGAAN.

SEMASA BERCERAMAH BELIAU BERKALI2 TEGASKAN BAHAWA HURAIANNYA TERHADAP PERLEMBAGAAN NEGARA ADALAH JUJUR DAN IKHLAS SERTA TIDAK BERBAU POLITIK SAMA SEKALI. SEBABNYA BELIAU TIDAK ADA APA2 KEPENTINGAN PERIBADI, RACIST ATAU BIAS MELAINKAN BERKATA YANG SEBENARNYA MENGENAI PERLEMBAGAAN NEGARA YANG PERLU DIPERTAHANKAN SEBILANG MASA.MASAALAH PERPADUAN DI MALAYSIA IALAH KERANA JAHIL MEMAHAMI DAN MENGHAYATI PERLEMBAGAAN NEGARA.

Tun Hamid: Tindakan Mahathir mudaratkan Melayu

“Saya bercakap mengenai ‘kapal’, bukan ‘nakhoda’. Jangan bakar kapal kerana marahkan nakhoda - Tun Abdul Hamid Mohamad

SHAH ALAM - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad tidak setuju dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan DAP kerana mudaratnya lebih besar kepada orang Melayu dan umat Islam di Malaysia.

Menurutnya, beliau tidak kisah sekiranya Mahathir berkempen dalam kalangan ahli Umno untuk memaksa Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri.

“Saya juga tidak kisah jika beliau berkempen untuk mendapatkan parlimen meluluskan undi tidak percaya terhadap Najib (bukan terhadap kerajaan BN) dan dengan itu memaksa beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Tetapi, saya tidak bersetuju Mahathir bersekongkol dengan DAP dan Amanah untuk mengalahkan calon BN kerana mudaratnya lebih besar.

“Janganlah kerana tidak mahu Najib terus menjadi Perdana Menteri hingga sanggup menyerahkan kerajaan kepada pembangkang yang diterajui DAP. Sekali orang Melayu terlepas tampuk pemerintahan, harapan memperolehnya semula amat tipis sekali,” katanya.

Beliau juga bimbang sekiranya tindakan Mahathir itu akan memusnahkan parti yang dipertahankannya sendiri.

“Saya bercakap mengenai ‘kapal’, bukan ‘nakhoda’. Jangan bakar kapal kerana marahkan nakhoda. Jangan bersekongkol dengan ‘nakhoda-nakhoda kapal musuh’ untuk menghumban nakhoda kapal sendiri ke laut," katanya.

Tun Hamid: Sekat DAP jadikan Melayu Red Indian
Ahmad Fadli KC 23 Nov 2014


Red Bean Army (DAP - Komunis yang dihalalkan)telah lama menjadikan Melayu Red Indian di Tanah Airnya

Bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menggesa PAS dan Umno agar bergabung bagi menyekat DAP daripada menjadi kerajaan Persekutuan dan meminggirkan Melayu seperti Red Indian di Amerika Syarikat.

"Masalah orang Melayu sekarang bukan hanya sekadar pemansuhan ISA atau Akta Hasutan.

"Masalahnya ialah orang Melayu menghadapi ancaman akan menjadi Red Indians di tanah air sendiri," kata Tun Hamid. 



Sejak 13 May 69, Melayu dah mula menjadi Red Indian
Langkah itu katanya perlu bagi memastikan "hak Melayu dan orang Islam tidak digugat" oleh DAP.

"PAS dan Umno perlulah berfikir untuk bercantum, bergabung atau bekerjasama, sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan Persekutuan untuk mepertahankan kerajaan Persekutuan daripada jatuh kepada PKR dan DAP.

"PAS mesti sedar bahawa perjuangan asal mereka adalah untuk Melayu dan Islam - bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa DAP akan menjadi parti dominan, bukan PKR atau PAS," katanya dalam ucapan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, PKR bukan parti yang membela Melayu dan ia tidak akan mampu mengawal DAP.

"PKR tidak boleh diharap untuk membela orang Melayu dan agama Islam, DAP adalah lebih cauvinistik daripada MCA atau Gerakan.

"PKR atau PAS tidak boleh mengawal cita-cita DAP seperti Umno mengawal MCA dan Gerakan," kata Hamid dalam ucapan bertajuk "Demi agama, bangsa, dan negara Melayu perlu bersatu" dalam Konvensyen Perpaduan Nasional.

Berjuang untuk 'seorang Melayu'

Menurut Hamid, PKR tidak boleh diharap membela Melayu kerana parti itu hanya berjuang untuk "seorang Melayu" sahaja.

"Ia hanya berjuang untuk seorang Melayu, itu pun jika orang itu masih menganggap dirinya Melayu," katanya lagi.

Beliau dipercayai merujuk kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana PKR kini giat berkempen untuk membebaskan Anwar yang sedang menunggu keputusan rayuan kes liwatnya.

Umno mesti sedar diri

Sementara itu, Hamid turut mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno agar "sedar diri" dan mengelakkan persepsi sebagai sebuah parti rasuah.

"Umno sepatutnya terus menjadi parti dominan Melayu dan Islam. Masalahnya adalah pemimpin-pemimpinnya.

"Faktor nombor satu yang menyebabkan orang bencikan Umno ialah persepsi rasuah yang tinggi.

"Umno mestilah betulkan persepsi ini, bukan hanya dengan cakap dan kempen tetapi dengan mengelakkan perbuatan rasuah," katanya.



AKTA HASUTAN 1948: KEPENTINGAN MELAYU DAN ANAK NEGERI SABAH DAN SARAWAK DAN PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA

GABUNGAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL MALAYSIA (GAPENA) WACANA NEGARAKU MALAYSIA BERTAMADDUN



Semenanjung Tanah Melayu tetah dijajah oleh British daripada orang Melayu. Sebab itulah, yang menentangnya, baik Dato Bahaman, Dato Sagor, Dato Maharaja Lela, Dol Said atau Tok Janggut adalah orang Melayu. Sebab itulah yang menentang Malayan Union adalah orang Melayu. Sebab itulah yang berkorban nyawa menentang pengganas Kominis semasa darurat adalah orang Melayu. Sebab itulah yang menuntut kemerdekaan adalah orang Melayu. Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ianya akan menjadi kenyataan, untuk menjaga kepentingan mereka. 

Perhatikan bahawa tujuan orang Melayu menuntut kemerdekaan dan tujuan orang bukan Melayu menyertai gerakan itu pun berbeza. Orang Melayu menuntut kemerdekaan untuk membebaskan tanahairnya. Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan untuk menjaga kepentingan mereka, selepas Merdeka. MIC asalnya ditubuh untuk menghantar sukarelawan ke India untuk menuntut kemerdekaan India dari British. Itu fakta sejarah.

Logiknya, saya ulagi, logiknya Semenanjung Tanah Melayu yang dijajah daripada orang Melayu hendaklah dipulangkan kepada orang Melayu. Tetapi tidak, orang Melayu diminta berkongsi kuasa yang akan diserah balik oleh penjajah British. Pada masa itu pun orang Melayu telah diminta mengorbankan hak mereka “untuk menjaga perpaduan”. Orang Melayu bersetuju.

Semasa rundingan kemerdekaan, PAS menuntut supaya Pulau Pinang dan Melaka dijadikan Negeri-Negeri Melayu demi manjaga hak keistimewaan orang Melayu. Semasa Malaysia hendak ditubuhkan PAS menentangnya kerana ia akan mengurangkan paratusan orang Melayu dan takut kiranya orang Melayu akan hilang kuasa politik dan dengan itu kedudukan orang Melayu dan agama Islam akan tergugat. 

Kapai Layaq
Parti Boroh Malaya menuntut supaya ditubuhkan kerajaan unitari kerana, mengikut mereka, mengekalkan Sultan-Sultan dan Negeri-Negeri Melayu akan mewujudkan sebuah kerajaan beraja. Dalam kata-kata lain mereka hendak menghapuskan sistem beraja di Malaya. Siapakah majoriti ahli-ahli Parti Boroh?

Parti Kominis Malaya mengangkat senjata untuk menubuhkan kerajaan kominis ala-China. Beberapa orang pemimpin parti-parti kiri Melayu lari ke hutan dan menyertai Parti Kominis Malaya kerana takut ditangkap British. Mereka diperalatkan oleh Chin Peng untuk mempengaruhi orang Melayu menyokong perjuangan mereka. Nasib baik, pada masa itu orang Melayu tidak terpengaruh dengan mereka.

Perlu diketahui bahawa kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan orang-orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu dan agama Islam adalah antara Terma-Terma Rujukan Suruhanjaya Reid.

Hasil daripada tolak ansur di antara orang Melayu dan bukan Melayu, maka terbentuklah satu kontrak sosial: orang Melayu bersetuju memberikan kerakyatan kepada orang bukan Melayu dan orang Melayu bersetuju hak-hak Raja-Raja Melayu dikekalkan, agama Islam dijadikan agama Persekutuan, Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan beberapa hak keistimewaan seperti yang terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan diberikan kepada orang Melayu. Kesemuanya telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, undang-undang utama kita.

Maka pada detik 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957, Semenanjung Tanah Melayu pun merdeka. Orang-orang yang sebaya dengan saya masih terdengar pekikan “Merdeka” itu dengan perasaan penuh semangat dan kegembiraan.

Tetapi, pada detik yang sama, satu perkara berlaku, yang kebanyakan orang tidak tahu. Ini digambarkan dengan jelas oleh Professor Shad Saleem Farouqi (seorang kelahiran India yang datang ke Malaysia sebagai seorang pelajar dan terus menetap di sini) dalam bukunya yang bertajuk “Document of Destiny: The Constitution of the Federation of Malaysia” di muka surat 710. Katanya:

Add caption
“As a result of the “social contract” between the various races, millions of migrants to British Malaya were bestowed with citizenship by the Merdeka Constitution. It is believed that the number of citizens in Malaya doubled at the stroke of midnight on August 31, 1957 due to the constitutional grant.”

“Akibat “kontrak sosial” di antara berbagai kaum, berjuta-juta pendatang ke Malaya yang diperintah oleh British itu diberi kerakyatan oleh Perlembagaan Merdeka. Adalah dipercayai bahawa jumlah warga negara Malaya bertambah sekali ganda pada detik tengah malam 31 Ogos 1957 disebabkan oleh pemberian Perlembagaan itu.” (Terjemahan saya).

Dalam tahun 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Kedudukan anak negeri Sabah dan Sarawak hampir serupa dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung. Maka peruntukan yang serupa dibuat untuk mereka – lihat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Keadaan bertahan selama lebih kurang 50 tahun. Ia disebabkan Kerajaan Persekutuan kukuh, pemimpin-pemimpin yang tegas dan ekonomi yang senentiasa berkembang. Kerajaan Persekutuan kuat sebab ia menerima sokongan orang Melayu dan bukan Melayu yang mencukupi, walau pun lebih banyak orang Cina senentiasa menyebelahi pembangkang. Mereka mahu lebih. Itu sahaja sebabnya.

Tetapi, keadaan berubah di kebelakangan ini. Orang Melayu berpecah kerana leka dengan sedikit kemakmuran yang baru dirasa, kataksuban kepada parti dan pemimpin dan kehadiran pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong yang opportunist yang tidak kira apa yang akan terjadi kepada bangsa, negara dan agama asalkan cita-cita mereka tercapai. Maka orang Melayu berpecah dengan seriusnya. Kumpulan pengundi majoriti menjadi minoriti. Kumpulan minoriti memperalatkan sebahagian pengundi Melayu untuk kepentingan mereka dan orang Melayu tidak sedar. 

Dedalu yang semakin membesar

Sambil itu, kumpulan-kumpulan ekstremis mula membuat tuntutan-tuntutan yang bukan-bukan, meyerang hak-hak orang Melayu, menghina lagu Kebangsaan, menghina bendera Malaysia, menghina Institusi Raja-Raja dan menghina agama Islam. Ketiadaan tindakan tegas terhadap mereka dilihat oleh mereka sebagai tanda kelemahan dan mereka menuntut lebih lagi.

Tahukah tuan-tuan apa yang dilakukan oleh COMANGO dan beberapa NGO bukan Melayu/Islam tahun lepas?

COMANGO (Coalition of Malaysian Human Rights NGOs) adalah gabungan 54 “NGO” Hak Asasi Manusia. Pada bulan Mac 2013, COMANGO telah mengemukakan satu laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang bertempat di Geneva untuk ditimbang mengikut Mekanisme Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review (UPR)). Laporan itu mengandungi syor-syor umum dan banyak kritikan dan syor-syor berkenaan situasi hak asasi di Malaysia. Beberapa NGO lain seperti Becket Fund for Religious Liberty, Human Rights Watch, Amnesty International, Majlis Peguam, International Commission of Jurists juga meghantar laporan masing-masing kepada Majlis tersebut.

Di antara tuntutan-tuntutan yang terdapat dalam laporan-laporan COMANGO dan lain-lain NGO itu ialah: 

Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Perkara 18 ICCPR mengandungi peruntukan berhubung dengan hak kebebasan beragama yang termasuk “the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…” yang bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.

Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang akan memaksa Malaysia menerima tafsiran istilah “racism” atau perkauman mengikut acuan Barat dan mengenepikan realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan.

Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons). Mereka mendakwa hak-hak kumpulan itu dinafikan. Malaysia juga ditekan untuk memansuhkan seksyen 377A Kanun Kesiksaan (liwat).

Malaysia juga ditekan untuk tunduk kepada kandungan di dalam Prinsip-prinsip Yogjakarta 2006 yang memberikan kebebasan mutlak kepada mereka yang mempraktikkan amalan seks songsang. Sekiranya hak-hak LGBT ini diizinkan, maka langkah pertama yang mesti dilakukan Kerajaan Malaysia ialah menghapuskan undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat.

Mereka mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak bersifat perkauman dan “alat politik”.

Mereka mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.

Mereka membangkitkan isu kalimah “Allah”, larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur.

Itu cabaran yang bersifat “confrontational”. Di samping itu kita juga hendaklah prihatin terhadap cabaran yang berlaku secara senyap-senyap, yang berlaku kerana kecuaian kita sendiri. Yang paling ketara di akhir-akhir ini adalah mengenai penggubalan RUU Harmoni dan pemansuhan Akta Hasutan.

(Kerana kesuntukan masa, saya tidak akan menyentuh mengenai pemansuhan Deklarasi Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya dan juga mengenai ISA. Sesiapa yang ingin mengikuti perbincagan mengenainya bolehlah membacanya dalam ucapan saya bertajuk “Mempertahankan Perlembagaan Sebagai Asas Perpaduan Nasional” di laman web saya: www.tunabdulhamid.my)

Akta Hasutan asalnya dibuat oleh British dalam tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan untuk mengekang penentangan kepada pemerintahan British. Secara ringkas, ia mengandungi kesalahan-kesalahan kerana menghasut untuk membangkitkan kebencian dan tidak taat setia kepada Raja atau Kerajaan, menghasut rakyat untuk mendapat perubahan dengan cara yang tak sah, menghasut orang supaya benci kepada pentabiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Malaysia, megembangkan perasaan permusuhan antara kaum.

Bukan semua isi kandungan akta itu dibuat oleh penjajah British dalam tahun 1948. Itu kita mesti tahu. Peruntukan yang sangat penting, ia itu seksyen 3(1)(f) dibuat selepas peristiwa 13 Mei 1969 di era Tun Abdul Razak untuk mengelak berulangnya peristiwa yang serupa. Seksyen itu dimasukkan melalui Emergency (Essential Powers) Ordinance No. 45, 1970 (P.U. (A) 282/1970) berkuatkuasa pada 10.8.1970. Bagi saya, pengwujudan seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak Bin Hussain.

Seksyen 3(1)(f) memperuntukkan:

“(f) to question any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative established or protected by the provisions of Part III of the Federal Constitution or Article 152, 153 or 181 of the Federal Constitution.”

“(f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.”

Bahgian III adalah mengenai kewarganegaraan. Perkara 152 ialah mengenai Bahasa Kebangsaan. Perkara 153 adalah mengenai “perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak.

Singapura masih mempunyai Akta Hasutan (Sedition Act). Singapura tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap seseorang. Daripada kes-kes yang saya temui, semua orang yang dituduh dan dihukum adalah orang bukan Islam kerana kesalahan terhadap orang Islam. Sebagai misalan, sepasang suami isteri Cina beragama Kristian dihukum penjara 4 minggu masing-maing kerana mengedar bahan cetak yang menghasut (distributing seditious publications) kepada dua orang perempuan Islam.

Seorang lagi dituduh kerana membuat kenyataan yang mengandungi kata-kata yang lucah dan menghina (insulting) terhadap orang Melayu dan agama mereka, Islam. Dia dikenakan sebulan penjara. Semasa menjatuhkan hukuman bagi kedua-dua kes itu, pada 7 Oktober 2005, Hakim Kanan Mahkamah Daerah Richard Magnus berkata adalah penting untuk menjatuhkan hukuman yang mencegah (deterrent) supaya perbuatan yang menyakitkan hati (offending) itu boleh ditangani dari awal dan dikawal. Beliau mengingatkan peistiwa rusuhan kaum dalam tahun 1964 di Singapura dan bahawa kenyataan yang tak bertanggungjawab mengenai bangsa dan agama boleh menggugat ketenteraman awam.

Tindakan itu diambil walaupun Perlembagaan Republik Singapura tidak mempunyai peruntukan bahawa Islam adalah agama Republik itu dan juga tidak ada peruntukan yang membolehkan undang-undang dibuat untuk melarang orang bukan Islam daripada menyebar agama bukan Islam kepada orang Islam. Tindakan itu diambil atas alasan ia boleh menggugat ketenteraman awam. Malaysia patut belajar daripada Singapura.

Bagaimana dengan Rang Undang-Undang Harmoni (RUU Hamoni) yang sedang digubal itu? Di sini saya merujuk kepada:
Racial and Religious Hate Crime Billl;
National Harmony and Reconciliation Bill; and
National Harmony and Reconciliation Commission Bill

yang sedang digubal oleh Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar (JUU&D), Majlis Konsultasi Perpaduannegara (MKPN) itu.

Penggubal RUU itu mengaitkan Akta Hasutan dengan RUU Harmoni. Akta Harmoni (jika diluluskan oleh Parlimen) akan menggantikan Akta Hasutan. Ertinya, mengikut mereka, untuk mencapai perpaduan dan harmoni Akta Hasutan perlulah dimansuhkan kerana ia menjadi penghalang perpaduan. Dalam kata-kata lain, mengikut hujah mereka, berikan kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk menghasut orang ramai supaya membenci Raja, mempersoalkan kedudukn Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, mempersoalkan hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kerakyatan, perpaduan akan tercapai. Lojik apa ini? Ia samalah dengan lojik seorang yang berkata “Kalau mahu tebuan berada di dalam sarangnya, joloklah sarangnya kuat-kuat.” Cubalah!

Alasan bahawa Akta Hasutan perlu dimansuhkan demi untuk mencapai perpaduan itu tidak berasas lansung. Ia hanyalah helah untuk memansuhkan Akta Hasutan oleh orang-orang yang tidak sukakannya. Yang menggubalnya adalah Majlis Peguam. Perhatilah betapa serupanya isi kandungan RUU Harmoni dengan tuntutan COMANGO yang saya sebut tadi. Sebenarnya di antara orang-orang yang membuat tuntutan COMANGO dan yang menggubal RUU Harmoni adalah orang-orang yang sama atau mempunyai pendirian yang sama. Anihnya, mereka dilantik oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk duduk dalam Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang melantik mereka menganggotai Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar (JUU&D) yang menggubal RUU Harmoni. Ketawalah mereka.

Apakah untungnya orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak jika larangan-larangan mempersoalkan hak-hak yang diberi kepada mereka oleh Perkara 153 itu dihapuskan? Apakah untungnya orang Melayu jika hasutan mengenai kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dibenarkan? 

Yang untung hanyalah orang-orang yang tidak sukakan peruntukan-peruntukan itu. Tanpa Akta Hasutan mereka bebas menghasut orang ramai untuk menghapuskan pemerintahan Raja Berperlembagaan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, hak-hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Itu kita mesti faham. YB Tan Sri Joseph Kurup dan YB Nancy Shuki patut faham bahawa yang akan rugi bukan sahaja orang Melayu dan Islam, tetapi juga anak negeri Sabah dan Sarawak.

Selain dari itu, ada beberapa perkara yang sangat menghairankan saya mengenai usaha menggubal RUU Harmoni untuk menggantikan Akta Hasutan itu. Pertama, Akta Hasutan terletak di bawah portfolio Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang Menterinya ialah YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Sepatutnya, semua perkara yang berkenaan dengan akta itu, sama ada hendak memindanya atau memansuhhkannya, hendaklah datangnya dari kementerian itu. Ini penting bukan sahaja kerana akta itu terletak di bawah kementerian itu, tetapi kerana kementerian itu mempunyai mahklumat-maklumat, termasuk maklumat rahsia, mengenai kententeraman negara yang akan menentukan dasar mengenainya. Apatah lagi, pada 6 Julai 2013, akhbar The Sun Daily melaporkan:

“KUALA LUMPUR (July 6, 2013): Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi today hit out at those demanding for the Sedition Act 1948 to be abolished without thinking of the negative impact.”

“Kuala Lumpur (July 6, 2013): Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar mereka yang menuntut supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa mengmbil kita kesan negatifnya.” (Terjemahan saya).

Itu kata Menteri yang bertanggungjawab bagi Akta Hasutan. Bagaimana YB Tan Sri Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan YB Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, boleh mengambil alih bidangkuasa ke atas Akta Hasutan itu dan menyerahkan kepada Majlis Peguam untuk menggubal undang-undang untuk memansuhkannya?

Kedua, mengikut prosedur biasa, penetapan dasar dilakukan oleh kementerian berkenaan (dalam hal ini, KDN) sebelum ia diputuskan oleh Kabinet. Dalam hal ini, penentuan dasar, sekurang-kurangnya di pringkat permulaan, diserahkan kepada JUU&D yang ditubuh oleh MKPN yang ditubuh pula oleh JPNIN. Pengerusi JUU&D adalah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya adalah Encik Lim Chee Wee, mantan Presiden Majlis Peguam. Kita semua tahu bahawa Majlis Peguam adalah penyokong kuat parti-parti pembangkang terutama sekali DAP dan PKR. Bagaimana hal seperti ini boleh berlaku?

Ketiga, mengikut prosedur biasa, setelah dasar ditentukan oleh kementerian berkenaan, gubalan dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara. Dalam hal ini, gubalan dilakukan oleh Majlis Peguam. Mengapa?

Disebabkan oleh kesuntukan masa, saya hanya akan memberi dua misalan mengenai isi kandungan RUU Harmoni. Kita tahu ia masih di peringkat awal, tetapi mengapa dari awal ia telah diserahkan kepada Majlis Peguam untuk membuatnya? Jika tidak ditegur mungkin ia telah terlepas pandang.

Pertama, rang undang-undang itu menekankan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 2(i) National Harmony and Reconciliation Bill mengatakan bahawa tujuan rang undang-undang itu adalah:

“2(i) To give effect to the letter and spirit of the Federal Constitution, in particular Article 8.”

“2(i) Untuk memberi kesan kepada apa yang tersurat dan semangat Perlembagaan Persekutuan, terutama sekali Perkara 8.” (Terjemahan saya).

Perkara 8(1) memperuntukkan:

“8. (1) All persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law.”

“8.(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.”

Kesan daripada peruntukan ini ialah, dalam pentafsiran dan pemakaian (in the interpretation and application) akta itu kelak tekanan yang lebih hendaklah diberi kepada kesama-rataan. Maka hak-hak yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, dan kedudukan Bahasa Melayu akan terhakis dan akhinya terhapus.

Saya belum penah temui satu akta yang memperuntukkan bahawa sesuatu perkara dalam Perlembagan itu kena diberi perhatian yang lebih daripada yang lain-lain. Dari situ kita dapat lihat tujuan mereka yang yang tersirat.

Kedua, nampaknya matlamat utama penggubal RUU Harmoni adalah untuk memansuhkan Akta Hasutan. Seksyen 8(1), Draft Racial and Religious Hate Crimes Bill memperuntukkan:

“8(1) The Sedition Act 1948 [Act No. 15] is repealed.”

“8(1) Akta Hasutan 1948 (Akta No. 15) adalah dimansuhkan”. (Terjemaham saya)

Itulah yang mereka mahu. Mereka diberi peluang untuk menentukan dasar dan menggubal, walau pun di peringkat awal, mereka terus memanfaatkan peluang itu. Pucuk dicita ulam mendatang.

Patutkah Akta Hasutan dimasuhkan? Jawapan saya: tidak. Patutkah ia dipinda? Jawapaan saya: Ya. Apakah pindaan yang perlu dibuat? Jawapan saya: Masukkan Perkara 3 Perlembagaan Malaysia (agama Islam agama Persekutuan) ke dalam seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan bersama-sama Perkara 152, 153, 181 dan Bahagian III.

Kedua, pada pandangan saya, adalah lebih baik bagi kerajaan kiranya kesalahan menghasut terhadap kerajaan dimansuhkan. Maksud saya hanya terhadap kerajaan tetapi terhadap Raja mestilah dikekalkan. Ini lebih demokratik, lebih telus dan lebih terbuka. Hari ini pun, walapun larangan itu ada, setakat yang saya tahu, kerajaan tidak pernah mengambil tindakan terhadap orang yang mengeritiknya kerana itu sebahagian daripada proses demokrasi. Untuk apa dikekalkan peruntukan itu?

Draf RUU Harmoni itu telah diletak di laman laman web MKPN untuk mendapat maklum balas orang ramai. Kaum manakah yang paling banyak respond? Tentu sekali kaum yang lebih berada, pelajarannya lebih tinggi, lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar-bandar dan yang akan mendapat “keuntungan” daripada RUU Harmoni itu. Tuan-tuan boleh teka siapa mereka. “Townhall Meeting” juga telah diadakan di Kuala Lumpur dan di beberapa bandar besar. Perkataan “Townhall” itu sendiri memberi gambaran tempat itu berada di bandar-bandar. Ertinya orang yang akan menghadirinya untuk mendengar penerangan dan memberi pendapat adalah orang-orang bandar. Kaum manakah majority penduduk bandar? Pendengaran tidak dan, saya percaya, tidak akan diadakan di kampung-kampung, di rumah-rumah panjang dan di kawasan-kawasan pedalaman. Ertinya penduduk-penduduk luar bandar dan pedalaman tidak akan mendapat peluang yang sama dengan penduduk bandar untuk memberi pendapat mereka, walaupun hak-hak merekalah yang akan terhakis.

Saya difahamkan bahawa “Townhall Meeting” itu juga telah dikendalikan oleh ahli-ahli Majlis Peguam, termasuk aktivis KOMANGO. Mereka semestinya akan memberi gambaran yang selaras dengan agenda mereka, untuk mendapat sokongan dan memaklumkan kepada MKPN dan Kerajaan bahawa “majoriti besar rakyat Malaysia menyokong RUU Harmoni dan pemansuhan Akta Hasutan” untuk mempengaruhi Kerajaan (Kabinet) menyetujuinya. Sebenarnya itu adalah maklumat yang misleading.

Kesimpulan pandangan saya mengenai Akta Hasutan dan RUU Harmoni adalah seperti berikut: 

Jangan mansuhkan Akta Hasutan 1948.
Segala urusan mengenai Akta Hasutan hendaklah dilakukan oleh kementerian yang bertanggungjawab mengenainya ia itu KDN.

JPNIN tidak septutnya mengambil alih perkara yang terletak dalam bidangkuasa KDN dan Peguam Negara.

Prosedur biasa di mana Kementerian berkenaan menentukan dasar dan gubalan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara manakala keputusan muktamat dibuat oleh Kabinet hendaklah diikuti.

Akta Hasutan hendaklah dipinda untuk memasukkan Perkara 3 (agama Islam sebagai agama Persekutuan) ke dalam seksyen 3(1)(f).

Eloklah kerajaan memikirkan untuk meminda Akta Hasutan untuk mengeluarkan kesalahan menghasut terhadap kerajaan supaya kerajaan nampak lebih telus, terbuka dan demokratik.

Ketepikan draf RUU yang dibuat oleh Majlis Peguam itu.
Jika JPNIN berfikir bahawa perpaduan boleh dicapai melalui undang-undang, sila sediakan drafnya. Ikutlah peraturan biasa dan jangan kaitkan dengan Akta Hasutan.

Akta Hasutan hedaklah dilaksanakan dengan tegas.
Bubarkan MKPN dan sekaligus JUU & D. Kerja JPNIN hendaklah dibuat oleh JPNIN. JPNIN boleh consult sesiapa sahaja tetapi terajunya ia mesti pegang.

Pemansuhan Akta Hasutan dan pengwujudan Akta Harmoni seperti yang dicadangkan oleh JUU& D yang di pengaruhi oleh Majlis Peguam dan Comango itu tidak ada kena mengena dengan pengwujudan perpaduan kaum. Ia adalah helah untuk menghakis kepentingn orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukan agama Islam di Malaysia. Malah saya katakan ia akan menggalakkan persengkitaan di antara kaum.

Penduduk Malaysia telah hidup dengan rukun damai semenjak sebelum tertubuhnya Malaysia lagi. Selepas tertubuhnya Malaysia pun, selain daripada peristiwa 13 Mei dan beberapa peristiwa kecil, mereka hidup dengan aman damai. Untuk mengelak peristiwa 13 Mei berulang pindaan telah dibuat kepada Akta Hasutan. Yang penting ialah kerajaan tidak menyalahgunakannya. Jika Kerajaan tidak mahu dikritik, ia hendaklah jangan menalahgunakan Akta Hasutan, bukan memasuhkannya kerana takut menyalahgunakannya. 

Sebuah kerajaan yang memansuhkan sesuatu undang-undang kerana ia takut ia akan menyalahgunakannya samalah seperti seorang yang menjual keretanya kerana dia takut dia akan memandu kereta itu dengan laju. Sekali lagi saya tidak faham logic itu. Berbuat demikian hanya akan termasuk ke dalam perangkap kumpulan yang memang hendak memansuhnya kerana tujuan tertentu.

Kita mesti waspada bahawa dalam keadaan politik tanahair sekarang, sekali tersilap langkah, tidak ada patah balik lagi. Orang Melayu/Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak akan rugi, untuk selama-lamanya.

Sekian. Terima kasih.



AMUKANMelayuMELAYU HANYA DIJANJIKAN SAHAJA SEBAGAI PUNYAI KEISTIMEWAAN DALAM PERLEMBAGAAN. SEDANGKAN PERLEMBAGAAN ITU HANYA DAPAT DIPERTAHANKAN SELAGI MELAYU PUNYAI KEKUATAN POLITIK DAN KEIHLASAN BUKAN MELAYU PATUHI KEPADA KONTREK SOSIAL 1957 SAHAJA. TAPI BUKAN MELAYU SEJAK 1957… SECARA AUTOMATIK DAPAT WARGANEGARA SECARA JUS SOLI. MEREKA ASALNYA KOSONG KINI MENGUASAI 75% HASIL NEGARA TANPA RASA BERSALAH DAN KINI MEREKA BEREBUT LAGI 25% UNTUK MENJADIKAN 100% HAK MEREKA.......

Saturday 3 September 2016

MO1 = BUBUR NASI


Najib Razak Hanya Manusia Biasa

Artikel dari penulisan: Tuan Sheikh Awang Belanga

Posted on  

Untuk pengundi-pengundi budiman di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Salam dari kotaraya Seoul di Korea Selatan.

Petang tadi, di sebuah kedai runcit, seorang pekedai yang peramah hilang bicaranya sebaik mengetahui yang saya orang Malaysia. Saya teringat beberapa tahun lalu, di mana saja kita berada, kebanyakan mereka di Asia sering senang dengan orang Malaysia. Kini kita dilihat tak lain sebahagian dari kekotoran dunia; rakyat dari negara penjahat dan penyamun yang tidak bermaruah.

Inilah bahananya apabila mengundi pemimpin yang korup, penipu dan zalim untuk mentadbir negara. Kita telah terpalit najis rasuah dan kini dipandang hina masyarakat dunia. Dikesempatan pilihanraya kecil ini, marilah kita membersihkan air muka dan maruah kita sebagai sebagai orang Timur yang terkenal beragama dan berpegang kepada kejujuran.

Ingatkanlah diri kita Najib Razak bukanlah Tuhan. Ia juga bukanlah Nabi. Seperti kita, beliau hanyalah manusia biasa. Ia perlu minum air untuk hidup. Bila penuh pundi kencingnya, beliau juga harus ke tandas, sepertimana kita jua. Isterinya juga bukanlah bidadari dari syurga yang tidak perlu mengisi perutnya. Bila lapar, Rosmah harus makan, walaupun makanannya mahal, makanan itu 6 jam kemudian akan menjadi najis. Di dalam mangkuk tandas, najis Datin Rosmah tetap busuk baunya, walaupun beg tangannya yang tersangkut di pintu tandas itu beratus ribu ringgit harganya.

Njaib1
Seperti mana manusia biasa lain, Najib Razak juga satu hari akan dicabut nyawanya oleh Tuhan. Mungkin malam ini, mungkin 100 tahun lagi, tiada siapa yang tahu melainkan Tuhan. Bila tiada lagi nafas di tubuhnya, najisnya akan dibuang sebelum ia dikafankan. Kemudian jenazahnya akan dihantar ke liang lahad. Jam Hublot yang beratus ribu ringgit harganya tidak boleh dibawanya. Beberapa hari setelah ia dimakamkan, tubuhnya akan dimamah ulat. Seperti mana kita jua. Tidak lebih dan tidak kurang.
Begitu juga soldadu-soldadu Najib Razak. Nazri Aziz juga manusia yang tetap menanti mati dengan disumbat hidungnya dengan kapas. Apakah rakyat akan meludah kuburnya,, kita doa dijauhkan. Zahid Hamidi, walaupun petah memetik surah Al-Quran, akan turut menghadapi maut, seperti mana menantunya. Azalina juga akan dikain-kafankan satu hari. 
Kita doakan beliau satu hari mati dalam keadaan seperti mana wanita biasa lain, tidak dalam status sub-judis di mahkamah Tuhan walaupun memegang tampuk kuasa undang-undang. Saleh Said Keruak, walaupun keras kata-nistanya, akhirnya akan hilang suara dan berpeluh dahinya apabila berhadapan dengan kematian.

Untuk para pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bantulah diri sendiri, keluarga dan 30 juta rakyat Malaysia untuk mendapat kembali maruah yang kini tercemar. Mengundi BN atau PAS bermakna kira menconteng arang ke muka sendiri. Mengundi mereka seumpama melumur najis ke wajah anak sendiri, seumpama kencing di kepala ibu dan ayah yang bertungkus lumus membesarkan kita. Mengundi calon-calon yang menyokong rasuah dan kezaliman adalah persis membunuh masa depan keluarga sendiri.

Untuk pengundi-pengundi beragama Islam, di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, kembalikan kemuliaan kepercayaan kita. Tolaklah kemunafikan. Semasa membuang undi, bacalah doa Nabi Nuh ketika di dalam kesusahan:
La ilaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu mina z-zalimin

[None has the right to be worshipped but You (O Allah)), Glorified (and Exalted) are You (above all that (evil) they associate with You). Truly, I have been of the wrong-doers]

Allah bersama-sama kita. Tegakkanlah kebenaran. Najib Razak dan juak-juaknya adalah manusia biasa yang akan musnah. Maka musnahkanlah kejahatan dan kezaliman mereka. Undilah untuk masa depan yang penuh bermaruah untuk anak dan cucu kita. Berpeganglah kepada prinsip Amanah.

 Kepada dato seri Najib dan pemback up tegar.

Najib_Razak
A
Saya cuba berfikir secara waras dan logik akal untuk menerima semua yang berlaku kebelakangan ini. Semua yang berlaku sekelip mata. Dengan pantas dan xdisangka2 sampailah dah xde perasaan sebab menanti apa lagi yang akan jadi.
Kepada dato seri..saya bekerja makan gaji walau pendapatan saya tetap tapi kos sara hidup yang meningkat bukan saban tahun dah macam saban bulan buat saya berfikir adakah negara saya diterajui oleh orang gila?

Pengurangan subsidi dan sebagainya dibuat bukan masa pembentangan bajet..tapi entah mukjizat dari mana tiba2 ada announcement.

Kalau saya sendiri terasa..bagaimana dengan orang gaji rendah dari saya..yang tambah pulak dengan komitmen lbh tggi dan banyak tanggungan. Moga Allah murahkan rezeki mereka.

Saya mula menyokong dato seri sebab pak lah yang kaki tido. Lepastu baru saya sedar lebih baik tidur dari jaga dan menyusahkan orang. Lebih baik saya mengaku kesilapan dan kebodohan saya dari selfie tunjuk bagus padehal temporary worker and amek mase lebih dari 3 bulan untuk confirm probation.

Saya juga manusia biasa yang xbagus mana

Tol naik maybe ade option gunakan pengangkutan awam..pengangkutan awam pun naik!!! Mana kami nak berjimat. Nak tanam sayur sendiri xsemua ada tanah. Nak bela lembu sendiri sama jugak xkan saya nak letak lembu dalm apartment..nak berniaga salah tempat kene angkut…nk mntak lesen banyak songeh sampai xdapat..gaji kebanyakan rakyat ciput je…terfikir gak saya celah mana kami semua boleh berjimat..pergi keje tolak kete separuh jalan baru drive ke?..kadang2 saya pelik kerana saya xboleh fikir sebodoh yang ade dalam kepala otak dato seri.

Tambahan bile terjumpa penyokong tegar yang kadang2 xtahu apa yang disokong. Barang naik disokong. Die wat bodoh pun disokong.golongan ini amat unik. Kerana kebodohannya melebihi skala 6. Mungkin kami semua bodohnye tersekat di skala 5.

Ini hanya luahan hati selepas melihat fun fair dunia yang dihidangkan oleh badut2 yang dipilih secara salah dari saya dan juga orang yang lain. Tapi next time saya xakan undi awak lagi.

Terima kasih untuk fun fair ini dan sesungguhnya saya xterhibur. Jika ada calon lawan yang berkaliber dah tentu undi saya kepada mereka. Tapi kalo dah sama je time undi baru nampak muka. Sama jela ngan badut2 yang jd menteri sekarang.

Akhir kata dari saya…jika dato seri selesa di atas sekarang cuba fikirkan bila dato seri dah tiada apa2…masa tu takda sorang akan back up dan telanjanglah semuanya..itupun kalo dato seri ada lagi kat Malaysia..saya x rasa dato seri stay…heheheh Amirul Asrafovic

Najib tak bersalah kes dana RM2.6 bilion, SRC – Peguam Negara

haniff Apandi Ali

Peguam negara menari dengan menteri: Beri penjelasan atau letak jawatan

 | September 3, 2016
Haniff Khatri berkata, tindakan Apandi menimbulkan kebimbangan rakyat terhadap kemampuan membuat keputusan adil dan saksama dalam siasatan ke atas perdana menteri atau mana-mana menteri kabinet.

Putrajaya – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Mohamed Apandi berkata, beliau sebagai pendakwa raya berpuas hati bahawa ketiga-kertas siasatan iaitu satu berkaitan kes yang dikatakan membabitkan dana RM2.6 bilion dan dua kertas siasatan berkaitan SRC International akan dikembalikan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dengan arahan supaya ketiga-tiga kertas siasatan berkenaan ditutup.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini,pada

Isu Berita WSJ Wall Street Journal Online? Saman Fitnah Najib Razak Berapa Lama Lagi? WSJ Tidak Berganjak!

Tunggu punya tunggu, seperti yang dijanjikan tiada kedengaran berita pasukan guaman Najib Razak bakal saman berita WSJ yang dikatakan oleh orang ramai sebagai fitnah, mahu sabotaj ekonomi negara, mahu gulingkan kerajaan dan macam-macam lagi disebalik dakwaan berita WSJ yang mengatakan ada duit masuk sejumlah RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi Najib Razak.

Berdasarkan sejarah berita WSJ, yang pernah satu ketika dahulu menjadi antara yang mendedahkan skandal yang cukup terkenal “Skandal Watergate” sehingga menumbangkan Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu Richard Nixon. Jadi Berita Semasa tidak rasakan laporan dan pendedahan berita WSJ Wall Street Journal Online kali ini “just for fun”

berita wsj

Rakyat Malaysia terus menanti saman fitnah najib razak kepada berita WSJ Wall Street Journal. Tetapi masih lagi kedengaran, yang ada hanyalah surat tunjuk sebab yang mahu kepastiaan daripada pihak Wall Street Journal Online. Macam “show cause letter or letter require more informations dari WSJ.” Itu sahaja….

Kronologi Dakwaan Berita WSJ Najib Razak : Isu US$700 Juta?

  • Dalam laporan asal berita WSj Wall Street Journal, sudah jelas WSJ sama sekali tidak mengatakan duit tersebut datang dari 1MDB
  • 1MDB cuma mengatakan ada duit datang dari Tanore Fiannce dan juga dari SRC International milik Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Lawyer tanya adakah awak kata (wall Street Journal) yang Najib Razak ada songlap duit US$700 juta dari 1mdb
  • Mengapa dan kenapa dalam surat peguam Najib Razak menyoal soalan yang tiada kaitan dengan laporan berita WSJ?
  • WSJ hanya dedah sejumlah wang masuk ke akaun najib…WSJ tidak pernah sesekali cakap pun pasal Najib salahguna wang tersebut
  • Ermmmm…….
Cubaan apakah yang mahu dilakukan sekarang ini?
Dalam sejarah dunia, beberapa pemimpin dunia pernah letak jawatan dan ada juga dihukum atas hukuman jenayah.
  1. Naoto Kan bekas Perdana Menteri Jepun letak jawatan kerana gagal menunjukkan kepimpinan selepas gempa bumi dahsyat 11 Mac, tsunami , dan seterusnya krisis nuklear.
  2. 2 Menteri di bawah pimpinan Perdana Menteri letak jawatan dek kerana dakwaan penyalahgunaan dana Pilihan Raya.
  3. Liu Zhijun, bekas menteri kereta api China, dijatuhi hukuman mati kerana rasuah dan salah guna kuasa.
  4. Zhou Yongkang adalah ahli politik Cina yang paling kanan telah dipenjarakan seumur hidup kerana rasuah.
  5. Lee Wan- Koo meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Korea Selatan kerana terlibat dengan skandal rasuah
Dalam sejarah Malaysia pula, sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah Tun Abdullah Ahmad Badawi, belum pernah ada Perdana Menteri yang diseret ke mahkamah atas tuduhan jenayah sebelum ini.
Sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra lagi berlaku kes pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa melibatkan orang kanan politik. Ada yang berakhir di mahkamah dan ada yang tidak, tetapi umumnya ahli politik yang terbabit meletakkan jawatan. 

Tokoh perbankan akui silap analisis dokumen WSJ

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Badlisyah Abdul Ghani telah mengaku membuat beberapa kesilapan dalam analisisnya terhadap dokumen yang memperincikan dakwaan pemindahan hampir AS$700 juta kepada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. 

"Saya juga ingin mengakui bahawa saya telah membuat kesilapan dalam catatan saya berkenaan dengan analisis saya ke atas pelbagai kod Swift.
"Kesilapan itu telah ditunjukkan dengan betul oleh satu laporan Malaysiakini berhubung perkara itu, dan saya juga telah membuat pembetulan pada laman Facebook saya," kata Badlisyah dalam kenyataan akhbar. 

Badlisyah menambah bahawa ia adalah pandangan peribadinya yang tidak mewakili orang lain atau mana-mana organisasi. 

"Ia dimaksudkan untuk kegunaan peribadi di kalangan sekumpulan rakan-rakan." 

Pada mulanya, Badalisyah mendakwa Wall Street Journal "terjebak" dengan dokumen mesej Swift palsu yang membuat dakwaan terhadap Najib.
Beliau mendakwa wujud percanggahan dalam alamat penghantar serta Kod Swift bank dari mana wang itu dihantar. 

Selepas disemak oleh Malaysiakini , ia mendapati kebanyakan kerja forensik Badalisyah itu tidak tepat. 

Bagaimanapun, Badlisyah dengan betul menegaskan bahawa cawangan bank Wells Fargo itu sepatutnya mempunyai standard Kod Swift "PNBPUS3NNYC" dan bukannya "PNBPUS3NANYC" seperti yang disenaraikan pada dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh WSJ. 

Semakan menunjukkan bahawa Kod Swift "PNBPUS3NANYC" telah digunakan oleh pendahulunya, Wachovia Bank, yang kemudiannya diambil alih oleh Wells Fargo Bank pada tahun 2008. 

Semakan lanjut menunjukkan percanggahan, khususnya pada tambahan "A" pada angka kesembilan Kod Swift dalam dokumen WSJ itu, semata-mata menunjukkan terminal logik dan tidak mempunyai kaitan dengan identiti bank.

Setelah dicabar oleh penyokong Najib, WSJ mengeluarkan sembilan dokumen semalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa hampir AS$700 juta dipindahkan ke dalam akaun peribadinya. 


AMUKANMelayu - Hang kata hang tera.....hang spin la lagi.....aku memang suka tengok hangpa spin sampai Bangla kat kedai basuh kereta pun tegelak dengan kelaku hangpa......