Tuesday, 30 May 2017

G25 Dan Sekolah Demokrasi DAP Telah BERJAYA


Image result for Muhammad Afiq Mohamad Noor, bekas peguam Datuk Seri Anwar


Posted on Monday, Disember 2015. May 15

Putrajaya: Muhammad Afiq Mohamad Noor, bekas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpendapat bahawa ulama’ sering berat sebelah apabila mengeluarkan hukum terhadap perbuatan LGBT bahawa perbuatan ini adalah salah kerana merujuk kepada kisah kaum Nabi Lut di dalam Qur’an.

Menurutnya keseluruhan kaum Nabi Lut telah diazab kerana perbuatan mereka melawan Nabi mereka dan bukan kerana kesalahan homoseksual. Ini kerana cerita Nabi Lut sering disebut seiringan dengan kisah Nabi-Nabi lain.

Contoh yang diberikannya, kaum Nabi Salleh diazab kesemuanya kerana membunuh seekor unta betina. Nyata hukum membunuh seekor unta pada zaman sekarang ini, mengikut ulama tidak sama seperti hukum untuk LGBT. Jadi membunuh unta itu, bukan satu kesalahan tetapi perbuatan melawan Nabi Salleh itu yang menjadi satu kesalahan yang dihukum Allah.

“Apabila Allah mengazab kaum Nabi Salleh kerana seekor unta betina yang dibunuh tidak pula ulama’ mengeluarkan hukum terhadap pembunuhan unta tetapi prinsip yang sama tidak digunakan dalam kes Nabi Lut”, tegas Muhammad Afiq.


Image result for kumpulan G 25
Tuntutan G25
Semasa menghadiri forum anjuran G25 pada bulan Disember 2015,
menurut Afiq, umat Islam sering berpendapat bahawa LGBT itu adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Islam dan itulah satu-satunya pendapat yang ada, sedangkan terdapat juga pendapat yang lain.

“Jika kita bercerita tentang LGBT dari perspektif Islam seolah-olah ada hanya satu pendapat iaitu LGBT, ini adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Islam. Itu yang kita semua faham”, kata Afiq.

Menurut Afiq, tafsiran kepada hadith juga merupakan andaian manusia dan tidak semestinya menyatakan realiti sebenar. Beliau memetik hadis dari Anas bin Malik yang berbunyi,

“Dari Anas bin Malik RA, bahwa seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW, maka seorang lelaki (lain) melintasinya, dan ia berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai orang ini.” Maka Nabi SAW bertanya, “Apakah kamu telah memberitahukannya?’” Ia menjawab, “Belum”, lalu beliau bersabda, “Beritahukanlah kepadanya. ” (Perawi) berkata, “Maka orang (yang di sisi Nabi SAW) itu mengejarnya, seraya berkata, “Aku mencintaimu kerana Allah.” Orang itu menjawab, “Semoga yang kerana-Nya kamu mencintaiku akan mencintaimu.”

“Bila kita baca hadith, ianya macam satu cerita pendek, kadang-kadang kita tak tahu kenapa Rasulullah sebut macam itu, kadang-kadang ianya merupakan andaian manusia,tetapi maksud hadith ini kita tidak tahu, adakah dia suka orang itu sebagai sahabat ataupun “macam-macam” suka dia”, ujar Afiq lagi.

Afiq menyatakan pendapat beliau bahawa terdapat khilaf dalam isu LGBT dan jika seseorang itu beranggapan bahawa hanya terdapat satu hukum iaitu haram maka jelas orang itu salah.

Tambah beliau lagi, liwat adalah tidak sama dengan perbuatan homoseksual,ini kerana bagi beliau liwat adalah satu usaha untuk merogol atau mencederakan dengan tujuan menghina dan bukan sesuatu yang dilakukan atas prinsip suka sama suka.

“Saya tak jumpa satu hadith spesifik tentang hukuman homoseksual, tak ada, tetapi untuk hukuman liwat ada.” – menara.my
Sekolah Demokrasi DAP Telah BERJAYA


Kuala Lumpur – Seorang bekas pelajar Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ahmad Salami mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh SS Mufti Perlis dan SS Mufti Wilayah Persekutuan yang mengharamkan perbuatan Homoseksual.

Beliau mengatakan kedua-dua Mufti terbabit mengambil pendekatan “borong” atau hentam keromo dengan mengulang siar kembali stigma dan mitos atas diskusi kompleks yang perlukan perbincangan secara akademik.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas isu kenyataan Homoseksual tidak dilarang dalam al Quran yang dikeluarkan oleh saudara Afiq M Noor. Ahmad Salami menggambarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua Mufti terbabit sebagai petanda kurang baik.

Sewajarnya kedua-dua mufti ini mengambil kira pelbagai elemen hujah seperti perkembangan pendapat ulama kontemporari, aspek ilmu psikologi, ilmu seksualiti (SOGIE), sampel buah fikir komuniti minoriti seksual, aktivis sosial, termasuk juga kajian sains semasa yang gagal dibahaskan dalam mengeluarkan hukum berkenaan isu homoseksualiti ini.

“Dalam surah An-Nahl dan Al-Anbiya, Allah berfirman: Maka bertanyalah kepada ahl az-zikr (pakar) jika kamu tidak mengetahui".

Bukankah Allah menyuruh supaya merujuk pihak yang pakar dalam bidangnya jika kurang arif?

Pesan beliau kepada dua Mufti terbabit.

Alumni Sekolah Demokrasi Parti Tindakan Demokratik (DAP) ini juga kesal kerana kedua-dua Mufti terbabit tidak membezakan antara perbuatan liwat dan perlakuan homoseksual.

Meletakkan isu Homoseksual ini sepertimana isu khilafiyah lain, Alumni Sekolah Demokrasi ini turut menggesa supaya perkara homoseksual ini diraikan dengan kepelbagaian pemikiran.

“Usah pelik jika penafian dan kejahilan berterusan sesetengah agamawan berinteraksi menyebabkan masyarakat awam mencemuh keilmuan institusi keagamaan.” tambah beliau.

Beliau yang kini aktif bersama Komuniti Muslim Universal (KMU), NGO yang merupakan cabang Malaysia kepada Muslims For Progressive Values di bawah Zuriani Khalid (Ani Zonneveld) menambah,

“Pada pandangan saya, kenyataan mufti pada Hari Sedunia Menolak Homofobia dan Transfobia adalah tidak wajar.”

Aki - Semoga Allah KEMBALIKAN mereka berdua ini ke Jalan Yang LURUS. Ni Aki nak habaq.....TERJEMAH dengan TAFSIR adalah dua perkara yang berbeza.....Ini bukan BUKU Undang-undang tapi ianya adalah KITAB.(Tak payah la nak pusing pula nanti Buku tu Kitab dan sebaliknya)


Ngko menceritakan kefahaman Kamu mengenai Islam dan Ilmunya....ini Aki nak tanya, "Hang dah Belajaqkah semua ilmu ini?

TINGKATAN ILMU

Pecahan / Pembahagian Ilmu-ilmu dalam Islam.

Ketahuilah bahawa ilmu terbahagi kepada dua bahagian utama iaiitu:

1- Ilmu Syari'i
2- Ilmu 'Aqli


Ilmu-ilmu Syari'iah adalah bersifat 'Aqliah bagi orang yang mengetahuinya dan kebanyakan Ilmu-ilmu 'Aqliah adalah bersifat Syari'iah bagi orang yang mengenalinya.

[Kenyataan di atas jika difahami ianya adalah untuk menunjukkan hubungan yang erat antara ilmu-ilmu Syari'iah dan ilmu 'Aqliah sebagaimana yang akan dinyatakan seterusnya.]

Firman Allah yang bermaksud;"Dan sesiapa yang Allah tidak kurniakan nur kepadanya, nescaya tidak ada baginya nur."(Surah Al-Nur : 40)

Bahagian Pertama (Ilmu Syari'ah) Ilmu Syari'ah terbahagi kepada dua macam iaitu:

A. ILMU USUL(Umbi). 

B. ILMU FURU'

A. IlMU USUL Ilmu Usul (Umbi) ini terbahagi pula kepada tiga jenis iaitu;

1. Ilmu Tauhid. Ilmu ini membicarakan tentang zat Allah Taala, Sifat-sifatnya yang Qadimiah(Sediakala) Sifat-sifatnya yang Fi'liah(berupa perbuatan) dan Sifat-sifatnya yang Zaatiah(berupa Zat) yang berbagai-bagai nama menurut nama-nama sebagaimana yang tersebut.* Ia membicarakan tentang Nabi-nabi dan Imam-imam selepas mereka dan sahabat. Juga membicarakan tentang mati dan hidup,* membicarakan tentang Qiyamat, kebangkitan, perhimpunan di

Ahli-ahli fikir dalam ilmu ini berpegang pada:* mula-mula sekali dengan ayat-ayat Al-Quran* kemudian dengan hadis-hadis Rasulullah SAW.* kemudian dengan dalil-dalil 'Aqliah dan bukti-bukti

Qiyasiah(Syllogism yang menjadi matlamat tertinggi dalam ilmu mantik atau lojik)Mereka mempergunakan bahan-bahan qias perdebatan dan 'Anadi' (qias Pertentangan) dan hujungan-hujungan kedua-duanya yang diambil dari Logik(Mantik) Falsafah dan mereka meletakkan perkataan bukan pada tempatnya.

Mereka mempergunakan istilah-istilah
* Jauhar,
* A'radh
* Dalil
* Nazor(tilik)
* Istidlal dan
* Hujah sedangkan berlainan makna tiap-tiap istilah ini bagi tiap-tiap golongan. Ahli-ahli Tasauf maksudkan suatu yang lain manakala ahli-ahli Ilmu Kalam maksudkan suatu yang lain pula. begitulah seterusnya.

Risalah ini tidaklah bermaksud untuk mentahkidkan makna tiap-tiap perkataan itu menurut pendapat tiap-tiap golongan. Oleh itu kita tidak akan bincangkan di sini. Ahli-ahli fikir dalam usul dan ilmu tauhid yang mengambil bahagian khas ( dalam mengemukakan dan mempertahankan ilmu mereka) dengan "Kalam" atau "Kata-Kata" digelarkan "Mutakallimun" (ahli-ahli ilmu kalam). Oleh sebab ini ilmu tauhid terkenal juga dengan gelaran "ILMU KALAM".

2. Ilmu Tafsir. Al-Quran adalah sesuatu yang paling agung dan paling penting dalam agama. Di dalam Al Quran terdapat kemusykilan yang tidak dapat diselesaikan oleh akal tiap-tiap orang selain dari orang yang dikurniakan oleh Allah Taala untuk memahami kitabnya.

Dalam hal ini Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: "Tiap-tiap ayat Al Quran itu ada sahaja zahir dan batin dan batinnya itu mempunyai tujuh lapisan pula"Dalam suatu riwayat yang lain dinyatakan sebagai mempunyai sembilan batinnya. Rasulullah bersabda lagi dengan maksudnya:

"Tiap-tiap huruf dari huruf-huruf Al-Quran mempunyai had. Maksudmya sama dengan 'Nihayah' yang bermaksud batas) dan tiap-tiap had mempunyai Mutholi'(tempat tinggi untuk meninjau). Allah Taala telah memberitakan dalam Al-Quran mengenai seluruh ilmu, segala maujudah yang nyata dan yang tersembunyi, yang kecil dan yang besar, yang dapat dirasa dan yang dapat difahami oleh akal. Ini ditunjukkan oleh firmannya yang bermaksud:

Dan tidak(gugur) biji yang basah dan tidak kering melainkan terdapat dalam Kitab yang nyata. (Surah Al-An'am, ayat 59).Allah berfirman lagi yang bermaksud:

"Supaya mereka perhatikan ayat-ayatnya dan supaya ingat orang-orang yang mempunyai fikiran". (Surah Al-Shod, ayat 29).

Bila Al-Quran itu suatu yang paling agung, ahli-ahli tafsir manakah yang dapat keluar dari ikatannya???.

Ya!!! tiap-tiap dari ahli tafsir hanya dapat menghuraikan Al-Quran menurut tenaga sahaja, menerangkannya sekadar kekuatan akalnya dan menurut kadar isi ilmunya.

Dengan kebolehan-kebolehan yang terbatas ini sekalian ahli tafsir itu berkata-kata sedangkan sebenarnya mereka tidak patut berkata bahawa dalam ilmu Al-Quran itu terkandung Ilmu Usul dan Ilmu Furu', Ilmu Syarie' dan Ilmu 'Aqli.

Meskipun begitu ahli tafsir mestilah memandang Al-Quran dari segi bahasa, dari segi perumpaannya, dari segi susunan pengucapan, dari segi tingkat-tingkat nahu, dari segi 'adat Arab, dari segi pendapat hukamah-hukamah, dari segi perkataan ahli tasauf hingga dapat mendekatkan tafsirnya kepada tahkiq.

Andainya tafsir itu cuma terbatas setakat suatu segi sahaja dan hanya memberikan keterangan menerusi suatu kepandaian sahaja, tidaklah keterangan itu memuaskan hati dan masih memberi peluang kepada hujah dan alasan dari orang lain untuk menentangnya.

3. Ilmu Akhbar(Hadis-hadis) Bahawa Nabi SAW adalah orang Arab dan A'jam yang paling fasih, ia adalah guru yang diwahyukan kepadanya dari Allah Taala, akalnya adalah meliputi seluruh Alam Atas dan Alam Bawah, tiap-tiap perkataannya , malah tiap-tiap ucapannya terdapat disebaliknya lautan rahsia dan perbendaharaan teka-teki .

Maka mengetahui Akhbarnya dan mengenali hadisnya adalah suatu soal yang besar dan suatu kerja yang hebat, sesiapa pun tidak berkuasa untuk menyelami ilmu perkataan Nabawi melainkan dengan cara ia membetulkan diri menuruti perintah-perintah Nabi SAW dan menghilangkan kebengkok-bengkokkan dari Qalbunya dengan pedoman syarak Nabi SAW.


Sesiapa yang ingin memperkatakan tafsir Quran dan Takwil Akhbar(Hadis) dan ingin supaya tepat kata-katanya, orang itu pada mula-mula sekali mesti menguasai Ilmu Bahasa, mendalami Ilmu Nahu dan mempunyai pengetahuan yang dalam bidang 'Irab(perubahan baris-baris akhir kalimah kerana faktor-faktor mendatang menurut Ilmu Nahu)dan pandai dalam berbagai-bagai Tasrik (kepandaian mengubah sesuatu kalimah yang asal menjadi bermacam-macam bentuk untuk pengertian-pengertian yang dikehendaki oleh seseorang), Ini adalah kerana Ilmu Bahasa adalah tangga untuk mendaki kepada seluruh ilmu.

Sesiapa yang ingin naik ke atas satoh rumah, lebih dulu ia perlu menyediakan tangga, kemudian baru mendaki, Ilmu Bahasa adalah jalan yang penting dan tangga yang besar ertinya.

Seorang penuntut ilmu tiada dapat memisahkan dia dari hukum-hukum bahasa. Oleh itu Ilmu Bahasa adalah asal segala asal. Yang mula-mula mesti diketahui dalam bahasa ialah mengenai bahan-bahan yang sama tarafnya dengan perkataannya sepatah demi sepatah kemudian mengetahui kata-kata perbuatan seperti kata-kata yang terdiri dari tiga huruf dan empat huruf dan lain-lainnya.

Seorang Ahli Bahasa mesti pula mengetahui syair-syair Arab, dan yang paling penting serta paling rapi ialah syair-syair jahiliah, kerana ia mengasahkan fikiran dan memperhaluskan jiwa. Selepas syair-syair, bahan-bahan (dari perkataan) dan nama-nama itu mesti menguasai ilmu nahu, kerana ia untuk ilmu bahasa serupa dengan timbangan dacing untuk emas dan perak, Manthiq untuk Ilmu Falsafah 'Arudh (Ilmu timbangan syair atau Ilmu Persajakan) untuk syair. Lengan untuk baju dan sukatan untuk biji-bijian.

Tiap-tiap suatu tiada ditimbang dengan timbangan yang tiada jelas padanya hakikat pertambahan dan pengurangan. Oleh itu Ilmu Bahasa adalah jalan menuju kepada Ilmu Tafsir dan Akhbar(Hadis). Ilmu Al-Quran dan Akhbar adalah dalil bagi ilmu tauhid, manakala tauhid adalah ilmu yang hanya dengan dia sahaja baru terselamat para hamba dan dengannya mereka terlepas dari ketakutan hari kebangkitan kembali. Inilah Ilmu Usul secara perincian.

B. Ilmu Furu' (Ilmu Cawangan).

Sesuatu ilmu itu boleh berupa 'Alami atau 'Amali. Ilmu Usul adalah ilmu yang berupa Ilmu 'Alami manakala Ilmu Furu' adalah ilmu yang berupa 'Amali.

Ilmu Amali ini mengandungi tiga hak :
1. Hak Allah Taala

Ini adalah mengenai bahagian-bahagian ibadat seperti bersuci, sembahyang, zakat, haji, jihad zikir, perayaan-perayaan (Al-'Ayaad dengan makna pertama perayaan agama dan makna kedua pengulangan-pengulangan maksudnya Tajali-tajali yang berulang-ulang atas Qalbu dengan cara mengulangi amalan-amalan) perhimpunan (Jama'ah ), dan lain-lain amalan sunat dan fardhu.

2. Hak para hamba 

Ini adalah mengenai bahagian-bahagian 'Aadat (kemasyarakatan) yang terbahagi kepada dua bidang: * Mu'amalah (Pergaulan) seperti jual beli, syarikat, pemberian(Al-Hibah), pemberian pinjam dan hutang, Qishos dan segala bahagian Diyat(denda berupa wang dari kesalahan pembunuhan atau pencederaan).

* Mu'aakodah(Perjanjian) seperti nikah, tholak, pembebasan hamba, perhambaan, pembahagian pesaka dan segala hujungannya. Dua bahagian yang tersebut di atas ini dinamakan 'FEKAH'. Ilmu Fekah adalah ilmu yang mulia, berfaedah, mengenai semua(manusia) lagi perlu. Tidak terlepas manusia daripadanya kerana keperluannya kepadanya adalah umum.

3. Hak Jiwa. 

Hak jiwa ialah sesuatu yang berkaitan dengan Ilmu Akhlak. Akhlak itu kalau tercela wajib disingkirkan dan dibuang. Jika terpuji, wajib dipakai sebagai perhiasan segala jiwa. Akhlak yang tercela dan sifat-sifat yang terpuji memang terkenal dalam Kitab Allah dan hadis-hadis Rasulullah SAW.

Sesiapa yang berakhlak dengan salah satu daripada sifat-sifat yang terpuji itu, ia akan masuk syurga. Bahagian Yang Kedua (Ilmu 'Aqli) Ilmu 'Aqli atau ilmu yang berproblem lagi musykil. Ilmu yang boleh berlaku SALAH atau BETUL. Ia terletak pada tiga tingkat iaitu:Tingkat Pertama Tingkat mula-mula, Ilmu Matematik dan Ilmu Logik(Manthiq).

Dari Ilmu Matematik lahir Ilmu Hisab yang membicarakan tentang angka-angka, geometri (ilmu ukuran-ukuran dan bentuk-bentuk), Ilmu Astronomi(berhubung dengan falak, bintang-bintang, kawasan-kawasan bumi dan apa-apa yang berhubungan dengannya). Terbit dari Ilmu Astronomi ini sebagai cawangannya ialah Ilmu Astrologi(Ilmu Nujum dan hukum-hukum dan Horoskop).

Dari Ilmu Matematik itu lahir pula ilmu-ilmu muzik yang membicarakan tentang nisbah tali-tali alat bunyi. Ada pun ilmu logik adalah membicarakan tentang cara menentukan had (Al-Had ) dan Resam (Al-Resam) dalam sesuatu yang dapat dicapai dengan konsep (Tasawwur). Juga ia meninjau dari cara qias ( Al-Qias ) dan bukti ( Al-Burhan ) dalam ilmu-ilmu yang dicapai dengan pengakuan (Al-Tasdiq). Ilmu Logik berpusing di sekitar kaedah ini.

* Bermula dari kata-kata tunggal,
* kemudian kata-kata bersusun,
* kemudian khasiat-khasiat
* kemudian qias
* kemudian bahagian-bahagian qias
* kemudian matlamat bukti(Mutholib Al-Burhan).

Inilah dia penghabisan Ilmu Logik. 


Tingkat Kedua Tingkat tengah ini ialah Ilmu Tabie. 
Ilmu Tabie ini ialah suatu ilmu yang membicarakan tentang:

* Jisim Mutlak(Jisim semata-mata jisim yang terdiri dari benda dan rupa tanpa ikatan dengan mana-mana ruang. Di sini dibicarakan tentang pembahagian-pembahagian jisim, gerak, perubahan dan apa yang berhubung dengan gerak itu seperti zaman, ruang dan kosong) dan
* Rukun-rukun Alam (membicarakan tentang langit-langit dan empat anasir yang berada daripada bahagian bawah falak bulan, tabiat-tabiat anasir itu dan lain-lain),
* Jauhar-jauhar dan 'Aradh,
* Gerak dan Diam, tentang Hal Ehwal Langit,
* Sesuatu Yang Berupa Tindakan dan Kesan Tindakan. Dari ilmu ini, lahir perbicaraan tentang:

* Hal-ehwal Tingkat-tingkat Maujudah,
* Bahagian-bahagian Jiwa
* Mizraj dan
* Kualiti Deria dan
* Cara Pencapaiannya Terhadap Sesuatu Yang Dapat Dicapainya. Kemudian membawa kepada perbicaraan tentang ilmu kedoktoran iaitu ilmu mengenai badan-badan, penyakit-penyakit, ubat-ubat, pengubatan dan apa yang berhubung dengannya. Di antara cawangan Ilmu Tobie ialah

* Ilmu Kesan-kesan Atas
* Ilmu Benda-benda Galian
* Pengetahuan Khasiat Benda dan berakhir pada
* Ilmu Perusahaan Kimia iaitu pengubatan jasad-jasad yang sakit pada bahagian-bahagian dalam benda-benda galian.

Tingkat Ketiga. Ini adalah tingkat tertinggi yang membicarakan tentang
* MAUJUD kemudian
* membahagikan kepada "WAJIB" (tiap-tiap apa yang wujudnya dari zatnya sendiri bukan dari yang lain. Wujud yang begini keadaannya ialah wujud Allah, sebab inilah diistilahkan dengan "WAJIBAL WUJUD" ertinya "Yang Wajib Ada") dan
* "MUMKIN" (tiap-tiap yang wujudnya bukan dengan zatnya sendiri, malah bergantung dengan zat yang lain. Kalau tidak ada zat yang lain ini, maka ia tidak. Wujudnya yang begini keadaannya adalah wujudnya makhluk. Sebab itulah makhluk diistilahkan dengan "MUMKINAL WUJUD" ertinya "Yang Mungkin Ada"). kemudian
* membicarakan tentang Penciptanya dan ZatNya
* segala sifat-sifatNya
* perbuatan-perbuatanNya,
* perintah-perintahNya,
* hukum dan qadaNya serta
* susunan kelahiran maujudah daripadaNya, 

kemudian membicarakan tentang sesuatu yang tinggi(Al-'Uluyah)o Jauhar-jauhar Mufrad,o Akal-akal Abstrak, dano Jiwa Yang Sempurna kemudiao membicarakan tentang malaikat-malaikat dan syaitan-syaitano dan berakhir dengan Ilmu Nubuwaho soal-soal mukjizat dan o hal-ehwal keramat, dan kemudiannyao membicarakan hal-ehwal Jiwa-jiwa Suci,o hal-hal tidur dan sedar dan maqam-maqam mimpi.

Di antara cawangan-cawangannya ialah

* Ilmu Tillasmaat (Ilmu membuat tangkal atau azimat) dan
* Ziijaat (ilmu yang membicarakan tentang kedudukan falaniah-falaniah) dan + apa yang berhubungan dengannya. JIWA DAN ROH
Ketahuilah bahawa Allah Taala menjadikan manusia ini terdiri daripada dua suatu yang berbeza iaitu:

* Jisim yang gelap, tebal, termasuk di bawah kejadian dan kebinasaan (Al-Kun Wal-Fasad) yang tersusun, bersifat ketanahan yang tidak dapat melaksanakan urusannya melainkan dengan yang lain. 

* Jiwa Jauhari yang tunggal yang bercahaya, mencapai, bertindak lagi menggerakkan dan menyempurnakan alat-alat (alat-alat dalam badan manusia baik yang bersifat ruhaniah seperti Ruh Haiwani, Ruh Tobie dan lain-lain atau bersifat jasmaniah seperti otak dan bahagian-bahagiannya dan lain-lainnya.

Allah Taala menyusun jasad-jasad dari bahagian-bahagian makanan dan menjaganya dengan bahagian-bahagian zat makanan yang lebur menyerap ke dalam jasad, menyediakan asas, menyempurnakan anggota-anggota penting, menentukan anggota-anggota kaki dan tangan dan melahirkan jauhar jiwa dari urusan yang tunggal, sempurna menyempurna lagi memberi faedah. Bukanlah saya(Imam Ghazali) maksudkan 'jiwa' itu kekuatan untuk mendapatkan makanan;

* bukan kekuatan yang menggerakkan syahwat (Al-Nafsu) dan kemarahan; 

* bukan kekuatan yang berada dalam jantung(Al-Kolbu) yang melahirkan hidup, menimbulkan rasa dan gerak dari jantung kepada seluruh anggota, kerana kekutan ini dinamakan 'Ruh Haiwani'.

Rasa, gerak, syahwat adalah dari tentera Ruh Haiwani ini. Kekuatan mendapatkan makanan yang berada dan menguruskan dalam hati(Al-Kabad) dinamakan 'Ruh Tobie.' Pencernaan dan penolakan adalah daripada sifat-sifatnya. Kekuatan merupa, melahir, menyubur dan lain-lain kekuatan tobie semuanya menjadi khadam-khadam bagi jasad dan jasad pula adalah khadam kepada Ruh Haiwani, kerana jasad menerima kekuatan-kekuatan dari Ruh Haiwani dan bekerja menurut geraknya.

Sebenarnya yang saya maksudkan dengan 'JIWA' itu ialah JAUHAR YANG SEMPURNA LAGI TUNGGAL (Al-Jauhar Al-Kamil Al-Mufrad) yang kerjanya hanya

* mengingat
* menghafaz
* memikir membeza dan
* mengamat-amati; juga
* menerima segala ilmu dan
* tidak jemu-jemu menerima rupa-rupa abstrak yang bersih dari benda. Jauhar ini adalah ketua segala ruh dan raja.

Segala kekuatan semuanya berkhidmat kepada jauhar ini dan menjunjung perintahnya. Jauhar ini tidak lain tidak bukan dari JIWA BERAKAL (Al-Nafs An-Naathokoh) yang diberikan berbagai-bagai nama.

Para ahli falsafah menamakan jauhar ini sebagai JIWA BERAKAL(Al-Naf An-Naathokah).Al-Quran menamakannya sebagai JIWA YANG TENANG(Al-Nafsul Mutomainnah). Al-Quran juga menamakannya sebagai RUH URUSAN (Al-Ruh Al-Amri). Ahli Tasauf menamakannya sebagai QALBU(Al-Qalbi). Perbezaan cuma pada segi nama-nama sahaja tetapi ertinya satu, tidak ada perselisihan. Oleh itu 'QALBU' dan 'RUH' pada kita juga 'YANG TENANG' semua nama-nama itu adalah bagi 'JIWA BERAKAL' (Al-Nafs Al-Naathokoh).

Jiwa berakal ialah 'Jauhar yang Hidup', 'aktif', lagi mencapai kalau disebut Ruh Mutlak atau Qalbu. Maksudnya ialah jauhar ini juga. Ahli-ahli Tasauf menamakan 'Ruh Haiwani' pula dengan nafsu.

Syarak juga memberikan pengertian yang sama sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Musuh engkau yang paling ketat ialah nafsu engkau".

Baginda bersabda lagi dengan maksud: "Nafsu engkau ialah yang terletak di antara dua pihak". Perkataan nafsu yang dimaksudkan oleh syarak di sini ialah kekuatan 'syahwaaniah' dan kemarahan kerana kedua-duanya muncul dari jantung yang terletak di antara dua pihak(dari tubuh manusia).

Bila kamu telah faham dan mengetahui perbezaan nama-nama itu ternyatalah bahawa para pengkaji memberikan nama yang bermacam-macam terhadap Jauhar yang bernilai ini dan mengemukakan pendapat-pendapat yang berbeza.

Para ahli Ilmu Kalam yang pandai dalam debat menganggap jiwa itu sebagai suatu jisim dan menyatakan bahawa ia adalah jisim yang halus sebagai tantangan bagi jisim yang tebal ini.

Mereka hanya melihat perbezaan di antara ruh dan jasad dari segi kehalusan dan ketebalan sahaja. Sebahagian dari mereka menganggap ruh sebagi 'aradh. Sebahagian daripada ahli-ahli kedoktoran cenderung ke arah pendapat ini. Ada pula yang menganggap darah sebagai ruh.

Mereka semua merasa puas hati dengan pendapat mereka kerana dipengaruhi oleh kecantikkan pandangan dan mereka 'TIDAK BERUSAHA' mencari bahagian ketiga sedangkan sebenarnya ada tiga bahagi iaitu Jisim, Aradh dan 'Al-Jauhar-Al-Mufrad'. Ruh Haiwani ialah jisim yang halus seolah-olah lampu bernyala terletak dalam kaca jantung. Jantung yang dimaksudkan di sini ialah rangka sanubari yang tergantung pada dada manusia.

Hidup adalah lampu tersebut,

* Darah ialah minyaknya, 
* Rasa dan gerak merupakan nurnya,
* Syhwat ialah kepanasannya,
* Kemarahan ialah wapnya, 
* Kekuatan mencari makanan yang berada di dalam hati

Ruh ini terdapat pada segala binatang. Ruh ini tidak menerima ilmu dan tidak mengetahi soal yang berhubung dengan alam dan tidak mengetahui hak-hak Pencipta Alam. Ia hanya merupakan khadam yang terikat. Ia mati bersama dengan matinya badan. Jika bertambah darah, padam lampu itu kerana bertambah kepanasan dan sebaliknya jika berkurangan darah, ia akan padam juga kerana bertambah kesejukan.

Padamnya menjadi sebab bagi matinya badan. Tidak ada 'khitob Tuhan' iaitu (perkataan-perkataan Tuhan yang lazim yang dihadapkan kepada orang-orang mukallaf berhubung dengan perbuatan-perbuatan mereka) dan tidak ada 'takhlif' (pemikul tanggungjawab yang diamanahkan dari Allah melalui hukum syarak yang lima) tuan punya syarak terhadap ruh ini. Kerana inilah segala binatang tidak termasuk ke dalam makhluk-makluk yang menerima 'khitob' dengan hukum-hukum syarak.

Manusia sebenarnya 'ditakhlif' dan 'dikhitob' kerana suatu makna yang lain terdapat padanya sebagai suatu tambahan yang dikhaskan untuknya. Maknanya ialah pada manusia ada 'JIWA YANG BERAKAL' (Al-Nafs-An-Naatokoh), 'RUH URUSAN'(Ruhul-Amri) dan 'JIWA YANG TENANG'(Al-Nafsul Muthomainnah). Ruh ini bukanlah jisim dan bukanlah 'aradh', kerana ia datang dari urusan Allah Taala sebagaimana firmannya yang bermaksud:

'Katakanlah hai Muhammad bahawa Ruh itu adalah urusan Tuhanku. (Surah Al-Israk ayat 85) Allah berfirman lagi yang bermaksud: 


'Hai Jiwa yang Tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan redho dan diredhoi." (Surah Al-Tahrim ayat 12) Urusan Allah bukanlah berupa jisim dan bukan pula 'aradh', malahan ia adalah suatu kekuatan 'ILAHIYAH' seperti 'AKAL YANG PERTAMA' (Al-'Aklul-Awal), Luh dan Qalam. Kekuatan Ilahiyah adalah Jauhar-Jauhar Tunggal yang bukan dari benda, malah ia merupakan sinar-sinar abstrak yang dapat difahami oleh akal (Ma'quulah). Bukan boleh dirasa.

Apa yang kita sebut sebagai ruh dan Qalbu adalah dari Jauhar-Jauhar itu. 

* tidak rosak 
* tidak layu 
* tidak binasa 
* tidak mati bahkan; 
* ia terpisah dari badan dan menantikan perkembaliaan pada hari kiamat 

Tingkat-tingkat Jiwa Dalam Mendapatkan Ilmu Ketahuilah bahawa ilmu-ilmu adalah terhunjam dalam seluruh jiwa manusia dan semuanya sesuai untuk menerima seluruh ilmu. Kalau suatu jiwa itu terluput dari mendapat habuannya, tidak lain hanya kerana suatu sebab yang mendatang, menimpa ke atasnya dari luar. Sebagaimana sabda Nabi SAW. yang bermaksud:

"Dijadikan manusia dalam keadaan suci, kemudian dirosakkan mereka oleh syaitan-syaitan". dan sabdanya lagi yang bermaksud:

"Tiap-tiap yang dilahirkan adalah dilahirkan dalam keadaan semulajadi". Jiwa berakal(Al-Nafsul Naathoqah) manusia memang layak untuk menerima pencaran jiwa keseluruhan(Al-Nafsul Kulliyah) di atasnya dan bersedia untuk menerima gambaran-gambaran yang dapat difahami oleh aqal(Ma'quulah) dengan kekuatan kesucian aslinya dan kemurniaannya yang asal.

Tetapi sebahagiannya menderita sakit dalam dalam dunia ini diserang oleh berbagai penyakit yang menyebabkan tiada dapat mencapai hakikat-hakikat, manakala sebahagiannya masih dalam keadaan kesihatan yang asal tanpa sakit dan rosak dan sentiasa bersedia(untuk menerima ilmu) selagi masih hidup.

Jiwa-jiwa yang sihat ialah jiwa-jiwa Kenabian(Al-Nufus Al-Nubuwiyah) yang bersedia untuk menerima wahyu dan bantuan(pertolongann atau penguatan dari Allah), berkuasa untuk melaksanakan penyelongkaran dalam Ilmu kejadian dan kebinasaan, kerana jiwa-jiwa itu adalah kekal dalam kesihatan aslinya dan tidak berubah Mazrajnya oleh bencana penyakit. Oleh itu Ambiya' adalah menjadi para doktor-doktor jiwa dan menjadi para penyeru makhluq supaya menyucikan semulajadi mereka.

Ada pun jiwa-jiwa yang sakit dalam dunia yang hina ini terdiri dari beberapa tingkat:

1. Jiwa-jiwa yang sedikit sahaja dikesani oleh penyakit yang menimpa dan sedikit sahaja awan kelupaan menyeliputi lintasan-lintasan fikiran mereka. Mereka berusaha dalam pengajian dan mencari kesihatan asli. Dengan ini hilanglah penyakit mereka dengan pengubatan yang mudah. Tersingkaplah awan kelupaan mereka dengan hanya sedikit pengajian sahaja.

2. Jiwa-jiwa yang belajar sepanjang usia dan berusaha dalam pengajian itu. Mereka mencari kesihatan asli, maka hilanglah penyakit itu dengan pengubatan yang mudah dan tersingkaplah awan kelupaan mereka dengan hanya sedikit pengingatan.

3. Jiwa-jiwa yang belajar sepanjang usia, berusaha mendapatkan ilmu dan membetulkan dalam seluruh zaman mereka, sedangkan mereka tidak faham sedikit pun kerana rosak mazraj mereka, sebab mazraj ini bila rosak tidak akan dapat diubati lagi.

4. Jiwa yang mengingat dan lupa, cuba melatihkan diri (dengan beramal untuk mengembalikan ingatan itu) tetapi tiada berdaya. Mereka hanya mendapat Nur yang sedikit dan pancaran yang malap. Perbezaan-perbezaan ini timbul dari pengarahan jiwa-jiwa itu terhadap dunia dan tenggelam di dalam dunia ini menurut kuat dan lemahnya seperti orang sihat bila ia sakit dan orang sakit bila ia sihat.

Bila masalah ini telah terurai, akan timbullah jiwa-jiwa itu dengan Ilmu Laduni dan akan mengetahui bahawa mereka memang Alim(mengetahui) pada awal semula jadinya dan murni pada permulaan ciptaannya. Sedangkan mereka menjadi jahil itu adalah kerana sakit yang dideritai ketika bersama dengan jasad yang tebal ini dan ketika tinggal dalam rumah yang kotor dan tempat yanng gelap.

Bahawa jiwa-jiwa itu belajar untuk mendapatkan ilmu yang tidak ada, bukanlah menciptakan aqal yang luput, malah belajar itu adalah merupakan usaha jiwa-jiwa tersebut untuk mengembalikan ilmu asal lagi instintif(berdasarkan naluri bukan dihasilkan oleh taakulan atau ajaran) dan menghilangkan penyakit yang timbul dari pengarahan jiwa-jiwa itu kepada kekotoran jasad dan segala yang berhubung dengan kepentingan jasad.

Seorang bapa yang pengasih lagi penyayang kepada anaknya, bila ia mengarahkan perhatiannya kepada soal menjaga anak sahaja, ia akan lupa segala urusan yang lain dan masanya penuh dengan soal membicarakan anak sahaja. Begitu juga jiwa, kerana terlampau memperhitungkan kepentingan kerangka(jasad) ini dan tenggelam di dalam lautan tabiat dengan sebab lemah dan pengasingannya.

Ia memerlukan pelajaran sepanjang usianya untuk mengingatkan kembali apa yang telah dilupakan dan untuk mendapatkan semula apa yang telah luput. Pengajian ini tidak lain dari hanya pengembalian jiwa kepada jauharnya dan pencungkilan apa yang berada dalam hati nurani kepada tindakan untuk menyempurnakan zatnya dan mencapai kebahagiannya.

Bila suatu jiwa telah lemah dan tidak dapat kembali kepada hakikat Jauhariahnya, hendaklah ia berguru pada seorang yang pengasih lagi Alim dan memohon pertolongan daripadanya supaya ia menolong dalam mencapai cita-citanya, seperti seorang sakit yang tidak tahu cara mengubati penyakitnya sedangkan ia berusaha menyembuhkannya. Ia terus menemui doktor yang pengasih, menerangkan hal dirinya dan meminta supaya mengubatinya.

Kita pernah menyaksikan seorang Alim menderita suatu penyakit yang tertentu seperti sakit kepala dan dada, menyebabkan lari ilmu dari jiwanya. Ia lupakan segala maklumatnya dann ingatannya terhadap segala apa yang didapatinya dulu menjadi keliru dan tertutup. Bila ia sihat kembali, hilanglah lupanya itu dan kembalilah jiwa mengingati maklumatnya, lalu teringatlah semula apa yang telah dilupainya semasa sakit. Dari sini kita dapat mengetahui bahawa ilmu-ilmu itu tidaklah binasa, sebenarnya ia dilupakan.

Perbezaan antara "Mahwun" ertinya "sapu" dan "Nasyan" ertinya "lupa" ialah sapu itu ertinya binasa ukiran-ukiran dan tulisan-tulisan, manakala lupa ialah kekeliruan di antara ukiran-ukiran dan tulisan-tulisan itu. Seperti awan yang mendung atau awan yang menutup sinar matahari dari pandangan orang bukan seperti jatuh matahari yang ertinya perpindahan matahari dari atas bumi menuju ke bawah bumi. Perhatian penuh jiwa dalam pengajian bermakna menghilangkan penyakit dari jauhar jiwa supaya ia kembali kepada apa yang telah diketahui pada awal-awal semulajadi dan telah dikenalinya pada awal kesuciannya.

Bila anda telah mengetahui sebab dan maksud pengajian dan hakikat jiwa dan jauharnya, maka ketahuilah bahawa jiwa yang sakit adalah memerlukan pengajian dan pengorbanan usia dalam mendapatkan ilmu-ilmu. Ada pun jiwa yang kurang sakit dan sedikit sahaja penyakitnya, kecil merbahayanya, tipis awan mendungnya, sedangkan mazrajnya sihat; maka ia tidak memerlukan penambahan pengajian dan kepenatan yang lanjut.

Malah dengan sedikit Nazhor(Tilik) dan fikir sudah cukup untuk memulihkan kembali asalnya, sampai kepada permulaan dan hakikatnya, melihat rahsia-rahsia jiwa dan mencungkil apa yang ada di dalam dari kekuatan kepada tindakan serta menjadikan apa yang tersembunyi di dalamnya sebagai pakaian untuknya. Dengan ini lengkaplah dia dan sempurnalah keadaannya. Ia mengetahui banyak perkara dalam waktu yang singkat dan menggambarkan maklumat dengan teratur baik.

Ia menjadi Alim(mengetahui), sempurna lagi dicekapi (Mutakallimah: maksudnya dicapai dari sebelah hijab atau dengan kata lain, mendengar suara dari Alam Hakikat atau Alam Ketuhanan tingkat Wahidiah atau Al-Aqlul Kulli yang memberikan ajaran-ajaran). Ia mengambil cahaya dari pengarahan terhadap Jiwa-Jiwa keseluruhan (Al-Nafsul Kuliyyah) dan Jiwa-Jiwa Keseluruhan ini pula melimpahkan cahayanya ke atas Jiwa Bahagian (Al-Nafsul Juz'ie).

Kedua-dua jiwa ini hampir serupa keadaan dipandang dari segi kerinduan kepada asal. Ia(jiwa-jiwa yang kurang sakit) memutuskan urat-urat dengki dan umbi dendam dan meninggalkan keutamaan dan perhiasan-perhiasan dunia. Bila jiwa-jiwa telah sampai kepada tingkat ini, sesungguhnya ia telah mengetahui, selamat dan berjaya. Inilah yang dikehendaki untuk semua orang

Imam Ghazali memberikan perhatian yang khas kepada cara Ilham. Inilah yang menjadi tujuannya dalam kitab Al-Risaalatulli Duniyyah ini; iaitu cara-cara yang masih dibuka pintunya oleh Allah Taala untuk manusia mengambil ilmuNya iaitu Ilmu Laduni. Tetapi sebelum daripada menerangkan cara-cara mendapatkan ilmu dengan Ilham itu, Imam Ghazali telah menerangkan terlebih dahulu tingkat-tingkat jiwa untuk menentukan jiwa yang bagaimanakah keadaannya dapat mencapai ilmu dengan cara Ilham tersebut.

Ia membahagikan jiwa kepada dua bahagian iaitu;

* Jiwa yang sihat seperti jiwa Nabi-nabi dan

* Jiwa yang sakit yang terbahagi pula kepada empat(4) iaitu;

1. Jiwa yang sedikit sahaja dikesani penyakit, dapat diubati dengan mudah dan mendapat Ilmu Laduni dengan mudah. 2. Jiwa yang agak berat penyakitnya, dapat diubati dengan mudah tetapi memakan masa yang lanjut untuk mendapatkan Ilmu Laduni.

3. Jiwa yang berat penyakitnya, memakan waktu yang lanjut untuk mengubati dan memakan waktu yang lanjut pula untuk mendapatkan Ilmu Laduni. 4. Jiwa yang sangat berat penyakitnya, walaupun diubati dengan cara beramal tetapi tidak sembuh seperti asal lagi. Hanya mendapat pancaran Nur yang malap sahaja.

Cara mengubat jiwa yang sakit itu ialah dengan menemui seorang guru yang pengasih lagi Alim. Maksudnya seorang guru dalam ahli dalam Ilmu Tasauf Ilmu Laduni ini sebenarnya ialah ilmu yang telah ada sejak awal semulajadi pada jiwa manusia. Kejahilan terjadi kerana kesakitan yang dideritai jiwa ketika bersama dengan jasad. Oleh itu bila penyakit itu diubati, jiwa kembali sihat seperti asalnya dan dapatlah kembali Ilmu Laduni yang telah dilupakan itu.

Ketahuilah bahawa ilmu manusia didapati menerusi dua jalan iaitu;1. Pengajian Insani dan2. Pengajian Rabbani Jalan Yang Pertama Jalan pertama adalah jalan yang termaklum dan saluran yang dapat dirasa, diakui oleh sekelian ahli akal.

Adapun Pengajian Rabbani terbahagi kepada dua bahagian iaitu;* Mendapatkan ilmu dengan pengajian dan;* Mendapatkan ilmu dari dalam iaitu dengan memenuhkan masa dengan berfikir.

Berfikir dari batin sama dengan pengajian pada lahir. Pergajian adalah pengambilan faedah seorang peribadi(Al-Syakhos) dari seorang peribadi bahagian(Al-Syakahosul-Juz'ii) manakala Berfikir adalah pengambilan faedah suatu Jiwa(Al-Nafs) dari Jiwa Keseluruhan (Al-Nafsul-Kulli).

Jiwa Keseluruhan(Al-Nafsul-Kulli) lebih kuat kesannya dan lebih kuat pengajarannya dari sekelian ulama-ulama dan para ahli akal. Ilmu-ilmu adalah terhunjam dalam umbi sekelian jiwa secara kekuatan, seperti benih dalam bumi dan seperti geliga pada dasar lautan atau dalam benda galian. Pengajian ialah menuntut keluar sesuatu dari kekuatan kepada tindakan(Minal Quwwati Ila Fi'li) dan Mengajar ialah mengeluarkan sesuatu itu dari kekuatan kepada tindakan.

Maka jiwa pelajar adalah serupa dengan jiwa pengajar dan hampir di antara keduanya dalam nisbah; seorang Alim dipandang dari segi memberi faedah seperti seorang petani dan seorang pelajar pula dari segi mengambil faedah seperti tanah dan ilmu yang mana adalah ketika dalam kekuatan adalah seperti benih dan ketika dalam tindakan adalah seperti tumbuh-tumbuhan. Bila sempurna jiwa pelajar, ia menjadi sebagai pokok yang berbuah atau seperti geliga yang keluar dari dasar lautan.

Bila kekuatan-kekuatan badaniah dapat menguasai jiwa, pelajar itu perlu menimbakan pengajiannya, memperlanjutkan waktu, memikul kesulitan-kesulitan, kepenatan dan berusaha dalam mencari faedah. Bila Nur Akal menguasai atasa sifat-sifat perasaan, seorang penuntut tidak memerlukan pengajian yang banyak.

Hanya dengan sedikit berfikir atau sesaat berfikir ia mendapat faedah-faedah yang tiada didapati oleh jiwa yang kaku dengan pengajian selama setahun. Oleh itu setengah orang mendapat ilmu-ilmu dengan pengajian dan setengah pula dengan berfikir.

Pengajian memerlukan pula kepada berfikir, kerana manusia tiada dapat mempelajari segala sesuatu baik berupa bahagian-bahagian dan keseluruhan-keseluruhan, juga tidak dapat mempelajari semua maklumat, bahkan sebahagiannya is dapat dengan pengajaian dan sebahgiannya pula didapati dengan berfikir.

Kebanyakan ilmu-ilmu teorikal dan ilmu-ilmu teknikal diruntun keluar oleh jiwa-jiwa para Hukama'(bijak pandai) dengan
* kemurnian zihin
* kekuatan fikiran dan
* ketajaman agakan mereka dengan tidak menambahkan pengajian.

Andaikata manusia tidak menghasilkan sesuatu menerusi berfikir dari maklumat pertama nescaya pincanglah masa untuk manusia(bagi mendapatkan sesuatu) dan nescaya tidak akan hilang kegelapan kejahilan dari Qalbu-qalbu manusia; kerana jiwa tiada berkuasa mengetahui seluruh persoalannya sendiri baik yang berupa bahagian atau keseluruhan menerusi pengajian; malah sebahagiannya ia dapati dengan pengajian dan sebahagiannya pula ditarik keluar dari hati nurani dengan kemurnian fikiran.

Inilah cara yang biasa terjadi di kalangan para ulama dan cara inilah yang menimbulkan kaedah-kaedah segala ilmu hingga seorang arkitek tidaklah belajar seluruh apa yang diperluinya dalam sepanjang usiannya, malah ia belajar garisan-garisan kasar ilmunya dan kandungan-kandungannya; kemudian ia menarik keluar(sesuatu) dan mengqiaskan(menghubungkan) antara satu dengan yang lain.

Begitu juga seorang doktor tidak dapat belajar penyakit-penyakit setiap orang dengan perinciannya, juga tidak boleh belajar tentang ubat-ubat untuk mereka; malah ia berfikir tentang maklumat secara umum dan menyelaraskan dengan tiap-tiap seorang menurut keadaan tubuhnya. Juga seorang ahli nujum, ia hanya belajar ilmu nujum secara umum sahaja, kemudian ia berfikir dan memberikan bermacam-macam ketetapan.

Begitu juga ahli feqah dan seorang sasterawan dan seterusnya begitu juga yang terjadi dalam kalangan para pereka barang-barang perusahaan, seorang pembuat alat bunyian iaitu gambus dapat mereka(mencipta) dengan fikirannya, manakala yang lain menghasilkan dari alat itu suatu alat yang lain pula.

Begitu juga seluruh barang-barang perusahaan; baik untuk keperluan badan atau untuk keperluan jiwa pada mulanya didapati menerusi pengajian dan buat seterusnya dia dapati menerusi fikiran. Apabila terbukalah pintu fikiran pada jiwa, ketahuilah dia cara jalan berfikir dan cara menggunakan agakan untuk mencapai tujuan. Maka Qalbu seseorang menjadi lega dan terbukalah mata dalammnya, lalu keluar apa yang ada di dalam jiwanya dari kekuatan kepada tindakan tanpa penambahan usaha pencarian dan kepenatan yang berlanjutan.

Jalan Yang Kedua. Pengajian Rabbani terbahagi kepada dua bahagia iaitu;

1. Yang Pertama : Pencampakan Wahyu. Jiwa itu bila telah sempurna zatnya,

* Maka hilanglah kekotoran-kekotoran tabiat dan kecemaran loba dan angan-angan.
* Terpisahlah pandangan daripada syahwat keduniaan, putus hubungan dari cita-cita yang tidak abadi,
* Mengarahkan mukanya kepada pencipta dan penjadiNya,
* Bergantung kepada kemurahan penciptaan dan berpegang pada kurniaan faedah daripadaNya dan limpahan NurNya. Manakala Allah Taala pula dengan keelokkan 'InayahNya mengarahkan kepada jiwa itu secara keseluruhan, memandang kepadanya secara pandangan Ilahi dan menjadikan sebagai Luh,
* menjadikan Jiwa Keseluruhan(Al-Nafsul Kulli) sebagai Qalam dan menuliskan pada Luh itu seluruh ilmu, ketika ini Akal Keselurahan (Al-'Aqlu Kulli) menjadi sebagai guru dan Jiwa Suci (Al-Nafsul Qudsiah)[Jiwa suci ialah Jiwa Kenabian yang telah sempurna zatnya] sebagai pelajar, lalu terdapatlah semua ilmu pada jiwa itu dan terukir padanya seluruh rupa tanpa pengajian dan fikiran. Ini dibuktikan kebenarannya oleh firman Allah Taala kepada Nabi SAW. yang bermaksud;

Dan Ia(Allah) telah mengajarkan engkau apa yang engkau tidak tahu. (Surah Al-Nisaa';113)Oleh itu ilmu para Nabi lebih mulia tingkatannya dari ilmu seluruh makhluk, kerana ia didapati terus dari Allah Taala tanpa perantaraan atau wasilah.Ini dapat dlihat contohnya dari kisah kisah Nabi Adam AS. dan malaikat, Malaikat adalah belajar sepanjang usia mereka dan menerusi berbagai jalan mereka mendapat banyak ilmu hingga mereka menjadi makhluk yang paling mengetahui, sedangkan Adam AS. tidaklah Alim, kerana ia tidak pernah belajar dan tidak pernah menemui seorang guru. Para malaikat melahirkan kesombongan dan takbur mereka dengan berkata;

"Padahal kami bertasbih dengan memuji-mujiMu dan memuliakanMu(Allah)" {Surah Al-Baqarah;30}.

dan berkata bahawa kami mengetahui hakikat-hakikat segala suatu. Maka Adam AS. pun kembali kepada penciptanya, mengeluarkan Qalbunya dari sifat-sifat makhluk dan mengarahklan permintaan tolongnya kepada Allah Taala, lalu Allah mengajarkannya seluruh Nama; "Kemudian Ia bentangkan tanda-tanda itu kepada malaikat seraya berfirman:

Beritahulah kepadaKu nama-nama benda ini jika kamu adalah benar!" {Surah Al-Baqarah;31}.
Maka malaikat pun merasa kecil di samping Adam, merasa kurang ilmu mereka dan pecahlah kepala kesombongan mereka lalu karam dalam lautan kelemahan;

"Mereka berkata Maha Suci Engkau tidak ada ilmu kami melainkan apa yang telah diajarkan kepada kami" {Surah Al-Baqarah; 32}. Allah berfirman lagi dengan maksud; "Hai Adam!.. beritahulah mereka (malaikat) nama-nama benda itu". {Surah Al-Baqarah;33).

Adam AS pun memberitahu kepada mereka beberapa ilmu yang terpendam dan beberapa perkara yang tersembunyi. Dari ini jelaslah bagi orang-orang yang berakal bahawa Ilmu Ghoibi yang tercetus dari jiwa ialah lebih kuat dan lebih sempurna dari ilmu-ilmu yang didapati dengan usaha(Al-Uluumul Maktasabah). Ilmu Wahyu ini menjadi pesaka Nabi-Nabi dan kepunyaan Rasul-Rasul.

Allah telah menutup pintu wahyu ini sejak dari zaman penghulu kita Nabi Muhammad SAW. Ia adalah Rasul Allah SAW. dan Nabi yang penghabisan. Ia adalah manusia yang paling mengetahui, orang Arab dan 'Ajam yang paling fasih. Nabi SAW pernah bersabda yang bemaksud;

"Akulah yang paling tahu di antara kamu dan yang paling takutkan Allah Taala". Ilmunya lebih sempurna, lebih mulia dan lebih kuat, kerana ia dapati ilmu ini dari Pengajaran Rabbani dan ia tiada sekali-kali berkecimpung dalam Pengajian dan Pengajaran Insani. Allah Taala berfirman dengan maksudnya; "Ia telah diajar oleh kekuatannya bersangatan". {Surah Al-Najm;05}.

2. Yang Kedua : Ilham. Ilham ialah pemberitahuan oleh Jiwa Keseluruhan (Al-Nafsul Kulliah) kepada Jiwa Bahagian (Al-Nafsul Juz'iyah) manusia menurut kadar kemurnian, penerimaan dan kekuatan persediaan.Ilham adalah kesan Wahyu. Wahyu adalah penerangan Urusan Ghoibi manakala Ilham ialah pemaparannya. Ilmu yang didapati menerusi Ilham dinamakan Ilmu Laduni. Ilmu Laduni ialah ilmu yang tidak ada perantaraan dalam mendapatkannya di antara jiwa dan Allah Taala.

Ia adalah seperti cahaya yang datang dari lampu Qhaib jatuh ke atas Qalbu yang bersih, kosong lagi halus(Lathif). Terjadinya demikian kerana ilmu-ilmu seluruhnya adalah terterap lagi dimaklumi dalam Jauhar Jiwa Keseluruhan Yang Pertama(Jauharul Nafsul Kulliyatul Uula) yang mana beradanya(jauhar ini) dalam jauhar-jauhar Abstrak Yang Pertama Lagi Mutlak (All-Jawaahirul Mujarridatul Awwaliyatul Mahdhoh) dinisbahkan kepada Akal Pertama(Al-Aqlu Awal) adalah serupa dengan nisbah Hawa kepada Adam AS.

Sesungguhnya telah nyata bahawa Akal Keseluruhan(Al-Aqlul Kulli) adalah lebih mulia, lebih sempurna, lebih kuat dan lebih hampir dengan Allah Taala daripada Jiwa Keseluruhan(Al-Nafsul Kulliyah) adalah lebih teguh, lebih halus dan lebih mulia daripada seluruh makhluk. Dari limpahan Akal Keseluruhan tercetusnya Ilham.

Wahyu adalah pakaian Nabi-Nabi dan Ilham adalah hiasan Wali-Wali. Mengenai Ilmu Wahyu(Ilmu Nabawi) pula sebagaimana Jiwa bukannya Akal, orang Wali bukannya Nabi, maka begitu juga Ilham bukannya Wahyu. Ilham adalah lemah dibandingkan dengan Wahyu, tetapi lebih kuat dibandingkan dengan mimpi-mimpi(mimpi yang benar), sedangkan ilmu(Ilham atau Ilmu Laduni) adalah ilmu Nabi-Nabi dan Wali-Wali.

Adapun Ilmu Wahyu hanya khas untuk Rasul-Rasul, terbatas setakat mereka sahaja seperti Ilmu Nabi Adam dan Nabi Musa AS., Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW. dan Rasul-Rasul yang lain. Perbezaan di antara "Kerasulan" dan "Kenabian" terletak pada bahawa

* "Kenabian" itu ialah penerimaan jiwa suci akan hakikat-hakikat maklumat dan ma'quulah dari Jauhar Akal Yang Pertama dan* "Kerasulan" ialah menyampaikan maklumat dan ma'quulat itu kepada orang-orang yang mahu mengambil faedah dan yang mahu menerimanya.

Kadang-kadang ada persesuaian untuk menerima pada jiwa seseorang, tetapi tidak mungkin hendak disampaikan kerana ada halangan atau sebab yang tertentu.

Ilmu Laduni adalah untuk ahli Kenabian dan Kewalian bersama, sebagaimana yang terjadi pada Nabi Khaidir AS. Hal ini ada tersebut dalam firmanNya yang bermaksud; "Dan Kami telah ajarkan ilmu dari sisi Kami". {Surah Al-Kahfi;65}

Berkata Amir Mukminin Ali bin Abi Talib Karramallaha Wajhu ;

"Aku memasukkan lidahku ke dalam mulutku(mengunci mulutku) lalu terbuka dalam Qalbuku seribu pintu ilmu, tiap-tiap pintu terdapat seribu pintu pula", seterusnya ia berkata, "Andaikan disuratkan kepadaku suatu bantal dan kududuk di atasnya nescaya ku dapat menghukumkan ahli Taurat dengan Taurat mereka dan ahli Injil dengan Injil mereka dan ahli al-Qur'an dengan Qur'an mereka".

Ini adalah tingkat yang tiada dapat dicapai dengan Pengajian Insani semata-mata malah dapat dicapai dengan kekuatan Ilmu Laduni. Berkata lagi Sayyidina Ali lagi dalam menceritakan tentang Kitab Taurat Nabi Musa AS., bahawa syarah kitab ibi dapat dibawa dengan empat puluh ekor unta, katanya;

Jika diizinkan Allah mensyarahkan makna-makna Surah Al-Fatihah(sahaja) nescaya aku dapat melaksanakannya hingga sampai seperti itu juga". ertinya 40 bebanan unta.

Kebanyakan, keluasan dan kebukaan dalam ilmu ini tdak terjadi, melainkan ilmu itu adalah Laduni, Ilahi lagi tinggi.Bila Allah hendak menjadikan hambanya seseorang yang baik, Ia(Allah) menyingkapkan hijab di antara ZatNya dan jiwa yang menjadi Luh, lalu lahirlah pada jiwa itu sebahagian dari rahsia-rahsia yang terpendam dan tertulis makna-makna segala rahsia yang terpendam ini.

Dengan ini dapatlah jiwanya mengucapkan rahsia-rahsia yang terpendam ini menurut kehendak kepada sesiapa yang dikehendakinya.Hakikat hikmah adalah diambil dari Ilmu Laduni, selagi seseorang itu tidak sampai kepada tingkat ini, tidak dpat dianggap sebagai seseorang yang HAKIM, kerana hikmah adalah dari kurniaan Allah Taala sebagaimana firmanNya dalam

Surah Al-Baqarah;269 yang bermaksud;"IA(Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki dan sesiapa yang dikurnia hikmah maka sesungguhnya(bererti) ia telah dikurniakan kebajikan yang banyak dan tidak akan ingat melainkan orang-orang yang berfikiran". Ini adalah kerana orang-orang yang sampai kepada tingkat Ilmu Laduni tidak memerlukan penumpahan tenaga yang banyak untuk mendapatkan ilmu dan tidak penat dalam pengajian. Mereka belajar sedikit dan mengetahui banyak, berpenat sedikit dan beritirahat banyak.





Ketahuilah bila Wahyu itu telah terhenti dan pintu Kerasulan telah ditutup, manusia tidak perlu lagi kepada rasul-rasul dan menyebarkan agama baru., kerana segala yang berhubung dengan agama telah lengkap sempurna sebagaimana firman Allah dalam

Surah Al-Maidah;37 yang bermaksud; :"Hari ini aku sempurnakan agama kamu untuk mu" dan tidaklah bijak menambahkan lagi faedah tanpa hajat.

Ada pun pintu Ilham tidak tertutup, perbekalan Nur Jiwa Keseluruhan(Al Nafsu Kulliah) tidaklah terhenti, kerna berlanjutan keperluan jiwa-jiwa kepada penguatan, pembaharuan dan pengingatan. Manusia tidak memerlukan rasul-rasul, tetapi kerana mereka tenggelam dalam was-was dan syahwat mereka memerlukan pengingatan dan penyedaran.

Oleh itu Allah Taala mengunci pintu Wahyu dan membuka pintu Ilham sebagi rahmatNya. Ia menyiap dan menyusun segala-galanya supaya manusia tahu bahawa Allah adalah lembut dengan para hambaNya. mengurniakan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa hisab. Pengertian Ilmu yang digunakan oleh Hujjatul Islam Imam Ghazali dalam sebuah kitabnya yang bernama Al-Risalatul-liduniyyah adalah seperti berikut :

* AL-ULUM AL-MAKTASABAH yang bermaksud ilmu-ilmu yang didapati dengan mencurahkan usaha seperti belajar dan membuat kajian. Dengan kata lainnya ialah ilmu-ilmu yang didapati dengan senang (Al-Ulum Al-Dhoruriyah) maksudnya ilmu-ilmu yang didapati dengan mudah sahaja menerusi salah satu daripada anggota-anggota pancaindera seperti rasa manis melalui lidah, mendengar suara melalui telinga dan lain-lainnya.

* Ilmu GHAIBI LADUNI atau lebih ringkasnya disebut sebagai ilmu laduni yang membawa maksud secara hurfinya 'ILMU KESISIAN' iaitu ilmu disisi tuhan. Sama dengan ILMU ALLAH atau ILMU TUHAN. Sesetengah ahli ilmuan Islam memberikan atau menggunakan berbagai-bagai istilah lain yang sama maksudnya dengan ilmu LADUNI ini dalam usaha mereka untuk mengemukakan pendekatan ilmu masing-masing. Antaranya ialah seperti berikut :

* Ilmu Batin

* Ilmu Qalbi
* Ilmu Mukasafah
* Ilmu Asyror
* Ilmu Maknun
* Ilmu Hakikat
* Ilmu Makrifat 
* Ilmu Tasauf

Telah banyak ulama-ulama atau ilmuan zohir terkelincir kerana mereka membantah dan menidakkan ilmu laduni ini. Kita lihat bagaimana satu catatan hal tersebut yang dikemukakan oleh Iman Ghazali yang mengatakan:

" Seorang daripada kawan-kawanku telah menceritakan kepadaku mengenai seorang alim yang mengingkari ILMU GHAIBI LADUNI yang menjadi pegangan pemimpin-pemimpin tasauf dan tumpuan ahli-ahli thorikat yang berpendapat bahawa ilmu laduni adalah lebih kuat dan lebih tepat dari ilmu-ilmu yang didapati dengan usaha yang didapati dengan belajar.

Kawanku juga mengatakan bahawa orang alim itu berkata bahawa aku fikir tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang boleh memperkatakan tentang ilmu yang sebenar dengan fikiran semata-mata tanpa belajar dan tanpa usaha-usaha untuk mendapatkannya.

Aku (Ghazali) berkata seolah-olah orang itu tidak tahu tentang cara-cara untuk mendapatkan ilmu dan tidak tahu pula kerja ' JIWA INSANI ', KEMURNIAANNYA DAN CARA-CARA PENERIMAAN DARI ALAM GHAIB DAN ILMU ALAM MALAKUT." Berkata lagi Imam Ghazali.....

Sesungguhnya mereka yang hanya menganggap ilmu kalam seperti fekah , tafsir dan sebagainya sebagai satu-satunya ilmu yang mampu diperolehi oleh manusia adalah merupakan mereka yang telah menyimpang dari method hakikat kerana Al-Salmi ( Abdul Rahman Muhammad bin Al-Husain bin Musa Al-Azdi Al-Salmi seorang ahli tasauf, ahli sejarah, ahli hadis dan hadis tafsir yang telah menulis sebuah kitab tafsir yang bernama 'Aqa'ik Al-Tafsir/ Wafat tahun 1021=412 Hijrah) telah mengumpulkan sesuatu dalam tafsirnya yang diambil dari kata-kata orang-orang muhaqiqin, sedangkan kata-kata itu tidak tersebut dalam semua kitab tafsir yang ada. Kata Ghazali lagi.

Ahli fsir tepi jalan ini seolah-olah tidak tahu :
* Bahagian-bahagian ilmu

* Perincian-perinciannya
* Tingkat-tingkatnya

* Kenyataan-kenyataannya dan
* Batin-batinnya. 


Memang sudah menjadi adat bahawa orang-orang yang jahil dalam sesuatu akan mengingkari sesuatu itu dan orang yang tersebut itu tidak pernah merasai MINUMAN HAKIKAT dan tidak mengetahui mengetahui mengenai tentang Ilmu Laduni.

Definisi Ilmu Dan Kegunaannya Ketahuilah bahawa ILMU(Pengetahuan) ialah konsep(tasawwur) jiwa berakal yang tenang(Al-Nafsunathokhotul Muthomainnah) terhadap hakikat-hakikat sesuatu (hakho-ikul-asyaai) dan rupa-rupanya(suuraha) yang bersih dari benda-benda dengan 'ainnya(a'yaanaha), kualiti-kualitinnya(kaifayaataha), kuantiti-kuantitinya(kamayaataha), jauhar-jauharnya (jawaaharoha), dan zat-zatnya(zawaataha), kalau ia adalah tunggal (mufrad). A'LIM ialah orang yang mengetahui ialah orang yang meliputi, mencapai, lagi mempunyai konsep; manakala "MA'LUM" (apa yang diketahui) ialah zat sesuatu yang terukir ilmunya pada jiwa. Kemuliaan ilmu itu menurut ukuran kemuliaan maklumat dan darjah seseorang alim itu adalah menurut darjah ilmunya.

Tidak ragu-ragu lagu bahawa di antara maklumat yang paling utama, paling tinggi, paling mulia dan paling besar ialah Allah Pencipta, Al-Haq yang tunggal, ilmu yang berhubung dengannya, ilmu tauhid adalah ilmu yang paling utama, paling besar dan paling sempurna. Ilmu ini adalah sesuatu kepastian. WAJIB mengetahuinya atas sekalian yang berakal sebagaimana sabda rasulullah SAW. yang bermaksud:

"Menuntut ilmu adalah fardu atau tiap-tiap orang Islam". Dan baginda rasulullah menyuruh mencari ilmu ini dengan sabdanya yang bermaksud

"Carilah ilmu meskipun dinegeri Cina". Orang-orang yang mempunyai ilmu tauhid ini adalah yang paling utama di antara ulama-ulama lain.

Sebab inilah Allah Taala menyebut mereka ini secara istimewa pada tingkat yang tertinggi sebagaimana firmannya yang bermaksud: "Allah telah terangkan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia yang berdiri dengan keadilan dan disaksikan oleh malaikat dan ahli-ahli ilmu."(Surah Al-Imran, ayat 18).

Oleh itu ulama-ulama ilmu tauhid secara umumnya adalah Nabi-nabi, selepas mereka barulah ulama-ulamayang menjadi ahli waris Nabi-nabi. Ilmu Tauhid ini meskipun mulia dan sempurna pada dirinya, ia tidak menolak lain-lain ilmu, malah ia tidak akan terdapat tanpa bahan-bahan yang banyak dan bahan-bahan ini tidak kan teratur jika tidak dari pertolongan berbagai-bagai ilmu seperti ilmu-ilmu langit dan falak-falak(astronomi dan kosmologi) dan ilmu seluruh ciptaan. Dari Ilmu Tauhid lahir pula ilmu-ilmu lain seperti yang akan kami(Imam Ghazali) akan sebutkan bahagian-bahagiannya pada tempat-tempatnya.

Ketahuilah bahawa ilmu itu sendiri adalah mulia tanpa memandang kepada aspek ma'lum, hingga ilmu sihir adalah mulia pada dirinya meskipun ianya palsu. Ini adalah kerana ilmu lawanya kejahilan dan kejahilan adalah dari kelaziman-kelaziman kegelapan dan kegelapan termasuk dalam lingkungan diam dan diam itu hampir dengan tidak wujud.

Kepalsuan dan kesesatan termasuk dalam bahagian ini. Oleh itu kejahilan itu hukumnya adalah hukum tidak wujud, manakala ilmu hukumnya adalah hukum wujud dan wujud itu lebih baik daripada tidak wujud.

Hidayah kebenaran dan cahaya semuanya termasuk dalam lingkungan wujud. Apabila wujud lebih tinggi daripada tidak wujud maka tentulah ilmu lebih tinggi daripada kejahilan, kerana kejahilan serupa dengan kebutaan dan kegelapan, manakala ilmu serupa dengan penglihatan dan cahaya.

TIDAKLAH SAMA ORANG BUTA DENGAN ORANG YANG MELIHAT, juga tidaklah sama gelap dengan cahaya. Allah Taala telah menerangkan mengenai ini dengan firmannya yang bermaksud; "Katakankanlah(hai Muhammad) adakah sama mereka yang tahu dan mereka yang tidak tahu?".(Surah Az-Zumar ayat 9).


Berdasarkan perbandingan di atas dapatlah pula dikatakan bahawa KEJAHILAN adalah dari kelaziman-kelaziman jisim, manakala ILMU adalah daripada sifat-sifat JIWA. Oleh itu JIWA LEBIH MULIA DARIPADA JISIM.Ilmu terbahagi kepada beberapa bahagian yang banyak. kita akan menyatakan satu persatu dalam fasal yang lain, sedangkan seorang alim mempunyai berbagai-bagai cara untuk mendapatkan ilmu itu juga kami akan sebutkan dalam fasal yang lain.


Yang perlu bagi anda sekarang selepas mengetahui keutamaan ilmu ialah mengetahui bahawa JIWA YANG MERUPAKAN LUH SEGALA ILMU DAN TEMPATNYA. Jisim bukanlah sesuai untuk tempat ilmu kerana jisim adalah terbatas dan tidak dapat dimuati oleh banyak ilmu, malah ia hanya dapat menanggung ukiran-ukiran dan gurisan-gurisan sahaja, sedangkan JIWA MENERIMA ILMU TANPA SEMPIT, SESAK, JEMU DAN HILANG.

Sekarang kita akan memperkatakan tentang jiwa secara ringkas. Sebagaimana yang dinyatakan dalam syarak dan telah disahkan dalam ilmu-ilmu 'HIKMIAH' (Falsafah) dengan alasan-alasan yang tidak dapat ditolak lagi. Buktinya yang nyata menunjukkan bahawa 'RUH YANG BERAKAL' bukanlah jisim dan bukanlah 'aradh, malah ia adalah JAUHAR yang sabit(nyata) lagi kekal tiada binasa.

Di sini rasanya tidak perlu lagi kita menyebut alasan-alasan dan membentangkan dalil-dalil kerana telah dibuat dan disebut orang. Sesiapa yang mahu mengesahkannya silalah tatap kitab-kitab yang baik mengenai ilmu ini.

Cara kita memberi huraian dalam risalah ini bukanlah dengan mengemukakan alasan, malah dengan berpegang pada apa yang telah dialami menerusi 'PENGLIHATAN YANG YAKIN DAN PENGLIHATAN IMAM.'

Allah Taala ada menghubungkan ruh kepada urusan dan kadang-kadang kepada 'IZAH'Nya(zat yang tiada boleh dicapai dengan akal dan fikiran) dengan firmanNya yang bermaksud:

'Dan Aku(Allah) tiupkan padanya ruh dariKU' (Surah Al-Hijr ayat 39). dan firmanNya lagi yang bermaksud:

'Katakanlah (hai Muhammad) bahawa roh itu adalah urusan tuhanku' (Al-Israk ayat 85) dan firmanNya lagi yang bermaksud:

'Lalu kami tiupkan padanya dari roh kami.'(Surah Al-Tahrim ayat 12) Bila roh itu dihubungkan oleh Allah Taala kepada diriNya tentulah ia bukan jisim atau A'radh kerana rendah tingkat kedua-duanya, selalu berubah-ubah dan cepat hilang serta akan rosak. Rasulullah S.W.T. bersabda yang bermaksud:

"Roh-roh adalah sebagai tentera yang lengkap" dan dalam sabda Baginda yang lain lagi Beliau menyatakan:

"Roh para syuhadah terletak dalam bayang-bayang burung-burung hijau."Begitu juga dengan A'radh tidak kekal selepas hilangnya jauhar kerana A'radh tidak boleh berdiri dengan zatnya sendiri. Manakala jisim menerima peleburan kembali sebagaimana asalnya sebelum penyusunan dari benda (Al Madah) dan rupa seperti yang tersebut dalam kitab-kitab (kitab-kitab falsafah).

Setelah kita mengetahui ayat-ayat, hadis-hadis dan alasan-alasan akal, ketahuilah kita bahawa ruh itu adalah JAUHAR MUFRAD YANG SEMPURNA (Al-Jauharul Mufrad Al-Kamil) hidup dengan zatnya, baik dan buruknya agama adalah datang daripadanya, manakala ruh Tobie dan Ruh Haiwani dan kekuatan badaniah seluruhnya daripada tentara Jauhar Mufrad Yang Sempurna ini.

Jauhar ini menerima rupa-rupa maklumat dan hakikat maujudah (sesuatu yang wujud di alam ini) dengan tidak diganggui oleh ain-ain dan peribadinya kerana jiwa berkuasa mengetahui hakikat manusia tanpa melihat peribadi (manusia) itu sendiri; begitu juga ia mengetahui malaikat dan syaitan-syaitan dengan tidak perlu melihat peribadi-peribadi mereka.

Ini adalah kerana kedua-dua jenis makhluk itu tiada dapat dicapai oleh deria-deria kebanyakan orang. Satu golongan ahli tasauf berkata bahawa ' Qalbu ' mempunyai dua mata, serupa juga dengan dua mata bagi jasad ini. Jasad dapat melihat benda-benda yang zahir dengan mata-mata zahir dan Qalbu melihat hakikat dengan mata akal.

Rasulullah S.W.T. bersabda yang bermaksud:

'Tiada ada seorang hambapun melainkan Qalbunya mestilah mempunyai dua mata.' Dengan kedua-dua mata ini dapatlah dicapai apa yang ghaib. Bila Allah Taala hendak memberikan kebaikan kepada hambanya, ia bukakan dua mata Qalbunya supaya dapat melihat sesuatu yang ghaib dari pemandangan mata lahirnya.

Roh ini tidaklah mati dengan matinya badan kerana Allah Taala menyerunya supaya kembali kepadaNya dengan firmanNya yang bermaksud: 'Kembalilah kepada Tuhanmua' (Surah Al Fajr Ayat 28). Sebenarnya ruh ini hanya bercerai dan berpaling dari badan. Oleh kerana berpaling ini maka kakulah segala yang bersangkut dengan kekuatan-kekuatan Haiwaniah dan Tabii'yah.

Maka diamlah yang bergerak itu dan dikatakan kepada yang diam itu, ialah MATI. Ahli-ahli Thorikat atau ahli Tasauf lebih banyak berpegang pada roh dan Qalbu dari berpegang pada peribadi. Apabila roh itu dari urusan Allah Taala, maka beradanya dalam badan adalah sebagai orang dagang.

Mukanya mengarah pada asalnya dan tempat datangnya. Ia dapat mengambil faedah-faedah dari pihak asalnya lebih banyak dari apa yang ia dapat dari pihak peribadi bila ruh itu kuat dan tidak dikotori oleh kekotoran-kekotoran tabiat.

Bila anda mengetahui ruh adalah Jauhar Mufrad dan mengetahui pula jasad memerlukan ruang dan A'Radh maka selain dari ini tidak ada lagi melainkan Jauhar.

Ketahuilah bahawa Jauhar ini tidak menempati pada sesuatu tempat dan tidak mendiami pada sesuatu ruang. Bukanlah badan adalah ruang bagi ruh dan bukan pula tempat bagi Qalbu malahan badan adalah alat ruh, alat Qalbu dan kenderaan jiwa. Zat ruh sendiri tidak bersambung dengan bahagian-bahagian badan dan tidak berpisah daripadanya bahkan ia menhadap kepada badan, memberi faedah dan melimpah kepadanya.

Mula-mula lahir nur ruh pada otak kerana otak tempat kenyataan yang khas.

* Pada bahagian depannya ia menjadi penjaga
* Pada bahagian tengahnya ia menjadi menteri dan pentadbir
* Pada bahagian belakangnya ia menjadi perbendaharaan. Ahli perbendaharaan dan seluruh bahagian manjadi kakitangan dan kenderaan
* Roh Haiwani menjadi khadam
* Roh Tobie menjadi wakil
* Badan menjadi kenderaan
* Dunia menjadi medan
* Hayat menjadi barang (modal)
* Gerak menjadi perniagaan* Ilmu menjadi keuntungan
* Hari akhirat menjadi matlamat dan tempat pulang
* Syarak menjadi jalan dan cara
* Terhadap jiwa pendorong kejahatan (nafsu Amarah) menjadi penjaga dan pemerhati
* Terhadap jiwa pengkritik (nafsu Lawamah) ia menjadi penyedar.
* Pancaindera menjadi pengikut-pengikut dan pembantu.
* Agama menjadi penghalang
* Akal menjadi mahaguru
* Rasa pancaindera menjadi murid
* Ar-Robh (Allah) menjadi pemerhati Jiwa dengan sifat-sifat ini bersama dengan alat-alat ini tidak mengarah kepada peribadi yang tebal ini dan tidak berhubung dengan zatnya, malahan ia mengarah kepada Tuhannya dan Tuhannya memerintahkannya supaya mengambil kesempatan mendapatkan sesuatu yang berguna hingga kepada satu tempoh yang tertentu.

Oleh itu ruh tidaklah menumpukan pemerhatian ke arah memikirkan yang lain dalam masa perjalanan (hidup di atas dunia) ini, melainkan berusaha mencari ilmu untuk menjadi perhiasan di dalam negeri akhirat.

Ini adalah kerana perhiasan harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia sahaja sebagaimana mata menumpukan pemerhatian ke arah mendengar suara-suara, lidah siap sedia untuk menyusun kata-kata, Ruh Haiwani tunduk kepada keenakkan marah, Ruh Tobie cintakan kelazatam makan dan minum, maka ruh yang tenang (AL-Ruh Al-Muthomainnah) ertinya Qalbu tidak menghendaki apa-apa selain daripada ilmu dan tidak gemarkan sesuatupun selain daripada ilmu. Ia belajar dan belajar sepanjang usianya. Ia menghiasi dirinya dengan ilmu dalam seluruh zaman hingga waktu bercerainya dari badan.

Jika ia menerima sesuatu yang lain daripada ilmu, maka penerimaannya ini cuma untuk kepentingan badan, bukan untuk kepentingan dirinya dan kecintaan asalnya. Bila anda telah mengetahui hal ehwal ruh, kekalannya yang berterusan, kecintaannya dan pemerhatiannya kepada ilmu maka patutlah anda mengetahui pula tentang jenis-jenis ilmu.



AMUKANMELAYU - Perkara yang telah di putuskan BERATUS tahun dahulu kini di perdebatkan dengan akal tanpa ILMU dan bersandarkan HUJAH DEMOKRASI melalui fahaman LIBERAL.



 

Sunday, 28 May 2017

TERKANDAS - Tentera Jepun Yang Penuh MORAL, LOVE Dan Tertipu


Mariam Terkandas Korea

Kisah wanita Malaysia yang terkandas di Korea Selatan selama 64 tahun
 
Cuba bayangkan perasaan korang bila terperangkap kat satu negara yang korang sendiri tak familiar. Korang terpaksa berjauhan dengan keluarga dan takde sesiapa dikenali dan boleh bergantung harap. Mesti macam-macam perasaan yang susah nak digambarkan muncul di hati.

Mungkin itulah yang dihadapi oleh Muhd Zulkifli yang akhirnya berjaya kembali ke Tanah Air selepas terkandas di Kemboja selama hampir 24 tahun! Ceritanya bermula pada tahun 1993 bila Zulkifli dan 14 orang rakyat Malaysia pergi ke Kemboja untuk berkerja kat sebuah syarikat balak milik orang Malaysia kat sana. Tapi keadaan mula berubah bila berlakunya krisis politik kat Kemboja yang menyebabkan syarikat dia berkerja tu tutup. Majikan dia pun larikan diri dengan membawa dokumen perjalanan Zulkifli.


Mohd Zulkifli (tengah) terkandas sebab takde dokumen pengenalan diri. Imej dari hmetro.
Jadinya, Zulkifli pun terpaksalah tinggal secara haram dekat Kemboja. Untuk nak elakkan diri daripada ditangkap dia pun berpindah-randah dari satu hutan ke hutan dengan bekerja sebagai pembelah kayu. Tapi pada Mac lepas, Zulkifli berjaya masuk ke Malaysia melalui sempadan Bukit Kayu Hitam, lepas menempuh perjalanan sejauh 1,400 kilometer dari Koh Kong, Kemboja dengan menaiki kereta dan motosikal sewa! Akhirnya kerinduan Zulkifli terhadap saudara maranya teriubat.

Tapi korang tahu tak ada seorang lagi rakyat negara ini yang pernah terkandas kat Korea Selatan selama 64 tahun! Itulah yang menimpa Allahyarhamah Mariam Johari atau nama Koreanya, Kim Soon Ae. Ceritanya bermula apabila dia…

Diculik tentera Jepun dan menjadi buruh paksa

Mariam Binti Johari dilahirkan di Plentong, Johor pada 16 Mac 1921. Pada usia 11 tahun, Mariam berkahwin dengan seorang lelaki yang juga adalah jirannya. Hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan 4 orang anak. Bagaimanapun, anak keempatnya itu meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan.

Walaupun begitu, keadaan mula berubah bila Perang Dunia ke-2 meletus. Pihak Jepun berjaya menguasai Tanah Melayu dan rantau Asia sekitar tahun 1942. Suami Mariam masa tu pun mula menyertai tentera. Tapi satu perkara terjadi kepada Mariam apabila dia dah diculik oleh tentera Jepun masa tengah berniaga buah kat pekan Plentong pada tahun 1943. Mariam jugak dikerahkan sebagai buruh paksa untuk membina landasan kapal terbang di Senai, Johor.

Mariam Johari ketika zaman mudanya. Imej dari budak-shinchan.blogspot
Tapi masa berkerja sebagai buruh ni, Mariam berjumpa dengan seorang tentera kerahan Jepun dari Korea yang bernama Cho Se Won. Mereka berkenalan dan mula jatuh cinta antara satu sama lain. Jadinya lepas Jepun kalah dalam Perang Dunia ke-2, Mariam bertindak ikut Se Won balik ke Korea untuk berjumpa dengan ibu bapa dan keluarga lelaki tersebut. Tapi keadaan jadi tak seperti yang dirancang bila Mariam terpaksa tinggal kat rumah Se Won selama 3 tahun!
Berkahwin dan terkandas di Korea Selatan

Hanya lepas 3 tahun Mariam tinggal bersama keluarga Se Won, barulah dia berkahwin dengan lelaki tersebut pada 1949. Tak sampai setahun berkahwin, tercetus pulak Perang Korea pada 1950. Se Won terpaksa menyertai tentera dan meninggalkan Mariam sendirian.

“Menerusi perbualan bersama penduduk kampung, Mariam disukai ramai tetapi mereka tidak menolak kemungkinan Mariam menghadapi pelbagai masalah. Ini kerana, masyarakat Korea Selatan tidak terdedah kepada orang asing dari negara lain kecuali Korea Utara atau China yang memiliki fizikal hampir menyerupai kami, sebaliknya Mariam yang berkulit lebih gelap berbanding penduduk tempatan dan mempunyai mata bulat, menyebabkan gerak gerinya diperhatikan penduduk.” – Park Keon Young, Produser dari Korea Broadcasting System (KBS). Dipetik dari Mesra.net.Dipetik dari Mesra.net.
 
Perang Korea berlaku dari 1950 hingga 1953. Imej dari CNN.
Lepas 3 tahun dalam berkhidmatan tentera, Se Won akhirnya balik. Tapi kali ni satu lagi perkara yang menyedihkan berlaku. Rupa-rupanya Se Won dah berkahwin lain dengan seorang janda anak tiga. Keadaan ni dah buatkan kehidupan Mariam semakin tertekan.

“Masyarakat Korea mementingkan zuriat bagi memastikan kesinambungan keluarga mereka dan mungkin disebabkan Mariam masih tidak boleh melahirkan anak, Cho terpaksa membawa pulang janda beranak tiga itu.” – Park Keon Young, Produser dari Korea Broadcasting System (KBS). Dipetik dari Harian Metro.

Dia juga terpaksa duduk serumah dengan madunya itu. Akhirnya, Mariam ambik keputusan untuk berhijrah ke Seoul dan berkerja sebagai pembantu rumah kat sana. Mariam jugak berkahwin sekali lagi dengan seorang yang dikenali sebagai Ji pada sekitar tahun 1962. Dia selepas itu tinggal bersama anak tirinya, Ji Young Un.

Sepanjang berada di Korea, Mariam sentiasa berkerja keras untuk kumpul duit dan bercita-cita nak balik semula ke Malaysia jika diberikan peluang. Dikatakan Mariam dah cuba beberapa kali minta bantuan dekat Kedutaan Malaysia di Korea Selatan. Kali terakhir dia pergi ke kedutaan adalah pada tahun 1987. Tapi malangnya Kedutaan Malaysia tak layan permintaan Mariam, malah suruh dia pergi ke Kedutaan Singapura.

Mariam dan keluarga anak tirinya. Imej dari suaraselatanonline.blogspot

Penantian dan kegagalan Mariam kembali ke Malaysia membuatkan wanita ini terkandas di Korea Selatan selama 64 tahun. Selama itu juga, dia memegang kad warga asing yang mencatatkan tarikh lahir, tempat lahir, tempat tiba di Korea dan pelabuhan terakhir sebelum tiba di Korea. Dalam kad tu jelas tertulis yang Mariam berasal dari Malaya (Tanah Melayu) dan perlabuhan terakhirnya adalah Pelabuhan Singapura.

Keinginan Mariam berjumpa dengan anak-anaknya dapat perhatian seorang produser TV

Setelah hampir 64 tahun terpisah dari Tanah Air dan anak-anak, akhirnya kisah hidup dan penderitaan Mariam mendapat perhatian dari seorang produser rancangan TV di Korea Selatan. Orang itu adalah Park Keon Young yang juga merupakan produser rancangan Love In Asia yang disiarkan di channel Korea Broadcasting System (KBS).

Menurut Keon Young, pada 2007 dia dah didatangi oleh seorang wanita dari sebuah NGO yang menceritakan kisah Mariam kepadanya. Dia pun berasa sangat terharu dan merasakan Mariam memang patut dibantu, apatah lagi wanita itu sangat rindukan anak-anaknya. Makanya, Keon Young dah cuba menghubungi anak-anak Mariam di Malaysia.
Keratan akhbar tentang Mariam. Imej dari kisahmalaysia.blogspot
Kisah Mariam mula jadi perhatian di Malaysia, bila akhbar-akhbar di negara ini menyiarkan hasrat Mariam untuk berjumpa dengan anak-anaknya yang dah berpuluh tahun terpisah. Anak-anak Mariam masa tu jugak tak sangka yang mak mereka sebenarnya masih lagi hidup. Mereka adalah Ramlah Sonni (72 tahun), Jelani (70 tahun) dan Jamnah (65 tahun).

Anak-anak Mariam selepas tu dah dibawa ke Korea Selatan untuk berjumpa dengan ibu mereka. Tapi mereka yang pergi ke sana cuma Ramlah Sonni dan Jelani, manakala Jamnah tak dapat ikut sebab masalah kesihatan. Mariam yang datang ke studio KBS tak diberitahu pasal kehadiran anak-anaknya ke studio itu.

“Mereka disatukan kembali dalam suasana penuh menyayat hati yang turut merentap jiwa para penonton yang memenuhi studio berkenaan ketika program khas merakam detik-detik bersejarah itu berlangsung… Wanita kelahiran Plentong, Johor itu kelihatan terkejut dan terketar-ketar kegembiraan apabila melihat Ramlah Sonni, 72, dan Jelani, 70, bergerak ke arahnya.” – Dipetik dari Utusan Malaysia.
Mariam ketika dipertemukan dengan anak-anaknya di rancangan Love In Asia dekat studio KBS. Imej dari Utusan Malaysia.
Detik bersejarah itu dah dirakamkan melalui rancangan Love In Asia yang ditonton oleh lebih dari 10 juta rakyat Korea Selatan. Pertemuan itu juga dah membuatkan ramai dari wartawan dan delegasi Puteri UMNO yang turut sama ke sana menangis teresak-esak melihat pertemuan itu.
“Mariam ada memberitahu pada sidang akhbar yang diadakan selepas pertemuan itu bahawa dia sudah terlalu tua untuk pulang (ke Malaysia) dan meminta maaf kepada anak-anaknya kerana meninggalkan mereka.” – Dipetik dari Utusan Malaysia.

Kembali ke tanah air setelah 64 tahun
Beberapa bulan selepas peristiwa bersejarah di studio KBS, Mariam akhirnya diberikan peluang menjejakkan kaki semula di tanah air kelahirannya yang dulunya Tanah Melayu dan sekarang Malaysia. Setibanya Mariam ke rumah anaknya di Kota Tinggi, Johor pada 5 September 2007, Mariam dah disambut dengan paluan kompang, bunga manggar dan pertunjukan silat.

Sebelum itu, Mariam dah diterbangkan dari Korea Selatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Seterusnya, dia bermalam di Hotel Marriot, Putrajaya sebelum dibawa ke Kota Tinggi, Johor. Dia juga ditemankan oleh anak tirinya berserta menantu dan cucu tirinya.

“…sepanjang perjalanan dari Hotel Marriot Putrajaya ke Kota Tinggi, Mariam enggan melelapkan mata walau sesaat kerana ingin menikmati pemandangan sepanjang perjalanan itu.” – Dipetik dari Utusan Malaysia.

 
Mariam disambut di KLIA, setelah tiba di Malaysia. Imej dari tembam.wordpress
Majlis menyambut kepulangan Mariam itu juga dah dihadiri lebih dari 200 orang tetamu. Pelbagai kuih muih dan buah-buahan tempatan dah dihidangkan untuknya. Mariam jugak ada menyampaikan hasrat untuk menziarahi kubur bapanya. Bagaimanapun, kerana terlalu lama tinggal di Korea, Mariam agak sukar untuk berbahasa Melayu.

“Mariam ketika diminta bercakap dalam bahasa Malaysia kemudiannya menunjukkan kebolehannya mengira satu hingga sepuluh diikuti dengan tepukan oleh orang ramai yang mendengar temu bual itu.” – Dipetik dari Utusan Malaysia.

Kembalinya Mariam ke tanah air adalah satu peristiwa yang sangat bermakna dalam lipatan sejarah Malaysia dan Korea. Ini kerana, perasaan syukur dimunajatkan kepada yang maha kuasa kerana memberikan wanita ini peluang menjejaki tanah lahirnya dan berjumpa dengan anak-anaknya walaupun setelah 64 tahun berpisah.

Mariam disuapkan oleh anak tirinya, setelah berpuluh tahun tidak merasa buah durian. Imej dari Utusan Malaysia.
Kontroversi selepas Mariam meninggal dunia

Walaupun telah kembali ke Malaysia, tapi nampaknya Mariam tak mengambil keputusan untuk terus tinggal di sini kerana rupa-rupanya Mariam sudah lama memohon untuk mendapatkan kerakyatan Korea Selatan. Dilaporkan pada penghujung tahun 2007, Mariam diberikan status kerakyatan oleh Korea Selatan.

Mariam kembali semula ke Korea Selatan selepas itu dan terus tinggal di sana. Pada 5 September 2009, kita dikhabarkan dengan berita bahawa Mariam telah meninggal dunia di sebuah rumah kebajikan di Korea Selatan.
Mariam bergambar bersama dengan keluarganya dari Malaysia dan Korea. Imej dari k-popped.com
Bagaimanapun, berlaku kontroversi tentang status agama Mariam. Mariam dikatakan pernah berwasiat supaya jenazahnya diuruskan secara Kristian. Jenazah Mariam juga hampir-hampir nak dibakar kerana wasiat tersebut, Tapi perkara tu dapat dielakkan apabila pihak Wisma Putra masuk campur dalam hal tersebut. Oleh itu, berlakunya perbincangan antara pejabat Kedutaan Malaysia dan pejabat Menteri Luar Korea.

Jenazah Mariam akhirnya dihantar pulang ke Malaysia untuk diuruskan mengikut syariat Islam. Pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) juga mengesahkan bahawa Mariam masih lagi beragama Islam ketika meninggal dunia. Ini kerana terdapat bukti untuk menguatkan dakwaan tersebut.

“Ini berdasarkan bacaan al-Fatihah dan pengucapan kalimah syahadah yang dilafazkan Mariam di hadapan dua anaknya, Jelani, 72, dan Ramlah Soni, 73, ketika tiga beranak itu bertemu semula di Seoul pada Julai 2007. Penyaksian kalimah syahadah itu juga dilafazkan di hadapan keluarga semasa warga emas tersebut pulang ke Malaysia pada Ogos 2007.” – Dipetik dari Utusan Malaysia.

Akhirnya, jenazah Mariam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam, Kota Tinggi, Johor pada 16 September 2009.

Walaupun perkara ni dah lama berlaku, tapi peristiwa yang dihadapi oleh Mariam Johari ini adalah satu perkara yang jarang-jarang berlaku. Kita sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana Mariam menjalani kehidupannya selama lebih 60 tahun di negara orang. Apatah lagi bila mengenangkan anak-anak yang ditinggalkan.

Mariam sendiri tak dapat sembunyikan perasaan bersalahnya kepada anak-anak yang ditinggalkannya itu. Dalam hal ini, bekas Mufti Johor (sekarang Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor) ada memberikan sedikit sebanyak nasihat kepada anak-anak muda dalam membuat keputusan.

”Anak-anak muda jangan mengikut perasaan untuk melarikan diri dari rumah dan berhijrah ke luar negara walaupun tindakan itu mempunyai sebab. Sebelum membuat apa keputusan, ibarat pepatah Melayu, tepuk dada tanya iman dan bukannya tepuk dada tanya selera.” – Datuk Nooh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor. Dipetik dari Utusan Malaysia.
 
Imej dari Berita Harian.
Walaupun begitu, bukan hak kita untuk mengataka tindakan Mariam itu betul atau salah. Ini kerana, zaman yang Mariam lalui tu penuh dengan cabaran dan konflik seperti Perang Dunia ke-2 dan sebagainya. Bagaimanapun, pujian wajib diberikan kepada produser rancangan Korea tu dan kepada semua pihak yang terlibat dalam menunaikan impian Mariam. Semoga kisah Mariam menjadi pengajaran kepada kita semua dan didoakan agar rohnya sentasa dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.



Tentera Jepun Yang Tak Pernah Menyerah Kalah Walau Negaranya Sudah Tewas Selepas 30 Tahun


Pernahkah anda terfikir mengapakah sesetengah negara yang telah aman dari suatu pergolakkan sama ada dari ancaman pemberontak seperti komunis dan lain-lain masih kekal mengamalkan polisi untuk mencengkam sebarang bentuk anasir yang sama dari kembali? Pada fikiran anda mungkin perkara itu sudah tidak munasabah. Zaman telah berubah. Tidak mungkin seseorang itu mampu kekal dengan sebuah ideologi radikal berpuluh tahun lamanya. Jika anda berfikiran sedemikian maka artikel ini untuk anda.

Sebahagian dari anda yang mengikuti berita sewaktu era pemerintahan Marcos di Filipina mungkin mengenali nama Hiroo Onada. Namun sebahagian dari anda yang terdiri dari generasi yang lebih muda mungkin tidak kenal siapakah beliau. Beliau merupakan seorang anggota tentera Jepun yang telah meneruskan perang dunia ke dua selama hampir 30 tahun yakni sehingga tahun 1974 biarpun perang dunia ke dua telah lama tamat ketika itu. Semuanya disebabkan oleh terputusnya komunikasi selain disiplin dan latihan yang telah diterima beliau sewaktu menjalani latihan perisikan ketenteraan Jepun untuk tidak mempercayai langsung sebarang propaganda dari pihak musuh. Ini adalah cerita beliau.

ZAMAN MUDA

Hiroo Onada dilahirkan ke dunia pada 19 Mac 1922 di Kampung Kamekawa, daerah Kaiso yang terletak di dalam wilayah Wakayama Jepun. Dari segi keturunannya Onada dikatakan memang berasal dari keturunan berdarah samurai oleh sesetengah pihak. Malah bapa Onada sendiri merupakan seorang tentera Jepun yang telah terkorban sewaktu pertempuran di China. Darah ketenteraan sememangnya mengalir pekat di dalam tubuh dan jiwa Onada.

Nenek Onada juga dikata telah memberi sebilah pisau kepada beliau untuk beliau membunuh diri melalui seppuku andai beliau ditangkap oleh pihak musuh. Pada usia 17 tahun beliau bekerja di sebuah syarikat perdagangan China ketika itu demi mencari rezeki. Namun tempoh beliau melakukan pekerjaan awam hanyalah seketika kerana tidak lama selepas itu beliau telah mengikuti jejak langkah bapa beliau dengan memasuki dunia ketenteraan pada usia 18 tahun.

ZAMAN LATIHAN KETENTERAAN.

Onada ketika itu telah ditempatkan di sebuah pusat latihan perisikan di Nakano, Tokyo. Pusat latihan itu merupakan pusat latihan khas bagi melatih segelintir ahli tentera Jepun yang berbakat dalam bidang perisikan. Ianya ditubuhkan pada tahun 1938 demi memberi latihan perisikan yang mempunyai kurikulum yang lebih baik pada perisikan Jepun.

Ini disebabkan sewaktu perang Rusia-Jepun pihak Jepun menyaksikan kegagalan yang teruk dari unit perisikan Jepun untuk menyelinap masuk ke dalam sistem ketenteraan Soviet. Tidak mahu perkara yang sama berulang pihak atasan Jepun telah menubuhkan pusat latihan ini bagi menambahbaik perisikan Jepun.

Selepas menamatkan latihan di Nakano, Onada telah dihantar ke Pulau Lubang di Filipina. Beliau telah diletakan dalam briged Sugi (bahagian ke lapan dari Hirosaki). Arahan yang diterima oleh beliau ketika itu adalah mudah. Beliau perlu menghalang sedaya yang boleh sebarang bentuk serangan pihak musuh di pulau tersebut. Ini termasuklah memusnahkan landasan kapal terbang dan juga pelabuhan kapal yang berada di pulau tersebut. Beliau juga diingatkan bahawa walau apa pun berlaku beliau tidak boleh menyerah kalau ataupun melakukan sepukku. Komander beliau ketika itu juga berkata walau apapun yang berlaku mereka akan kembali untuk mengambil Onada.



Kepulauan lubang

Sebaik sahaja mendarat Onada telah menyertai kumpulan askar Jepun yang telah dihantar lebih awal ke pulau tersebut. Dikatakan telah berlaku konflik antara Onada dan pegawai lain yang berpangkat lebih tinggi sewaktu ini. Pegawai tersebut dikatakan telah menghalang Onada dari melaksanakan arahan awal yang telah diterima beliau untuk melakukan kerja-kerja sabotaj.

Ini telah menyebabkan askar-askar Amerika Syarikat dan juga Filipina ketika itu dapat mendarat dengan mudah disebabkan landasan kapal terbang dan juga pelabuhan masih dapat berfungsi dengan elok. Perkara ini merupakan satu kekecewaan yang amat besar pada Onada. Pada 28 Februari 1945 gabungan tentera Amerika Syarikat dan juga Filipina telah berjaya menawan semula Pulau Lubang.

Kesemua askar Jepun ketika itu telah mati ataupun menyerah diri kecuali Onada dan juga tiga orang askar Jepun yang lain. Onada ketika itu telah dinaikkan pangkat sebagai leftenan telah mengambil alih tugas membimbing tiga orang lagi askar Jepun yang masih hidup. Arahan Onada ketika itu hanya satu iaitu lari dan selamatkan diri untuk merancang tindakan selanjutnya. Maka bermulalah penglibatan Onada dalam perang Pasifik.

 Gambar kapal terbang melakukan serangan dalam perang Pasifik

Sumber: Laman Web CIA.GOV. Gambar ini ada di laman web CIA dan jatuh dalam kategori Fair Use. Gambar-gambar lama dari perang dunia pertama dan ke dua selain daripada laporan mengenai era itu ada di dalam arkib CIA dan bebas untuk dibaca oleh orang awam.
 
29 TAHUN HIDUP DALAM PELARIAN DAN PERANG GERILA.

Onada meneruskan hidup beliau ketika itu sebagai saki baki askar Jepun yang masih tinggal. Dalam bahasa ketenteraan saki baki askar yang masih tinggal ini digelar holdout dan dalam Bahasa Jepun ianya digelar Zanryu nipponhei yang membawa maksud askar Jepun yang masih tinggal.

Beliau ketika itu telah bertindak kepada ketua kepada unit kecil seramai empat orang termasuk dengan dirinya sendiri. Saiz unit tersebut yang kecil mempermudahkan mereka untuk menjalankan serangan-serangan bersifat gerila. Tiga orang askar lain yang bersama Onada ialah Yuichi Akatsu, Shoichi Shimada dan Kinshichi Kozuka. Mereka bersama Onada pernah terlibat dalam beberapa siri serangan dan juga berbalas tembakan dengan anggota polis Filipina.

Tidak lama ketika itu perang dunia ke dua telah pun tamat dengan pengeboman Nagasaki dan Hiroshima dengan menggunakan bom Atom oleh pihak Amerika Syarikat. Namun disebabkan faktor terputus komunikasi unit Onada tidak mengetahui perkara ini dan masih menyangka perang masih lagi berterusan.

Gambar menunjukkan Nagasaki dan Hiroshima sewaktu bom atom dijatuhkan.

Mereka walau bagaimanapun ada menjumpai helaian risalah yang menyatakan perang sudah tamat. Risalah itu juga menyeru kepada semua askar Jepun untuk menyerah diri dan mereka tidak akan diapa-apakan jika mereka berbuat sedemikian. Ini mencetuskan perdebatan diantara anggota unit Onada. Namun mereka akhirnya mengambil keputusan untuk tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh risalah tersebut dan mengangap ianya hanya propaganda pihak musuh. Risalah seumpama itu dijatuhkan
 
Jeneral Tomoyuki Yamashita yang digelar “Harimau Malaya”. Beliau dihukum mati pada tahun 1946 atas jenayah perang di negara-negara Asia tenggara seperti Malaya dan Filipina.
Terdapat juga beberapa risalah yang digugurkan yang mengandungi arahan dari seorang jeneral Jepun yang bernama Tomoyuki Yamashita yang memberi arahan pada saki baki tentera Jepun untuk menyerah diri. Anda mungkin mengenali nama jeneral ini dalam buku teks Sejarah Malaysia.

Beliau merupakan individu yang digelar “Harimau Malaya” di atas kejayaan beliau membantu pihak Jepun menjajah Malaya satu ketika dulu. Unit Onada masih lagi kekal tidak mempercayai risalah tersebut. Dalam fikiran mereka tidak mungkin Jepun boleh tewas semudah itu. Pemikiran mereka mungkin ada logiknya jika ianya dalam situasi yang biasa. Namun mereka tidak mengambil kira kewujudan bom atom mengubah arus peperangan moden sewaktu membuat keputusan itu. Ketika ini tempoh penyembunyian unit Onada telah mencecah hampir setahun.

Pada tahun 1949 Yuichi Akatsu salah seorang anggota uni Onada yang ketika itu sudah tidak dapat menahan diri hidup susah dalam pelarian telah mengambil keputusan untuk berpecah dari unit Onada menyerah diri kepada pihak berkuasa Filipina. Beliau sempat hidup bersendirian selama enam bulan sebelum menyerah diri pada tahun 1950. Perkara ini dipandang serius oleh unit Onada dan mereka mula merisaukan keselamatan diri mereka. Segala tindak tanduk mereka selepas itu dirancang dengan penuh berhati-hati.
Contoh helaian risalah yang mengatakan perang sudah tamat dalam Bahasa Jepun. Sumber: Laman Web CIA.GOV.

Tahun 1952 menyaksikan perubahan dalam teknik memujuk saki baki askar jepun menyerah diri. Surat dan gambar dari keluarga-keluarga askar-askar Jepun mula dijatuhkan dari udara berbanding risalah demi memujuk mereka menyerah diri. Namun ianya tidak memberi kesan pada unit Onada yang kini hanya terdiri dari tiga orang kerana mereka masih mempercayai ianya hanyalah satu tipu helah dari pihak musuh.
Contoh helaian risalah yang mengatakan perang sudah tamat dalam Bahasa Inggeris. Sumber: Laman Web CIA.GOV.

Pada tahun 1974 seorang anak muda Jepun bernama Norio Suzuki telah mengambil keputusan untuk mengembara mengelilingi dunia. Jepun ketika itu sedang mengalami kemajuan selepas perang disebabkan insentif yang disediakan oleh Amerika Syarikat bagi memulihkan ekonomi Jepun. Bagi anda yang tidak begitu arif dengan sejarah perang dunia ke dua perlu anda tahu punca utama Jepun melibatkan diri dalam perang dunia ke dua ialah bagi memulihkan ekonomi Jepun yang sedang jatuh selain beberapa sebab lain.

Ini kerana ekonomi dan perindustrian Jepun mencanak naik sewaktu perang dunia pertama dan ramai pemimpin dan rakyat Jepun menyangka perkara itu akan berulang jika mereka terlibat dalam perang dunia ke dua. Sentimen dan kepercayaan perang membantu ekonomi Jepun ini ada diterangkan dalam novel Memoir of A Geisha. Maka atas sebab itu Amerika Syarikat cuba membantu Jepun memulihkan ekonomi mereka untuk mengelakkan Jepun terlibat dalam peperangan sekali lagi.

Selain itu Amerika Syarikat juga didorong rasa bersalah kerana menjatuhkan bom atom di Nagasaki dan Hiroshima. Dunia ketika itu masih lagi tidak begitu menyedari kesan buruk dari senjata berasaskan nuklear. Apa yang berlaku pada Nagasaki dan Hiroshima telah membuka mata mereka.

Berbalik kepada cerita Norio Suzuki, beliau ketika itu memasang tekad untuk mencari “Seekor panda, Onada dan juga orang salji hidup (Abominable Snowman). Anda mungkin pelik dengan senarai ini namun perlu anda fahami program pemulihan panda masih di peringkat awal ketika ini dan spesis panda ketika itu sedang diancam kepupusan. Mana Onada dan orang salji hidup pula dianggap dua perkara yang seolah mustahil untuk dicari ketika itu.

Onada ketika itu telah diumumkan mati oleh kerajaan Jepun. Mereka sebelum ini menyangka Onada masih hidup dan bersembunyi di dalam hutan namun selepas mayat Kozuka iaitu salah seorang anggota unit Onada dihantar pulang ke Jepun mereka mula bertukar fikiran dan menyangka Onada telah pun mati.

Pada tahun 1974 Norio Suzuki telah bertemu dengan Onada biarpun sebelum ini ramai pihak gagal mencari beliau. Suzuki pada awalnya tidak tahu bagaimana untuk mencari Onada. Oleh itu beliay mengambil keputusan untuk mengguna di kawasan hutan sehingga Onada muncul. Akhirnya beliau mendengar seseorang melaungkan “Oi!” kearah beliau.

Suzuki telah berjaya menemui Onada! Onada ketika itu dikatakan masih lagi lengkap berpakaian uniform ketenteraan Jepun. Onada ketika dijumpai ketika itu sudah sedia untuk menembak mati Suzuki namun Suzuki dengan pantas berkata “Tuan Onada, Maharaja dan rakyat Jepun risaukan kamu”. Onada boleh dikatakan seorang rakyat Jepun yang amat setia dan sayang pada Maharaja Jepun dan mendengar nama Maharaja Jepun itu membuatkan beliau membantalkan hasrat beliau untuk menembak Suzuki.

Apabila ditanya mengenai pertemuan Suzuki dengan beliau beberapa tahun selepas itu Onada telah berkata:

“Budak hippie Suzuki itu datang ke pulau Ludang semata-mata ingin mendengar luahan perasaan seorang askar.. Beliau bertanya pada saya kenapa saya tidak ingin keluar dari hutan..

Suzuki (Kiri) dan Onada (Kanan)
Jika ketenteraan Onada masih lagi kekal kuat selepas sedia lama. Beliau berkata pada Suzuki selagi tidak ada arahan dari komander beliau beliau tidak mungkin pulang kerana beliau masih lagi menjalankan tugas. Ini telah menyebabkan Suzuki berjanji untuk kembali ke Jepun untuk mencari bekas Komander Onada demi memujuk Onada pulang.

Sebaik saja pulang ke Jepun Suzuki telah menunjukkan gambar beliau bersama Onada sebagai bukti Onada masih hidup kepada kerajaan Jepun. Kerajaan Jepun mengambil tindakan pantas ketika itu dan cuba mengesan bekas komander Onada. Bekas komander Onada yang bernama Yoshimi Taniguchi ketika itu telah pun bersara dan kini bekerja sebagai seorang penjual buku.

Tidak lama selepas itu pada Mac 1974 Suzuki telah kembali bertemu Onada. Namun kali ini beliau membawa bersama bekas komander Onada. Selepas berpuluh tahun lamanya Onada akhirnya menerima arahan rasmi untuk pulang. Komander Onada akhirnya menepati janjinya beliau pada Onada yang dilafazkan pada 1944 iaitu “walau apa pun yang berlaku kami akan kembali untuk kamu”.

Onada akhirnya dilepaskan dari tugas beliau sebagai seorang tentera.

Sewaktu menyerah diri kepada pihak Filipina beliau telah menyerahkan satu senapang jenis Arisaka Type 99 yang masih lagi berfungsi dengan elok, hampir 500 peluru hidup, beberapa bom tangan, pedang samurai dan juga belati yang diberi oleh nenek Onada bagi melakukan seppuku jika ditawan musuh. Presiden Filipina ketika itu iaitu Ferdinand Marcos telah mengambil keputusan untuk memberi keampunan kepada Onada.

Tidakkan ini menyebabkan beliau dikecam rakyat Filipina kerana Onada ada membunuh beberapa orang anggota polis Filipina sewaktu penyembunyian beliau. Onada akhirnya diterbangkan pulang. Onada ketika diminta mengulas mengenai kekalahan Jepun pada perang dunia Ke dua tanpa segan silu mengatakan “Perkara ini amat memalukan! Mengapakah mereka secuai ini dalam berperang?!”.
Onada menyerahkan pedang beliau kepada Presiden Filipina ketika itu Ferdinand Marcos. Beliau berpakaian lengkap uniform ketenteraan Jepun.
HIDUP SELEPAS PENYEMBUNYIAN.

Onada mencatat populariti yang amat tinggi setelah pula ke Jepun. Terdapat juga beberapa pihak begitu kagum dengan semangat patriotik dan sayangkan maharaja beliau sehingga ada yang mendesak beliau menjadi seorang ahli politik dan bertanding dalam pilihanraya Jepun. Dengan menggunakan khidmat seorang penulis bayang beliau telah menerbitkan biografi beliau sendiri bertajuk “Tidak Menyerah Kalah: Perang 30 Tahun Saya”.

Onada sewaktu tiba di Jepun.

Buku tersebut menceritakan secara lengkap apa yang telah berlaku sepanjang tempoh penyembunyian dan perang gerila beliau. Walaubagaimanapun sebuah dokumentari Filipina telah mendedahkan Onada sebenarnya sudah membunuh jauh lebih ramai orang daripada jumlah yang dinyatakan di dalam buku beliau. Media Jepun biarpun menyambut kepulangan beliau tetap melaporkan kesemua salah laku beliau sepanjang tempoh 30 tahun tersebut.

Biarpun tempoh perkhidmatan beliau sebagai tentera “melebihi had” kerajaan Jepun tetap menawarkan sejumlah besar wang kepada beliau atas tanda terima kasih di atas kesediaan beliau untuk berkhidmat. Beliau walau bagaimanapun menolak wang tersebut. Selepas menerima desakan untuk beliau menerima wang tersebut Onada mengambil keputusan untuk menderma kesemua wang tersebut ke tokong Yasukuni. Tokong Yasukuni merupakan tokong yang dibina khas pada tahun 1869 oleh Maharaja Jepun bagi menghormati kesemua askar Jepun yang terkorban dalam peperangan.

Onada biarpun telah pulang ke tanah air dikatakan tidak begitu gembira melihat begitu banyak adat Jepun ditinggalkan demi kemodenan. Pada Onada ianya ibarat rakyat Jepun terutamanya generasi muda telah hilang maruah sebagai bangsa Jepun. Fokus media yang terlampau pada beliau juga menimbulkan rasa tidak senang hati pada dirinya. Oleh itu Onada mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah abangnya dan berhijrah ke Brazil 1975. Disana beliau telah menjadi ketua kepada komuniti kecil rakyat Jepun yang tinggal di Brazil. Pada tahun 1976 Onada akhirnya juga telah berumah tangga.

Namun begitu hati Onada tetap pada Jepun. Pada tahun 1984 beliau telah membaca berita mengenai bagaimana seorang anak muda Jepun membunuh ke dua ibubapanya disebabkan tekanan perasaan. Onada mula merasakan dia perlu melakukan sesuatu demi membaik pulih anak muda Jepun. Beliau kemudiannya telah kembali ke Jepun dan membuka sebuah sekolah hutan bernama Onoda Shizen Juku (Sekolah alam Onada) bagi mengukuhkan mental dan juga fizikal anak muda Jepun.

 
Mungkin disebabkan beliau masih menyimpan rasa bersalah pada rakyat Filipina beliau telah kembali ke Pulau Lubang pada tahun 1996 dan menderma sejumlah besar wang pada sebuah sekolah di situ. Isteri beliau pula aktif berpolitik dan menganggotai sebuah pertubuhan bernama Pertubuhan Wanita Konservatif Jepun. Pertubuhan ini lebih kepada gerakan politik yang berusaha mengembalikan kuasa maharaja Jepun. Onada juga menganggotai gerakan Nihon Kagi yang membuat impian yang sama.


Onada sewaktu melawat semula Pulau Lubang.


KEMATIAN

Onada meninggal dunia pada tahun 2014 disebabkan komplikasi kesihatan berkaitan jantung. Setiausaha ketua kabinet Jepun Yoshihide Suga ketika itu telah berkata “Saya hanya yakin perang telah benar-benar tamat setelah Onada pulang”.

Onada yang telah berusia memegang gambar beliau sewaktu beliau baru keluar dari penyembunyian.

RUMUSAN
Saya sejujurnya sedikit kelat untuk mengulas lanjut mengenai kisah Onada ini. Sebagai seorang rakyat sebuah negara yang pernah dijajah oleh Jepun biarpun dalam tempoh yang agak singkat saya tidak begitu gemar mengulas mengenai ketenteraan Jepun disebabkan kekejaman tentera mereka kepada rakyat negara Malaysia satu ketika dahulu. Biarpun saya gemar mengulas mengenai budaya dan falsafah Jepun dari segi dasar pandang ke timur, sejarah ketenteraan Jepun merupakan sesuatu yang saya secara peribadinya cuba menjauhkan diri dari membuat ulasan.

Namun pada saya kita sebagai rakyat Malaysia boleh mempelajari banyak perkara dari Onada. Sejauh manakah kesetiaan kita pada Yang dipertuan Agong dan negara? Mampukah kita melakukan perkara yang sama seperti Onada yang sanggup hidup dalam persembunyian dalam tempoh hampir 30 tahun demi negara?
Namun Onada juga menunjukkan sisi gelap betapa seseorang manusia mampu berpegang pada ideologi yang sama biarpun hampir puluhan tahun berlalu.. Kekuatan mental (Atau mungkin kelemahan?) seseorang manusia untuk meyakin diri sendiri yang mereka di pihak yang benar walau apapun yang berlaku benar-benar mengagumkan terutamanya dalam kes Onada ini jika dilihat dari sudut psikologi. Bukan itu sahaja.

Rata-rata veteran yang telah berkhidmat selama itu dan pernah turun ke medan perang kebiasaannya mempunyai kemungkinan yang amat tinggi untuk menghidapi Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD). PTSD biasa berlaku pada individu yang melihat sesuatu yang mengejutkan atau terlampau menakutkan. Onada walau bagaimanapun tidak menunjukkan simptom PTSD yang nyata.

Pada pendapat saya biarpun saya bukanlah seorang pakar psikologi keteguhan Onada yang berpegang teguh pada segala ajaran beliau sewaktu di sekolah perisikan selain daripada keupayaan beliau yang amat tinggi untuk meyakinkan dirinya sendiri yang bahawa peperangan belum tamat dan apa yang beliau lakukan ini ialah untuk maharaja dan negara Jepun menghalang PTSD meninggalkan kesan yang mendalam pada beliau.

Beliau masih mampu meneruskan hidup secara normal malah beliau juga sempat berkahwin. Kemampuan mental yang mampu dicapai oleh Onada ini adalah amat-amat benar mengagumkan jika dari sudut psikologinya.

Rujukan.
Deacon, Richard (1986). A History of the Japanese Secret Service.
https://www.cia.gov/library/center-for-the-study-of-intelligence/csi-publications/csi-studies/studies/vol46no3/article07.html
https://www.theguardian.com/world/2014/jan/17/hiroo-onoda-japanese-soldier-dies
http://www.latimes.com/local/obituaries/la-me-hiroo-onoda-20140118-story.html
http://www.bbc.com/news/world-asia-25772192
http://www.japanprobe.com/2006/11/29/wife-of-no-surrender-soldier-becomes-president-of-conservative-womens-group/