Sunday, 26 February 2012
Anjung Rumah Tok
Ini anjung umah Tok....rumah Melayu Perak lazimnya ada 3 tangga. Tangga Anjung, tangga tengah dan tangga dapor. Pintu tangga anjung hanya dibuka dihari-hari tertentu sahaja.....Raya, kenduri dan sewaktu ramai org di sebabkan sesuatu peristiwa.
Tangga tengah adalah tangga di bahagian penyambung rumah antara dapor dan Anjung(rumah ibu). Di bahagian atas ruang ini selalunya ada salur air yg besar..... pintu di tangga ini selalu di buka, samalah juga pintu di bahagian tangga dapor.
Ismail Bin Md. Shah......Datok Aki.
Di anjung umah Tok (kini dah menjadi umah Acu) di siapkan dengan ampaian sejadah.... songkok di sangkutkan pada tanduk rusa.... Aki selalu solat di bahagian dapor..... dan selalu Acu mengingatkan supaya solat di anjung....... dulu, Tok selalu duduk di tepi tingkap sambil menghisap curut cap tekoh. Tok selalu memerhatikan kami bermain-main di halaman umahnya yg berkongsi laman ngan Pakcik. Tetiba Tok bersuara dengan suara garaunya ....."mike ingat...nanti kete akan sampai kesini..."...semua terdiam....lepas tu sambung main semula.
Manakan mungkin kereta hendak dibawa menyeberangi Sungai Perak. Akhirnya tahun 1986 dengan Jambatan Bukit Sapi yg belum siap itu Aki membawa pulang dua anak dan seorang Isteri dengan kereta Mazda BAU 1349 sampai di halaman umah Tok...... Pakcik mengalirkan airmata....Pakcik berkata pada Acik "Na....betul kata Pak....sampai sungguh keta di hadapan umahnya".......tp sayang, Tok telah lama pergi....anjung ini meninggalkan seribu kenangan Aki bersama Tok Ismail bin Md. Shah bapa kepada Almarhumah Ibu Aki Fatimah bt Ismail ......... Al-Fathihah......