Friday, 24 February 2012
Mak Habis pinang
Hari sabtu pada tahun 1968....."Man...ooooo man, balik...." suara Mak memang nyaring. Aki boleh mendengar sejauh ini....Aki sedang bermain di bawah pokok bunga tanjung di laman rumah Pek Te. Aki mengutip bunga tanjung yang bertaburan jatuh. Bunga ini aki "karang" dengan tali dan di buat rantai....kemudian kami pakai ramai-ramai.....selalunya aki dengan kawan-kawan jarang memakai baju."Mannnnn.....balik". Sekali lagi suara Mak memanggil Aki. "Yaaaa....." jawab aki sambil berlari balik. Matahari baru menjengah. jam lebih kurang pukul 10 pagi.
Sampai di hadapan tangga..."ada apa Mak"....Aki bertanya pada Mak. Mak sedang menyapu sayang dengan "pokok mempulut" yang diikat pada buluh....."Mak habis pinang....Man gi rumah Pek Aji Kiah, minta pinang sikit"....Mak mengadu pinangnya habis. aki terus berlari menuruni bukit di belakang rumah Tok. Rumah Per Aji Kiah hanya sebelah bawah rumah Tok sahaja....tepi sungai...."Pek...oooo ...Pek.." Aki memanggil Per Aji. "Ye' jawab Pek Aji pendek. "Ha....ni kenape tak beri salam?"....Aki terkulat-kulat menelan air liur....."Assalamualaikum Pek.....Mak minta pinang"....."haaa...gi lah cari sendiri....banyak pinang yang luruh tu, lain kali tak payah mintak....gi ambil jerr". Pek Aji memberi kebenaan.
Aki kebelakang rumah Pek Aji....memang banyak sungguh buah pinang yang luruh. Ada sebatang pokok jambu disana. Aki mengintai-ngintai buah jambu yang masih muda itu. Entah memang rezeki Aki, ada sebiji sebesar penunbuk sedang kuning.....Aki terus mengambil buah jambu itu baru aki mengutib pinang. Dengan kain pelikat yang aki buatkan kandoi....maka aki pun mengutiblah buah pingan yang kekuningan itu dan masukan kesalam kandoi kain. Sampai dirumah Aki lambakan buah pinang itu di bawah rumah. "Mak.....ni pinangnya" Aki menjerit pada Mak. "Yaaa....Mak menjawab pendek, haaa jangan gi mana-mana lagi tu...gi mandi....kain tu dah bau masam kene air kulit pinang tu" Mak pula menjerit.....
Aki tak kemana lagi....bunga tanjung yang Aki kutib tadi ada dalam pegulung kain Aki. Aki keluarkannya dan Aki minta adek perempuan Aki mengambil benang dan kami mula mengarangnya.....lepas itu kami pakai....sekali lagi Mak jeritkan supaya pergi mandi.....
Aki dengan adek-adek berlari kesungai....sementara mak aki mengikut dari belakang dengan baldi yang penuh dengan kain yang nak bi basuh.....sampai disungai....kami mandi sepuas-puasnya sambil menyelak daun-daun yang terndam dalam air....selepas di selak....ada kalanya Aki akan nampak udang.....Aki menangkapnya dan terus di buang kepalanya.....perhhhhh Aki makan mentah-mentah.....mana dulu, Aki dulu ke Sushi dulu?.......masihkah anda ingat dengan semua ini? atau anda tak pernah merasinya... heeeee seronok tauuuuu.....jumpa lagi.