Friday, 24 February 2012

Mesin "Getah Asap Berbunga"....


Dulu ade dua radio saje....satu Radio Malaysia Kuala Lumpur dan satu lagi Radio Singapura. Radio Singapura banyak bahan-bahan siarannya.....ini termasuklah Indek Sahamnya....dia akan memberi harga saham semasa...."Getah asap berbunga" adalah merujuk kepada harga getah semasa.....

Kampung Chepor, Kg. Bukit Sapi, Kg. Luat dan Kg. Beng, semua kampung-kampung ini berada di seberang Sg. Perak dan di lengkongi banjaran gunung yang membiru..... suhunya amat dingin dan dalam setahun hampir enam bulan minyak masak (kelapa) akan beku di awal pagi. Suasana paginya berkabus membawa ke jam 10 pagi.

Dengan suhu yg sedemikian bunga-bunga mengembang segar dan pokok buah-buahan lebat berbuah dan getah adalah sumber pendapatan harian.....

Jam 6 pagi sudah bising seluruh kampung.... anak-anak ke sekolah dan ibu bapa bersama baldi dan sedikit bekalan meredah embun pagi ke kebun getah masing-masing. Proses pertama pokok getah di toreh... dan getah yg beku di alurannya di tarik keluar dan getah ini di masukan ke dalam bakul yg di bawa di sisi pinggang. Selesai menoreh jam kurang lebih 10 pagi. Masa berehat, getah beku yg di pungut tadi akan di pukul dengan kayu utk mengeluarkan kulit kayu yg bercampur dengan getah beku itu.... getah ini di panggil getah "sekerap". Selepas 1 jam berehat, untuk proses kedua adalah mengutip getah cair yg di tadah di dalam pot dan di masukan kedalam baldi. Proses ini di panggil "mengutip".

Selesai semua ini getah di bawa ketempat proses pembekuan, getah di tapis, di takung dan di campur sedikit air dan cuka getah utk pembekuan. Selepas getah beku....getah ini di pijak utk menipiskannya sehingga setebal 1 inci. Untuk proses seterunya adalah mesin getah ini dengan mesin licin sehingga in menipis setebal 1/2 inci, selepas itu dia akan melaluai proses terakhir dengan di masukkan kedalam mesin bunga. Maka getah tadi bagaikan sebidang tikar kurang lebih 2x4 kaki dengan corah berpetak potongan Tepung Talam...... Gambar di atas adalah dua jenis mesin yang Aki maksudkan itu.