Saturday, 18 February 2012

SAMA SENADA Bagai ANJING BURUK KEPALA

DAP...PAP...SAP...PAS. Cuma yang tiada ada DAD. Perbezaan disini adalah? Semua huruf di gunakan semula kecuali DAD. Tony Pua berkata "DAP" tidak menyokong Israel. Kerana perlakuan kejam Israel kepada Plastine dan dia menyokong pengujudan Negara Plastine. Dalam masa yang sama PAP memberi statistik terbaru mengenai pencapaian Pendidikan dan Kerjaya Melayu Singapura yang telah melonjakan pendapatan perkapita Negara tersebut. Sejuk jer telinga mendengarnya.

Rasanya tidak ada bezanya LGE berkata....penduduk Melayu Pulau Pinang juga telah mendapat kehidupan yang lebih baik di Pulau Pinang sekarang ni selepas "Cina DAP" memerintah di sana. Naik gaji RM 100.00 tapi rumah naik RM 1 juta ringgit dengan kos bayaran bulanan mencecah RM 3,000.00 - RM 5,000.00 sebulan. Ada akai ka.....

Mengnyahkan Melayu Pulau Pinang dari pulau bukan perkara baru....ianya bermula dari zaman "GERAKAN" lagi....tp ini dapat di perlahankan dengan pengawalan kerajaan Pusat yang masih dominan dengan "Kerajaan Melayu". Bayan Lepas dan Balik Pulau masih ada rumah mampu milik yang di bena oleh kerajaan. Tapi kini semua itu tinggal kenangan. Oleh itu disebabkan Melayu Pulau Pinang sudah merasakan kesilapan mereka menyokong DAP dan kini sedang membuat pusingan "U". DAP perlu mengambil hati dengan penipuan terhalus yang boleh meresap kejiwa Melayu. Kata-kata indah begini selalu terkeluar dari mulut DAP atau PAP sekiranya mereka ada perancangan baru untuk "Kerja Jahat" mereka selepas ini.

Kelebihan Cina...mereka cepat dapat menghidu sesuatu perkara itu dengan sempurna dan mereka akan cepat bertindak dengan membuat beberapa "On the sport PLAN". Kini mereka mencuri hati Melayu dengan mengubah plan asal yang telah di rosakkan oleh Bung Nuar. Secara tidak langsung sebenarnya DAP tidak langsung mengharapkan PKR. Ini kerana PKR tidak akan berusia panjang seperti Parti-parti nyamuk yang lain. Sebaliknya mereka perlukan PAS. PAS adalah undi penentu kuasa Melayu. DAP sangat pintar, dia tahu dalam PAS ada kumpulan TEGAR. Sementara Melayu dalam PKR pula sudah dapat di tarik hidung semahunya. Kumpulan Melayu PKR dan Melayu TEGAR PAS inilah perlu di tawan hati mereka.

Dengan menawan hati dua kumpulan ini untuk menyokong DAP, Anwar dapat di jauhkan dari Pakatan Raayat. Secara tak langsung sekiranya Pakatan Raayat menang nanti.....Haji Hadi dapat di tundukkan oleh DAP dan PM akan menjadi milik Cina dengan MCA dan Gerakan akan menyusul kemudian.

Kalau dilihat sekilas pandang....Bung Nuar sekarang ini bagaikan "Syok Sendiri".....dia tenggelam dalam pujian rakan-rakannya dari luar Negara, sebab dia percaya dengan sokongan dari luar dapat memberi tekanan kepada Najib. Sedangkan dia lupa sekarang dia di ibaratkan bagai kata bidalan"SEPERTI ANJING BURUK KEPALA" yang bermaksud sudah ada kumpulan yang berani menghalaunya dari berceramah di kawasan mereka dan Bung Nuar juga lupa dalam sejarah kejatuhan Negara-negara Arab adalah mereka yang ada hubungan baik dengan US dan Israel....kecuali Libya. Dengan ujudnya "Kuasa Ketiga" atau IMR yang di dokong oleh Hassan Ali dengan JATI.....banyak Melayu telah PULANG kepangkal jalan.

Ats kesedaran inilah DAP telah membuat pusingan "U" untuk menjinakkan Melayu tegar PAS dan Melayu yang dicucuk hidung dalam PKR supaya tidak lupa "meninggalkan" undi mereka untuk DAP, PKR dan PAS.

Kini mereka menjadi semakin hebat...kerana kita yang menjadikan mereka hebat. Dengan dasar DAP yang dengan terang keujudan mereka untuk menjahanamkan Islam.....apakah kita tidak terpalit dengan kuasa yang kita berikan kepada mereka melalui "UNDI"?....kalau di kaji dari susun galur peminum arak...."orang yang buat, orang yang jual, orang yang bungkus, orang yang tolong beli dan orang yang minum...semuanya akan terpalit dengan dosa peminumnya. Fikir-fikirkanlah.

Tangisan Melayu terus berpanjangan....