Saturday, 11 February 2012

Warkah Untuk Perantau

Dari Nenda Tok Aki Aji
19 rabiul awal 1433 = 11hb. Feb. 2012.

Assalamualaikum Cucunda di perantauan, dari jauh Nenda do'akan semuga Allah memelihara keimanan dan kesihatan cucunda. Jagalah diri bebaik.....Nenda berbicara Bahasa Tua....cucunda berbicara Bahasa Muda....Bahasa Tua jemu didengar....Bahasa Muda yowyow belaka.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Sungguh jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Tak pernah sesaat pun Nenda melupai Cucunda, senyum...tawa dan tangisan sering bermain diruang mata Nenda. Teringat semasa Cucuanda nak ke perantauan dulu. Bonda Cucunda mempelawa Nenda ke Padang Kapalterbang menghantar Cucunda, tp Nenda tak tahan dengan Ayah Co Cucunda membawa kereta....walau pun Bonda telah sapukan minyak cap kapak...tp plastik merah tak pernah Mak Co cucunda lupakan. Baru berjalan 10 rantai Nenda dan muntah...Nenda minta Ayah Co hantar balik kerumah kita. Seminggu Nenda demam.

Sepekan sudah, Opah Cucunda ada buatkan ketupat....katanya teringat sangat kat Cucuanda. Nenda katakan pada Opah, mana boleh hantar ke sana nanti basi ditengah jalan...nanti kempunan cucu kita. Tapi Nenda ada belikan daging di Gerai Pak Buyung Daging....Opah Cucunda buatkan serondeng. Nenda telah minta tolong Jamil Teksi poskan pada Cucunda. Tapi Nenda tidak menerima apa-apa berita dari Cucunda.....baik di Alex, Cairo, Jeddah, Madinah, Mekah mahu pun di Jordan. Ada juga Nenda hantar kepada Cucunda di Yamen.

Semalam hati Nenda dibang-dibu....tak tahu apa GERUHnya. Terbayang Cucunda di US, di Canada, Jepun, Korea, LeverFool dan Russia. Ingat pesan Nenda....jaga tingkah laku di rantau orang. Masuk kandang kambing mengembek...kalau masuk kandang rimau, pandai-pandilah kamu menjaga diri. jangan membawa resam ayam jantan....kokok berderai-derai tapi Ekor Bergelumang Najis. Sebaliknya bawalah resam padi...semakin tunduk semakin berisi.

Khabar dari Tanah Air tidaklah molek sangat ketika ini. Suka dan duka bercampur-baur. Maulud Nabi kemarin masih lagi berjalan elok tapi ada yang melarang kerana katanya ini adalah amalan Ugama Kristian dalam masa yang sama ada pula Ostat yang membolehkan menyambut "Hari Kekasih". Nenda yang tua ni menjadi bertambah pening dengan Ostat-ostat yang "membuka" kitab ni. Teringat pesanan Tok Hasim semasa Nenda berguru dengannya. Ulamak ni ada banyak gulungan....tapi yang Nenda ingat ada 3 sahaja. Pertama, Ulamak Sebenarnya dengan mengurangkan berhujah tp banyakkan amalan. Kedua Ulamat Bisu, yang membiarkan kekufuran berlaku tanpa ditegurnya dan yang ketiga adalah Ulamak Jahat. Ini Nenda tidak faham....tapi sekarang sudah mula kelihatan dan Nenda semakin faham.

Semalam Opah Cucunda mengajak Nenda menonton TB.... malas Nenda nak tengoknya.... banyak sangat unsur maksiat disana. Perkara yang AIB diulang-ulang. Orang kafir dah tidak menghormati kita lagi. Mereka telah ramai sehingga Orang Asli, Iban, Kadazan dan Bidayoh telah mereka kafirkan yang sememangnya mereka itu kafir. Tapi telah dicinakan. Sedangkan dulu mereka bersama kita. Hindaf pula menyaman kerajaan sebanyak RM 55 Billion. Kerajaan tetap sama.....berlembut dan bertolak ansur.... sehingga kita di tolak beransur-ansur. Sukar nak melihat apa didalam hati. Kerja daawah hanya tinggal Kumpulan Tablik saja yang jalankan.

Gejala murtad sudah tidak terbendung lagi....hari-hari ada kes terbaru. Dengan Izin Allah....Hassan Ali telah dengan beraninya menanggung risiko ini. Beliau telah berkelana keseluruh Negara sekarang ini menjelaskan tentang Kes Murtad dan kenape terjadi begini....dengan cara itu Melayu sekarang telah membuka mata. Walau pun ada yang segelintir masih dengan hujah mereka mengatakan Hassan Ali gilakan Jawatan dan Pangkat. Hassan Ali bergerak sendirian...kini dah ada mereka yang sayangkan Ugama secara luhur memikul tanggung jawab ini bersama Hassan Ali. Menangis kita bila mendengar peneranganya.

Tapi entah kerana apa ada sahabat kita sanggup ke gerai babi memberi ampau kepada tokey gerai....sukar nak jelaskan kerana ini soal hati....dia kesana kerana Dakwah kejalan Allah atau kerana memancing UNDI sukar nak di jelaskan. Tapi dari gaya berbual, berpakain dan suasana disitu ketika itu menjelaskan bukan kerana Allah...ini kerana tiada di sebut langsung beriman kejalan Allah....tapi mungkin juga ini kunjungan ziarah...tp kenapa tidak kerumah...kenapa kegerai babi?

Ini adalah khabar yang terbaru. Raja Petra, kerabat Di Raja Selangor ada mengeluarkan bukti tentang kecurian pasir di Selangor. Ada dua orang Pemimpin Melayu terlibat didalam denganya. Raja Petra ada tunjukan buktinya sekali. Semalam mereka mengaku mengambil duit sebanyak RM 50,000.00 tp bukannya RASUAH, tp mereka pinjam dari kompeni yang mereka bagi kontrek mengorek pasir tersebut. Sementara PERKASA pula terperangkap dengan tektik DAP. DAP memberi amaran kepada MCA supaya jangan berkawan dengan PERKASA. Sedangkan sememangnya MCA dan PERKASA mana boleh berkawan sebab perjuangan berbeda. Ini namanya memberi tekanan kepada MCA dan pengundi cina berasaskan perkauman akan lari kepada DAP. Tapi Melayu tidak begitu Cucunda....kerana kita suka berkongsi.

Hati nenda bertambah terguris bila melihat Najib bersama-sama kaum HINDU di batu Cave. Sedangkan Thaipusan ini adalah perayaan Agama Hindu. Telah di pesan oleh MUFTI Perak....haram hukumnya menyertai mereka ini. Bagaimana Akidahnya....jatuh kelapa berbunyi dentumannya...tp kalau gugur iman...sendiri punya badan pun tak tahu. Inilah yang merisaukan Nenda kepada Cucunda di perantauan. Jagalah Solat dan makanan....kerana makanan akan membuatkan hati menjadi hitam.

Nenda semakin keliru dengan saudara seugama dengan kita. Mereka tak suka sesama kita....mereka lebih suka kepada orang yang membenci kita. Mungkinkah SYUHADAH kita berbeda....kalau berbeda di mana PERBEZAAN itu.

Pernah Ayahda Nenda berpesan kepada Nenda...ini amanatnya "Kalu Aku masih hidup, ini pesanan...kalu Aku mati, ini amanat Aku. Behati-hatilah dengan Cina, mereka ini nak jadikan Tanah Melayu ni Negara mereka. Kalu keadaan itu berlaku, MOHlah kita....." perkataan MOH ini hanya adik-beradik kita saja yang faham. Tak boleh di sebutkan, kerana sekarang ini terlalu banyak "Tali barut dan Gunting dalam Lipatan". Kalau kita masuk ke FB mereka....di halaunya kita balik ke Indonesia. Malang sungguh Melayu ni cucunda. Belum mereka berkuasa mereka telah menghalau kita. Sedangkan hakikatnya mereka yang patut kita halau,

Cucunda.....bagaimana cuaca di sana....Nenda dengar dari Opah yang rajin tengok TB, katanya di England jalan dah jadi ais....salji turun tidak berhenti....kalau buat ais kepal macam Kedai Awang Zenon mesti sedap ya Cucunda.... letakkan dalam daum keladi....bubuh air gula banyak-banyak.

Cucunda yang di rindui......ini ada cerita baru, ada sebuah KFC di Shah Alam terbakar....katanya ini berkaitan dengan "BUDAK MELAYU" membelasah "CINA KURANG AJAR" di I-City dua tiga hari yang lepas. Tapi cucunda jangan risau....kalau Nenda mati pun Nenda akan pastikan mati mempertahankan Ugama ISLAM dan Keluarga kita...LILLAHIATAALA dan bukanya mati kerana POLITIK kerana UNDI dan KUASA kerana ALLAH lagi MAHAKUASA.

Cucunda .....benarkah ada dalam makalah orang Jepun ada gambar pemimpin kita pakai tuala sahaja dalam bilik hotel dengan Amoi cina? Ehh...malunya Nenda kalu itu pemimpin Melayu. Teringat zaman kejatuhan Empayar Osmaniah dulu....kerana perempuanlah kita di halau dari Andalusia macam menghalau binatang ternakan. Sehinggalah keseluruhan Andalusia itu jatuh kepada KAFIRUN dan di tukar namanya kepada Sepanyol.Cucunda juga di beritakan ada dalam Makalah Orang Puteh pula mencerita ada pemimpin Melayu membela Israel? kalu ada Cucunda membacanya.... janganlah percaya, kerana itu adalah makalah orang kafir. Tp kalu cerita itu datang dari Makalah orang Islam...hendaklah kita ambil perhatian. Pemimpin seperti ini adalah "MUSUH DALAM SELIMUT". Maaf Cucunda....warkah asal surat ini Nenda tulis dalam tulisan Jawi...Nenda minta Iman Al-Farris salin semula surat ini dalam tulisan Rumi....kalu salah itu mungkin Iman Al-Faris yang SALAH.

Sekian dulu dari Nenda....nanti Nenda akan hantar Warkah yang lain pula. Maafkan Nenda dengan menyusun jari sepuluh Nenda mohon ampun atas salah dan khilaf sekiranya warkah ini mengganggu Cucunda di perantauan.

Sekian
Tok Aki Aji. jam 10:39