Friday, 2 March 2012

AKU KATA BEGINI......DIA KATA BEGITU......PAS menonong selepas berkawan dengan DAP dan PKR........UMNO jangan duk syok, depa pun Melayu Islam macam kita.....

PEMIMPIN UMNO DIKATAKAN JAHAT TETAPI PEMIMPIN PR KURANG AJAR!!!! 

 

Sikap kurang ajarlah yang akan menjatuhkan sesuatu golongan dan kaum! Tidak menghormati pemimpin yang dilantik dan cubaan mengangkat pemimpin yang kurang ajar telah mula menular di dalam PAS. PAS sedang menuju kehancuran. Tunggu apa lagi...Jom Tukar!!!!



'Hanya akur kepada Presiden'

 

ALOR SETAR 28 Feb. - Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini sekali lagi memberi tamparan hebat kepada kumpulan Anwarinas dalam Pas apabila menegaskan, beliau sama sekali tidak akan akur kepada arahan mana-mana pemimpin pakatan pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya tegas Menteri Besar Kedah tersebut, beliau hanya perlu akur kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sambil menegaskan bahawa beliau dilantik oleh Pas pusat untuk mentadbir Kedah, Azizan berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Abdul Hadi dan pemimpin tertinggi parti agar keputusan dibuat berdasarkan sistem syura tanpa campur tangan pihak luar.
"Kita pakatan pembangkang bukan Barisan Nasional (BN), walaupun kita berpakat memerintah tetapi ketua kita adalah ketua parti masing-masing... ketua Pas ialah Haji (Abdul) Hadi.
"Ketiga-tiga Presiden ini (Pas, PKR dan DAP) akan duduk sekali dalam Majlis Presiden, contohnya kalau kita hendak pilihan raya, yang tandatangan borang adalah ketua parti, bukan ketua Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas istiadat angkat sumpah lapan Exco pada Majlis Pelantikan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Anak Bukit di sini, hari ini.
Isu pergolakan kerajaan negeri Kedah bermula apabila dikatakan terdapat golongan 'Anwarinas' cuba menggugat kepimpinan Azizan selepas Exco kanan, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan penyandang Exco, Datuk Dr. Ismail Salleh menghantar surat untuk menolak cadangan pelantikan semula sebagai Exco.
Walaupun nama Exco, Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Siti Ashah Ghazali dan Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib turut dikaitkan untuk turut mengikuti jejak langkah Phahrolrazi dan Ismail bagi menggugat kepimpinan Azizan, namun ketiga-tiga mereka kemudiannya menafikannya.
Azizan berkata, beliau telah memaklumkan perkembangan mengenai pelantikan lapan Exco tersebut kepada Abdul Hadi dan Setiausaha Agung, Mustafa Ali selain mengadakan perjumpaan dengan pimpinan tertinggi Pas pusat.
"Saya mesti lapor kepada pihak tertinggi saya (Pas), itu bezanya kami dengan orang lain," katanya.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah menegaskan, semua pihak berhak memberi pandangan masing-masing berhubung kemelut yang berlaku.
"Itu hak depa, saya buat tugas saya, mereka beri pandangan, kita bincang demi kekuatan parti, kerajaan kita akan pilih mana terbaik, itu konsep syura dalam Pas," katanya.

Mengenai kenyataan Mustafa yang menyatakan Phahrolrazi dan Dr. Ismail perlu dilantik semula sebagai Exco, Azizan berkata;
"Itu kenyataan Pas pusat atau atas kapasiti dia seorang? Kita kena bezakan sebab Pas pusat tak buat mesyuarat lagi.
"Saya masih tertakluk kepada sistem dan arahan parti, apa juga arahan yang diberikan saya akan ikut kerana yang penting kerajaan pentadbiran saya akan terus kekal di Kedah."
Sementara itu, Azizan berkata, walaupun kedua-dua Exco itu tiada dalam senarai Exco mengangkat sumpah hari ini namun kedudukan mereka dalam Pas Kedah adalah perkara berasingan.

tangisanmelayu - sudah hampir tiada lagi tempat nak mengadu......sayunya hati ini melihat perangai pemimpin Melayu sekarang ini.