Friday, 9 March 2012

AZIZAN JADI BENGKANG.....api di bakar atas dan bawah, ........nafsu telah menguasai pemikiran exco-exconya.

Apa Anwar Ibrahim Buat Di Rumah Azizan Abdul Razak?


Ketua segala malapetaka di negara ini, Anwar Ibrahim telah bertemu dengan Azizan Abdul Razak di Kediaman Menteri Besar Kedah, Jalan Sultanah Bahiyah, Alor Star.
Menariknya pertemuan itu sepatutnya pertemuan sulit antara Anwar Ibrahim dengan Azizan Abdul Razak tetapi berjaya dihidu oleh pemberita. Pertemuan tersebut berlangsung dari jam 10:00 pagi sehinggalah jam 11:30 pagi. Selepas menyedari kehadiran wartawan, Anwar Ibrahim yang diketahui berkulit muka tebal, akhirnya membuat kenyataan media, sekalipun kenyataan media tidak ada dalam perancangannya. Bahkan kedatangannya ke Kedah juga cuba dirahsiakan.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah 8 orang pimpinan dan ahli PKR yang diketuai oleh Ahmad bin Kassim, Ahli Parlimen Kuala Kedah.
Dalam sidang medianya, Anwar menyatakan bahawa dia sekadar menziarahi Menteri Besar yang sedang sakit mata. Kesempatan pertemuan tersebut telah digunakan untuk membincangkan tentang pelbagai isu di Kedah.
Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang diterima, antara perbincangan yang dibuat antara Anwar Ibrahim dengan Menteri Besar ialah tentang cara meningkatkan pembangunan di Kedah. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, Anwar Ibrahim membincangkan tentang pembahagian ghanimah di Kedah untuk mengembongkan kocek serta kantung para pemimpin dan ahli-ahli PKR di Kedah.
Anwar Ibrahim turut mengajar Azizan Abdul Razak tentang kepentingan Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat yang ditubuhkan untuk mengawalselia, mentadbir dan menguruskan Kedah dengan menjadikan Azizan sebagai boneka sepertimana British menjadikan Sultan-Sultan Melayu sebagai boneka mereka dari pertengahan abad ke-18 sehingga awal abad ke-20.
Menurut Anwar, peranan Jawatankuasa Pemandu Pusat hanyalah untuk memberikan nasihat dan tidak langsung menggugat dasar, peraturan dan undang-undang negeri sekaligus menolak tanggapan bahawa PAS Pusat menguasai pentadbiran negeri. Bagaimanapun Anwar ketika ditanya oleh Menteri Besar, bagaimana sekiranya ‘nasihat’ daripada Jawatankuasa Pemandu Pusat tidak dituruti atau dipatuhi oleh Menteri Besar, apakah natijah yang akan diterima oleh Menteri Besar, tidak dapat menjawab atau bersuara. Sebaliknya dia cuba berputar belit seolah-olah Azizan Abdul Razak adalah seorang budak bodoh yang berhingus hijau pekat.
Anwar memberitahu Azizan, Jawatankuasa Pemandu melibatkan pimpinan PAS Pusat yang ada sedikit pengalaman, akan cuba membantu memberikan nasihat dan idea kepada Menteri Besar. Anwar kemudiannya memberikan contoh dirinya sendiri.
Katanya, dia adalah penasihat kepada Menteri Besar Selangor, hanya berperanan memberi nasihat, bukannya hendak mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor. Bagaimanapun, sekali lagi Anwar tidak dapat menjawab dengan baik apabila disindir tentang mandatorinya nasihat yang Anwar Ibrahim berikan kepada Khalid Ibrahim sehinggakan ratusan juta ringgit dihabiskan untuk seorang yang pincang tugas.
Kalau Anwar Ibrahim menganggap Menteri Besar yang berusia 72 tahun itu sebagai seorang tua yang uzur dan terdesak selain bodoh dan bebal, dia telah pun melakukan kesilapan yang sangat besar.

tangisanmelayu - Tun M pernah mengatakan....Azizan ni cerdik....susah UMNO nak makan dia. Tapi sekarang Azizan di TEKAN luar dan dalam....tekanan dari dalam lagi teruk dia kena....kewarasannya saja yang dapat menentukan usianya di kerusi MB Kedah.