Thursday, 1 March 2012

Bagaimana jika Ventigan menerima AL-QURAN....?


 Kitab Injil 1,500 tahun ditemui. Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW..

  Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.
Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Naskah Injil berusia 1500 tahun yang menceritakan ajaran Jesus dan kedatangan Nabi Muhammad saw.
Kerajaan Turki telah mengesahkan sebuah injil kuno yang dijangka berusia 1500 tahun. Injil kuno tersebut ada menyatakan ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai penerus risalah Nabi Isa (Jesus) di bumi. 
Tulisan berharga 14 juta pound yang menggunakan bahasa Aramik (bahasa pertuturan Jesus). Injil yang ditulis tangan menggunakan dakwat emas itu menggunakan bahasa Aramik. Inilah bahasa yang dipercayai digunakan Jesus sehari-hari dalam kehidupannya di dunia. Di dalam injil ini juga diperjelaskan ajaran asli Jesus serta ramalan kedatangan nabi terakhir selepas Nabi Isa iaitulah Nabi Muhammad SAW.

P/S – Generasi kita amat bertuah kerana dapat melihat kitab Injil yang asli kerana banyak kitab-kitab Injil asli tulisan tangan seperti ini telah dimusnahkan oleh musuh-musuh Allah kerana takut akan kebenaran tentang munculnya Nabi Muhammad S.A.W sebagai Nabi terakhir yang akan membimbing manusia ke jalan Allah S.W.T.
Seperti firman Allah swt yang bermaksud,
“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.
 
Surah al Baqarah ayat 146.
 
lannkb