Thursday, 8 March 2012

BAGAIMANA PENGURUSAN JENAZAH AL-SYAHID OSAMA BIN LADEN? Siapa yang mandikannya, kapannya dan sembahyangkannya......mengapa dia di hina sekejam itu dan kita masih lagi bersama mereka kerana DEMOKRASI dan kuasa .......

AL-SYAHID OSAMA BIN LADEN

Jenazah Osama Laden dibakar?

LONDON 7 Mac - Jenazah bekas ketua rangkaian al-Qaeda, Osama bin Laden tidak dikebumikan di laut seperti yang didakwa oleh Amerika Syarikat (AS), tetapi mayatnya diterbangkan ke AS untuk dibakar di satu lokasi rahsia.
Beberapa e-mel yang didakwa diperoleh oleh kumpulan penggodam komputer, Anonymous mempertikaikan kenyataan rasmi White House mengenai tempat persemadian terakhir Osama.
E-mel tersebut dipercayai sebahagian daripada 2.7 juta e-mel yang dibocorkan oleh Anonymous daripada firma analisis perisikan Stratfor dan dikongsi bersama dengan WikiLeaks.
Stratfor menyifatkan penggodam sebagai 'pencuri' dan memberi amaran sesetengah e-mel itu mungkin dipalsukan atau dipinda.
Menurut e-mel tersebut, Osama ditembak mati semasa serbuan komando SEAL tentera laut AS di rumah persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan pada Mei 2001 dan mayatnya diterbangkan ke AS untuk dibakar.

tangisanmelayu - sesama Islam itu kita bersaudara, pengurusan JENAZAH sudah tentu tidak mengikut kehendak seorang Islam....apa perasaan saudara? USA dan YAHUDI laknattullah telah menghina kita sampai ke tahap "membinatangkan" kita, tapi kita masih lagi bersama mereka.....bagaimana Islam Kita .......tepuk dada tanyalah iman kita.