Friday, 2 March 2012

CINA AKAN JADI TIMBALAN PRESIDEN PAS?..........biar betul ......apahal pulak PAS ni....

Kenapa Lim Kit Siang DAP  ANGIN Dengan Tun Mahathir?

Dek insiden provokasi di Speaker Corner, Padang Kota Lama ahad lepas, Lim Guan Eng DAP digelar orang tua nyanyuk yang berebut botol susu. Rupa-rupanya, kroni tegar beliau iaitu bapa sendiri, Lim Kit Siang pula buat kenyataan bodoh:
LIM KIT SIANG
SHAH ALAM – Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkannya sebagai "lidah bercadang" agar menamakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Presiden Umno.

"Ada dicadangkan agar respons kepada cadangan Tun Dr Mahathir bahawa saya sepatutnya dijadikan Presiden Pas, adalah sama ada Mahathir akan mengesyorkan agar Datuk Seri Chua Soi Lek menjadi Presiden Umno," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir ekoran Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang bersetuju jawatan Timbalan Presiden Pas dipegang oleh bukan Islam jika ada tuntutan dan keperluan.
Nampaknya, Lim Kit Siang juga nyanyuk tidak faham hujung pangkal cerita yang dinyatakan oleh Tun M.

Basicnya, Tun M merujuk kepada kenyataan rakan politik Kit Siang, Dzulkefly Ahmad yang beria-ia mahu membuka parti PAS untuk dikepalai oleh bukan Islam. Tun M tidak pernah pun menyebut perkara yang sama dinyatakan oleh Dzulkefly.

Maka sungguh memalukan apabila Kit Siang mencabar kembali Tun M untuk melakukan yang sama iaitu bukan Islam sebagai Presiden UMNO.

Tetapi dalam masa yang sama, kita perlu baca apa tersurat dan tersirat dengan kenyataan veteran politik DAP itu. Parti PAS telah berjaya ditembusi oleh DAP.

Metafor, jika Amanah Hadi Awang dahulu, DAP hanya berada di luar pagar, tazkirah DAP telah berjaya membolehkan mereka berada di dalam perkarangan PAS.

Kenyataan Dzulkefly Ahmad itu menunjukkan bahawa DAP sudah masuk ke dalam struktur kepimpinan parti PAS pula.

Dan kini rasanya Amanah Hadi Awang juga layak dibuang di dalam tong sampah sampai seperti buku jingga. Kedua-duanya cakap tidak serupa bikin.

tangisanmelayu - untung cecupak rugi segantang.......melayu akan terus hanyut kerana pemimpinnya meletakkan iman di belakang NAFSU.