Saturday, 3 March 2012

HUJAN MENGGIGIT KENANGAN......wajah almarhum ayah dan ibu bermain didalam ruang mataku.....sawah, sungai dan lumpur semakin jauh dari ku.

Asalamualaikum. Tadi balik dari Kota Kemuning Shah Alam....hujan renyai-renyai.....dan sesekejab lebat. Entah kenape, semua kenangan masa lalu tetiba melintasi ruang kenangan silam ku. Mungkin lagu umpan jinak di air tenang nyanyian Almarhum Ahmad Jais sepadan dengan suasana ketika ini.

 Kampung aku dikelilingi dengan sawah padi. Banjaran gunung melingkari landskap latar belakangnya.  Aku teringat balik asal usul aku anak seorang pesawah. Kehidupan kami amatlah susah....adakalanya Almarhum Ibu campurkan jagung kedalam beras kerana beras hanya tinggal sedikit sahaja. Seluruh badan comot dan berdaki dengan kuku yang hitam. Musim sawah kami 7 beradik akan menghabiskan masa kami di sawah di hujung kampung.

Tapi aku bangga aku membesar dalam lumpur, membesar bersama lintah yang kini telah glamour jadi ubat, kalau dulu aku picit-picit je lintah tu bagi dia mati, membesar dalam ‘kubang kerbau’, membesar dengan kulit yang hitam, lebih hitam dari kena ‘sun burn’ kat pantai Langkawi, membesar dengan lalang-lalang yang dulunya tak ada rasa gatal buat aku, tapi sekarang kena sikit aku dah tergaru-garu, membesar dengan
air bah musim tengkujuh, membesar dengan umpan cacing, membesar dengan membakar ubi kayu dengan jerami padi dan terlalu banyak kenangan datang balik kat ‘hard disk’ otak aku ni.


Aku bangga ayah aku seorang pesawah. Kalau tak tak mungkin aku kenal dengan pokok padi, mungkin cuma kenal beras saja macam cucu aku sekarang. Mungkin aku tak kenal dengan gigitan lintah sebesar ibu jari, tak tahu nak makan belut dan ikan darat seperti haruan, puyu, sepat, ikan tili (macam belut jugak rupanya), ikan keli limbat dan macam-macam jenis ikan lain lagi.

Mungkin aku tak tahu macam mana nak ‘menggagau ikan’ dalam lumpur masa musim kemarau.  dengan kerbau dan mengangkut padi di petak atas dengan "anok" yang di tarik kerbau jantan Pakcik aku.

Tak tahu nak tahan bubu, tangkoi dan ‘taut’ masa musim tengkujuh. Tak tahu nak kayuh sampan besar. Mungkin amat mustahil nak tau macamana membajak sawah. Banyak ayah ajar aku tentang kehidupan seorang petani.

Aku masih ingat ayah membanting tulang seawal embun pagi selepas subuh hinggalah matahari hinggap tegak kat atas kepala Al-marhum ayah dan ibu. Aku masih ingat peluh ayah basah selenjun aku bermain volly-ball. Baju ayah basah peluh bercampur lumpur.

 Ayah mengajar aku menabur benih padi, membaja dan menuai menggunakan ‘sabit’ bergigi macam gergaji. Pernah jari aku sekali terkena sabit tersebut. Tapi ayah lebih banyak parut di tangannya. Jadi aku tak menyesal. Aku membesar dengan beras yang ditanam sendiri. Beras baru. Ada bau. Bukan macam beras yang beli kat kedai sekarang nampak cantik tapi khasiat asli dah banyak hilang. Berkelah atas dangau di tepi sawah......habis nasi seperiuk walau berlaukan sayur bayam dan haruan bakar yang ayah tangkap di petak sawah.

Terlalu banyak kenangan di sawah padi atau aku panggil ‘baruh’ dalam ingatan aku ini. Aku boleh buat satu novel tentang kehidupan seorang petani. Kalau dapat aku nak anak cucuku  kenal akan lumpur, lintah, ikan darat, bau tanah liat, kenal pokok padi dan berkubang dalam lumpur macam aku dulu. Tapi dulu ayah dan arwah mak tak pernah lupa menyuruh aku rajin belajar supaya aku dapat kerja di tempat ‘air cond’ sejuk supaya aku tak kena panas kata ayah. Tapi kerja kat dalam ‘air cond’ lagi tidak menyihatkan sebab peluh ‘kemut’ nak keluar.
Photo: Selamat Hari Raya Oyang.....jumpa di sana nanti......
Iman di antara dua pusara Al Marhum Oyangnya

Aku lihat ayah dan Ibu dalam ruang mata ku . Tapi kini semuanya tinggal kenangan. Ayah dan Ibu telah bersemadi dengan aman di pusara hanya sehasta antara keduanya di tanah pusara Kampung Chepor Lenggong Perak. Sawah adalah sebahagian dari hidupku. Cuma aku sudah jarang dapat berpeluang nak pulang ke kampung untuk mengulangi kenangan lama dulu. Aku pasang niat tahun ni nak pulang bawa cicit  ayah turun ke ‘baruh, bermain lumpur dan kenal akan sawah. Tapi aku tahu mesti ayah melarang. Ayah akan cakap "Iman....cukuplah....biarlah Oyang saja yang menjadi hamba kepada Tanah ini, Iman perlu menjadi TUAN kepada mereka yang bekerja di sawah ini". Oyang Iman juga akan memberi pelbagai alasan kepada aku supaya cicitnya tidak bermain dengan lumpur.

Aku sudah jauh dari kampung. Jauh dari kenangan. Jauh dari tangan ayah. Jauh dari sawah. Tapi aku doakan Almarhum ayah dan ibu bahagia di sana. Aku menjadi rindu dengan nasi ‘beras baru’ lagi. Aku sayang Almarhum ayah dan ibuku.
 Aku bersyukur dengan nikmat dan rahmat yang di berikan padaku. Alfathihah untuk Ayah dan Ibu.


tangisanmelayu - biarlah kenangan ini ku simpan disudut hatiku yang paling dalam. Nusantara tanahairku....................

@ Gambar-gambar di atas adalah untuk di padankan dengan kenangan.