Thursday, 22 March 2012

PROFESOR SERBA TAHU DI ROKET...SELCAT....TOMCAT...isi penuh poket...Alleycat...hingga akhir nanti...

PROFESOR SERBA TAHU

Khamis 1 Jamadil Awal 1433 - Olak Lempit, menyelami pemikiran raayat malaysia kini amatlah mengejutkan, hampir kesemua cenderung dengan kefahaman politik kepartian singgah sekejab di kedai kopi membeli juadah sarapan pagi.....seakan perlimen kecil sedang bersidang. Dengan tiada speker dan sumber rujukan hanyalah menjurus kesatu arah, ini menjadikan mereka TAKSUB kepada parti-parti tertentu. Secara kasar, pemimpin politik dan sumber bacaan yang kurang mendidik harus bertanggung jawab kepada corak pemikiran mereka ini.

Berkisar kepada cincin Rosmah, melesapkan wang raayat oleh kerajaan terdahulu, moral Anwar, video sex, krisis rumah tangga, memerintah ke atas pemerintah(dreba), merampas tanah raayat dan segala macam lagi issu menjadikan politik Malaysia berwarna warni. Tapi bila sebahagian kecil dari Bukit DAP di biarkan bebas bercakap, segelintir tukang spin dalam PKR di biarkan berhujah, JKKK yang tak cukup maklumat tentang dasar kerajaan di biarkan bebas bersembang di kedai Makan Pak Jabit, Tukang Karut dalm PAS di biarkan mengeluarkan kenyataan dan Pal Lawak di lantik menjadi pemimpin. Semua ini akan membawa politik kita beberapa tahun dulu semakinmatang menyorot kebelakang.

Kenyataan Hishamuddin dalam Perliment mengenai BUKTI keatas satu-satu pertuduhan seperti di lampirkan ini:-

'Tunjuk bukti kerjasama PKR-badan Yahudi'

17 Mac 2012
Hishamuddin-Tun-Hussein
KLUANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meminta Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim supaya mengemukakan bukti mengenai wujudnya kerjasama PKR dengan dua badan asing berkaitan Yahudi supaya siasatan mengenainya dapat dilakukan.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut tetapi iaa perlu bersandarkan pada bukti yang didakwa ada pada Ahli Parlimen itu.
"Kalau ada bukti, panjangkan kepada saya. Kalau ada kaitan dengan agensi lain seperti transaksi kewangan, kita (KDN) kena serahkan kepada Bank Negara kerana kita tidak mempunyai kepakaran untuk menyiasat," katanya kepada pemberita selepas majlis mesra rakyat bersama usahawan Tekun dan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Sembrong di Felda Ulu Belitong di sini, hari ini.

Ini menampakkan PERTUDUHAN TANPA BUKTI adalah satu gaya politik baru di kalangan ahli politik Malaysia dengan tujuan "MEMPOPULARKAN DIRI". Di kedudukan inilah raayat perlu mendahului para pemimpin parti mereka. "FILTER" atau penapis kepada semua sumber maklumat perlu ada dan di didik kepada semua raayat supaya sumber maklumat yang tidak jelas, kurang tepat dan fitnah dapat di tapis sendiri oleh raayat. Kalau raayat tidak didik dengan menjadikan mereka sendiri sebagai "PENAPIS" maka akan ujudlah "PROFESOR SERBA TAHU" yang sentiasa menambah kopi di kedai Pak Jabit   sebagai pembawa FITNAH dan petualang tegar.

tangisanmelayu - banyaknya nyamuk berterbangan dan bernyanyi-nyanyi di cuping telinga aku.