Friday, 27 April 2012

ANWAR di pandanganku dan NAJIB pula yang di cemburu





Kehidupan Kita Untuk Mereka


JUMAAT 5 Jamadilakhir 1433 - OLAK LEMPIT, Kekalkan keamanan dengan 1 Malaysia dan Lawan Tetap Lawannn...di penghujung penggal ke 12 ni semakin jelas ternampak persaingan hangit antara PR dan BN....tapi yang paling menonjol adalah "PERLAWANAN" antara Najib dan Anwar. Raayat di ulik dengan janji dan maki hamun setiap hari. Pelbagai srategi digunakan oleh PR vs BN dan Antara Najib dengan Anwar. Selepas kes Baling....pemecatan Anwar dari UMNO dan Kerajaan adalah zaman kemuncak kehebatan Anwar. Jutaan raayat bersimpati dengan Anwar.

Dari krisis "MORAL" Wan Azizah bangun membertahankan suaminya. ADIL tertubuh dengan pantasnya lebih menjuruskan kepada NGO yang mempertahankan Anwar. 50 DALIL Anwar tak boleh menjadi PM seperti menerjah kehulu hati Anwar. Anwar macam gelabah dengan "KITAB 50 DALIL" dan di tambah lagi dengan kemunculan UMMI HAFILDA yang gebu mewarnai kehidupan hari-hari mendatang kepada Anwar.

Di tahan di Bukit Aman....dengan PROVOK yang keterlaluan, Rahim Noor menghadiahkan buah sulungnya ke mata Anwar....peristiwa MATA LEBAM adalah hadiah terbaik pada Anwar dan keluarganya. Adil bergerak aktif sebagai sebuah Badan Politik se asalnya hanyalah himpunan manusia yang mencurahkan rasa simpati kepada Anwar. Ini masa yang cun untuk Anwar membelasah UMNO. Tambahan pula UMNO di ketika ini masih lagi keletihan di tepi gelanggang selepas bertarung dengan SEMANGAT 46.

Di rehatkan 6 tahun di BAMBU RIVER... menyaksikan banyak PERISTIWA simpati di mainkan oleh Anwar dan kawan-kawan semahunya. Mata lebam, sakit tengkok, asenik, suntikan HIV dan sakit tulang belakang....kemungkinan lumpuh seumur hidup adalah "PROVOKASI SIMPATI" yang berlebihan. Semua ini satu ketika adalah senjata yang amat baik jika di gunakan di sebelum Najib. Sifat malu MELAYU masih menebal di hati Anwar....semua ini tidak digunakan semasa zaman Tun dan Pak Lah. Melihat kelemahan Najib yang di lihatnya sebagai budak suruhan Menteri adalah satu kesilapan besar pasa Anwar. Najib menduduki hampir semua Kementerian dan di semua Kementerian yang diduduki Najib mendapat perubahan yang besar dari sudut GAJI dan kenaikan PANGKAT.

Di hujung KERIER sebagai se orang Ahli Politik, Anwar kempunankan jawatan PM.Ini kerana hanya satu langkah sahaja lagi untuk dia duduk di KERUSI empuk itu, tetiba dia di singkirkan. Ini menghantui sepanjang pehidupanya selepas zaman Tun M. Selepas semua MODAL simpati di gunakan pada masa yang tidak perlu, Anwar ketandusan modal. Dengan tinggal serumah dengan "DAPAS" menjadikan Anwar larut dengan berceramah ala-ala PAS. Makihamun dan kadang-kadang mencarut dalam satu perkataan dua makna menjadikan moral Anwar semakin merudum ini di tambah lagi dengan "Pelakon Film Blue" yang mukanya sama seperti Anwar......maka "Tak tumbuh maka tak melata, tak sungguh takkan orang nak kata" mula menyusup masuk kedalam naluri Orang Melayu.

Kini timbul pula AYA NALLA dengan film terbaru lakonan "KEMBAR SEIRAS" Anwar melengkapkan bidalan "Kalau Tiada Angin Masakan Pohon Bergoyang" menjadikan Anwar semakin terhimpit dan terpencil. Anwar berseorangan mempertahankan MARUAHnya. Kata Rasullullah "Merekacipta cerita keburukan seseorang itu FITNAH dan menceritakan keburukan seseorang itu kepada kawan yang lain, itu adalah MENGUMPAT'...kedua-duanya adalah berdosa. Menyedari semua hakikat ini dan usaha menawan hati raayat dengan apa yang di luahkan oleh Anwar dengan isu-isu politikya, BN dan Najib seperti tersentak. Kelebihan Najib adalah apa kata Najib adalah kata UMNO, apa kata Najib adalah kata BN dan "MEREHATKAN" RM dan mengurangkan kemunculan "TIDAK PERLU" RM di satu-satu majlis menjadikan Najib semakin selesa.....

Menyelesaikan isu yang di keluarkan oleh Anwar dan mendekati semula raayat....Najib terus kehadapan dalam pembangunan negarabangsa. Tidak dapat menyelesaikan isu moral yang di keluarkan oleh Kawan-kawannya kini menjadi musuhnya menampakan Anwar semakin tertekan tambahan pula secara kasarnya PKR hanyalah pecahan dari UMNO seperti juga PAS dan kelemahan mereka ini terus dengan AGENDA PEMBANGKANG dan mereka masih gagal membawa diri seperti sebuah kerajaan. Raayat semakin pandai menilai...yang di ambil raayat adalah yang terbaik untuk mereka dan raayat semakin berani mengatakan tidak kepada mereka yang menampakan idea mereka menjurus kepada kemusnahan negarabangsa. Setiap kali ceramah Anwar memberi jaminan dengan slogan "Negara Berkebajikan" harga barang, minyak, Tol, PTPTN akan diturunkan dan pendidikan percuma dengan menggunakan duit PETRONAS sebanyak 30 billion. Sebenarnya inilah yang menjijikan raayat.
Kata raayat "Itu adalah simpanan negara. Kalau nak memerihtah, tunjukan cara yang baik punca kewangan... bukannya mengambil duit tabung anak....kalu macam tu kami pun boleh"....itu penulis mengatakan, raayat sudah cerdik dan pemimpin perlu kehadapan dari fikiran raayat.

Dengan TV, Radio dan Blog yang banyak mengetengahkan rancangan berunsulkan Keislaman dan Ilmuan.....JANJI, FITNAH dan MAKIHAMUN tidak lagi menjadi makanan raayat terbanyak. Inilah yang membuatkan ceramah-ceramah PAS dan PKR tidak lagi mendapat sambutan. Jika BERSIH 3.0 ini ukurannya hanya di KL.....jika kurang dari 30,000 orang peserta SUKARELA, maka Anwar harus sedar ianya telah di penghujung jalan. Jika PR menang dalam PRU ke 13 nanti, ini ada yang tidak kene dengan campur tangan asing di Malaysia.

Najib tidak semestinya akan tidur lena.....tapi kedua-duanya(Anwar dan Najib) masing-masing ada tempat tinggal atau rumah di luar negara. Kita ada apa?

amukanmelayu - jagalah keamanan yang ada ini....kerana harga keamanan itu tiada NILAINYA.