Tuesday, 24 April 2012

KATAK - SEKALI DIA MELOMPAT dia akan terus melompat.....



Mengapa mereka "MELOMPAT"?

Melihat gambar di atas membuatkan penulis tertawa sendiri. Bukan apa...hanya teringatkan film "ALI SETAN", ....Ali menghadiahkan KATAK kepada Asmida, apabila Asmida buka saja kotak hadiah tu maka menjeritlah Asmida dan kekawan semahunya....manakan tidak, tetibe jer katak muncul dari dalam kotak hadiah...semasa dalam kuliah lagi tu....kemudian Si Ali berpantun dengan kekawanya:-

Lompat si katak lompat,
Lompat tinggi-tinggi,
Apa Cik Adek dapat?
Untuk hadiah hari jadi.....
Rehat sementara selepas "melompat"

Lepas itu mereka ketawa ramai-ramai.... Fonomina melompat parti ini hampir setiap hari berlaku. Yang menjadi riuh dan buat ramai adalah ketika pakat isi borang dan menyerahkannya dengan ramai-ramai di majlis yang di anjurkan. Bergegak gumpitalah kalau yang melompat itu orang yang berjawatan...tak kiralah di pihak mana-mana pun....tapi yang nyata, mereka yang berkududkan atau orang di segani belum tentu dapat mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya. Perpindahan parti ini lebih kepada sifat KEPENTINGAN DIRI atau EMOSI. 

Kepentingan diri selalunya pilihan yang utama....orang seperti ini akan mudah melompat kemana sahaja dan yang di pengaruhi emosi pula mereka ini banyak yang terperangkap dan akhirnya memakan diri. Parti tidak salah, PELEMBAGAAN PARTI di Malaysia ini dibuat dan dirangka untuk kepentingan BANGSA dan Kumpulan tertentu, sedikit sangat yang mementingkan NEGARA. Parti dominan Islamelayu adalah UMNO dan PAS. kedua dua parti ini menjadi nadi perjuangan Islamelayu. Ianya bermula dengan UMNO dan selepas itu sebahagian dari Ahli UMNO yang menentang dasar berlembut Tengku telah meninggalkan UMNO dan menubuh PAS.

Melompat Parti dari UMNO ke PAS atau dari PAS ke UMNO bagaikan merajuk dari Kakak tidur rumah Abang dan merajuk dari Abang tidur rumah Kakak. Kedua-duanya adalah untuk orang Melayu.....tapi bila PAS mula memisahkan ISLAM dari MELAYU....maka ianya banyak merugikan Islamelayu itu sendiri. Tambahan pula bila PAS mula sangat-sangat berlembut dengan DAP, malah kadangkala lebih lembut dari Tengku. Dasar berlembut PAS inilah menjadikan KAFIRUN di Malaysia naik kepala. Sementelah UMNO pula yang selalu di menangkan menjadi lupa daratan...lupa pada asal usul dan lupa pada mereka yang di bawah......mereka mengambil hak raayat semahunya.....membina RUMAH AGAM di celah rumah murah raayat, membawa kereta MEWAH memecut laju meninggalkan TOYOTA KE 20 makan asap di belakang.....kaki mengampu menyediakan kompang di arak ke Majlis Bersunat dengan Sang Isteri menutup di belakang kepala dengan menampakan Jambul yang baru di PERANGKAN....ini semua adalah mengundang sakit hati kepada mereka yang memberi UNDI kepada mereka. 
TOYOTA KE 20

Jadi jangan duk EK lah kalau UMNO masuk PAS atau PAS masuk UMNO. Tapi Islamelayu menghadapi masaalah besar sekarang bila Orang Melayu masuk PKR dan PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR. Walau pun pada dasarnya dulu PAS adalah adek atau anak kepada UMNO, ia mampu mengekang KESOMBONGAN UMNO....ia bertindak seperti Abang kepada Islamelayu. Tapi kini semua PARTI Melayu membuka pintu seluas-luasnya kepada KAFIRUN untuk menjadi nampak lebih UNIVERSAL.....akhirnya kita LARUT didalam penerapan kehidupan YAHUDI. Parti-parti POLITIK kini adalah medan FITNAH dan MENGUMPAT....sementara isu MORAL dan SEX seakan sinonim dengan PEMIMPIN POLITIK. Wallahuaklam.

amukanmelayu - pesan Rasullullah...."Jagalah lidah kamu dan di antara dua paha kamu, jika kamu memelihara kedua-duanya ini....Jannah adalah tempat kamu.