Monday, 16 April 2012

MENGGUNAKAN SIMPANAN NEGARA UNTUK MANJAKAN RAAYAT...bukanlah satu tindakan yang bijak.


Isnin 25 Jamadilawal 1433 - OLAK LEMPIT, Syok sungguh tengok budak-budak "Kompius" berlarak kat Dataran Merdeka. Tujuan berlarak adalah nak mansuhkan PTPTN. Ramai sungguh yang turut "syok-syok" berlarak sama. Maka banyaklah dosa-dosa yang terpalit dengan perbuatan ini.
FITNAH - "Mediang" Najib Tun Razak


1. Memfitnah dua orang Pemimpin Negara meninggal.
2. Bergaul lelaki dan perempuan.
3. Menghalang perjalanan orang ramai.
4. Memaki hamun insan yang lain.
5. Mengkhianati perjanjian.
6. Fitnah.
MAHASISWA - Bagaikan "selimut singkat"

Jika menjauhi 6 perkara di atas....amukanmelayu menyokong penuh keatas semangat mahasiswa-masiswa ini dan amat suka dan tertarik dengan slogan "Student Power". Tp slogan yang betul dan paling baik adalah "STUDENTS POWER, KEMBALI KEPADA PERLEMBAGAAN". Dalam perlembagaan dan Amanat Raja-Raja Melayu dengan jelas menyatakan "Biasiswa hendaklah di beri kepada Anak-Anak Melayu dan "Kami tinggalkan 50% Reseve Melayu dan 50% lagi kamu berebutlah dengan Bangsa-Bangsa yang lain. Ini bererti Mahasiswa Melayu berhak mendapatkan Biasiswa atau PTPTN dan Sebenarnya PTPTN ini adalah BIASISWA, tp salah konsep pada namanya. PTPTN adalah biasiswa bersyarat.

 “Sekiranya ada pelajar Melayu bumiputera yang berjaya ke universiti tetapi tidak memperolehi biasiswa, bermakna perkara ini bertentangan dengan semangat dan hasrat yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai Hak Keistimewaan Orang Melayu,” 

Melihat petikan di atas (Bertulis merah) nyata sekali UNTUK PELAJAR MELAYU ada pendidikan percuma. Sudah sampai masanya kita mengumpul semua pemuda di Jalanan, Pemuda di Serenti, Pemuda Kampung, Pemuda PAS atau Pemuda UMNO.....kita berjuang menuntut hak kita. Hak Orang Melayu dan hak bebas bersuara sebagai Tanah Melayu ini hak kita. Mereka telah lama mencuri hak kita. Biasiswa, Pekerjaan, Pendidikan, Kemudahan, Budaya, EKONOMI dan lain-lain lagi. Lihatlah di belakang kita. Semuanya .....95% adalah Melayu yang menuntut. Tapi bila berjaya akan di SAMBAR mereka terlebih dahulu. 

Mereka menggunakan kita....dan mereka sering menggunakan KEJUJURAN dan KEBODOHAN kita.

Begitulah halnya dengan PTPTN, ia bukannya pinjaman dan TAK PERLU DIBAYAR BALIK sekiranya Mahasiswa  mendapat MARKAH PENUH atau FIRST CLASS DEGREE.  Ini adalah sistem galakan RAJIN BELAJAR kepada mereka yang pintar tapi malas untuk ke kuliah atau malas menyiapkan kerja-kerja yang di beri oleh pensyarah. Ini adalah PENDIDIKAN. Rotan, cubit pusat, ketuk ketampi, cabut temucut dan membuat kerja-kerja masyarakat adalah sesuai di sekolah Rendah dan Menengah. Membayar balik Biasiswa PTPTN ke atas mereka yang mendapat markah yang rendah adalah suatu tindakan yang amat baik.
 Terima kasih Ayah.

PENGHAPUSAN PTPTN juga adalah satu tindakan yang bijak. Jika kerajaan mampu berbuat keatas semua ini...ianya amatlah baik. Tapi tunjukanlah dari mana semua dana ini hendak diambil. Tidak salah kalau yang salah di perbetulkan.....jangan di kira idea siapa kalau ianya baik untuk semua. Janganlah melenting jika ada beberapa berbuatan semasa berhimpun AMAN itu salah dan teguran adalah untuk kebaikan MAHASISWA/I juga.

 Kesebukan  PELAJAR  dengan politik merunsingkan banyak Pensyarah kerana ianya salah satu sebab prestasi pelajar menurun...sedangkan Pensyarah lebih tahu yang studentsnya adalah seseorang yang berpotensi menjadi pelajar cemerlang. Orang POLITIK pula yang nampak peluang PTPTN ini satu modal politik....janganlah menggunakan pelajar-pelajar sebagai KALDAI POLITIK. Janganlah berlagak pandai dengan memecahkan tabung anak hanya untuk menunjukan kita adalah DEMAWAN di kampung kita. Janganlah menjadi anak durhaka. Kelak buruk padahnya.

 Batu MALINKUNDANG: 
 Perlu di jaga untuk pengajaran pada anak-anak agar menghormati kepada yang  tua.

Jika kita pandai menjana EKONOMI.....jadikanlah sumber alam sebagai modal dan bukan habiskannya. Kalau di habiskan itu bukan pandai namanya. Tapi itu akal Pak Kadok namanya. Janganlah diambil dari simpanan Negara. Kerana ianya adalah untuk masa hadapan anakcucu kita. Itu bukan bijak namanya. MAMPUKAH KERAJAAN MENANGGUNG SEMUA INI.

1. PTPTN - Dana yang selalu di nyanyikan adalah PETRONAS.
2. Bagaimana dengan Pengurusan Kolej/Universiti SWASTA
3. Bagaimana dengan Bangunan Kolej/Universiti SWASTA
4. Bagaimana dengan Kedudukan PENSYARAH dan gaji mereka
5. Bagaimana dengan Pengusaha KOLEJ/Vendor.
6. Bagaimana dengan Pekerja PTPTN
7. Bagaimana dengan Duit POKET Pelajar.
8. Pinjaman yang telah di bayar....bagaimana pembayaran balik?

amukanmelayu - baiki apa yang ada...dan jangan memusnahkanya hanya kerana melayan NAFSU sarakah pemimpin yang GILA.