Friday, 13 April 2012
UMNO....pejuang yang tidak didendang........
Jumaat 22 Jamadilawal 1433 - OLAK LEMPIT, Setiap yang bermula pastikan berakhir.
Najib mengumumkan...“Majlis Tertinggi UMNO telah bersetuju dengan konsep sambuta ke 66 ini yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Antara pengisiannya adalah bacaan yassin dan tahlil, Anugerah Melayu Terbilang, larian bendera UMNO, Karnival Hari UMNO, Forum Perdana, futsal, job fair, konvoi dan lain-lain lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) beberapa minggu yang lalu.
“Panel pemilihan tokoh bagi Anugerah Melayu terbilang dianggotai oleh Tan Sri Samsudin Osman, Hajah Napsiah Abdullah, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, Tan Sri Hajah Zaleha Ismail, Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa jumlah keahlian terkini yang berakhir pada tarikh 19 Mac 2012 adalah berjumlah 3,340,508 bagi Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap iaitu ahli biasa seramai 1,095,112, Wanita 1,247,056, Pemuda 617,328 dan Puteri 381,012. - MediaUMNO.
66 tahun adalah usia yang sudah tua.....sudah begitu lama UMNO berkhidmat untuk Orang Melayu khasnya dan untuk raayat Malaysia amnya,...orang sudah jemu dengan UMNO dan ada sesetengah mengatakan sudah nyanyok. Tapi tak mengapa, pada yang tahu bersyukur.....dari makan sekali ke pada berkali-kali sehari.....dari baju koyak yang di tampung, kini bergaya dengan baju berjenama, dari rumah yang berdindingkan buluh...kini sehabis kurang tinggal di rumah murah kerajaan dan siap berecond lagi.
Selepas PRU ke 12(2008)hingga kini....UMNO tidak pernah sunyi disumpah dan diseranah oleh bangsa sendiri. Buruknya saja yang di nampak. Bagaikan "Papan Raihal" UMNO di perlakukan. Di cerca oleh mereka yang pernah di tulong oleh UMNO untuk mendapatkan keraayatan, dan lebih pedih lagi dicerca saudara sendiri. Sehingga mendoakan di timba bala dan pecah perut. Malangnya nasib UMNO ini.
PRU ke 13 ini adalah kali terakhir bagi UMNO...itulah anggapan ramai orang malah Tun Daim sendiri mengatakan hanya Johor, Melaka dan Pahang sahaja yang terselamat. Lain-lain Negeri semuanya UMNO kecundang. Ramai juga mengatakan PRU ke 13 adalah talkin untuk UMNO. Tapi ketangan siapa?
Untuk orang Melayu....amukanmelayu nak berpesan. Jika tak mahu lagi kepada UMNO....janganlah dia di maki dan dihina. Ingatlah....suatu ketika dulu kita pernah menadah tangan padanya dan suatu ketika dulu dia pernah memegang tangan kita membimbing kita tika kita melalui jalan-jalan sukar. Kepada yang membina kekayaan dan membina nama dengan UMNO jika sudah "lari" meninggalkan UMNO....ingatlah....renunglah sekeliling kita, bagaimana dan dari mana punca hasil membina "Jamban" dalam rumah yang bagaikan ISTANA tu.
Sesekali....sedekahkanlah Al-Fathihah kepada pejuang-pejuang kita mungkin saudara-saudara kita, ayah kita, pakcik kita dan mungkin Datok kita. Ini kerana sememangnya mereka adalah ahli UMNO. Sekiranya terjumpa panji-panji UMNO yang jatuh bertaburan di jalanan....ambillah dia dan selitkanlah ketempat yang tinggi. Ini kerana suatu ketika dulu ianya pernah kita junjung. Janganlah di sakiti jiwanya lagi. UMNO sudah di talkinkan. Janganlah kita menjadi sombong....sesungguhnya Allah benci pada mereka yang sombong dan bongkak.
Jika UMNO sudah hilang dan tiada lagi di muka bumi Malaysia ni......bergantungharaplah dengan PAS....kerana ianya satu-satunya anak yang di lahirkan dari "Perut UMNO". PAS hanyalah satu-satunya di Ketuai oleh Orang Melayu Islam. Janganlah di kenang lagi zaman bersama UMNO, ini kerana ianya adalah bahan sejarah Orang Melayu yang kita sendiri berkehendakan dianya mati.
amukanmelayu - jangan di kenang jangan di imbau....nanti merosak diri sendiri. Berdoalah agar PAS dapat berbuat lebih baik dari UMNO. Janganlah menuding jari kepada "Pemerintah yang zalim", sedangkan kita belum pun lagi berbuat baik kepada raayat.