Sunday, 29 April 2012

WARKAH UNTUK TUANKU.......Ampun Tuanku....sembah warkah dari Patek untuk Tuanku,...Ampun Tuanku.






Tok Aki Aji
Lot 3019, Jalan Seroja Off Jalan Hj. Wahab,
Kampung Olak Lempit,
42700. Banting.
Selangor Darul Ekhsan.

8 JamadilAkhir 1433Bersamaan 29hb. April 2012
---------------------------------------------------



Kehadapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung,
Istana Negara Malaysia,
Jalan Duta,
Kuala Lumpur.

Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Salam dari Patek harap di ampun.

Dengan do'a kehadratnya jua, pada yang berkuasa sekelian Alam, Allah yang satu, Patek doakan semoga Tuanku dan Raja Permaisuri serta Anakanda-Anakanda Tuanku dan keseluruhan Keluarga Tuanku di beri kesihatan dan Bersemayan di atas Tahta Di Raja dalam keadaan baik dan sejahtera.

Ampun Tuanku,

Ada pun Patek yang di panggil Tok Aki Aji mengutuskan warkah ini dengan kehendakNya jua, syukur yang tidak terhingga Patek di pilih menjadi Ummat Rasulullah dan menjadi raayat Tuanku dengan pemerintahan Tuanku yang adil lagi saksama dan  syukur Patek di gerakan jari-jemari patek untuk Patek mengutus warkah ini untuk Tuanku renungkan dan terpulang kepada Kebijaksanaan Tuanku untuk menilainya. Jika ia mengguris hati Tuanku ampunkan Patek Tuanku. Sekiranya mendatang kemurkaan kepada Tuanku, hukumlah patek. Jika di gatung, tinggilah Patek. Jika di rendam, basahlah Patek. Jika di bakar, rentunglah Patek dan jika di bunuh, maka matilah Patek. Sesungguhnya semua itu dengan kehendaknya jua yang di gerak kepada Tuanku untuk menghukumnya.

Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Warkah Patek mohon di ampun,
Ada pun Patek pacal yang hina ini mengutuskan warkah untuk Tuanku mohon Tuanku mendengarnya sebentar kisah sedih Patek dan raayat yang lain yang tidak tertahan lagi dengan perpecahan dalam masyarakat Islamelayu kebelakangan ini. Sejak adanya PELEMBAGAAN dan raayat di didik dengan DEMOKRASI secara tidak disedari Islamelayu telah berpecah dua selepas PILIHAN RAYA. Satu yang dinamakan KERAJAAN dan satu lagi dinamakan PEMBANGKANG.

Ampun Tuanku,

Pada asalnya selepas "MERDEKA", masing-masing memainkan peranan yang baik di dalam Parliment mahu pun di dalam Dewan Undangan Negeri. Semua wakil ini memainkan peranan sebagai WAKIL kepada raayat. Mereka berbahas dan berhujah ilmu adalah untuk kepentingan Tuanku, Ugama, raayat dan Negara. Tapi hari ini dengan izin Tuanku, mereka bukan lagi berperanan sedemikian, tapi sebaliknya mereka lebih mementingkan KUASA, KUDUDUKAN, PARTI dan KEKAYAAN. Mereka menggunakan raayat untuk mencapai cita-cita tersembunyi mereka. Menjemput campur tangan kuasa asing, perbincangan maklumat RAHSIA NEGARA dan menjadi Wakil Raayat untuk mengumpulkan kekayaan melebihi dari sepatutnya dan ada di antara mereka yang membina kediaman mereka mengalahkan istana Tuanku adalah maksud yang tersirat di hati mereka. Tapi semua itu Patek tidak kisah Tuanku. Tapi bila mereka mula menggunakan raayat untuk terus berkuasa dan nak berkuasa, maka Patek perlihatkan pada Tuanku yang mereka ini telah keterlaluan.

Ampun Tuanku, ini adalah beberapa gambar untuk Tuanku lihat dan nilai hasil dari hasutan pemimpin.

Ini pula gambar-gambar keresahan raayat

Kemiskinan Raayat
Tol Berganda

Ini pula gambar-gambar rumah pemimpin dengan kemewahan melampau.

Ampun Tuanku Beribu Ampun,

Patek dan raayat kebanyakan merasakan keselamatan Patek dan hamba raayat sekelian tidak terjamin lagi. Penjenayah semakin berani, pihak berkuasa seperti diikat kaki dan tangannya dan sistem Kehakiman di permainkan. Penculikan kanak-kanak dan wanita semakin kerap berlaku. Kecurian dan rompakan sementelahnya lagi. Harga barang dan pencukaian yang membebankan raayat seakan tidak dapat di bendung. Pada hemat Patek, kekayaan yang Allah berikan dan dengan kepintaran raayat Tuanku menjana ekonomi, Negara Tuanku ini sepatutnya semua ini tidak patut berlaku. Patek bimbang sekiranya Perbendaharaan Negara tidak diuruskan dengan betul ianya akan menjuruskan Negara Tuanku kepada Kebenkrapan. Ini semua adalah kerana Wakil-wakil Parliment dan ADUN tidak berfungsi seperti seawal Kemerdekaan dulu. Susahnya untuk di ubati Tuanku, jika sekiranya KUDIS telah menjadi TOKAK.

Kanak-kanak di culik dan di bakar

Ampun Tuanku,
Sekiranya Allah bekehendakan dan di kataNya jadi maka jadilah ia. Ingin Patek mohon dari Tuanku semoga tidak mendatangkan murka Tuanku. Hanya Tuanku dangan kuasa Allah dapat mengembalikan keamanan dari terus merebak menjadi REVOLUSI dan semestinyalah mendatangkan kemusnahan kepada Negara Tuanku dan raayat. Patek mohon sesangat semogaTuanku mengambil semula Kuasa sepenuhnya ke atas Negara Tuanku ini untuk menstabilkannya untuk raayat terbanyak. Matikan "SEMENTARA" Parliment dan DUN. Sistem Khalifah di gunakan sepenuhnya dan sekiranya sudah stabil kalau nak kembali kepada sistem sekarang maka kembalilah.

Untuk persedian Tuanku mengambil semula Kuasa yang telah Tuanku perturunkan kepada raayat secara demokrasi, Patek cadangkan 10 perkara perlu di kemaskan untuk menjadikan raayat kembali bersatu berpandukan dengan Amanat Raja-Raja Melayu.


1.   Dibawah IC mesti ada PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.
WARGA NEGARA - Raayat Ke bawah Duli yang Mahamulia Yang di Pertuan Agung(untuk Bumi)
                                   - Raayat Malaysia dari Luar Negara(untuk Bukan Bumi)
2.  Seragamkan Majlis Ugama Islam Negeri-Negeri dan istiadat Mengadap Raja.
3.  Selain Bumi. Raayat Malaysia dari Luar Negara perlu ada Diploma Bahasa sebelum  mendapat IC.
4.  Semua PAPAN TANDA JALAN dan papan iklan di tulis Jawi. 
5.  MARA di naik taraf sebagai BANK dan semua pembangunan yg di khususkan kepada ISLAMELAYU di beli oleh MARA dahulu sebelum di jual semula kepada ISLAMELAYU.
6.  Malay Reseve yang telah diambil hendaklah di ganti semula di kawasan Bandar mengikut kaki persegi.
8.  Mata pelajaran Kesusteraan Melayu dan Budaya Melayu menjadi mata pelajaran wajib kepada bukan Bumiputra.
9.  Tanda TDAK HALAL hendaklah di berikan kepada Pengusaha makanan bukan ISLAM
10. Perniagaan yang berkaitan dengan hasil bumi hanyalah untuk BUMIPUTRA sahaja.


Sudah sampai masanya jua Tuanku mengumpulkan CENDIAKAWAN-CENDIAKAWAN dari kalangan hamba raayat yang tidak berparti meluahkan akal fikiran untuk memajukan minda raayat hanya untuk kesejahteraan dan kemakmuran raayat dari hasil Negara dan Kepintaran raayat dengan Perintah Allah di junjung, Pesan Rasul penyuluh ke Syurga, kata Raja di pikul dan kerja raayat di kilik.

Ampun Tuanku,

Sekiranya warkah Patek ini mendatangkan murka Tuanku, maka hukumlah Patek. Demi Allah yang satu, Patek adalah raayat Kebawah Duli Tuanku dan Umat kepada Nabi Muhammad Rasullullah junjungan, Rasul sekelian Alam, warkah ini Patek karang jam 11: 30 pagi dengan di saksikan Isteri Patek Fadzilah Bt Lebai Othman setelah berbincang panjang semalam dengan Isteri Kedua Patek Hissham Bt Hj. Hussain dalam Patek sedang rinduka cucu Patek, Muhammad Iman Al-Faris Bin Qhairul Al-Haffiz berusia lima bulan demi untuk kebaikan kepada Ugama dan Negara Tanah Pusaka yang di anugerah Allah kepada Islamelayu mentadbirnya, seperti nenekmoyang mentadbir Bukit Si Guntang asal kita dan Nabi Adam bapa kepada sekelian manusia.

Ampun Tuanku.

Dengan Rafak Sembah, Patek menyusun jari sepuluh mohon ampun dan maaf dari Tuanku, andaikata bait-bait warkah Patek yang tidak sepertinya ini mengganggu kehidupan seharian Tuanku. Ampun Tuanku.

Patek Yang Ikhlas,

TOK AKI AJI.