Wednesday, 30 May 2012

AIRMATA IBU TELAH MENJERAT KARIER POLITIK AZMIN.....

Keluarga bahagia dengan KERETA Fararri MERAH


PERSETANKAN MEREKA  

MALIM KUNDANG MELENTING JAWAB SKANDAL DOKUMEN SULIT RASUAH!

Airmata Ibu tiada HARGAnya....tidak ternilai dengan Kekayaan dan Kedudukan....
percayalah, do'anya boleh membawa kepada PAPAKEDANA!!!!!.............

Sebelum ini  telah banyak di siarkan kenyataan dan dokumen di dalam blog dan 
paper yang pasti membuat Azmin Ali menjadi resah gelisah tentang kemewahan 
melampau beliau walau pun hanya sekadar pegawai biasa sahaja di dalam kerajaan.

Azmin Ali melenting apabila ditanya tentang pendedahan tersebut di dalam twitter beliau :


'Persetankan mereka' ? 'Nabi Musa dan Nabi Yusuf juga difitnah'? Ini adalah
 beberapa kenyataan Azmin Ali.

Kita tentu tergelak besar apabila Azmin Ali mengaitkan isu beliau dengan Nabi Musa 
dan Nabi Yusuf.  Siapalah kita untuk dibandingkan dengan para nabi.

Azmin juga mentweet ' dosa saya ialah saya lawan UMNO.' Kita semua sudah tahu
 bukan itu sahaja tapi Azmin Ali turut berdosar besar terhadap ibunya sendiri 
sehinggakan ada yang menggelar beliau si Tanggang Moden.

Si Tanggang dah jemu jadi BATU

Si Tanggang mohon di sumpah jadi PM semakin tertekan dan politik beliau 
semakin teruk tercemar!
Satu kenyataan daripada pengawai penyiasat BPR didedahkan oleh Raja Petra 
Kamaruddin (RPK) di dalam lamannya hari ini menunjukkan Datuk Seri Anwar 
Ibrahim terlibat secara langsung memberi arahan kepada Ketua Pengarah BPR 
Datuk Shafee Yahaya supaya menutup kes rasuah Azmin Ali.

Siasatan kes itu berlaku pada tahun 1995, di mana ketika itu Anwar adalah 
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Azmin Ali
 adalah Setiausaha Sulitnya.

Kenyataan pegawai BPR yang asal :

Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam 
penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. 

Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang 
bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya 
dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah 
suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. 

Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan 
segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita 
rekaan atau konspirasi.

Disini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah 
BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, 
berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya
 dalam kes Hassan Abul (Pesgawai BNM) dan kemudian buat buku pula 
yang menunjukkan bagaimana baiknya dia. 

Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan 
siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee 
betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk 
sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak 
komen apa-apa selepas pendedahan ini.Kronologi KesSiasatan kes ini 
bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A). 

Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali 
yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji 
lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di
 dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah 
dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot 
yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.

Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris 
sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin 
sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli,
 Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah 
rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. 
Hebatkan? BPR siasat ke?

Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan 
supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di 
keluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada 
Azmin Ali. Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan 
setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR. 

Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin 
yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah
 Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat
 TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin 
mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.Now, what is the legal
 implication when Azmin voluntarily declare his asset? 

Meaaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention 
Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin
 having an unexplain excessive property.Diketika itu, kami yang terlibat
 di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan 
arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.

Namun saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan 
usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (limat minit 
No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk 
memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali
 (quoted as YDS at para 6 of the minutes).

Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan lihat Minit-Minit bil 4 – 9 dan Kertas 
Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.

Rujuk m init 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada
 TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu
 di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan
 integrity di kalangan kami. 

Akhirnya lihatlah minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk 
Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua 
Pengarah BPR ketika itu.

Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah diluar kemampuannya.
Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam 
macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim. 

Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has
 violated a law when personally instructed this investigation to be closed. 

Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” 
dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan.
 Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu 
siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.Perbuatan Datuk Shafee ini
 melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah 
dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk 
mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. 

Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray 
his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.Di bawah ini tuan-tuan
 bolehlah tatapiu pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di 
dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah 
hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.

Pengisytiharan harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan 
baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran
 D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar 
sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih. 

Seorang sururumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.
Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan 
saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah ,masyarakat
 buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan 
silalah baca sendiri.

Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan 
lihat peyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka
 kepada Negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to 
explain more about this. 

Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti 
Datuk Shafee.Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali
 Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah
 seorang surirumah) pada tahun1995. 

Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta 
peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan 
semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada 
waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga
 Menteri Kewangan Malaysia.

Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas 
Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat 
mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk 
membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di 
Setapak harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan 
bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75. 

Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga 
RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan 
sebanyak RM1,110.35. Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah 
sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan menunjukkan hutang
 Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin 
mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini?? 

Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin di gunakan untuk 
membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi 
menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak 
diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk membayar 
wang deposit rumah-rumah tersebut.Siasatan yang dijalankan oleh
 BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu 
BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran 
deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak
 RM875 sebulan. 

Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81
 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen 
bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada
 ketika itu nilai yang besar. Mana tak nya klu dilihat gaji setiausaha sulit
 TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.Saham yang dimilik oleh
 Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisness man. 

Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai 
saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi s
etengah juta. Itu tak termasuk baki-baki didalam akaun bank yang pernah 
satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya 
nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup
 dengan sedemikian??

Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup 
kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta
 yangberlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya. 

MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI
 KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH 
ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL
 DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA 
TERSEBUT

Untuk makluman, pada waktu itu Ketu Pengarah BPR adalah Dato Shafee
 Yahya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang
 tak relevan bilamana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang 
berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka
 dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM 2 ribu legih sebulan 
mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin.

TEETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana 
bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti 
Kerbau dicucuk hidung? 

Ataupun sama dah NYANYUK????????Kite cube renung-renungkan 
kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran y
ang diupload bersama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara
 sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya. seterusnya








amukanmelayu - sekurang-kurangnya kita perlukan 10 tahun lagi untuk mendedahkah semua SIFAT-SIFAT buruk pemimpin Islamelayu ini dan kita perlukan 15 tahun lagi jika PR menang PRU ke 13 ini untuk membongkar kesalahan dan KORUPSI pihak BN pula....kita akan kehabisan 25 tahun lagi untuk berjumpa dengan pemimpin yang "BERSIH" didalam Kerajaan Malaysia setelah kita kehilangan Kerajaan Islamelayu........seperti MERDEKA....kita yang bermatian tapi Bangsa lain yang mendapat nikmatnya.