Tuesday, 1 May 2012

DARI DUNGUN KE DATARAN MERDEKA......

Gambar Hiasan

Terima kasih Papa bawa adek pergi KL. Abah ajak Mama dan Kak Long dengan Kak Ngah pergi rumah Pak Su di Cheras, lama adek tak datang ke KL. Hari jumaat pagi kami semua dah bersiap-siap awal lagi. Dalam pukul 7 selepas Papa solat subuh kami bertolak ke KL. Adek heran kenapa kereta banyak sangat di jalan ni. Papa kata ada orang buat perhimpunan di KL. Sepanjang jalan adek tengok Papa angkat tangan tak berhenti-henti pada kereta yang dia potong. Baik sungguh Papa Adek.

Sampai dekat dengan tol Adek nampak banyak Polis. Adek tanya Papa.....kenapa ada banyak Polis pereksa kereta? Ada orang jahat ka Papa. Mama cubit Adek. Adek pun heran, terus Adek diam. Pada hari rabu, Papa kat kat Mama....Papa kata dia rasa nak pergi KL. Ramai kawan-kawan dia dah pergi. Tapi Mama kata, nak pergi macamana...duit tak ada. Papa kata dia ada duit sikit, kalau ada lagi duit poket dari ATAS cukuplah untuk kita duduk dua tiga hari di rumah Paksu. Pada petang tu, ada orang pakai baju kuning datang rumah bagi duit kat Papa. Papa tersenyum sambil memandang Mama, kopiah puteh di buka dan Papa mengaru-garukan kepalanya.

Sampai rumah Paksu dah jam 4 petang. Adek seronok sungguh. Papa berbual-bual dengan Paksu, Mama dengan Maksu di dapor. Paksu kata dengan Papa, tak payahlah pegi ke Dataran tu. Papa terdiam. Jam 6 petang Papa cakap semua bersiap kita nak gi jalan-jalan di KL.....adek seronok sangat. Paksu kata kita tak payah bawak kereta. Lagi pun PROTON SAGA Papa dah lama sangat. Stering pun bergoncang. Tapi Adek suka dengan kereta kami. Adek dengan semua naik LRT ke KL. Orang ramai sangat....semuanya pakai Baju Kuning. Adek heran, kenapa orang pakai baju sama saja. Papa ngan Paksu pun sama.

Papa selau bersungut barang mahal....tapi selalu makan di rumah kami berlebihan, Papa selalu kata minyak mahal, tapi kami selalu ke Dungun dengan kereta Papa. Papa selalu kata Kerajaan zalim, tapi Adek selalu di beri hadiah di Sekolah kalau Adek dapat nombor satu. Basikal dan beg sekolah semua sekolah bari. Dulu Papa jarang balek Kemaman....tapi sekarang hampir tiap minggu Papa ajak Mama balik kerumah Tok Aki.

Adek tak tau sampai mana...tetiba Papa ajak semua turun. Paksu kata ini Masjid Jamek. Kami berjalan perlahan-lahan...ramai sungguh orang di sini. Polis pun banyak....semua orang bertegur sapa...Polis pun tersenyum saja melihat kami. Mungkin mereka melihat Kopiah Puteh Papa dah lusuh kekuningan. Tapi Papa tetap bergaya dengan BAJU KUNING dia. Papa keluarkan kain dari poket seluar. Papa ikat kain HIJAU bertulis LAILLAHAILLALLAH di kepala. Papa nampak maco....Adek suka sangat. Papa yang selalu Adek tengok baik, sabar, pengasih dan penyayang itu berubah sedikit bengis. Tapi Papa tetap maco hitam dan menawan.

Kami sampai di kawasan lapang, Papa kata inilah DATARAN MERDEKA. Adek terpegun. Cantik sungguh disini...tapi kenapa orang ramai sangat dan menjerit-jerit. Adek memegang tanga Papa dan Adek kata Adek takut. Papa kata jangan takut, Papakan ada.

Jam dah hampir 12 malam kami sampai balek kerumah Paksu. Selpas makan malam Adek tanya Angah....kenape ramai orang jerit-jerit tadi. Angah tak jawab pun. Sambil membuka tudung Adek tengok Angah hanya menggelengkan kepalanya. Adek jadi bingung. Tak seronoklah kalau datang KL macam ni. Papa kata besuk jam 11 pagi kita pergi lagi.

Jam 11 pagi kami dah sampai di Dataran Merdeka. Adek boring betul. Ingatkan nak shopping. Panas sangat disini. Orang ramai sungguh. Polis banyak. Tapi banyak dawai-dawai macam rumah Tok Aki di pasang disini. Orang jerit-jerit. Adek takut sangat. Papa cakap ini perjuangan. Pukul 2 petang Adek makan biskut yang Maksu bekalkan. ada orang tolak-tolak Adek. Benci. Entah jam berapa Adengar orang jerit-jerit, HIDUP...HIDUP...MATI...MATI...BERSIH...BERSIH....LINAS....LINAS... TURUN...TURUN....NAJIB....NAJIB...REFORMASI...REFORMASI....tapi Adek heran...kenape Papa tak solat hari ni.

Lepas tu Adek tengok semua orang lari....mereka melanggar Polis...ada Polis yang jatuh dan mereka pijak...tapi abang Polis tak marah pun....kami berjalan keluar dari kawasan itu ke arah banguna yang Adek nampak dia tulis SOGO....Adek berjalan memegang jangan Papa di kaki lima yang tinggi. Lepas tu Adek nampak orang lompat atas kereta Polis...mereka memukul kereta Polis...mereka menendang dan bermacam-macam lagi. Kereta terbabas..... Adek menangis... Adek ajak Papa balek. Papa nampak sedih. Papa gendongkan Adek di atas belakangnya. Adek orang kata ...PUKUL...PUKUL... rupanya mereka dah menarik keluar Polis dari kereta dan ada orang pergi menolong juga mereka pukul. Adek takut sangat....Adek menagis lagi. Cikgu kata jangan pukul orang nanti Allah pukul kita.

Adek teresak-esak semasa pulang ke rumah Paksu. Papa ngan Paksu tidak berbual apa-apa. Barulah Adek faham kenapa Papa bawa Adek ke KL dan kenapa Polis banyak sangat. Rupanya banyak orang jahat di sini dan mereka kalau buat jahat mesti pakai baju warna yang sama. Adek kata dengan Papa.. habis Adek punjahatlah sebab Adek pakai baju sama dengan kawan-kawan kat sekolah.

Bukan macam tu. Papa pakai baju kunig ni jahat tak? Papa bertanya pada Adek. Adek tak tau nak cakap macamana. Papa memang best.....rupanya Papa ngan Paksu bawa kami semua supaya kami dapat melihat bagaiman orang yang mengatkan bertamaddun tapi BODOH dan dapat di pergunakan oelh orang lain kerana kita TIDAK BERIMAN dan tidak percaya kepada kehendak Allah. Papa memang hebat. Tapi kenape Papa tinggal solat untuk kesana?

amukanmelayu - yang di kejar tak dapat-dapat, yang di kendung telah berciciran diratah orang lain.