Sunday, 6 May 2012

KAK WAN....BAWALAH AZMIN BALIK, MAK TOM SEDANG MERINDUINYA.....



Wan Azizah nasihat Azmin lawat ibunya

                                          Do'a Kak Wan Untuk Azmin.

SHAH ALAM - "Azmin sebaiknya melawat dan menziarahi ibunya kerana itu salah satu 
tanggungjawab beliau  sebagai anak," kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau ditemui wartawan pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat 
di bandar i-City di sini, malam tadi.

Diminta mengulas kenyataan oleh ibu Azmin, Dr Wan Azizah berkata: "Saya menasihatkan
 kepada Azmin supaya pergi berjumpa dengan ibunya."

Ibu Azmin, Che Tom Yahaya berkata, pintu rumahnya belum tertutup buat Azmin, 
Timbalan Presiden PKR.

Menurut Che Tom, dia masih mengharapkan anaknya itu pulang semula ke pangkuan
 keluarga, untuk menautkan kembali hubungan yang sudah terjurang antara Azmin dengan 
adiknya, Umi Hafilda.

“Saya dan abahnya (Allahyarham Ali Omar) sudah berikan dia didikan yang cukup,
 ilmu akhirat, adat resam, budi bahasa. Sebagai ibu, saya sayangkan dia dan harap 
dia berubah," katanya.

Mengulas mengenai klip video seks yang dikaitkan dengan Azmin, Dr Wan Azizah berkata,
 itu adalah satu helah Umno yang tidak boleh diterima.

"Ini satu cara Umno yang telah saya lalui, kalau ikut hukum syarak, kena bawa empat saksi, 
kena ikut betul-betul cara Islam.

"Kalau nak bandingkan (isu) Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) pun ada juga, 
tapi dia (Soi Lek) mengaku, politik tidak sepatutnya begini," kata beliau lagi.

Isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ini juga berkata, orang
 ramai boleh berdebat mengenai sesuatu isu berkaitan negara, tetapi tidak harus 
membawa politik ke tahap yang "tidak elok."

Majlis makan malam itu anjuran Dewan Pemuda Pas Kelantan turut dihadiri Menteri 
Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw; 
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan,
 Abdul Latif Abdul Rahman.

Program itu yang dihadiri hampir 1,000 orang bertujuan mengumpul dana Dewan 
Pemuda Pas Kelantan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
amukanmelayu - politik MALAYSIA semakin tidak bermoral.Ini menunjukan DEMOKRASI telah gagal.....kembalilah kepada SISTEM KHALIFAH. 


Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2012/05/wan-azizah-nasihat-azmin-lawat-ibunya.html#ixzz1u3ISdJdI