Saturday, 12 May 2012

UMNO + PAS adalah milik semua umat ISLAMELAYU.


Kongres Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) Menentang Malayan Union

         Sumpah Melayu

Dikarang oleh Dato' Onn Jaafar pada tahun 1946.
KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri. KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.
KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.
KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:
  • Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;
  • Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;
  • Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan
  • Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.
Syulur Alhamdulillah.....nampaknya, PERSATUAN BANGSA BERTERASKAN ISLAM TERBESAR DUNIA ini telah pulih walau pun tidak semuanya. Semalam penulis menyaksikan SANGSAKA BANGSA di julang sebagai PANJI-PANJI maruah ISLAMELAYU. Ia bukannya satu parti, tapi ianya adalah satu semangat, satu tekad dan satu hasrat "MEMBANGKITKAN" semangat yang telah lama lena tertidur di ulik "NIKMAT MERDEKA" dan hampir-hampir tersungkur di "MEDAN RIAK" yang melampau.

1963 adalah UMNO dirundung malang yang amat sangat. DEMOKRASI telah memisahkan kita. Perjuangan mereka yang jelas dan diikat dengan Budaya Islamelayu yang amat kuat. Sebahagian dari mereka yang tidak menerima IMEGRAN sebagai warga negara dan sikap berlembut sebahagian dari Pemimpin atasan UMNO yang mula menghapuskan beberapa identiti Islamelayu membuatkan yang tidak setuju dengan dasar nuteral UMNO ini telah meninggalkan UMNO dan menubuhkan PAS sebagai wadah perjuangan baru. PAS meninggalkan parti "KAPAI LAYAQ".


PAS bergerak seiringan dengan UMNO dan menjadi pengimbang dengan "DASAR MAT SALEH" yang menjadi cara hidup dan cara  berfikir sebahagian dari Ahli UMNO. Mereka berentap dalam Perliment dengan 83% kerusi adalah Islamelayu yang menguasainya. UMNO sangat bernasib baik kerana PAS adalah sahabat, kawan dan saudara yang amat baik menegur dan menghalang jika UMNO hendak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Ugama dan Adat dan budaya tempatan.

Langit tidak selalu cerah.....KU (LI) sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Dalam UMNO memacu kencang dengan PEMBANGUNAN.....banyak yang tertinggal kerana Panji-Panji perlu di PACAKKAN di perbatasan. Perebutan kuasa ada di mana-mana saja sejarah perjuangan Ugamabangsa. Hampir semua negara yang gagal menghalang KEGILAAN untuk menjadi pemimpin dan terlalu ingin berkuasa ini akan membawa kepada kemusnahan Tamadun Bangsa. UMNO juga tidak terkecuali.

Sejarah hitamnya di catit kerana "terlalu berlebih kurang" dengan perundangan. Perjuangan yang di pesongkan, Kegilaan hendak menjadi "NO 1". Ribuan Pejuang Tua....menangis sendirian bila "UMNO" di haramkan. Sang Pengkhianat melompat kegembiraan dan menubuhkan SEMANGAT 46. Inilah perpecahan kali kedua kepada UMNO.....Jika Allah mengatakan Jadi maka jadilah ia. Yang "dihilang" kerana kerakusan adalah "UMNO" tapi semangat ISLAMELAYU tidak hilang. Patah tumbuh hilang berganti. Yang hilang di gantikan dengan "UMNO BARU"..... inilah permulaan kali kedua dengan semangat yang pertama.

Dari sinilah bermualanya "TRANSFORMAS" pertama UMNO. Dengan semangat baru, dengan wadah perjuangan yang baru, dengan khudrat yang baru dan dengan penyaringan keatas pemimpin yang di buat tanpa di sedari anggota bawahan.....UMNO memacu jauh kehadapan. Sekali lagi UMNO di uji dengan "Kerosakan Moral" para pemimpinya. Walau apa sekali pun....sama ada di putuskan oleh mahkamah atau di lepaskan oleh mahkamah atau yang tidak di bawa ke mahkamah. Tak tumbuh maka tidak melata. Sebagai seorang pemimpin ia nya tidak terlepas dari menjadi perhatian raayat.

Politik wang juga menjadi kemusnahan kepercayaan raayat. MORAL + POLITIK WANG, sangat meruntun hati dan nurani raayat. Sekali lagi UMNO di uji dengan melakukan TRANSFORMASI kali yang kedua. Mereka yang menghadapai kesahan MORAL di NYAHkan secara berhemat dan yang terlibat dengan POLITIK WANG di bawa kepada badan disiplin UMNO. Mana ada lagi dalam sejarah sebuah badan yang begitu berani mengenakan tindakan displin kepada pemimpinnya.

Jika hati tidak di letakan perjuangan di atas ISLAM dan Kerana Allah. Nafsu akan menguasai hati. Sekali lagi perpecahan berlaku. Pemimpin yang merosakan perjuangan Islamelayu tidak di terima lagi menjadi ahli UMNO. Apabila tersingkir.....maka berpecah lagi UMNO untuk kali ketiganya. Maka tertubuhlah ADIL.

Dari dua mata di campur dengan mata hati....UMNO terus kehadapan dengan susah payah memajukan negara dari sebuah Negara Pertanian di angkat menjadi Negara Perindusrtian yang maju dan dinamik. Dari "Nak di betulkan Jarum yang patah pun tak mapu" kini Malaysia dengan "PREVE" bertunjangkan dengan semangat TUAH.

Dengan imej bermata satu PKR meronta-ronta mahu kehadapan dengan menggunakan kuasa Luar......tapi bersembunyi di sebalik "KERAJAAN RAAYAT" dan dalam sejarah telah menceritakan, dah beberapa kali kita kecundang disebabkan kuasa luar yang datang membantu mereka yang merasakan diri mereka tertindas ini berjaya menawan "KUASA" pemerintah dan PEMERINTAHAN bertukar tangan. Raayat tidak terfikir apa yang akan terjadi selepasa itu. Yang penting adalah HATI perlu di puaskan. Seperti kata ABON dalam MAHARAJA LAWAK.

Dua Tiga Kucing Berlari,
Mana Nak Sama Si Kucing Belang,
Dah Lama Saya Menanti,
Hati Di Dalam Nak Di Puaskan.

Dengan konsep yang hampir sama di ambil dari cara UMNO berkongsi kuasa dengan kaum Imegran, PKR mengunci PAS diantara DAP dan PKR. Ini menjadikan PAS semakin terasing dari UMNO. Segala kebaikan dan pengorbanan bersama memajukan raayat sebelum ini....sebahagian dari kita sanggup merosakan apa yang kita ada dan kita bena. Kita tidak lagi sekata sesama kita. Semua kejayaan yang kita ada bukannya hanya milik UMNO tapi ini adalah pengorbanan seluruh UMAT MELAYU. Kejayaan FELDA menjadi KOPERASI terbesar dunia dan Menara Kembar Petronas menyapu awan segagah Kinabalu dan sekukuh Banjaran Titiwangsa, Islamelayu itu mengepalai 28 juta raayat maju kehadapan meninggalkan rakan dan jirannya jauh kebelakang, ini adalah kejayaan bersama kita. Siapa yang menjana Negara Maju kehadapan se gemilang ini kalau tidak dengan kebijaksanaan DYMM Seri Paduka Raja-Raja Melayu dan melalui Mamanda PM dengan izin yang Mahakuasa juga. Dengan berbekalkan sumber HASIL BUMI yang di jadikan modal untuk menjana fikiran raayat supaya mampu bersaing dengan Bangsa-Bangsa lain di pentas Antarabangsa dengan BERPANDUKAN mentafsir WASIAT RAJA-RAYA MELAYU. "Ditinggalkan" 7 perkara....dan Paduka Tuanku tidak berkata dalam WASIATnya untuk di habiskan. Sungguh jauh pandangan Duli Tuanku.

Wasiat Raja-raja Melayu


Gambar atas : Raja-raja Melayu bergambar bersama Wakil Ratu Britain.
Hubaya-hubaya bangsa, bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-duli Yang Maha Mulia sembilan orang Raja-raja Melayu sebagai raja pemerintah dari empat buah “Negeri Melayu Bersekutu” dan lima buah “Negeri Melayu Tidak Bersekutu” memberikan perkenan menurunkan tandatangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat tujuh wasiat Raja-raja Melayu yang berbunyi :

Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kami bersatu padu dan berpegang teguh padanya, selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera. Tujuh perkara itu ialah :


1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu memerintah negara ini

5. Kami isytiharkan Islam sebagai agama Pesekutuan

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain

Tanah Melayu ini TANAH KERAMAT.....inilah satu-satunya negara yang menggabungkan KUASA KHALIFAH dengan KUASA RAAYAT dengan Allah yang SATU Penguasa sekelian Alam di letakkan di atas Junjungan Rasullullah Nabi Akhir Zaman. Dengan Wasiat Raja-Raja Melayu Raja Berdaulat  di PATUHI dan SUMPAH MELAYU di pegang kemas.....hala tuju tidak akan lari. Jika kedua-dua perkara ini tidak di GENGGAM ERAT. Satu demi satu Parti yang kununnya berjuang untuk Alif, Ba dan Ta akan tersungkur. HAMIN, BERJASA, S 46, Parti NEGARA dan banyak lagi hilang dari lipatan sejarah.

Penulis berasa sedih dengan sambutan di Stadium Bukit Jalil semalam. Tiada kedengaran Selawat dan Salam di berikan kepada Rasul Junjungan. Tiada kedengan laungan Allah yang Maha Besar dan tiada saudara-saudara kita disisi, seolah-olah mereka bukan saudara kita dan seolah-olah mereka telah terpisah dari kita.
 Dalam setandan pisang sudah kebiasaannya tentulah ada yang buruknya....yang manis janganlah terus ditelan dan yang pahit, janganlah terus dibuang.

Dengan bersederhana banyak yang boleh di buat. Janganlah di tinggalkan saudara kita ini. Mereka adalah saudara kita dunia dan akhirat. Jika tidak di ambil peduli....bukan BATANG TUBUH dan UNDI yang menjadi menjadi kerisauan penulis....tapi pegangan AKHIDAH mereka yang di bimbangi. SYIAH, KHAWARIJ, QHARDIANI, KRISTIANISASI, LGBT dan MURTAD seakan-akan boleh di terima dalam Negara kita. Janganlah dalam asyik kita BERBANGGA dengan HIMPUNAN 100,000 Islamelayu di Bukit Jalil menjadikan kita terlupa saudara-saudara kita yang sama perjuangan pada asalnya

UMNO tidak menjadi KERAMAT kalau masih ada Islamelayu yang kita tinggalkan diluar stadium. Masih ada jalan untuk menuju ke arah kesejahteraan bersama. Percayalah mereka ingin bersama-sama kita untuk MERAYAKAN kejayaan KERAJAAN MELAYU ini lihatlah apa yang tebuku di hati Tok Guru. Ular Menyusur Akar Tidak akan hilang Bisanya. PAS bukan musuh kita....mereka adalah saudara kita, PAS MERAJUK, PAS berkecil hati, PAS bukan hendakkan kuasa....tapi PAS kecewa kerana kita TIDAK BERTINDAK sebagai PELINDUNG ......UMNO tidak membawa dirinya sebagai ABANG SULUNG.


Ini adalah kenyataan Tok Guru...., bacalah isis hatinya. Penulis bukan orang yang layak untuk menjalankan kerja ini. Tapi kita punyai ramai diluar sana yang tahu untuk mendamaikan kedua-dua Parti Terbesar ini. Tak perlu bubarkan PAS dan tak perlu bubarkan UMNO. Cukuplah sekadar meletakkan asas perjuangan dari DUA sumber seperti yang penulis telah letakkan di atas dan ambillah pedoman dari Al-Qur'an, firman Allah swt dalam Surah al-Hujurat. ayat 9-10, yang bermaksud"Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang- orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang- orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" 

Inilah yang dinanti-nantikan oleh berjuta-juta Islamelayu seluruh dunia. Bukannya hanya di Bukit Jalil dan Dataran Merdeka.......jadikanlah PAS dan UMNO seperti poket kanan dan poket kiri....suka hati kitalah (Islamelayu) nak selok poket mana....kerana kita adalah keduanya.

amukanmelayu - Tantawi dan Khairi.....lu dua orang tunggu apa lagi Broooo.................