Tuesday, 12 June 2012

DAJJAL, ILLUMINATI GENTAR PADA MELAYU



NUSANTARAKU


Sesungguhnya golongan Freemason/Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang
 hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini. Ketika pengaruh Islam 
semakin lama semakin subur di Asia Tenggara, para Mufti Iblis Illuminati semakin
 risau dengan perkembangan ini.

Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia 
Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah 
(Alexandria Library), terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini. Namun Dajjal 
 telah lama tahu mengenai Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w 
memulakan kehidupan baru mereka. Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia 'para penyembah
 Iblis dan Dajjal The AntiChrist' telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat 
diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan 
amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi 
ke Timur. Tujuannya ialah untuk mencari siapakah yang mengIslamkan Parameswara 
dan Raja-raja Melayu Purba di Nusantara. Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus
 memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.

Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka, namun mereka begitu sukar 
untuk meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu, ini kerana tentangan sengit d
aripada pelbagai sudut seperti dari Kerajaan Johor-Riau, kerajaan-kerajaan kecil 
di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.
 Orang-orang Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia 
dari segi perpaduan,i ni kerana di Indonesia, suku kaumnya lebih kompleks dan ragam
 bahasanya lebih banyak. Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia. 
Tetapi teori ini tidak boleh dipakai di Tanah Melayu. Komposisi kaum di Tanah Melayu
 perlu dirumitkan supaya teknik 'Divide and Rule' dapat dilaksanakan. Belanda juga menyerah
 kalah di Melaka setelah pengambilalihan dari Portugis walaupun mereka berjaya 
mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan k
eadaan di 'Semenanjung Emas' yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah.

Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah 
dimusnahkan. Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri. Tetapi 
The Hidden Hand (Dajjal dipercayai berkomunikasi dengan keluarga Rothschild 
dan Rockefeller) tidak berputus asa, dia pun menghantar British (Inggeris adalah 
pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang 
untuk menguasai Tanah Melayu.

Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu, wakil Illuminati
 Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja 
Cina dan India ke Tanah Melayu. Mengapa Cina dan India? Kerana dua negara ini mempunyai
 tenaga manusia yang ramai dan miskin. Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu 
amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati 
'Ordo Ab Chao' iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah. Semakin ramai pekerja 
Cina di Tanah Melayu. Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu.
 Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil 'secret societies' Cina yang menganut
 faham Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason. Merekalah yang menubuhkan pelbagai 
kongsi gelap bagi orang-orang Cina. Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai 
dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap, inilah masanya untuk 
bermain api. Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja. Contoh yang 
terbaik ialah di Perak, negeri yang pertama menerima residen British di Tanah Melayu.
 Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam 
siri Perang Larut, mengakibatkan British campur tangan di Perak. Taktik ini juga digunakan 
di semua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
 LIHAT, YANG MEMBUAT KEKACAUAN BUKANLAH MELAYU, TETAPI ORANG LUAR. 
Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah. 
Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah 
mereka,maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu.

British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertima
na Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina, tetapi mengapa British
 bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian,strategi dan siasah serta mengekalkan
 sultan-sultan? Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat-tempat lain. India misalnya, 
Raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya 
dimusnahkan. Ingat, Raja-raja Melayu. Freemason amat berharap untuk menamatkan
 riwayat kesultanan Melayu. Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan
 dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai. Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa 
politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan
 'muzium hidup' di Indonesia. Kesultanan Sulu sudah lama pupus. Cuma yang tinggal 
ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei. Inilah dua Kesultanan 
Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas 
mereka. Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka
 terus dihapuskan tanpa banyak soal. Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah
 sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing
 penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu
 dan menghasut mereka menggulingkan maharaja, China juga terpaksa tunduk 
dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang 
Candu, hanya Hong Kong dijajah British). Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika 
dan Pasifik, kesemuanya menjadi jajahan total mereka,namun Tanah Melayu nampaknya 
naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai 'negeri naungan Ratu Inggeris'. Mengapa? Kerana
 Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah.Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui 
residen-residen mereka. Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di 
mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung,
 Sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran
 'Sultan' atau 'Pemerintah' walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British,
 dengan kata lain adalah jajahan mereka.

Perancangan Illuminati terhadap bangsa Melayu amatlah aneh sekali. Segala-galanya 
dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini. Jika tersilap perancangan, 
maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini. Kuasa ini tidak boleh 
dikalahkan dengan seribu angkatan perang. Tidak boleh dikalahkan dengan seribu 
jeneral perang terlatih. Kuasa ini boleh ditidurkan. Mengapa British tidak menghantar 
sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang 
Malayan Union padahal Malayan Union adalah 'masterpiece' yang telah dirancang 
beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand? Semata-mata perarakan sahaja boleh 
memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah? Apakah rahsianya?


Silat adalah asas pertahanan diri, ia akan bertukar menjadi TENTERA TERLATIH apabila
 di kerahkan oleh SULTAN ke MEDAN PERANG

Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun. Ini diakui oleh para penjajah mereka. 
Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini, betapa terkejutnya mereka dengan satu
 bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri, organisasi masyarakat yang tersusun, 
kostum dan pakaian yang kemas, cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan
 mereka ialah majoritinya menganut agama Islam? Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka
 hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu 
membuat kapal perang! Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa 
spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno. Sebab itu ketika 
The Hidden Hand (Dajjal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter 
sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara, apabila kembali ke Eropah 
bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis, menceritakan
 satu bangsa yang menepati ramalan dalam 'Holy Scriptures'. "Cepat cari bangsa itu, 
Kristiankan mereka atau kamu semua akan musnah!" Sebab itu di dalam buku-buku 
sejarah, orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur, dunia misteri yang
 diidam-idamkan oleh The Hidden Hand. Haruslah diingatkan bahwa Dajjal telah dilepaskan
 setelah wafatnya Rasulullah SAW. Amerika, Afrika dan India bukanlah tujuan mereka. 
Itu adalah 'rezeki terpijak' dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri.


Semasa bangsa lain memakai CAWAT atau berbaju guni....Orang Melayu telah 
ada COSTUME yang tersendiri dengan sulaman songket yang menawan

Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah
 lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan. Tetapi mereka terlambat. 
PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA. Sebab itu apabila 
Portugis menapak di Melaka,organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist 
yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk
 mengkristiankan orang-orang Melayu. Tetapi gagal. Pemerintahan Portugis yang 
kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand. Portugis pun 
dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajjal tidak peduli nyawa atau 
kepentingan orang lain, jika tidak diperlukan maka 'habis madu sepah dibuang'). 
Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka. Tindakan-tindakan kejamnya
 di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka. NAMPAKNYA BANGSA MELAYU 
TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM. Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis.

Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu, maka tahulah mereka bahawa 
ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN. 
Sebab itu Inggeris lebih 'beradab' melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding
 bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan lain. Melayu nampaknya lebih di'manjakan' Inggeris
 terutama golongan bangsawan, para kerabat diraja dan sultan-sultan. Peristiwa 
pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya 
menghantar Residen yang memahami karakter orang Melayu. Sebab itu Hugh Low 
dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji 
sensitiviti orang Melayu. Di satu ketika, British menggunakan kekerasan,di satu ketika 
tindakan British seperti ditahan-tahan. Padahal bukan susah untuk mengerahkan 
bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan, membunuh mereka dan
 memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India. 
Pihak Inggeris memang BERKEHENDAKAN begitu tetapi dinasihatkan oleh 
THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka. Apa rahsianya? 




Bala tentera Dajjal

DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS 
DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MALA DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN
 RAMALAN-RAMALAN DALAM 'HOLY SCRIPTURES' SEPERTI KEBANGKITAN IMAM 
MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S klik di sini Melalui 'secret societies' di China
 dan England, Dajjal The AntiChrist telah merangka plan jangka panjang untuk menawan 
Nusantara. Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang plan Illuminati-Zionis dalam 
merangka plan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel, tetapi majoriti mereka 
masih tidak tahu tentang plan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura.
 Inilah rancangan paling licik dan tersembunyi. klik di sini, di sini Kongsi-kongsi Gelap 
Cina Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society.
Nama-nama yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association.Freemason
 sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli 
Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk
 G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925).

Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan 
penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya. Merentasi sejarah China, 
hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi
 gelap. Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai 
kuasa, terpinggir atau teraniaya, untuk menentang penindasan atau apa jua yang
 mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka. Mereka tidak
 pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan 
untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap. 
Berbeza dengan 'secret societies' di Eropah dimana umumnya ahlinya terdiri dari golongan
 pertengahan dan elit, kongsi-kongsi gelap Cina adalah terdiri daripada orang-orang 
miskin dan bawahan. Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama 
'The Hidden Hand' mahu mempergunakan orang-orang Cina. Mereka dijadikan 'pawn of the game' 
dalam usaha 'The Hidden Hand' mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.
 ORANG-ORANG CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN HADAPAN 
BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU. Jika peperangan terjadi, 
orang-orang Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUK DAN PARANG TERBANG
 Melayu.

Bangsa kesayangan The Hidden Hand, Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya, 
Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan or
ang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat 
orang-orang Cina sebelum merancang pelbagai plan untuk membuat 'counter attack'.
 Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka memendam rasa. Sikap mereka
 misteri dan pendiam. Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta 
jika mereka diganggu, diprovok atau diusik sensitiviti mereka. Tetapi mereka akan 
memendam perasaan sehingga ke tahap kritikal dan 'psycho'. Apabila sampai satu tahap,
 alter amuk mereka akan meletus. Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka.

Dari mana perkataan 'amok' dalam bahasa Inggeris diambil? Lihat, bahasa Inggeris
 terpaksa meminjam perkataan 'amuk' dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena
 ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk
 menjelaskan jenis psikologi ini. Alter amuk adalah seolah-olah ekslusif untuk bangsa
 Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu. 
Jika kita lihat di Barat, sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi 
tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke 
arah pelajar-pelajar lain. Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan 
alter berbahaya ini. Istimewanya, mereka pandai mengawal dan menggunakannya. 
Jika tidak, sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan kauvinis dapat 
hidup di bumi mereka. 

JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA,
TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG-ORANG MELAYU UNTUK TURUT 
MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI. 
Ingat,orang-orang Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan. Inilah salah satu hasil 
kesimpulan Francis Light, Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman
 mereka di Tanah Melayu. Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan 
orang-orang Cina di Tanah Melayu. Pertamanya, majoriti orang-orang Cina yang 
dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat, jadi
 kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka 
ketika di perantauan. Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang 
sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini.

Keduanya, siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan 
orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan 
Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama), khasnya di 
Tanah Melayu? Mereka juga adalah KONGSI-KONGSI GELAP INI. Merekalah 
ejen-ejen yang bekerja mengumpulkan orang-orang Cina dari wilayah-wilayah miskin
 yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan 
pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di
 Singapura dan Tanah Melayu. Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas 
kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk
 membenarkan Illuiminati Inggeris 'menculik' rakyat China untuk memecahkan komposisi
 kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura. Rakyat 
China miskin yang 'innocent' tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian
 Zionis ke atas mereka.

Orang-orang Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei, menjadi
 korban mudah Illuminati dan Zionis, mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan. Juga para
 pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat, juga tidak 
bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.
 Budaya-budaya komunism ini juga cuba di selitkan dalam perjuangan tentera Fisabilillah.
 Tentanglah komunism ini dari menular dalam perjuangan kita! Jangan berpecah belah 
kembalilah ke pangkal jalan... ke jalan putih yang sebenar. Duit adalah dewa yang 
digunakan dalam kongsi gelap, kenapa perlu ikut budaya komunis cina sedangkan 
kita lebih hebat dari mereka? Perjuangan kita kerana Allah bukan kerana duit.


amukanmelayu - takkan MELAYU hilang di dunia.....betul ke Tuah ni......


 
* Dipetik dari catatan MacJay