Friday, 15 June 2012

FAKTA TERBAIK USTAZ RIDHUAN TEE.


Di mana Bumi di Pijak, di situ Langit di Junjung


FAKTA TERBAIK USTAZ RIDHUAN TEE.



(Sinar Harian 11 Jun 2012)

Seorang India Muslim (mamak) yang kononnya bergelar datuk amat marah 
dengan artikel saya,  bertarikh 28 Mac 2012 lalu, bertajuk “tuntutan Dong 
Zong biadab”. Beliau yang mendakwa artikel saya tidak Islamik, merugikan Islam.
 Beliau tidak putus-putus faxkan surat yang sama kepada saya, mahukan 
penjelasan dan bersedia berdebat dengan saya. Beliau akan terus melakukannya
 selagi saya tidak menjawab apa yang beliau tanya. Persoalan saya, siapakah beliau?
 Apakah dengan gelaran datuk menandakan dia hebat dan boleh mengarah 
orang lain mengikut telunjuknya? Perompakpun ramai yang dapat gelaran datuk.

Terus terang, saya tidak perlu melayan minda kerdil orang seperti ini. Masih 
banyak kerja lain. Cuma saya kasihan dengan tindakan beliau. Paling kurang 
jagalah status kedatukannya itu.  Faxlah lagi, saya suka dengan permainan ini. 
Jika mahu berdebat soal pendidikan, sila minta NGO-NGO yang tidak berpihak 
aturkan. Saya begitu teruja untuk berdebat dengan beliau.


Ideologi mereka ini sangat berbahaya kepada 
Islamelayu

Apapun, saya ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan kerana ada 
kaitan dengan pandangan Dong Zong yang terbaharu. Ultra kiasu ini mendakwa
 Akta Pelajaran 1996 yang dipersetujui oleh MCA telah menyebabkan 
Sekolah Persendirian Cina (SPC) tidak bertambah dan statik bilangannnya
 kepada 60 buah sahaja. Pemimpin MCA menafikan dakwaan itu. Sebenarnya, 
kerajaan terlalu banyak bertolak ansur terhadap pendidikan Cina, terutama 
apabila Akta Pelajaran 1996 diwujudkan, berbanding Akta Pelajaran 1961.

Malangnya, ultra kiasu masih tidak bersyukur. Beri betis hendak peha. 
Ingatan saya kepada kerajaan, jangan biarkan kaduk naik junjung. Saya 
tidak dapat gambarkan apa akan terjadi dengan sistem pendidikan 
negara ini jika Pakatan Rakyat memerintah. Apakah negara ini akan 
dipenuhi dengan lambakan sekolah vernakular dan sekolah persendirian 
atas nama hak asasi manusia? Melalui pembacaan, tidak ada negara di dunia
 ini mempraktikkan sistem sebegini.

Tidakkah ultra kiasu ini sedar bahawa peruntukan 21B Akta Pelajaran 1961 
sebelum ini jauh lebih keras? Melalui kuasa menteri, sekolah vernakular Cina
 boleh ditukar menjadi sekolah kebangsaan bila-bila masa. Pada ketika itu,
 pemimpin ultra kiasu Melayu menjadi Menteri Pendidikan,tidak berbuat 
apa-apa. Sehinggalah Perdana Menteri sekarang yang menjadi Menteri 
Pendidikan pada tahun 1995, baharulah peruntukan 21B dipinda menjadi lebih lunak.




Apa yang ultra kiasu ini mahukan 
lagi? Negara ini terletak di
 kepulauan mana?Apakah 
agenda tersembunyi di sebalik
 semua ini? Kenapa agenda 
kebangsaan langsung tidak dibincangkan, 
sebalik agenda bangsa terus diperkasa?
 Mereka menuduh Umno memperjuangkan
 Melayu, apakah bangsa lain 
tidak memperjuangkan bangsanya, 
malahan lebih ekstrem daripada itu?

Sebenarnya pindaan kepada Akta Pelajaran 1961 yang membawa wujudnya
 Akta Pelajaran 1996, memberikan signifikan yang amat besar kepada 
pendidikan Cina. Kerajaan secara tidak langsung telah mengiktiraf kewujudan
 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
 Cina (SMKJC) dan SPC sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan 
kebangsaan yang bersifat kekal. Apakah ini masih tidak mencukupi?

Akta ini juga membolehkan kerajaan memberi bantuan kewangan, fiskal dan 
sumber perancangan kepada sistem pendidikan Cina. Untuk makluman, selepas
 tahun 1996, lebih banyak sumber kewangan diperuntukkan. Pada masa itu, 
terdapat 78 sekolah menengah Cina yang memilih untuk mematuhi silibus dan
 pengajaran kerajaan dan ia menjadi SMJKC manakala 60 lagi kekal sebagai 
SPC. Ini tidak termasuk sejumlah 1,291 SJKC yang diterima masuk sebagai
 sistem pendidikan kebangsaan. Bilangan SJKC terus bertambah setiap tahun.

Lebih menguntungkan lagi Akta Pelajaran 1996 juga membenarkan SPC
 beroperasi dengan penuh kecinaan. Kedudukan bahasa Melayu langsung tidak 
didaulatkan. Berbanding Akta Pelajaran 1961, SPC perlu memohon setiap tahun 
bagi membolehkan mereka beroperasi. Dengan Akta Pelajaran 1996, kerajaan 
telah mengiktiraf SPC dengan mengeluarkan pendaftaran kekal kepada semua 60 SPC.

Hari ini, peruntukan sudah hampir menjadi sama rata seperti aliran kebangsaan.
 Itupun mereka masih terus mendesak supaya SJKC dan SPC beroperasi dengan
 penuh kecinaan.

Ingatan saya kepada kerajaan dengarlah nasihat pakar, bukannya ultra kiasu 
kerana mereka ada agenda tersembunyi. Menurut Mohd Yazid Yusoff et al (2002),
 Akta Pelajaran 1996, ternyata memberi ruang yang begitu luas kepada 
pendidikan vernakular. Akta Pendidikan 1996 mengambil kira kepentingan 
semua kaum dengan cara mengekalkan status quo SJKC, SMJKC dan 60 buah
 SPC. Selain itu, secara tidak langsung Unified Examination Certificate 
(UEC) juga telah diiktiraf, walaupun masih belum sepenuhnya. Itupun mereka
 terus mendesak supaya diiktiraf sepenuhnya seperti sijil-sijil persekolahan kebangsaan lain.  

Lebih menguntungkan lagi, dalam seksyen 2 Akta Pendidikan 1996, telah
 memperuntukkan pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah 
Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan boleh diadakan dengan satu
 syarat, jika ada permintaan 15 orang ibu bapa atau lebih. Manakala Dalam Akta 
Pendidikan 1961, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil boleh diajar dengan dua syarat 
iaitu ada permintaan dari 15 orang ibu bapa dan jika didapati munasabah dan praktik.

Jelas di sini bahawa Akta Pendidikan 1996 begitu meraikan bahasa bukan 
Melayu. Kesan daripada membenarkan bahasa-bahasa lain menjadi bahasa
 pengantar, sekolah vernakular dan sekolah swasta saban tahun semakin 
bertambah. Bahasa kebangsaan seolah-olah langsung dipinggirkan. Lebih 
malang lagi, kerajaan tidak dibenarkan campurtangan dalam hal ehwal pentadbiran
 sekolah mereka.

Menurut sejarahwan, Zainal Abidin bin Wahid (1999), isu bahasa mempunyai 
perkaitan yang rapat dengan perpaduan. Pengabaian isu bahasa boleh 
menjejaskan perpaduan kerana keadaan ini boleh merosotkan nilai ekonomi
 bahasa Melayu, boleh menjejaskan tata bahasa rasmi dan bahasa 
perpaduan, memburukkan lagi ketidakseimbangan dari segi penyediaan 
tenaga iktisas di kalangan bumiputera. Pengabaian bahasa juga boleh menjejaskan
 perpaduan negara kerana akan memperluaskan lagi jurang ketidakseimbangan 
ekonomi antara kaum, juga mengakibatkan munculnya beberapa kumpulan pelajar
 iaitu aliran kebangsaan, Inggeris, Cina, Tamil dan sebagainya.

Pendek kata, memberikan ruang kepada bahasa bukan Melayu telah 
menjejaskan kepentingan bahasa Melayu sendiri. Dalam keadaan politik sekarang,
 sekiranya kerajaan terus melayan  desakan ultra kiasu demi undi, saya bimbang
 aliran kebangsaan akan menjadi mangsa dan tidak relevan lagi. Saya  harap 
datuk mamak tersebut faham tulisan saya selama ini.

amukanmelayu - kumpulan menoriti pendatang menjadi KELIRU, antara Cina dan Islamelayu....milik siapa sebenarnya Negara ini.