Friday, 29 June 2012

MANA lebih BAHAYA antara AL-MAUNAH dengan BERSIH?

 Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz menarik balik kenyataan 'Gantung Ambiga




Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz menarik balik kenyataannya di Parlimen pada Selasa lalu yang telah mencetuskan isu dan dikelirukan oleh pihak pembangkang.

Kenyataan asal Mohamad di dalam Dewan Rakyat menyatakan ‘Apakah Ambiga tidak boleh kita anggap penderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agung dan hukum gantung kepada dia?

Beliau memberitahu bahawa kenyataan tersebut ditarik balik atas semangat Barisan Nasional (BN) yang mendukung Perlembagaan Malaysia dan menghormati prinsip keluhuran undang-undang selain kenyataannya telah diputarbelit oleh DAP untuk mengelirukan rakyat.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Pindaan Jalan Raya di Parlimen hari ini.

amukanmelayu - ni la penyakit yang membuatkan "BANGSA KAFIR" semakin besar kepala dan kurang ajar......kalau "PENAKUT dan KURANG BIJAK" jangan keluar kenyataan yang boleh mengundang atau memerangkap ISLAMELAYU keseluruhannya dalam KEBENGONGAN kamu.......

3 termasuk Amin dihukum mati -- 16 lagi anggota Al-Ma'unah dipenjara sepanjang hayat

MOHD. AMIN Mohd. Razali menunjukkan isyarat `bagus' ketika di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, selepas dia dijatuhkan hukuman mati. - Gambar ZAINI HUSIN

Oleh: KAMARIAH AHMAD dan NORAZLITA MOHD. SIES
KUALA LUMPUR 28 Dis. - Ketua Kumpulan Al-Ma'unah, Mohd. Amin Mohd. Razali, 30, bersama dua anggotanya, Zahit Muslim dan Jamaludin Darus dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Enam belas anggota Al-Ma'unah lagi terselamat daripada hukuman mati kerana dikenakan penjara sepanjang hayat di bawah peruntukan Seksyen 121 Kanun Keseksaan, juga atas kesalahan yang sama.
Kes ini mencatat sejarah kerana ia merupakan kes jenayah pertama yang didakwa di bawah Seksyen 121 kanun tersebut.
Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin menjatuhkan hukuman terhadap 19 anggota Al-Ma'unah itu pada pukul 3.45 petang ini.
Beliau juga memerintahkan supaya semua barang kes dalam perbicaraan terhadap anggota-anggota Al-Ma'unah itu disimpan oleh mahkamah sehingga rayuan selesai dan kemudian dilupuskan oleh pihak pendakwa.
Hakim Zulkefli membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujah bagi rayuan meringankan hukuman yang dikemukakan oleh peguam bela dan juga rayuan yang disuarakan secara peribadi oleh anggota-anggota yang disabitkan dengan kesalahan tersebut.
Semalam, dalam penghakimannya, Hakim Zulkefli memutuskan bahawa kesemua 19 anggota Al-Ma'unah bersalah melakukan perbuatan itu di tiga tempat di Perak dari Jun hingga 6 Julai tahun lalu.
Mereka melakukan kesalahan itu di Pos 2, Kilometer 19, Kuala Rhui, Lebuh Raya Timur-Barat Gerik; di Batalion 304 Infantri (AW) Kem Gerik dan di Bukit Jenalek, Kemajuan Tanah Ngor, Sauk, mukim Cegar Galah, daerah Kuala Kangsar.
Enam belas anggota Al-Ma'unah yang lain dikenakan hukuman penjara sepanjang hayat ialah Ibrahim Dris, 44; Jemari Jusoh, 32; Kamarudin Mustafar, 41; Abdul Ghani Ali @ Ahmad, 35; Idris Anas, 42; Mohamed Faudzi Hamdan, 39; Nasaruddin Mohamed Jailani, 36; Ahmad Sarkawi Sulong, 29; Zainal Mohamed Jailani, 34 dan Mohd. Zaini Mohd. Zainal, 25.
Mohamed Ramly Mohamood, 46; Che Sabri Che Jaafar, 30; Mohamed Bukhari Ismail, 28; Suhaimi Hasbullah, 41; Mohamed Amin Othman, 41; dan Yunus Hussin, 51.
Hakim Zulkefli dalam penghakimannya menegaskan bahawa mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap Amin kerana dia adalah ketua kumpulan Al-Ma'unah yang menjadi perancang utama misi menggulingkan kerajaan secara kekerasan atas nama jihad.
``Saya juga menjatuhkan hukuman mati terhadap Zahit kerana dia adalah orang kanan kepada tertuduh pertama (Amin),'' katanya.
Menurut Hakim Zulkefli, Zahit, 42, terlibat secara mendalam di peringkat persediaan dan membuat beberapa keputusan penting.
Zahit juga, kata Hakim Zulkefli, menyedari dan mengetahui setiap rancangan yang dibuat oleh Amin.
Selain itu, kata hakim berkenaan, Zahit sendiri ketika memberi keterangan pada perbicaraan lalu mengakui dia bersama-sama Amin telah pergi ke Lata Kekabu, Lenggong, Perak untuk menembak pencawang elektrik di sana.
``Zahit juga membuat pengakuan yang dia telah pergi ke Pasar Budaya untuk membeli parang kembang dan menempah nombor plat palsu,'' ujarnya.
Menurut Hakim Zulkefli, tertuduh ketiga, Jamaludin, 40, juga menerima nasib yang sama kerana dia dianggap sebagai salah seorang ketua atau pemimpin dalam Al-Ma'unah.
``Sebagai pegawai tentera yang masih berkhidmat pada masa kejadian, saya dapati Jamaludin telah membelakangkan tugas dan kesetiaannya kepada negara.
``Saya juga mendapati Jamaludin memainkan peranan penting dalam peristiwa rampasan senjata di kedua-dua kem tersebut,'' katanya.
Semasa keputusan diumumkan, galeri awam mahkamah penuh sesak yang sebahagiannya terdiri daripada isteri, ibu, bapa dan adik beradik 19 anggota Al-Ma'unah tersebut.
Sejurus keputusan hukuman diumumkan, kedengaran suara tangisan daripada keluarga anggota Al-Ma'unah berkenaan.
Hakim Zulkefli bagaimanapun menegaskan bahawa beliau menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat ke atas 16 tertuduh lain atas alasan mereka bukanlah perancang utama atau ketua dalam kumpulan tersebut.
Menyentuh mengenai peranan tertuduh kelima (Jemari), Hakim Zulkefli, berpendapat walaupun dia telah menembak Trooper Mathew tetapi peranannya tidak sama seperti yang dimainkan oleh Amin, Zahit dan Jamaludin.
``Tindakan Jemari menembak Matthew semata-mata didorong atas arahan Amin,'' katanya.
Dalam penghakimannya juga, Hakim Zulkefli menjelaskan bahawa beliau telah mengambil kira dan mengimbangi kepentingan awam dan kepentingan semua tertuduh.
Tetapi beliau mendapati kepentingan awam telah mengatasi kepentingan semua tertuduh.
``Saya mendapati kesemua tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang serius antara kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan,'' katanya.
Menurut Hakim Zulkefli, beliau mendapati kesemua tertuduh terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan objektif dalam pertubuhan Al-Ma'unah.
Ini kerana, ujar beliau, hampir kesemua tertuduh terlibat dalam memasuki kedua-dua kem tentera tersebut dengan menggunakan kenderaan Pajero hijau dan nombor plat palsu.
Di kem tersebut, kata hakim itu, tertuduh telah menyamar sebagai anggota tentera dan memakai pakaian celoreng serta merampas beberapa senjata.
``Tertuduh-tertuduh kemudiannya telah diberi selaras senjata yang dirampas dan dilatih menggunakan senjata bagi maksud misi mereka,'' katanya.
Pada akhir sidang, Hakim Zulkefli merakamkan penghargaan kepada kesemua peguam bela dan pendakwa raya terutamanya Abdul Gani yang telah membantu beliau untuk mengendalikan tugas berat dan mencabar dalam mengendalikan perbicaraan kes ini.
Menurut beliau, keputusannya adalah berdasarkan fakta yang dikemukakan di mahkamah.
Di samping itu, beliau merakamkan terima kasih kepada media yang sentiasa berada di mahkamah itu dan mengucapkan Selamat Tahun Baru.
Sebelum ini 10 orang anggota Al-Ma'unah dihukum penjara 10 tahun setiap seorang setelah mengaku bersalah atas tuduhan pindaan. Mereka sebelum itu turut menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan.
Ketika di luar mahkamah, peguam Karpal Singh yang mewakili Amin memberitahu pemberita bahawa anak guamnya akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu di Mahkamah Persekutuan.
Setiap orang daripada keluarga 19 anggota Al-Ma'unah itu dibenarkan menemui mereka di lokap mahkamah secara bergilir-gilir.
Selepas itu, Amin yang dikawal ketat menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk dibawa ke Penjara Sungai Buloh.
Dia sempat menunjukkan reaksi mengangkat ibu jari kanannya isyarat tangan tanda `bagus' ke arah isteri dan anak-anaknya yang berdiri di luar pagar lokap mahkamah.
Sebanyak 18 anggota Al-Ma'unah lagi menyusul dengan menaiki bas PDRM.


amukanmelayu - Al Maunah hanya melibatkan kurang dari 20 sahaja.....dan mereka tidak membahayakan kepada PEMIKIRAN orang lain.....ambiga dan PERANCANG 3.0 boleh mendatangkan PEPRANGAN dan KEMUSNAHAN kepada NEgara dan RAAYAT terbanyak....dan semestinyalah BERSIH 3.0 lebih bahaya dari Al Maunah......tiada bezanya hukuman ke atas kedua KES ini......itu sepatutnya berlaku.