Thursday, 28 June 2012

NEGARA ISLAM KE NEGARA BERKEBAJIKAN....kenapa perjuangan kecundang separuh jalan?



Ulama dari Turki, Dr. Ramadhan -  “Malaysia adalah negara yang dijadikan seperti neraka iaitu dengan terlalu berbilang kaum dan agama seolah-olah ditakdirkan untuk sentiasa berada dalam kacau-bilau,tetapi pemimpin Malaysia berjaya menjadikannya sebuah syurga,” - iaitu makmur dan aman.

Bila PAS berubah matlamat, maka 'negara Islam idaman' tinggal impian..

Takziah diucapkan kepada sekelian mereka yang sekian lama ini 
kononnya memperjuangkan agenda dan matlamat menubuhkan 
sebuah daulah Islamiyyah dibumi bekas Tanah Melayu ini.


Sudah sampai ketitik noktah perjuangan politik sekular jamaah yang 
selama ini menjanjikan kepada kita akan suatu gagasan berlandaskan 
Syariat Islam dan Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.


Bilamana PAS bernikah secara mut'ah dengan partai harbi wal laknatullah
 DAP dengan bermadukan PKR yang sanggup menyamaratakan segalanya 
demi segenggam kuasa politik memerintah negara ini, maka lenyaplah 
sudah sekelumit harapan hamba Allah ini untuk menyaksikan kejayaan 
PAS untuk mengotakan kata, melaksanakan sahutan 'Negara Islam' 
sepertimana pernah dibentangkan Al Fadhil Tuan Guru Professor Dato 
Dr Harun Din Al Haj, satu satunya ulamak PAS yang saya hormati dan 
sokong ke saat ini.


Tidak ada tokoh 
tokoh yang lain 
didalam parti PAS
 yang tidak berganjak
 dari usaha memartabatkan
 Ad Deenul Islam selain 
Prof. Dato Dr Harun Din. 


Nampaknya usaha 
Prof sendiri kini 
menghadapi cabaran 
yang semakin hebat 
untuk mengemudikan
 bahtera perjuangan
 PAS merealisasikan apa yang pernah kita semua dengar bahawa matlamat 
perjuangan PAS yang hakiki adalah tidak lain tidak bukan tetapi untuk 
menegakkan sebuah negara Islam diMalaysia ini sesuai dengan perintah
 Allahu Ta'ala dan menepati saranan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.


Berbeza benar peribadi para pemimpin PAS yang lain berbanding dengan 
Timbalan Mursyidul Am PAS ini dari segi pembawaan mesej dan kaedah 
menyampaikan ilmu agama Islam hakiki.


Jangankan menarik minat mereka yang bukan Islam sekiranya disampaikan
 ceramah ceramah politik kebanyakan penceramah PAS dengan cara 
memaki hamun, mencaci cerca seteru politik utama mereka yakni para
 pemimpin UMNO tetapi yang beragama Islam dan sesama bangsa 
seMelayu dengan mereka akan kecut hati dan seram segala bulu menyaksikan
 betapa hebat tahap kebencian terlampau dari susunan kata maki dan 
nesta yang berhambur keluar disusuli pula dengan laungan TAKBIR dari
 para pengikut PAS yang sekiranya diteliti akan tahap kefahaman agama
 dan akidah mereka, masih terlalu banyak ruang untuk di-isi dan diperbaiki!


Matlamat tidak menghalalkan cara, wahai ikhwanul muslimin sekelian.


Sebuah jamaah Islam seharusnya memiliki tatacara pembawaan perjuangan
 Islami yang tersangat tinggi dengan tahap mutu adab sopan dan cara 
berdakwah yang adil dan berhemah terhadap semua, baik terhadap sekelian
 manusia. 


Baik terhadap bukan sahaja yang kaffir apatah lagi terhadap sesama 
Muslim sekelian tambah tambah lagi terhadap seteru politik mereka 
didalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu @ PEKEMBAR atau 
UMNO.


Saya hairan bukan kepalang bilamana saya menyaksikan keterlampauan
 permusuhan yang ditunjukkan mereka yang berketrampilan sebagai 
golongan yang beragama Islam dan berperadaban Melayu tetapi meluap
 luap rasa benci dan dendam kesumat terlampau terhadap saudara 
seagama dan sebangsa dengan mereka didalam UMNO?


Alangkah ruginya negara ini mempunyai golongan sedemikian yang 
berkulitkan Islam tetapi berinti yang sebaliknya?


Bukankah bagus sekiranya setiap ahli PAS baik yang berjawatan sebagai
 pemimpin ataupun ahli diperingkat pertengahan dan juga diperingkat akar
 umbi berperibadi seumpama Al Fadhil Tuan Guru Prof Dato Dr Harun Din Al Haj?


Saksikanlah cara beliau menyampaikan mesej tentang penubuhan 
Negara Islam yang selama ini menjadi asas perjuangan Jamaah 
Parti 'Islam' SeMalaysia :












Diantara sebegitu ramai pemimpin pemimpin PAS yang ada, tidak
 ada seorang pun dari mereka yang boleh menandingi Prof Dato 
Dr Harun Din didalam cara beliau membawa mesej pendekatan 
Dakwah Al Islamiyyah.


Kita selalu mendengar para penceramah PAS menempelak UMNO 
sebagai parti Melayu yang sekular, tidak ikhlas didalam segala slogan 
dan laungan mereka bahawa negara Malaysia ini adalah sebuah negara
 Islam tetapi sebenarnya adalah sebuah kerajaan sekular yang berfungsi
 menghidupkan sistem sekular peninggalan British dibawah Perlembagaan
 Malaysia yang dirangka oleh Suruhanjaya Lord Reid.


Kini kita dapati bahawa PAS pula sudah melupuskan apa yang dahulunya
 kita dengar sebagai matlamat penubuhan Negara Islam dan berubah 
agenda kepada apa yang dikatakan sebagai 'negara kebajikan' pula.


Sayang seribu kali sayang, umat Islam seMalaysia sekarang tidak 
boleh mengharap kepada mana mana pihak baik UMNO ataupun 
PAS didalam menentukan arah tuju negara ini kepada apa yang 
di redhai Allahu Rabbul Alamin.


Saya tidak nampak mana mana pihak dari kedua parti politik Melayu 
terbesar didalam negara ini yang mampu menegakkan Syiar Islam 
didalam ertikata sebenarnya dimasa sekarang mahupun yang akan datang.


Kita sudah tidak ada sesiapa lagi untuk menerajui perjuangan Daulah 
al Islamiyyah ataupun sebuah Khilafah di rantau ini.


Biarlah orang berhari raya,
          Kita pergi merambah dahan,
Biarlah orang mencari kaya,
          Kita mencari redhanya Tuhan.


Biarlah orang membakar rusa,
          Rusa itu banyak tanduknya,
Biarlah orang mengejar kuasa,
          Kuasa itu banyak buruknya.


Biarlah parang dicanuk lekat,
          Lekat itu banyak karatnya,
Biarlah orang merebut pangkat,
          Pangkat itu banyak mudaratnya.


Kalaulah hilang kulim dirimba,
            Rosaklah padi dimakan rusa,
Kalaulah hilang alim ulama,
            Rosaklah negeri ditelan dosa.


Fikir fikirkanlah!

Jumlah kerusi parlimen Malaysia               -      222

Jumlah kerusi yang dimenangi UMNO        -        77

Jumlah kerusi yang dimenangi PKR           -        25 (selepas ditolak MP lompat parti)
Jumlah kerusi yang dimenangi PAS           -       23
Jumlah kerusi parlimen dari org Islam      -      125 (UMNO+PKR+PAS) 
Jumlah undi 2/3 parlimen : 2/3 x 222       -      148 kerusi (66.66% minimum)
Jawapan : 125/222 x 100%                     -     56.31% sahaja



















Negara Berkebajikan juga Negara Islam

KELUARAN sebelum ini, saya telah mengupas tentang konsep Negara Berkebajikan. Mengemukakan “Model Negara Berkebajikan” ini penting terutamanya dalam keadaan Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memimpin negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti; dan PAS secara khusus diberi amanah kepimpinan ini.

Sebelum kita mengemukakan alternatif Islam kita perlu rujuk kepada konsep negara berkebajikan (welfare state) sebagaimana yang diamalkan di Barat kerana pemikiran masyarakat awam begitu terikat dengan stereotaip bahawa apabila disebut negara berkebajikan ia adalah milik Barat. Stereotaip ini perlu diketepikan.

Sejarah Islam memperlihatkan kepada kita bahawa pemerintahan oleh Rasulullah (s.a.w) di Madinah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Umar Ibn Khattab dan pemerintahan Islam di bawah Khalifah Umar Abd Aziz adalah contohcontoh terbaik terbentuknya Negara Berkebajikan.

Sekiranya Maqasid Syari‘ah menghendaki keselamatan beragama (termasuk kebebasan menganut agama)sebagai tuntutan asasi kehidupan manusia, ini terlaksana secara baik semasa pemerintahan Rasulullah (s.a.w) sendiri di Madinah apabila Perlembagaan Madinah membenarkan amalan ini.

Malah aspek perkauman telah diketepikan apabila Perlembagaan Madinah merujuk kepada semua warga Madinah (Islam dan bukan Islam, termasuk golongan Yahudi) sebagai rujukan kolektif ‘ummah’ yang tidak bersifat perkauman.

Aspek kebajikan juga amat terserlah semasa pemerintahan Khalifah Umar Ibn Khattab. Semasa pemerintahannya, empayar Islam begitu luas dan Iraq sebahagian darinya.

Hadis Bukhari-Muslim memberitahu kita bahawa Khalifah bertanggung jawab secara peribadi atas patahnya kaki seekor keldai di Iraq kerana sempitnya batas tali air yang dibina.

Khalifah Umar Abd Aziz juga memperlihatkan kecenderungan yang sama iaitu dengan memastikan kebajikan yang merata dinikmati oleh rakyat jelata. Untuk tujuan ini Umar Abd Aziz menggunakan pendekatan 3 M – Menegakkan sunnah; Menghapus bidaah dan Mengagih kekayaan secara berkesan.

Bermula dengan kehidupan beliau yang sederhana dan zuhud, menjadikan usahausaha untuk mengagihkan kekayaan secara berkesan sesuatu yang mudah kerana beliau dan kroni tidak membolot kekayaan negara.

Berlaku semasa pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz apa yang disebut sekarang sebagai ‘keadilan pengagihan’ (distributive justice). Tetapi Barat yang mengemukakan konsep ini tidak mampu melaksana satu sistem pengagihan kekayaan yang berkesan kerana ia bercanggahan dengan sistem kapitalisme yang berpegang kepada logik pengumpulan kekayaan tanpa had.

Sebaliknya, berpandukan Islam Khalifah Umar Abd Aziz dapat melaksanakannya dalam masa yang amat singkat. Apa yang lebih penting ialah pendekatan 3M Khalifah Umar Abd Aziz telah mengadunkan pendekatan ‘Negara Berkebajikan’ dan ‘Negara Islam’ dalam satu keseluruhan yang tidak terpisah.

Merujuk kepada United Kingdom sebagai contoh negara berkebajikan Barat, ia hanya mula diperkenalkan pada tahun 1942 melalui apa yang dikenali sebagai Laporan William Beveridge. Laporan Beveridge ini diterima pakai sebagai dasar negara oleh Clement Attlee yang memimpin Kerajaan Buruh pada tahun 1945. Beveridge sebagai seorang ahli ekonomi dan pembaharu social (social reformer) mendefinisi negara berkebajikan sebagai sebuah negara yang berperanan penting dalam melindungi dan mempromosi kesejahteraan ekonomi dan sosial warga negaranya.

Peranan ini dilakukan berdasarkan prinsip persamaan peluang (equality of opportunity), pengagihan kekayaan yang sama rata (equitable distribution of wealth), dan tanggung jawab awam ke atas anggota masyarakat yang kurang bernasib baik.

Di United Kingdom, gagasan umum ini diterjemahkan ke dalam satu dasar yang dikenali sebagai insuran sosial (social insurance). Di bawahinsuran sosial ini, negara mempastikan wujudnya tahap minima yang selesa bagi rakyat termasuk dalam konteks pendapatan. Rakyat juga diberi perlindungan dan perkhidmatan sosial yang terbaik.

Sebagai contoh, sekiranya rakyat tidak mempunyai kerja, mereka masih menerima bantuan dari pihak negara. Begitu juga semua warga emas dibekalkan dengan pencen. Di Amerika Syarikat, dasar ini dikenali sebagai keselamatan sosial (social security).

Apa yang menarik, negara berkebajikan Barat seperti United Kingdom juga mengidentifikasi lima keperluan asasi (basic needs) yang menjadi tanggungjawab negara untuk melunaskannya kepada rakyat.

Keperluan asasi ini juga dilihat sebagai ‘kejahatan besar’ (giant evils) yang boleh menghakis maslahah rakyat. Ini bermakna sekiranya negara gagal untuk membekalkan rakyat dengan lima keperluan asasi ini, kehidupan rakyat akan sengsara dan sekali gus gagallah peranan negara berkebajikan. Lima tuntutan asasi ini ada kaitan dengan masalah setinggan (perumahan), kejahilan (pendidikan), keperluan (makanan), keterasingan (sosial) dan penyakit (perubatan).

Lima keperluan asasi ini adalah lanjutan dari tiga keperluan asasi yang asal iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Apa yang menarik di sini ialah hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan dan perubatan juga dikategori sebagai keperluan asasi.

Di negara membangun seperti Malaysia pun kos pendidikan dan perubatan telah meningkat secara mendadak dan sebahagian besar dari pendapatan keluarga digunakan untuk tujuan ini.

Adalah wajar dan bertepatan dengan kahendak Maqasid Syari‘ah kategori pendidikan dan perubatan juga perlu dilihat sebagai keperluan asasi selain makanan dan tempat tinggal. Semua ini menjadi tanggungjawab negara berkebajikan untuk membekalkannya kepada warga negaranya.

Ini bermakna gagasan negara berkebajikan oleh negara Barat seperti United Kingdom adalah selari dengan peranan negara di bawah sistem demokrasi iaitu untuk mempromosi kebajikan awam (promoting public welfare).

Disebabkan demokrasi mengutamakan rakyat terbanyak, maka mempromosi kebajikan awam adalah selari dengan tuntutan demokrasi.

Sekiranya negara Malaysia yang mengaku sebuah negara demokrasi (berparlimen) tetapi pelakuannya tidak menjurus kepada mempromosi dan menjaga kepentingan atau kebajikan awam, maka negara ini tidak boleh dikatakan memain peranan sebagai sebuah negara berkebajikan.

Kekayaan negara dibolot oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai hubungan rapat dengan parti pemerintah.

Pengagihan kekayaan Negara secara yang tidak adil ini turut membawa kepada ketirisan sumber (leakages) yang serius sehingga mencapai RM26 bilion setahun.

Sekiranya kekayaan negara diurus dengan betul, sebahagian besar dari keperluan asasi rakyat akan terpenuhi. Di sinilahmwajarnya PAS mengemukakan idea dan peranan Negara Berkebajikan berteraskan nilai-nilai Islam untuk mengis ‘kekosongan’ (vacuum) yang dicipta oleh Umno-BN.

Setakat ini negara Barat yang berfungsi sebagai negara berkebajikan mengaku bahawa mereka masih gagal untuk berperanan sebagai negara berkebajikan yang berkesan.

Perlindungan sosial yang dibekalkan kepada rakyat masih tidak menyeluruh; begitu juga dengan perkhidmatan.

Disebabkan asas dan tujuan kebajikan yang dikendalikan oleh negara Barat adalah semata-mata bersifat kebendaan (seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal), maka negara berkebajikan anjuran Barat telah menggalakkan sikap kurang matang dan kurang bertanggungjawab dikalangan rakyatnya.

Berdasarkan hakikat ini, sehingga hari ini, persoalan tempat tinggal dan rasa terasing (idleness) masih merupakan keperluan asasi yang tidak diselesai secara baik oleh negara berkebajikan Barat.

Di United Kingdom dan Amerika Syarikat, masih ramai rakyat mereka yang miskin yang menjadikan kotak sebagai rumah bergerak mereka. Rasa terasing (alienated) membawa kepada meningkatnya masalah kesihatan mental yang berakhir dengan membunuh diri. Fenomena ini sedang merayap dalam masyarakat Malaysia kini.

Negara Berkebajikan alternatif berteraskan nilai akhlak-moral yang ditawarkan oleh PAS akan dapat mengatasi kelemahan-kelemahan yang dialami oleh negara berkebajikan tajaan Barat.

Ini adalah kerana apabila selamatnya agama (Islam), maka selamatlah aspek-aspek lain yang menjadi tuntutan asasi Maqasid Syari‘ah itu sendiri. Akal akan selamat kerana manusia akan berfikir berdasarkan nur cahaya hidayah Allah.

Apabila pelakuan manusia digaris pandu oleh hidayah Allah, maka maruah mereka turut terselamat. Anggota masyarakat tidak akan mencabul anggota masyarakat yang lain; dan ini menjamin kesucian keturunan manusia.

Begitu juga harta benda mereka juga akan selamat kerana mencuri dan merompak adalah bertentangan dengan memperolehi rezeki secara halal.

Negara Berkebajikan adalah juga Negara Islam Memahami hakikat bahawa Islam adalah satu sistem yang bersifat holistik atau syumul, maka tidak timbul pertikaian yang mengatakan bahawa apabaila PAS mengemukakan pendekatan ‘Negara Berkebajikan’ ia telah meninggalkan ‘Negara Islam’.

Gambaran salah ini terbit dari pemikiran yang salah iaitu melihat sistem Islam secara terpisah. Malah definisi ‘Negara Islam’ itu sendiri tidak khusus atau berkaitan secara langsung dengan pelaksanaan hukum jenayah syariah khususnya hudud.

Ia sebahagian dari tuntutan ‘Negara Islam’ itu sendiri. Negara Islam juga perlu ‘mengIslamkan’ sektor-sektor lain seperti ekonomi, sosial dan politik. Pendekatan ‘Negara Berkebajikan’ tajaan PAS boleh digambarkan sebagai seorang musafir yang sedang berjalan di atas jalan yang lurus (siratalmustaqim), menuju ke sebuah rumah yang sempurna (Islam) dan rumah ini mempunyai pelbagai pintu untuk dimasuki; dan salah pintunya bernama ‘Negara Berkebajikan’.


Penulis ialah bekas Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Harakah Edisi 1655
amukanmelayu - menukar  perjuangan NEGARA ISLAM kepada NEGARA BERKEBAJIKAN adalah kekalahan moral yang amat tragis kepada keseluruhan ISLAMELAYU. HAJI HADI di tempelak oleh Karpal Singh adalah satu tamparan kepada keseluruhan ISLAMELAYU.....penukaran nama Jalan Kepada tulisan Cina di Pulau Pinang adalah satu penghinaan kepada keseluruhan Islamelayu....PAS masih tidak menyedari kekuatannya di TENGAH MEDAN.....semua ini tidak pernah berlaku semasa PAS bersendirian.....kini semuanya berlaku hanya kerana PAS telah BERMADU dengan DAP yang di cinabutakan oleh PKR. Pada pandangan amukanmelayu....sudah sampai masanya "PAS MENGGANTIKAN UMNO" jika PAS bersendirian seperti dulu.....JUJUR, BERANI, KUAT dan DI SEGANI. Ahli PAS perlu tahu dan berani MENUKAR kepimpinan yang telah MEROSAKAN PERJUANGAN PAS.