Friday, 6 July 2012

DEMOKRASI TELAH MEMBUNUH ISLAM DI MALAYSIA.....



KEBODOHAN ISLAMELAYU BERPOLITIK....NEGARA MENJADI MILIK KAFIRUN
Berdasarkan satu laporan yang diterima,menunjukkan PKR hanya akan 
bertanding di 66 kerusi parlimen dalam PRU 13 nanti, jauh berkurangan 
berbanding sebelumnya. Penyusutan 31 kerusi jika dibandingkan dengan 
97 kerusi parlimen yang ditandingi PKR semasa PRU 12 2008 yang lalu
.Pengurangan mendadak jumlah kerusi yang ditandingi PKR ini juga
 berkaitrapat dengan tekanan dari DAP yang melihat dirinya lebih berpotensi 
memberi cabaran sengit terhadap BN. Dengan ketetapan jumlah kerusi 
untuk PAS tandingi pula hanyalah 67 kawasan parlimen bermakna baki 
sejumlah 89 kawasan lagi bakal menyaksikan calon DAP yang berentap
 menentang BN. Hampir kesemua kawasan majoriti Cina dan sebahagian
 kawasan parlimen yang komposisi kaumnya bercampur-campur yang 
sebelum ini ditandingi PKR juga bakal ditandingi oleh calon DAP.

Laporan itu juga menyebut PKR turut menghadapi masalah untuk 
mendapatkan calon yang berkaliber bagi menghadapi pilihanraya umum kali
 ini.Banyak kawasan parlimen yang bakal ditandingi PKR masih 
kosong tak terisi sekaligus bakal mengulangi sejarah lama bila ramai
 calon payung terjun dan tidak berkualiti akan diletakkan untuk mewakili 
PKR.Ini juga bermakna propaganda Anwar Ibrahim selama ini untuk
 merampas Putrajaya tidak lebih sekadar seekor ayam yang riuh 
sekampung tapi telurnya sebiji.

Untuk rekod,dalam PRU 12 tahun 2008 daripada 47 kerusi yang 
ditandingi DAP 28 darinya berjaya dimenangi dengan majoriti yang selesa.
 Kerusi milik DAP bertambah satu melalui kemenangan di parlimen Sibu.
 PKR pula hanya menang di 31 kerusi sekalipun berbanding 
97 kawasan yang ditandingi. Manakala PAS pula bertanding di 66 kawasan
 dan hanya menang di 23 kerusi. 

PRU ke 12 Tahun 2008
DAP Bertanding      - 47 Kerusi - Menang 28 Kerusi
PKR Bertanding     - 97 Kerusi - Menang 31 Kerusi
PAS Bertanding     - 66 Kerusi - Menang 23 Kerusi

Kek POLITIK/KERUSI ISLAMELAYU selepas 2008

Dalam tempoh kurang dua tahun, PKR kehilangan 5 kerusi parlimen 
apabila wakilnya keluar parti menjadi wakil BEBAS termasuk 
satu kerusi lagi dimenangi semula oleh BN melalui pilihanraya kecil. 
Melihat kembali kepada rekod dan prestasi yang memihak pada DAP, 
seakan satu kewajaran untuk DAP menguasai pembahagian kawasan 
parlimen yang ditandingi pakatan. 

PRU ke 13 Tahun 2012/2013
DAP Bertanding   - 89 Kerusi
PKR Bertanding  - 66 Kerusi
PAS Bertanding  - 66 Kerusi

Dengan rekod pencapaiannya yang nyata lebih baik dari PKR dan PAS, 
tidak syak lagi DAP akan terus menguasai polisi dan dasar pakatan haram
.sekiranya pembahagian kerusi itu benar-benar dimuktamadkan,
maka ura-ura Lim Guan Eng mahu dilantik sebagai PM sekiranya 
pakatan haram dapat mengambil alih tampuk pemerintahan bakal 
menjadi kenyataan. 

Melihat pada kedudukan Kerusi Islamelayu di Perliment ini, ia bukan
 lagi MASALAH POLITIK....ini dah menjadi perkara wajib 
mempertahankan Ugamabangsa danTanah Air. Ini adalah satu
 peperangan DEMOKRASI. Peperangan yang tidak menggunakan senjata. 
Negara di jajah oleh KAFIRUN hanya dengan undi.

Satu sifir yang mudah....89 dengan 66 sudah tentulah 89 lebih banyak 
dan dialah akan menjadi KETUA.....tak payahlah mencari alasan untuk 
menghalalkan "Persekongkolan" kita dengan orang kafir. Jangalah 
"MENJUAL NAMA RASULLULLAH" dengan harga yang begitu murah. 
Lihat satu petikan dari komen yang amukanmelayu maksudkan yang 
sebenarnya banyak lagi komen-komen seperti ini yang amukanmelayu
 jumpa dalam BLOG dan FB.

akibat drp fahaman memisahkan Islam dan politik,,prof. Dr.Ahmad Atory gagal memahami semangat konsep daripada 'Tahaluf Siyasi' yg telah berjaya 
dilaksanakan dlm Pakatan Rakyat...Lagipon,,anda semua perlu dengar 
ucapan Datuk Wan Rahim sampai habis,,,,jangan buat kerja gila dengar separuh2,,,Tahniah PAS telah berjaya mengikut jejak langkah Rasulullah dlm mempraktikkan Tahaluf Siyasi.....
 
amukanmelayu tidak memihak kepada mana-mana fahaman politik 
antara UMNO dan PAS. Bagi penulis....UMNO dan PAS adalah
 HAK MILIK ISLAMELAYU keseluruhannya. "TAHALUF SIYASI" 
yang di buat oleh Rasulullah adalah kerana ALLAH, untuk kebaikan 
Islam dan apa jua perjanjian atau kerjasama yang di lakukan antara 
KAFIR dan ISLAM semuanya sama-sama menang selagi ia tidakmenyentuh
 TAUHID dan AKHIDAH dan Orang Islam di jadikan KETUA atau 
mereka (orang KAFIR) mengakui keadilan dalam Islam dan
 mereka suka "BERLINDUNG" di bawah Pemerintah Islam.

Sekarang kita menjadi KETUA dengan 77 Kerusi dan jika kita tidak
 "BERGOCOH" kita bertambah lagi PBB 9 + PAS 23 + PKR 20,
 ini menjadikan KERUSI ISLAMELAYU di Perliment sebanyak 129 
KERUSI. Kerana keEGOAN Pemimpin Islamelayu dalam PAS, UMNO
 dan PKR. Kita menjadi MENORITI dan yang tak boleh amukanmelayu
 nak terima tu..... Bagaimana PAS dan PKR sanggup 
"MENYERAHKAN" kuasa pemerintahan Negara kepada KAFIRUN
 hanya semata-mata terlalu bencikan UMNO yang sepatutnya 
PAS dan PKR perlu membantu UMNO dan merangka 
STRATEGI untuk kita mempertahan Ugamabangsa dan dalam
 masa yang sama membetulkan UMNO kalau kita merasakan PAS
 dan PKR itu lebih betul dari apa yang di buat UMNO selama ini.
 Sifir mudah yang amukanmelayu jelaskan di atas adalah untuk 
"MENGIKIS" nafsu iblis yang bersarang di hati Pemimpin-pemimpin
 Islamelayu jika tak mahu kecundang dalam PEPERANGAN DEMOKRASI .   

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Sabda Rasulullah sal-lallahu
‘alaihi wasal-lam, iaitu wasiat terakhirnya semasa memberi khutbah (bukan membaca khutbah) kepada sahabah sahabah dan pengikutnya, pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Adakah perkara sebegini akan dibiarkan berlaku oleh orang Melayu Islam yang berada dalam PKR, UMNO dan PAS ??? Fikir-fikirkanlah.