Monday, 23 July 2012

MALAYSIA DI LANDASAN YANG BETUL - WALL STREET JOURNAL DI UPAH UMNO


NAJIB - Tak suka pada kita pun tak mengapa....tak payah undi kita, tapi jangan "GANGGU" dan halang Kerajaan yang nak BANTU RAAYAT.



WALL STREET JOURNAL BIKIN PANAS !


Malaysia berada di landasan ekonomi yang betul . Ini bukan orang UMNO yang kata, tapi Wall Street Journal yang kata . Media yang selalu hantam Malaysia melalui proksi mereka Anwar Wall Street Journal terpaksa mengakui hakikat ini.

Antara beberapa point penting yang dilaporkan oleh WSJ untuk menyokong pandangan mereka ialah:-

1. Initial Public Offering (IPO) kedua dan ketiga terbesar di dunia ialah dari Malaysia iaitu Felda Global Venture Berhad (RM 10 billion) dan IHH Healthcare (RM 6.3 billion)

2. Penanda aras bagi indeks KLCI Malaysia juga mencatat rekod pada hari Rabu yg lepas apabila meningkat hingga 7% tahun ini.

3. Ekonomi Malaysia juga dipuji apabila mencatatkan kadar pengangguran yang rendah,kadar inflasi terkawal, dan kadar pertumbuhan kasar produk domestik yang dijangkakan sekitar 5% tahun ini.

4. Bank-bank di Malaysia juga dalam keadaan baik dengan kualiti aset yang mantap.

Link untuk article ni ada disini, nak baca article penuh kena subscribe lerr.

Apa pun kalau tengok di ruangan komen, ada la juga yang tak puas hati bila bagi komen berbau sotong dan udang kering. "Small investor have always been lured buying blindly...bla bla bla" . Siapakah yang bodoh nak melabur berjuta-juta (nilai 'small' investor I guess?) diluar negara tanpa mengkaji kestabilan ekonomi,budaya,sumber manusia dan sosio politik sesebuah negara.

Cuba bayangkan apa akan berlaku sekiranya kerajaan yang memerintah bertukar ? Keyakinan pelabur2 akan jadi goyang,mesti diaorang nak tengok prestasi kerajaan yang baru sebelum nak buat keputusan. Tapi berdasarkan rekod Pakatan yang tak habis2 bermain politik,jika mereka jadi kerajaan maka alamatnya tak kemanalah negara yang dibina hasil titik peluh kerajaan Islamelayu ni.....

amukanmelayu - sejak dulu lagi.....PHD senang di perolehi dari dunia sebelah sini.....