Saturday, 14 July 2012

Yahudi Nasrani sedang santai-santai menunggu berita hancurnya ISLAMELAYU Nusantara.




PERANG Salib di Nusantara....



SAYA tidak pernah mendengar ucapan (ceramah/kuliah) mana-mana 
orang agama yang berlapang dada dengan sikap dan tindakan kaum
 Yahudi dan Nasrani terhadap kita kaum muslimin. Semua mengingatkan
 mengenai keburukan niat dan perancangan kaum berkenaan.  Hal ini
 sangat jelas sebab Allah sudah menyatakan dalam al-Quran. Antaranya
 ayat 109 al-Baqarah: “Banyak antara Ahli Kitab menginginkan
 sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu setelah beriman
 menjadi kafir semula, kerana rasa dengki dalam diri mereka, 
setelah kebenaran jelas bagi mereka.”

Dahulu agak kerap saya mendengar dan membaca cerita  bahawa
 kaum Yahudi dan Nasrani memang mahu menjauhkan muslim daripada
 kebenaran al-Quran.  Misalnya dikatakan PM British William Ewart 
Goldstone (1892-1894) memegang al-Quran dalam Dewan Parlimen 
Britain dengan mengatakan, “Umat Islam tidak dapat dikalahkan
 jika masih berpegang kepada buku ini.”

 PM British Gladstone

Kita juga diajar adanya Perang Salib di Asia Barat antara Islam 
dan Kristian (abad ke-11-13M).  Proses penjajahan Eropah 
(abad ke-16-18M) terhadap dunia Islam (termasuk Nusantara) juga 
difahami sebagai lanjutan Perang Salib itu. Antara sebab 
tentera Portugal menjatuhkan kota Islam Melaka (tahun 1511M) 
adalah demi agama (God-Kristian), kekayaan (Gold) dan Kemasyhuran
 (Glory). Setiap wilayah Islam yang dijajah kaum Nasrani Eropah pasti 
dikembangkan agama Kristian dan budaya mereka, termasuklah 
di Malaysia dan Indonesia.

Bangsa-bangsa Eropah bukan  ‘cuba jaya’ dalam proses penjajahan,
 melainkan merancang dengan rapi supaya kejayaan Islam di Eropah 
(Andalusia dan Usmaniyah) tidak berulang lagi di mana-mana pun bahagian
 dunia.  Di Eropah, biasa mereka membuka fakulti kajian Timur 
(Oriental) semasa zaman penjajahan  untuk mengetahui segala-galanya
 mengenai bangsa-bangsa Asia yang ditakluk.  Sebab itulah, orang
 seperti RO Winsted, Willkinson, Stamford Rafles, Frank Swetenham
 di Tanah Melayu termasuk Snouck Hurgronje di Hindia Belanda
 (Indonesia) fasih berbahasa Melayu dan memahami tulisan jawi.

Apa kuasa Barat buat kepada bangsa Melayu?  Belanda dan British 
pecahkan wilayah Melayu Islam secara terancang tahun 1824.  Maka, 
aliran sejarah itu munculkan negara Malaysia dan Indonesia.  Politik 
negara Melayu pun berpecah seperti terbentuknya beberapa negara 
Arab walaupun sama bahasa, budaya dan agama.  Konspirasi kedua di 
Tanah Melayu ialah jangan jadikan muslim majoriti 100 peratus sebab 
dengan majoriti penuh kehendak mereka terhadap Islam sangat kuat.
  Maka British membawa masuk kaum imigran bukan Islam.  
Mereka berjaya menjadikan muslim di Malaysia hari ini kepada 61 
peratus sahaja.  Sekarang, dengan muslim menjadi pemerintah pun tidak
 ada agenda Islam yang dapat dilaksanakan sepenuhnya atas alasan
 ‘ambil hati’ 39 peratus bukan Islam sebagai warga negara.

Mengapa kita begitu PAYAH untuk mengenali musuh sebenar ISLAMELAYU

Bagaimana lagi mahu menjadikan 61 peratus muslim supaya menjadi
 kecil? British (baca konspirasi Yahudi-Nasrani) mewariskan 
sistem demokrasi dalam sistem politik negara kita.  Sebelum diberi 
kemerdekaan tahun 1957, British telah memecahkan Melayu Islam 
kepada dua puak iaitu Umno dan Pas.  Maka dengan 61 peratus
 dipecah dia, tinggallah 30 peratus sahaja kuasa berkerajaan kepada
 Melayu Islam. Menjeritlah sekuat mana satu pihak mahukan ketuanan
 Melayu, tidak mungkin terjadi sebab dia hanya ada 30 kuasa 
pemerintahan. Menjeritlah sekuat mana pun satu pihak mahukan negara
 Islam, tidak mungkin berjaya sebab paling kuat pengaruh politiknya pun
 30 peratus sahaja.

Sejak merdeka dahulu pun pihak Barat sering memberi perangsang
 kepada negara kita (melalui Komanwel British misalnya) agar
 kita menyuburkan demokrasi ala-Barat itu.  Kalau pun ulama-ulama
 kita sedar apa yang telah dilakukan terhadap kita, mereka hanya 
berkata-kata di mimbar masjid.  Tidak ada apa yang boleh dilakukan
 selepas itu.  Malah sebagian yang digelar ulama pun telah terperangkap
 dalam sistem yang dipasang oleh Yahudi-Nasrani.  Mereka pula 
menjadi pejuang mempertahankan satu pihaknya dan memusuhi pihak
 lain, benar-benar atas nama demokrasi! 

Kes kedai  judi adalah contoh mudah perihal lemahnya umat Islam 
dalam sistem yang dibuat oleh Yahudi Nasrani.  Katakan benar Umno
 silap memberi lesen judi atau terpaksa menunaikan kehendak orang
 bukan Islam.  Kemudian Pas marah-marah dan berjanji akan 
menghapuskannya. Apabila sudah berkuasa seperti Umno, Pas 
pun tak mampu menutup kedai judi walau sehari (kecuali di Kelantan
 yang dikuasai sebelum kerjasama dengan bukan Islam).  Pas pun 
terpaksa melayan kehendak bukan Islam, ambil hati demi undi dalam
 sistem tajaan Yahudi-Nasrani.  Jadi, mahu apa lagi?

Kalau pun sekarang Yahudi  Nasrani berhenti daripada kerja-kerja 
melemahkan dan memusnahkan umat Islam, tak mengapa sebab 
 jalan yang mereka tinggalkan kepada umat Islam sekarang sudah
 boleh dilalui sendiri oleh semua umat Islam.  Yahudi Nasrani sedang
 santai-santai menunggu berita hancur luluhnya umah.

Kita boleh berubah, tetapi kebanyakannya tidak mahu.  Jadi nak buat apa?

amukanmelayu - BERSATUlah sebelum semuanya TERLAMBAT