Wednesday, 29 August 2012

BIARLAH GAMBAR YANG BERBICARA - DIMANA SALAHNYA NASHARUDDIN.




Bai’ah PAS: Hadi Awang Mengcelakakan Pemimpin PAS


Oleh:  Hazimi Hakim
Orang-orang yang beriman itu akan bergetar hatinya bila mendengar nama Allah dan akan terasa gerun bila memikirkan dosa.   Bukan mudah untuk seorang yang beriman untuk menghukum orang lain kerana itu hanyalah hak Allah semata-mata.
Seseorang yang berani menghukum manusia lain dan menetapkan kedudukannya diakhirat adalah seorang yang takbur.
Oleh itu, tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘mencelakakan’ bakal calon PAS dunia akhirat jika mereka menyeleweng dari dasar, cara dan matlamat Islam menunjukkan betapa beliau seorang ulama yang takbur.
Mungkin Hadi Awang harus diingatkan tentang kenapa Datuk Dr. Hassan Ali dipecat dari PAS.
Hassan Ali dipecat kerana beliau telah mengkritik PAS sebagai lari dari dasar, cara dan matlamat Islam akibat terlalu menjaga hati DAP dan PKR.
Dasar PAS sebelum ini adalah menubuhkan Negara Islam.  Cara PAS sebelum ini adalah cara Islam yang rigid, konservatif dan kadangkala ekstrem.
Tetapi kini, dasar PAS ialah Negara Kebajikan yang mana adalah merupakan campuran konsep antara liberal, komunis dan Islam demi kesinambungan hayat Pakatan Rakyat.  Cara PAS kini pula adalah terbuka, selaras dengan pluralisme dokongan PKR dan lebih ‘mesra’ Kristian, Buddha dan lain-lain agama.   Arak, judi, pusat hiburan semuanya dibolehkan di bawah dasar dan cara PAS hari ini walaupun sebelum ini PAS menentang UMNO kerana tidak berjaya menghapuskan semua itu dari bumi Malaysia.
Yang tidak berubah hanyalah matlamat PAS iaitu untuk memenangi pilihanraya melalui apa jua cara.
Justeru, jika Hadi Awang begitu berani mencelakakan mereka yang menyeleweng dari dasar, cara dan matlamat Islam, maka sesungguhnya Hadi Awang telah mencelakakan dirinya sendiri, terutamanya kerana sebagai Presiden beliaulah yang bertanggungjawab menyelewengkan PAS dari dasarnya yang asal.


 



Dituduh Anti Islam, Karpal akan saman Nasharuddin


Pepatah ada mengatakan 'Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya'kata pepatah lain pula, Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya..


Kerana kenyataannya “Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam" Nasharuddin Mat Isa bakal disaman oleh Karpal Singh.

Tak ada pasal cari pasal.. sekarang .. untuk menyelamatkan dirinya dan menjadikan dirinya kebal dari tindakan undang-undang yang akan diambil oleh Karpal Singh itu.. hanya UMNO mampu menawarkannya..

Karpal akan saman Nasharuddin
KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Karpal Singh hari ini berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Nasharuddin Mat Isa selepas bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dilihat rapat kepada Umno mendesak PAS segera meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh pemimpin DAP itu sebagai anti Islam.
Pengerusi DAP Nasional itu  berkata kepada The Malaysian Insider hari ini, kenyataan Nasharudin terhadapnya semalam “adalah sangat tidak bertanggungjawab”, dan “saya tidak pernah menyatakan saya anti Islam.”
Bagaimanpun, peguam itu menegaskan hudud tidak boleh diimplementasikan di negara ini kerana “hudud hanya boleh dilaksanakan dalam negara Islam” sedangkan Malaysia masih lagi merupakan negara sekular.
“Sejak dulu lagi saya menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Apa yang DAP katakan adalah kita bukan negara Islam. Ia hanya konsep politik,” tambahnya lagi.
Pemimpin Umno dan lidah rasminya, Utusan Malaysia sejak minggu lalu menuduh DAP dengan panggilan “kafir harbi” dan mengelarkan haram menyokong DAP.
Karpal menjadi serangan Umno kerana tentangan kerasnya terhadap hudud.
Pemimpin veteran DAP itu juga berkata, beliau berharap Nasharuddin akan “memahami perbezaan Islam sebagai agama dan negara Islam.”
Perlembagaan kita membekalkan negara sekular, dan di Malaysia ia adalah negara sekular. Kita perlu ada negara Islam jika mahu melaksanakan hudud,” katanya lagi.
“Saya tidak mengatakan PAS salah, tapi kita tidak boleh melaksanakan hudud kerana kita sekular ... dan undang-undang kita tidak membenarkan itu berlaku,” tambahnya lagi.
Karpal percaya Nasharuddin hanya menyuarakan pendapat peribadi beliau berhubung perkara itu dan tidak bercakap bagi pihak parti.
“Atas memandang serius kenyataannya itu, saya akan memfailkan saman terhadapnya.”
Nasharuddin sebelum ini berkata “saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.”
“Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law.
“Pelaksanaan hudud memerlukan standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf ‘beyond any shadow of doubt’ iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam,” kata Nasharuddin.
Kenyataan Nasharuddin yang mendesak PAS agar segera keluar dari PR di TV3 juga menarik perhatian banyak pihak.
Kemudian ia ditambah lagi apabila gambar beliau di Mekah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ulama Mekah disebarkan, dan timbul spekulasi yang mengatakan beliau telah meninggalkan PAS dan menyertai Umno.
Bagaimanapun, Nasharuddin menepis dakwaan tersebut dengan menjelaskan beliau tidak berniat untuk menyertai Umno.
“Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.
“Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah,” katanya lagi - The Malaysian Insider







Yang tak turut peraturan bye-bye - Nik Aziz

KOTA BHARU 28 Ogos - Masa depan politik bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa kembali menjadi tanda-tanya berikutan kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) bahawa mana-mana pemimpin yang tidak mengikut peraturan boleh mengucapkan ‘selamat tinggal.’
“Serupa sahaja, Karpal Singh (Pengerusi DAP), Nasha ke, Allahyarham Datuk Asri Muda (bekas Presiden Pas), yang turut peraturan kita terima, yang tak turut peraturan bye-bye," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2012 anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Jameiah al-Asriah di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata, masalah Nasharudin yang sebelum ini dilaporkan lantang mengkritik kepimpinan parti tersebut akan dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama Pas yang dijadual bermesyuarat pada minggu depan.

Nasharudin dapat sokongan

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Selepas menerima sokongan secara terbuka daripada Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa terus dipertahankan dan kali ini disuarakan oleh lebih ramai pemimpin Pas di seluruh negara.
Sokongan tersebut dizahirkan kerana Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok dilihat sebagai seorang pemimpin masa depan bagi parti itu dan mempunyai pengalaman luas berdasarkan pembabitannya dari usia muda dalam perjuangan parti.
Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, sejak berkecimpung di dalam bidang politik, Nasharudin telah memegang pelbagai jawatan penting iaitu daripada Setiausaha Agung Pas sehingga pernah dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas dan itu menunjukkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin.

RENUNG-RENUNGKANLAH

amukanmelayu - kejatuhan ISLAM adalah di sebabkan "KEPIMPINAN ULAMAK" yang JUMUD dan tiada pendidikan PENGURUSAN Negara yang CEKAP.