Thursday, 9 August 2012

IMEGRAN INDONESIA DAN RAAYAT KESULTANAN SULU LEBIH LAYAK DI BERI KERAAYATAN(i/c) DARI CINA BUKIT YANG TAK TAHU BERBAHASA MELAYU


Faktor Kaum - Terjemahan Artikel Tun Mahathir


Dibawah saya terjemahkan artikel terbaru Tun Mahathir - The Race Factor. Jika terdapat sebarang kesilapan terjemahan atau dari segi maksud, sila perbetulkan.

1  - Ramai yang bertanya kenapa kita tidak boleh hapuskan politik yang berasaskan perkauman ?

2  - Jawapan yang mudah adalah kerana kita sendiri yang mahu memperingati diri dan diiktiraf mengikut asal usul kaum, negara asal tuk nenek, bahasa dan budaya ibunda.

3  - Kita tidak cukup setakat menyatakan bahawa kita ini adalah rakyat Malaysia. ( maknanya kita masih mahu merujuk kepada kaum kita samada Melayu, Cina , India dll )

4  - Jika diberikan contoh negara lain dimana rakyat pelbagai kaum mereka mampu hidup tanpa adanya politik perkauman, atau perlu dibezakan mengikut negara asal mereka ( contohnya China, India dll ) , kita akan jawab yang kita ini berbeza. Keadaan kita unik, tidak boleh dibandingkan dengan negara lain. TAPI waktu sama dalam banyak perkara lain, kita mahu pula bandingkan dengan mereka.

5 - Tapi apakah kita begitu berbeza dengan mereka ? Sebenarnya ramai juga rakyat kita yang berasal dari negara luar tapi mereka telah lupa akan negara asal. Kita menerima mereka kerana mereka telah menerima sepenuhnya cara hidup penduduk asal disini. Mereka berbahasa tempatan, mengamalkan budaya dan tradisi tempatan dan kebetulan kebanyakannya adalah orang Islam.

6  - Mengikut Perlembagaan, mereka ini adalah Melayu dan diiktiraf sebagai Bumiputera dan bukannya pendatang luar.

7  - Menjadi satu isu besar diSabah kerana bilangan besar mereka yang diberikan kerakyatan. Ada yang telah dihantar pulang kenegara asal tapi ramai juga yang kembali secara haram.

8  - Tapi ramai dari mereka ini sebenarnya layak untuk diberi kerakyatan. Mereka telah tinggal di Malaysia ( Sabah ) berpuluh tahun lamanya. Mereka dan anak2 fasih bertutur dalam Bahasa Melayu iaitu Bahasa Kebangsaan kita.

9  - Atas dasar permastautin yang lama dan kefasihan mereka dalam Bahasa Kebangsaan mereka layak dan telah diberikan taraf Warganegara.

10 - Sebagai perbandingan, kita punya ramai dikalangan rakyat yang tidak boleh bertutur dalam Bahasa Kebangsaan tapi telah diberikan Kerakyatan. Dan kita masih lagi berikan kerakyatan kepada orang luar yang memohon menjadi Warganegara dengan syarat mereka telah tinggal disini selama 10 tahun dari 12 tahun yang lepas, fasih dalam Bahasa Kebangsaan dan mengangkat sumpah ketaatan kepada negara. Jadi kenapa imigran diSabah yang sudah memenuhi syarat2 diatas tidak boleh diberikan Kerakyatan ? Bantahan kepada pemberian Kerakyatan mereka ini dilihat lebih bersifat politik.

11 - Faktor perkauman menjadi isu besar lagi. Suatu ketika dulu terdapat parti2 politik yang berasaskan ideologi bertanding dalam Pilihanraya tapi mereka semua ditolak oleh pengundi dan rakyat memilih parti2 yang berasaskan kaum.

12 - Jika kita mahu melihat politik yang berasaskan kaum, maka kita harus bersedia untuk melupakan asal usul kita, bertutur dan menerima Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ibunda dan melafazkan ikrar taat setia kepada negara ini saja. Kita masih boleh kekalkan ugama masing2.

13 - Mungkin satu hari nanti ia akan berlaku. Tapi untuk ketika ini, politik kita akan tetap berasaskan kaum walaupun kita tidak mahu mengakuinya. Kita juga tidak harus sebut 'pelbagai kaum' kerana dengan itu secara tidak sedar kita mengakui wujudnya perbezaan kaum.


                                        **************************************
Komen Dinturtle -

Ya, kenapa ramai dari kaum bukan Melayu yang mengaku sebagai rakyat negara ini, yang marah jika kita pertikaikan semangat nasionalisma mereka, yang mendakwa mereka adalah pejuang konsep Bangsa Malaysia yang sebenar TAPI waktu sama ramai dikalangan mereka tidak fasih dalam Bahasa Kebangsaan Malaysia ? Mereka juga lebih mengutamakan sejarah dan budaya luar negara berbanding sejarah dan budaya tempatan ?

Mereka ini marah jika kita sebut hal2 yang berkaitan dengan perkauman TAPI waktu sama mereka lah yang paling vokal memperjuangkan budaya dan bahasa kaum mereka yang berasal dari negara luar ?

Mereka ini juga merasakan TIDAK ADA KEPERLUAN untuk fasih dalam Bahasa Kebangsaan Malaysia, yang juga memberi makna yang mereka merasakan TIDAK ADA KEPERLUAN juga untuk bercampur gaul dengan kaum yang hanya faham Bahasa Kebangsaan negara.

DAN MEREKA MENDAKWA MEREKALAH JAGUH BANGSA MALAYSIA ? ? ?

Sesungguhnya ada yang tidak kena dengan cara kita melayan rakyat yang tidak reti bahasa ini !

amukanmelayu - Islamelayu menang atau kalah selepas PRU ke 13 ni, wajib menilai semula syarat keraayatan Malaysia untuk kaum bukan dari Nusantara......