Sunday, 12 August 2012

MAHKAMAH ISLAM MEMBENARKAN ORANG ISLAM MURTAD........

MURTAD

السلام عليكم ورحمة الله

 
 Jom kita pereksa diri kita....adakah kita ada Unsur-Unsur MURTAD dalam diri kita dan keluarga kita atau pun yang duk kata kita murtad sedangkan mereka sedang berada atau sedang menuju kelembah penghinaan MURTAD......

Wassalam.

 بسم الله الرحمن الرحيم
  

Murtad adalah sesuatu perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan oleh seseorang Islam yang mukallaf di mana perbuatan atau perkataan itu menyebabkan seseorang tadi keluar dari agama Islam.
Seseorang Islam boleh menjadi murtad disebabkan satu daripada perkara-perkara berikut::
1) Disebabkan i’tiqad (kepercayaan).
2) Disebabkan perbuatan yang sengaja.
3) Disebabkan perkataan yang sengaja.
Seseorang Islam juga boleh menjadi murtad disebabkan i’tiqad (kepercayaan) yang bertentangan dengan aqidah Islam. Di antaranya::
1) Tidak mengaku bahawa Allah Ta’ala ialah Tuhan yang berhak disembah.
2) Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa nabi Muhammad saw itu adalah utusan Allah, atau mengingkari salah seorang rasul yang dahulu diturunkan dari nabi saw.
3) Tidak mengakui bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada nabi Muhammad saw dengan perantaraan malaikat Jibrail.
4) Tidak mempercayai dan meragui hukum-hukum Allah yang disebutkan di dalam Al-Quran dan hadits Rasulullah saw.
5) Tidak mengakui adanya malaikat-malaikat dan segala urusan yang diserahkan oleh Allah kepada malaikat-malaikat itu.
6) Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa hari Qiamat itu akan datang; dan yang berkaitan dengan hari Qiamat, seperti Syurga, Neraka, dan lain-lainnya.
7) Tidak mempercayai Qadha’ dan Qadar, iaitu buruk atau baiknya semuanya ditentukan dan datang dari Allah Ta’ala.
8) Tidak mengakui atau ragu-ragu menerima ijma’ (kesepakatan) sahabat-sahabat Nabi saw dalam perkara hukum-hukum agama (ijma’ sahabat).
9) Menghalalkan perkara-perkara yang telah diharamkan Allah dengan dalil-dalil Qath’ei (dalil yang sudah mutlak) seperti menghalalkan zina, minum arak, makan riba, dan sebagainya.
10) Mengharamkan perkara-perkara yang telah dihalalkan Allah dengan dalil-dalil Qath’ei, seperti jual beli, berkahwin, sewa menyewa dan sebagainya.
11) Mengingkari perkara-perkara yang telah diketahui oleh semua orang Islam sebagai suatu perkara yang telah ditentukan dan ditetapkan dalam agama, seperti mengingkari sembahyang, bilangan waktunya, bilangan raka’atnya.
12) Tidak mengakui kewajiban yang telah ditsabitkan dengan dalil-dalil Qath’ie, seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, puasa sebulan Ramadhan, Zakat, Haji, dan sebagainya.
Untuk perkara 11 banyak berlaku sekarang pada sesetengah golongan tariqat sesat.
Untuk perkara 12, golongan seperti anti-hadits dan jemaah Quran, tergolong kepadanya, ditambah kuatkan lagi dengan perkara (4) dan yang lain-lain.
Perbuatan-perbuatan yang menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad di antaranya adalah::
1) Sembah sujud berhala.
2) Sujud menyembah matahari dan bulan.
3) Sujud kepada makhluk-makhluk lain, seperti sujud kepada manusia, haiwan, kayu dan batu.
4) Membuangkan Al-Quran atau hadits nabi saw ke dalam najis atau memijaknya.
Seseorang Islam yang melakukan perbuatan-perbuatan yang disebutkan di atas (1) hingga (4) , sama ada kerana
a) sengaja atau
b) sombong dan takbur, atau
c) hendak menghinakan agama Islam
boleh menyebabkan ianya menjadi murtad dan kafir.
Seseorang ISLAM itu tidak dianggap melakukan kesalahan murtad, KECUALI dengan adanya dua perkara berikut::
1) Keluar dari agama Islam (ya’ni meninggalkan agama Islam), iaitu mereka tidak mempercayai kebenaran agama Islam, sama ada melalui
a) i’tiqad (kepercayaan), atau
b) melakukan perbuatan, atau
c) menuturkan perkataan ( perkara ini saya tangguh sebut berbanding (a) dan (b) di atas demi untuk tujuan kefahaman )
2) Mereka mempunyai niat sengaja melakukan perbuatan atau mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan kepada kekufuran, DAN mengetahui bahawa perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang dikeluarkannya itu membawa kekufuran dan murtad.
Sesiapa yang
melakukan sesuatu perbuatan, atau
mengeluarkan perkataan yang membawa kepada kekufuran,
dan
• dia TIDAK TAHU maksud perbuatan dan perkataan itu, maka dia
a) TIDAK BOLEH dihukumkan kafir dan murtad, dan
b) TIDAK BOLEH pula dikenakan hukuman had murtad sebagaimana yang ditetapkan oleh syara’.
Untuk menghukumkan seseorang Islam itu menjadi murtad bukan hanya dengan melakukan perbuatan-perbuatan, atau mengeluarkan perkataan-perkataan yang membawa kepada kekufuran, TETAPI mestilah juga DISERTAI dengan NIAT di hati untuk menjadi kafir.
Dengan menjelaskan perkara di atas ini maka saya nyatakan pula bahagian yang ketiga (selain i’tiqad dan perbuatan), iaitu
PERKATAAN-PERKATAAN YANG BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG ISLAM ITU MENJADI MURTAD
Iaitu (antaranya)::
1. Mengatakan Allah Ta’ala itu ada sekutu dan berbilang-bilang, atau mengatakan Allah tidak berkuasa apa-apa atas alam ini.
2. Mengatakan SYARIAH Islam yang diturunkan Allah bukan untuk mengatur perhubungan di antara individu dan masyarakat.
3. Mengatakan hukum-hukum ISLAM tidak wajib dilaksanakan pada masa sekarang, kerana tidak sesuai dengan keadaan hidup masyarakat hari ini.
// Yang ini kena jaga baik sebab perlu huraian lanjut kerana akan dibelitkan oleh penyokong politik sesetengah parti tertentu. Jika ada kemusykilan, kita boleh bincang.

4. Mengatakan setengah-setengah hukum Islam tidak sesuai lagi diguna pakai pada hari ini, hanya sesuai pada masa yang silam.
// Yang ini juga kena jaga baik sebab sebagaimana yang saya terangkan di atas tadi, bergantung kepada siapa yang mengucapkannya – orang yang ada pengetahuan dalam hal ehwal syara’ ataupun bukan. Saya bimbang ini akan jadi bahan murahan sesetengah golongan politik yang hanya suka menyalahkan orang lain TETAPI tidak berusaha memberikan pengetahuan kepada orang ramai yang mana menyebabkan gejala murtad berleluasa.

5. Mengatakan tafsiran-tafsiran ayat-ayat Al-Quran yang dibuat oleh ulama-ulama tafsir yang dahulu (muktabar) tidak sesuai lagi digunakan sebagai dasar hukum hari ini, dan menganjurkan ulama-ulama hari ini membuat tafsiran mengikut keadaan dan suasana kehidupan ummat.
// Yang ini pun kena jaga baik sebab nanti diselewengkan maksudnya oleh sesetengah golongan. Yang dimaksudkan di atas adalah tafsiran-tafsiran yang menyentuh soal HUKUM-HAKAM agama Islam yang sudah jelas seperti di dalam BAHAGIAN AQIDAH dan FIQH (Ibadat, Muamalat, Munakahat, dan Jinayah).
Tafsiran-tafsiran ayat Quran tentang pelbagai ilmu pengetahuan yang lain daripada soal hukum sememangnya boleh dibuat kerana ilmu Allah itu amat luas dan kita perlu menerokainya mencari ilmu yang dikurniai-Nya.

6. Mengatakan bahawa Qadha dan Qadar (takdir dan ketentuan Allah) bukan datang dari Allah, malah adalah datang dari makhluk itu sendiri, atau dari kekuatan alam, bencana alam dan seumpamanya yang bermaksud yang sama iaitu bukan dari Allah sendiri.
7. Mengatakan Allah Ta’ala itu salah satu daripada tiga Tuhan, iaitu Isa, Maryam, dan Ruhul Qudus. Dalam nash Al-Quran, jelas bahawa mengatakan bahawa orang-orang yang mengatakan Allah Ta’ala itu salah satu daripada tiga Tuhan adalah kafir – rujuk Al-Maidah, ayat 73.

amukanmelayu - duk pikiaq tak habis dari tadi......kalu mahkamah  tu mahkamah ISLAM....kalu orang tu jatuh MURTAD, mahkamah akan jatuhkan hukum "BUNUH"....tapi ni jadi lagumana....mahkamah Islam membenarkan orang Islam murtad.....pening la macam ni....yang jadi Lowyer dia rasa macamana berengkali.....kalu dia syok sama.....bukankah dia di kira bersubahat memurtadkan yang murtad tadi.....aduhhh..............dua kali pening ni.