Wednesday, 1 August 2012

PAS TULANG BELAKANG PR VS SAKIT TULANG BELAKANG


Tulang "Belakang"

 Ini adalah tulang belakang yang menjadi tulang penting dalam mengawal pergerakan badan. Tulang adalah amat penting....tp belakang tidaklah penting .....kerana belakang selalunya amat kotor dan tidak mengikut peraturan. amukanmelayu lebih suka mejadi TULANG RUSUK...kerana nampak ianya lebih kehadapan dan RELA bekorban......

Dalam warna-warna pada tulang seperti di atas ......anda tentu faham warna hijau amat sedikit....bagaimana nak jadi tulang belakang......ah......bangsaku bermimpi lagi rupanya...

 

"PAS Tetap tulang belakang PR" 

Mustafa: 'Pas tetap jadi tulang belakang bagi PR'PKR sekali lagi mendominasi bilangan kerusi Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding dua lagi komponen PR iaitu Pas dan DAP.
Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun enggan mendedahkan berapa kerusi yang diperuntukkan kepada setiap parti itu.
"Jumlah kerusi PKR dikurangkan sedikit namun parti itu masih mendominasi bilangan kerusi Parlimen," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di sini, semalam.
Pengurangan kerusi PKR itu dipercayai untuk menambah kerusi DAP di kawasan majoriti Cina yang ditandingi calon Cina PKR pada pilihan raya umum lalu.

Namun ada kemungkinan ruang diberi kepada DAP untuk mencuba nasib meletakkan calon Melayu di kawasan yang ditandingi PKR pada PRU12 sebagaimana yang diuar-uarkan parti itu sebelum ini.
Kelebihan kerusi PKR mengulangi penguasaannya yang meletakkan 97 calon meskipun hanya 31 sahaja daripadanya yang menang pada PRU12. DAP pula meletakkan 47 calon dengan 28 menang. Pas yang di tempat kedua mempertaruhkan calon terbanyak, 66 hanya memenangi 23 kerusi.
Selepas PRU12, lima daripada 31 wakil rakyat PKR di Parlimen bertindak keluar parti dan membentuk Konsensus Bebas iaitu Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru), Datuk Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baharu), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Wee Choo Keong (Wangsa Maju) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).

Mustafa berkata, meskipun Pas bertanding kurang kerusi berbanding PKR, parti itu tetap diberi tempat untuk bertanding di kebanyakan kawasan majoriti Melayu.
"Pas tetap akan jadi tulang belakang bagi PR," katanya.
Menurut Mustafa lagi, Pas juga dijangka akan mendapat tujuh kerusi Parlimen baru di Sarawak.
"Sarawak kita akan bertanding tetapi di Sabah belum ada keputusan muktamad setakat ini," katanya.
Pada sidang media yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Setiausaha Publisiti DAP Pusat, Teresa Kok dan bekas  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari, Mustafa yang ditanya mengenai isu peletakan jawatan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) oleh Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing menyifatkan tindakan dua pemimpin politik dari Sabah itu sebagai bijak dan tepat pada masanya.
"PR memberikan sokongan padu atas tindakan mereka yang kita percaya dilakukan kerana mereka tidak berpuas hati dengan pentadbiran BN khususnya di Sabah," katanya.

 amukanmelayu - walu pun menjadi tulang belakang...tapi kalau sakit tulang belakang seperti ini.... akhirnya tergadai jua Tanah Airku ini.......