Sunday, 30 September 2012

AIR MATA NOVELIS ISLAMELAYU


Tangisan NOVELIS Tua  Kehilangan Kalamnya

 

TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.

Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.

Dalam linangan air mata, Abdullah yang ditemui oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, semalam turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila karyanya yang diterbitkan 40 tahun lalu disalahertikan oleh pihak tertentu.

Abdullah yang berkerusi roda ketika ditemui meminta untuk berbaring ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kerana keuzurannya.

Malah, beliau juga hanya mampu menjawab soalan-soalan itu secara bertulis kerana tidak berdaya lagi untuk berbicara.

Ikuti soal jawab itu yang terpaksa dilakukan dengan ringkas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Bagaimana perasaan Datuk dengan apa yang menimpa karya Interlok?

ABDULLAH: Saya berasa dukacita kerana maksud saya baik, tetapi orang salah menerima.

Apa yang tidak difahami oleh kaum India menerusi buku Interlok itu?

ABDULLAH: Di India (terutamanya di India Selatan), masih kuat dengan fahaman ‘paria'. Saya ikut Mahatma Gandhi. Tetapi orang India di sini cuba melupakannya.
Malaysia hanya ada 1 India tiada Brahman atau Paria. Tapi yang membakar NOVEL INTERLOK ini adalah REAL PARIA dari India


Apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi Interlok?

ABDULLAH: Ia merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia.

Nasihat Datuk kepada kaum India yang menolak buku ini?

ABDULLAH: Baca betul-betul (Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India.

Datuk masih menulis?

ABDULLAH: Saya tidak lagi boleh menulis. Menulis memerlukan saya bergaul dengan banyak orang. - Utusaan Malaysia

Interlok ialah sebuah karya novel yang dikarang oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Novel ini dihasilkan oleh Abdullah untuk menyertai Peraduan Mengarang Sepuluh Tahun Merdeka (1967) hasil inisiatif Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri) dalam satu ucapan makan malam anjuran Persatuan Penulis Nasional di mana novel ini memenangi hadiah sagu hati. Interlok diterbitkan Angkatan Baru untuk pertama kali pada tahun 1971. Kemudiannya ia diterbitkan dalam edisi pelajar pada tahun 2006 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi khas Sasterawan Negara (2008, DBP) dan edisi murid novel Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (2010, DBP).

Novel ini mengisahkan pancaroba dan persepaduan sesama kaum di Tanah Melayu ketika zaman penjajahan British pada separuh awal abad ke-20, dan sumbangan mereka kepada negara Malaysia yang merdeka. Akan tetapi, novel ini dilanda kontroversi, lebih-lebih lagi apabila dipilih sebagai bahan bacaan wajib Komponen Sastera Bahasa Melayu Tingkatan Lima pada tahun 2011, kerana sesetengah golongan India tersinggung oleh unsur sistem kasta dalam masyarakat India.
Biarpun sudah diterbitkan 40 tahun yang lalu, tidak bermakna ia akan kekal buat selamanya, begitu juga ketuanan, biarpun sudah lama negara ini bertuankan Melayu, tidak bermakna ia terus kekal jika Melayu menjadi layu, perpecahan dek kerana politik akan menyebabkan  kita  hilang segala-galanya. Satu masa nanti pastikan kita tidak tangisi sebagaimana yang ditangisi oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain, kerana tangisan itu sudah terlambat dan ia tidak bermakna lagi.  
 
CERITA DEPA
 

Satu demi satu penghinaan dilakukan terhadap umat Islam. Terbaru, dikesan ada satu pages yang menghina orang Melayu di Facebook (klik sini). Seolah ada satu perancangan terancang untuk menghina dan memperlekehkan orang Melayu secara berterusan. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan ke atas perkara ini dengan serius. Ianya membawa kepada mengugat keselamatan negara dan perpecahan kaum. Bukan sekali dua orang Melayu dihina, tetapi secara berterusan, dalang kepada penghinaan-penghinaan ini perlu disiasat dan dikenakan tindakan keras.
 
amukanmelayu - bila kita (Islamelayu) melaui perkampung Cina atau India dan kita merasa takut atau rasa tidak selamat.....ini berti Negeri ini bukan lagi MILIK KITA.