Thursday, 25 October 2012

بوڠ مختار ڤرلو راوتن هاتي - کران سيد مختار سام نام دڠنڽ منجاديکن دي کمڤونن \"تلور تيماکول\" يڠ د ميليکي سيد مختار



BUNG MOKHTAR SERANG SYED MOKHTAR SEBAB NASIBNYA TAK SEBAIK SYED MOKHTAR


Aku tak faham apa masalah Bung Mokhtar bebal ni? Dia pi serang Syed Mokhtar tapi dia sudah lupa nak serang billionare lain especiaaly yang bukan Melayu Islam. Dia siap boleh kata Syed Mokhtar ni kroni UMNO, macam la Syed Mokhtar ambik semua bisnes free-free je!

Dah banyak kali aku terangkan pasal bisnes Syed Mokhtar ni, tapi biasalah kan, orang semacam Bung ni dah dapat bini baru pastu mungkin dah tak terlarat nak layan bini yang enjinnya masih power tu maka dilepaskan la geramnnya pada orang lain. Agaknya ada bisnesman dari kalangan kaum DAP yang dah upah dia kot?

Dia cakap macam orang hilang akal! Kalau ya pun, nak balun Syed Mokhtar carilah saluran yang betul, bukan menjerit melalak macam orang gila dalam Parlimen! Sudahlah Bung, aku tak sampai hati nak kutuk dan hina kau, tetapi sebagai umat Islam kau patut sedar sebelum kau nak jadi gila macam tu.

Jangan takbur wahai Bung, sesungguhnya kau cuba nak menganiaya seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan dia untuk membantu kaum muslimin di negara ini. Apa salahnya Syed Mokhtar ambik alih KTMB?

Aku kalau boleh nak dia ambik MAS sekali, sebab dah terbukti semua syarikat dibawah Syed Mokhtar selepas diambil alih oleh beliau akan mendapat keuntungan punya. Bung, tengok je la Pos Malaysia, sebelum ni pos kita tu hidup segan mati tak mau, sekarang dengan imej baru dan servis yang begitu cekap telah menaikkan imej Pos Negara.

Kan ke bagus kalau dia ambil KTMB dan dia boleh majukan syarikat tu sampai kita smeua boleh jadikan pengangkutan keretapi ni sebagai salah satu pengangkutan utama negara? Dari kau dok komplen macam orang hilang akal tu, baik kau kasi cadangan yang bernas dan berguna supaya kita sama-sama dapat membantu pengusaha Bumiputera.

Aku berdoa supaya Syed Mokhtar dapat mengambil alih KTMB, bukan takat itu saja, aku harap dia ambik Syarikat Penerbangan Malaysia iaitu MAS! Aku tengok Bung ni dah jadi macam DAP pulak yang serang Syed Mokhtar terus-terusan dari dulu lagi. Kenapa Syed Mokhtar saja, kenapa tak diserang tycoon Cina? Takut tak masyuk ke?

Anyway, aku percaya ramai rakyat Malaysia diluar sana tidak akan bersetuju dengan kenyataan Bung tak sedar diri ni. Amacam korang setuju tak dengan pendapat aku ni? 
 
 اموکنملايو - اينله ڤڽاکيت اورڠ اسلامايلايو سجق دولو لاݢي. تق ترفيکيرکه بوڠ مختار ني تنتڠ ڤکرجأن يڠ د اوجودکن اوليه سيد مختار يڠ تق ممڤو د اوجودکن اوليه بوڠ مختار سنديري.