Monday, 29 October 2012

PANJI HITAM DARI TIMUR TELAH BERMULA


ڤمباوا ڤنجي-ڤنجي هيتم دري تيمور برمولا د ڤادڠ کوتا؟؟   
   


Penulis nak ingatkan kepada mana-mana pihak yang cuba mempersendakan Islam, memperlekehkan Islam ataupun memainkan sentimen perkauman menghina orang melayu, jangan cuba bermain dengan api.
Orang Islam boleh bersatu apabila tiba masanya! 

Harap pimpinan negeri Pulau Pinang dapat menerima dan melaksanakan 20 tuntutan JMPP ini tanpa kompromi. 

Cuma sedih program sebaik ini kurang mendapat penglibatan ahli PAS yang mereka hanya lebih gemar bermain politik 24 jam serta lebih memikirkan program ini kononnya program UMNO lantas itu mereka boleh dikatakan 'memboikot' program ini! Walhal ini program NGO!

Mereka tidak mementingkan survival islam di P.Pinang! Pada mereka, Guan Eng dah cukup mulia di mata mereka.

Kepada Guan Eng, bilamana anda hina UMNO, anda juga telah menghina 3.4 juta orang melayu!
Ingat!!


Bertempat di Padang Kota malam tadi satu program yang diberi nama Himpunan Jaringan Muslimin Pulau Pinang telah diadakan.Program ini di anjurkan bersama oleh Jaringan Muslimin Pulau Pinang ( JMPP ) bertujuan mengajak umat Islam khususnya di Pulau Pinang untuk sama-sama memperkuatkan serta mempertahankan Islam daripada diadu-domba oleh pihak-pihak diluar sana.


JMPP merupakan badan NGO yang menghimpun seluruh NGO-NGO Islam dalam negeri Pulau Pinang dan di pimpin oleh Ustaz Hafiz Nordin bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang yang meletakkan jawatannya dan kini bergerak aktif melalui NGO Islam.

Program yang cukup baik ini berjaya menghimpunkan sekitar2000 orang-orang Islam di seluruh negeri Pulau Pinang dan berjalan dengan aman.Malah program yang bermula semenjak jam 6.00 petang itu turut melibatkan pembentangan 20 tuntutan JMPP terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Guan Eng yang mengambil kira kepentingan umat dan agama Islam.

20 Tuntutan JMPP :

1.Undang-undang Jenayah Syariah yang mengandungi hudud,qisas,diyat dan ta'zir yang termasuk di dalamnya pencegahan murtad hendaklah digubal dan di laksanakan dengan segera.

2.Mewujudkan Pusat Pemulihan Aqidah di negeri-negeri.

3.Menubuhkan unit khas menyelamatkan aqidah di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

4.Mewujudkan Polis Syar'ie untuk mengawal Islam sebagai Agama Negara.

5.Menyelamatkan orang-orang Islam gelandangan dari terus menjadi sasaran pemurtadan dengan menyediakan makan minum dan tempat tinggal untuk mereka.

6.Membatalkan Majlis Antara Agama yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri sendiri.
7.Menarik balik larangan membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid.

8.Mewujudkan rancangan Membaca Kitab Aqidah yang memfokuskan kepada bahaya murtad dalam televisyen untuk membendung gejala murtad dari berleluasa.

9.Menghalang dan jangan membenarkan sama sekali 14 tuntutan IFC (Inter Faith Commission) diterapkan dalam mana-mana undang-undang atau polisi kerajaan negeri atau persekutuan.

10.Menghalang gerakan mana-mana kumpulan ke arah liberal Islam dan pluralisme agama demi menjaga kesucian agama Islam.

11.Menghalang semua usaha menghalalkan homoseksual dan LGBT yang bercanggah sama sekali dengan Islam , undang-undang dan Perlembagaan Negara.

12.Membendung judi dan mengurangkan pengeluaran arak ke arah membasmikan judi dan arak dalam negara.

13.Menuntut agar orang-orang politik yang tidak Islam agar tidak mengusahakan ke arah merobek kontrak sosial yang sekian lama termeterai demi menjaga keharmonian antara kaum dan agama.
14.Menuntut agar wang zakat tidak di simpan sebaliknya diberikan kepada asnaf yang berhak menerima seperti yang ditetapkan dalam Al-Quran serta menghalang sebarang usaha orang-orang politik bukan Islam yang memperalatkan wang zakat untuk kepentingan politik mereka.

15.Mendesak dan menuntut kerajaan negeri menghormati dan mengutamakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi termasuk dalam penggunaan papan-papan tanda , nama-nama jalan dan papan-papan tanda kedai.

16.Mendesak dan menuntut kerajaan negeri Pulau Pinang agar meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 berhubung dengan kuasa perlantikan Mufti dan YDP Majlis Agama Islam dan 5 lagi yang berkaitan dengan agama Islam yang memerlukan nasihat dari exco kerajaan negeri supaya diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong.
17.Menuntut supaya kerajaan negeri melalui majlis agama mengkaji semula arahan pemilihan Jawatankuasa Masjid agar pelaksanaannya tidak memecah belahkan umat Islam dalam rumah-rumah ALLAH.

18.Membendung dan mencegah hiburan melampau (hedonism) untuk mengurangkan kadar keruntuhan akhlak terutamanya di kalangan remaja Islam di negeri ini.

19.Menuntut kerajaan negeri menarik permit yang diberi majlis perbandaran sekiranya premis berkenaan dikenal pasti gagal menghormati kesucian agama Islam serta tidak mematuhi undang-undang negeri dan negara.

20.Menuntut agar umat Islam dapat bersatu padu dengan mengenepikan fahaman serta ideologi politik masing-masing dan mendesak PAS dan UMNO yang mewakili majoriti umat Islam dalam negara agar dapat berunding , mencari titik persamaan , melupakan segala perselisihan dan perbalahan demi mengembalikan perpaduan umat dengan menjadikan Al-Quran dan Al-Hadith sebagai panduan perundingan. 
Dalam masa yang sama rata-rata barisan pemidato yang naik ke pentas utama berbicara soal kepentingan Islam di bumi Pulau Pinang dan di seluruh negara selain daripada menyeru supaya Isam di pertahankan dan mengharapkan satu penyatuan umat Islam di Malaysia mampu di jayakan.
Sekalung penghargaan dari MMI buat JMPP kerana berjaya menganjurkan program sebaik ini .
Berikut adalah sebahagian daripada gambar sepanjang program berlangsung :






amukanmelayu - kayu di sambung dengan kayu, batu di sambung dengan batu(simen) ukhwah islamiah hanya akan di sambung dengan Iman......