Khamis, 22 November 2012
Brunai Tidak Beri Kerakyatan Pada Bangsa Cina
Masih
ingat lagi ruangan Tinta Pengarang Buletin Mutiara yang tidak lama
dahulu menggelar mamak sebagai “Melayu celup kopi”. Sekarang ini, timbul
tweet kontroversi oleh Senator DAP pula.
Serangan DAP ke atas golongan mamak mengandaikan bahawa pemimpin dan
pengikut parti itu tidak merestui usaha mengasimilasi bahasa, budaya
setempat dan adab Melayu.
Memandangkan DAP memperli golongan mamak, maka wajar kita persoalkan
kaum minoriti bukan-Islam tersebut menganggap diri mereka Malay-sian
First berdasarkan kriteria apa?
Kenapa Cina ditolak?
Negara jiran kita Brunei tidak menerima sebahagian penduduknya yang
berketurunan Cina sebagai warga. Orang Cina ini hanya diberikan taraf
pemastautin tetap (PR).
Sungguhpun golongan orang Cina ini sudah generasi kedua atau ketiga
lahir di Brunei, mereka masih lagi PR sahaja (bermakna tidak memegang
paspot Brunei).
Brunei agak luarbiasa. Ia mempunyai sistem pemerintahan beraja di mana
Sultan Brunei adalah Muslim dan Brunei ialah sebuah negara Islam yang
agama rasminya Islam. Akan tetapi taburan penduduk Muslimnya sekadar
51.9 peratus sahaja, mengikut anggaran oleh Pew Research Center pada
tahun 2008.
Hampir separuh (kira-kira 48 peratus) daripada penduduk di Brunei bukan
Muslim kerana mereka kaum minoriti yang berstatus ‘stateless people’.
Kebanyakan penduduk bukan warga di Brunei adalah etnik Cina yang tidak
mempunyai hak-hak penuh dan faedah yang dinikmati seorang warga biasa. –
laporan tahun 2012 oleh badan hak asasi Freedom House.
Penduduk bukan warga (stateless people) tidak dibenarkan untuk memiliki
tanah di Brunei. Mereka tidak mendapat rawatan kesihatan yang dibiayai
penuh oleh kesultanan kaya-raya itu. Mereka tidak layak mendapat
pendidikan percuma tahap pengajian tinggi. – laporan amalan hak asasi
oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat (24 Mei 2012).
Brunei adalah sebuah negara kecil yang jumlah penduduknya pun kecil,
iaitu 390,000 orang: Melayu (67%), Cina (15%), pribumi (6%) and
Lain-lain (12%).
Jumlah stateless people 21,000 orang (5.4%) dan seperti yang disebut
tadi, kebanyakan mereka Cina. Kewarganegaraan tidak diberikan secara
automatik.
Sesiapa yang ingin memohon untuk menjadi warga Brunei dikehendaki lulus
ujian yang mana calon tersebut wajib menunjukkan bahawa dia memahami
budaya dan bahasa Melayu.
Jus sanguinis
Kewarganegaraan Brunei ditentukan melalui prinsip jus sanguinis
(mengikut kerakyatan ibubapa). Istilah tersebut adalah bahasa Latin dan
bermaksud “right of blood” atau hak keturunan.
Talian ‘darah’ amat mustahak bagi banyak negara bangsa.
In Brunei, seorang menjadi warga mengikut operasi undang-undang
sekiranya dia Melayu — merangkumi Belait, Bisaya, Dusun, Kedayan, Murut
dan Melayu Tutong.
Pada lumrahnya, manusia mementingkan etnik.
Ambil contoh United Kingdom yang terdiri daripada Ireland Utara, Scotland, England dan Wales.
Orang British menggelar diri mereka orang Irish, orang Scot, orang
English dan orang Welsh, lebih kurang macam orang Malaysia menggelar
diri kita Melayu, Cina, India dan sebagainya.
Kita di Malaysia berlainan agama dan berbeza warna kulit.
Orang asal Irish, Scot, English dan Welsh sama agama (Kristian) dan sama
warna kulit (putih). Namun mereka masih lagi nekad untuk
membeza-bezakan diri mereka.
Seorang Irish, misalan kata, enggan dikenali sebagai orang English.
Dua tahun kelak, Scotland akan mengadakan referendum untuk menentukan
sama ada orang Scot mahu keluar daripada UK dan seterusnya negeri
tersebut menjadi sebuah republik berdikari. Perkembangan ini
membayangkan betapa kuatnya jatidiri orang Scot, yang lebih Scot
daripada British.
Untuk sekian lama, gerila IRA telah berperang saudara berhasrat akan
pemisahan Ireland Utara daripada Great Britain – pulau besar terdiri
England, Scotland dan Wales – supaya boleh bergabung semula dengan
Ireland kerana jati diri mereka ialah sebagai orang Irish.
Di serata dunia, pengenalan diri mengikut etnik adalah begitu mendalam.
Contohnya orang Kurd mahu menubuhkan sebuah negara Kurdistan khusus
untuk etnik mereka.
Hanya DAP di Malaysia yang mendabik dada serta beriya-iya mengaku
ahli-ahli Firstersnya tidak mempunyai pengenalan diri berlandaskan kaum.
Meskipun demikian, mereka tidak boleh duduk diam tengok golongan mamak.
Bersambung: Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Mamak)
By Helen Ang
amukanmelayu - jauhilah para PENDERHAKA Tuanku...takut nanti terkena TULAH........