Saturday, 10 November 2012

KUKUH SANGAT KA IMAN HANGPA YANG HAMPA NAK MASUK BERDAILOG DALAM GEREJA TU, AKU TAKUT HANGPA TAK TAU CARI JALAN KELUAQ


Lambang yang di benci dan di jauhi satu ketika dulu kini menjadi kebanggaan dan "sahabat" karib 


Latar Belakang Gereja Penganjur Forum Nurul Izzah

Helen Ang – Acara di mana Nurul Izzah dijemput menjadi ahli forum berlangsung di Full Gospel Tabernacle (FGT).
FGT ialah gereja Rev. Eu Hong Seng, iaitu pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF). Sebelum ini beliau pernah mengundang kontroversi serta Perkasa menuntut supaya Rev. Eu disiasat di bawah Akta Hasutan.
http://mynewshub.my/2011/12/28/isma-anggap-paderi-hong-seng-melampau/
http://www.malaysiakini.com/news/185088

Gereja evangelis kuat pengaruhnya

FGT adalah sebuah gereja mega kaya-raya umpama City Harvest yang menggalakkan ahli jemaahnya menyumbang derma melalui pembayaran kad kredit (lihat screenshot bawah).
Seperti juga City Harvest, ia sebuah gereja karismatik yang tidak terikat kepada mana-mana aliran Kristian lama misalan Roman Katolik, Anglican, dsb.
Semua maklumat diperoleh daripada laman sesawang http://www.fgt2u.org.

Gaya memikat generasi moden

Gereja karismatik mirip City Harvest dalam cara ia membekalkan kegiatan-kegiatan yang mengasyikkan seperti program muzik dan tari-menari.
Gaya mereka bersembahyang juga kelihatan lebih khusyuk berbanding aliran Kristian tua (gambar, bawah).
Rev. Eu telah memperkenalkan rancangan Evangelism Explosion (EE) untuk membantu melatih sukarelawan supaya mampu menjalankan dakwah dengan lebih berkesan.
Para pengikut gereja FGT umpama geng “Take Subang for Jesus“.

Organisasi cekap dan teratur

Keahlian FGT telah melipat ganda sejak gereja tersebut dibentuk pada tahun 1981, ketika itu bertapak di sebuah rumah kedai kawasan SS2, Petaling Jaya. Selepas lima tahun perkembangan pesat, FGT berpindah pula ke tapak yang lebih besar di Damansara Jaya.
Pada hari ini, FGT mempunyai bangunan sendiri serta seramai 84 orang pekerja dalam rangkaian gerejanya yang amat luas bukan sahaja di seluruh Malaysia tetapi juga di negara-negera asing.
Sekiranya FGT dibandingkan dengan profil syarikat, maka boleh dirumuskan ia sebuah bisnes keluarga yang amat maju dan berjaya. FGT diterajui Rev. Eu dan pastor Goh Hock Huat yang mana isteri masing-masing pun berperanan pastor juga.

Sasaran FGT

Di samping orang Cina, FGT turut mensasarkan orang India yang bertutur bahasa Tamil dan juga penduduk yang berbahasa ibunda Melayu.
Gereja ini mengadakan sembahyang beberapa sesi seminggu bagi jemaahnya yang berbahasa Melayu (lihat jadual, bawah).
Rev. Eu menggunakan kalimah ‘Allah’

Dakwah kepada kanak-kanak pun

Agama Kristian kian menular di kalangan masyarakat Cina kerana badan-badan agama Buddha tidak mengikut jejak langkah evangelis mengadakan kegiatan-kegiatan menghibur yang memberi tumpuan khusus kepada kanak-kanak dan remaja (lihat senarai program, bawah).
Juga agama Buddha yang berunsur pemikiran falsafah (philosophical) kurang menarik bagi golongan muda-mudi yang lebih mengemari daya dinamik City Harvest Church, DUMC dan FGT.
Seperti Gereja City Harvest, pemasaran ala komersial FGT dibuat melalui konsert, rakaman album lagu, dsb.

Usaha-usaha mendakwah di Subang Jaya

Subang Jaya selalu diberikan liputan serta promosi dan publisiti oleh media suara pembangkang seperti Selangor Times dan The Star. Kawasan DAP tegar ini adalah pusat kebangsaan evangelisme.
Selain Nurul Izzah, ahli panel di forum kontroversi itu yang berlangsung di Subang Jaya pada tempoh hari termasuk Mujahid Yusof Rawa.
Tengok siapa yang duduk di baris depan gereja Full Gospel Tabernable itu(gambar bawah).

Hasan Ali: Evangelis dakwah kepada Melayu

Hasan Ali memberitahu dewan di forum Perkasa semalam di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru bahawa terdapat kira-kira 20-30 orang pastor Melayu yang sedang menjalankan dakwah Kristian di kawasan Lembah Kelang.
Dakwaan Hasan Ali adalah suatu tuduhan amat serius kerana ia membongkarkan kaedah tipu muslihat evangelis untuk memperdaya kaum Melayu.
NGO Jati yang dipelopori Hasan Ali yakin usaha-usaha dakwah evangelis agresif sedang menular secara senyap dan berselindung di kalangan kaum Melayu bandar.
Dengan tersungkurnya MCA dan bangkitnya DAP 2.0 Kristian yang kuat bermain politik gereja, pertembungan antara agama tidak akan dapat dielakkan lagi.
Hannah Yeoh adalah Adun Subang Jaya
amukanmelayu - Islamelayu sering tertewas dengan KELICIKAN KAFIRUN kelahiran Penjajah kerana MELAYU MUDAH LUPA.......................