Sejarah kemegahan dan tamadun Champa yang cukup panjang iaitu memakan masa ratusan tahun tidak cukup untuk diulas dan dimuatkan semuanya dalam ruangan artikel yang terhad ini. Namun begitu, ianya bagaikan tidak bermakna pada hari ini kerana hanya tinggal sisa-sisa sejarah. Wilayah kekuasaannya telah menyusut sedikit demi sedikit sebelum hilang sepenuhnya dan kini seolah-olah menjadi tanahair asal untuk kaum Dai-Viet. Negara Champa telah merakamkan sisi gelap yang sering menyebabkan kejatuhan sesebuah Kerajaan di Nusantara, terutamanya adalah disebabkan perpecahan di kalangan pembesar negara dan rakyatnya serta pengkhianatan yang dibuat oleh orang kepercayaan sendiri disebabkan sifat tamakkan ganjaran dunia. Malahan, kebanyakan orang Melayu sendiri pada hari ini tidak kira di negara kita, Singapura, Brunei dan Indonesia pun kadang kala tidak tahu mengenai kewujudan negara Champa - sejarah kejatuhan Negara Melayu Champa kini di TANAH MELAYU pula.
DAP EDARKAN RISALAH
HAPUSKAN MELAYU
Mungkin Melayu tidak faham apa yang terkandung dalam risalah yang diedarkan oleh DAP tetapi maknanya adalah :"Kita dah monopoli ekonomi. Ayuh! DAP, MCA, Gerakan! Mari kita kawal politik Malaysia. Sekarang atau tidak.."
Apa yang Gomo faham risalah ini telah dimulakan di Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang pertama diadakan di Negeri Sembilan pada 03/11/2012 dan juga di ceramah ceramah yang DAP adakan bermula di Melaka pada 09/11/2012.
Nampaknya memang semakin lantang kaum kaum Cina DAP membangkitkan sentimen perkauman didalam Malaysia ini. Kuasa Melayu yang selama ini bersama sama MCA dan Gerakan serta parti parti lain telah digugat secara jelas melalui sifat Racist permainan DAP.
Jika ianya menjadi realiti maka seluruh kaum cina akan bersatu bagi memastikan kuasa politik Melayu lenyap sepertimana yang berlaku kepada Singapura. Melayu didalam PKR dan PAS mungkin akan kenyang dengan sogokan DAP sepertimana yang telah berlaku kini di P. Pinang, Selangor dan lain lain tempat tetapi anak bangsa kelak?
Sudah sampai masaanya orang Melayu bersatu. PRU 13 nanti bersatulah orang Melayu demi kuasa yang semakin mengecil ini. Bukan untuk kegemilangan kita tetapi untuk kegemilangan anak anak kita yang akan datang.
Psssttt..... Jika Cina boleh bersatu nak jatuhkan Melayu kenapa Orang Melayu tidak bersatu nak mempertahankan tanah bumi bertuah warisan Nenek Moyang kita?