Saturday, 17 November 2012

SIAPA SAJA YANG MEMPERTIKAIKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, MEREKA DENGAN TEGAS BUKAN RAAYAT TANAH MELAYU


Amukanmelayu tetap dengan penderian  Irene bukan RAAYAT TANAH MELAYU 

Kaji Semula Tanah Rezab dan Hak Istimewa Melayu , Irene Fernandez Tegas dengan Pendirian

Pejuang hak asasi manusia yang sejak dulu lagi memang kontroversi mahu perlembagaan yang mempertahankan hak istimewa orang melayu dikaji semula . Ini dilaporkan dalam portal online Malaysian Insider pada 16 November 2012 . Dari petikan Malaysian Insider ;

"Pengarah eksekutif Tenaganita yang lantang itu juga menambah bahawa langkah serta-merta dalam polisi kerajaan diilhamkan daripada Artikel 89 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan hanya berjaya mengguntungkan golongan elit dalam masyarakat Melayu kelas atasan."

Dari perlembagaan Persekutuan Artikel 89 ialah berkaitan dengan tanah rezab Melayu dan artikel 153 pula ialah hak istimewa orang-orang Melayu . Kenyataan Irene Fernandez mahu kedua-dua artikel ini dikaji semula . Pembaca sekelian, kita sedar permainan yang cuba dimainkan oleh mereka ini , dikala orang Melayu sedang berpecah belah , anasir2 ini mula memainkan peranan kali ini bukan lagi secara halus tetapi dengan lebih jelas . Kenapa mereka mula jadi semakin berani sekarang ? Tak lain tak bukan kerana mereka sedar ada di kalangan orang Melayu sendiri yang mahu Artikel 89 dan Artikel 153 ini dikaji semula .


Melayu-melayu yang dimaksudkan ialah melayu yang sama menyokong kebebasan beragama bagi orang melayu , melayu yang sama menyokong Lesbian, Gay , Bi-Sexsual dan Transgender dan melayu yang sama menyokong rejim Zionis .  Lebih memeritkan melayu-melayu yang pada prinsip asalnya menentang kesemua yang dinyatakan di atas atas kononnya atas nama Islam ,  hanya berdiam diri malah bersekongkol pula atas pentas politik yang sama ? Mungkin ingin menggunakan formula untuk capai kemenangan dalam sesebuah pilihanraya sesebuah negara ,sokongan golongan rakyat yang up-to-date dan golongan ortodoks / konservatif  amat diperlukan kerana selama ini itulah faktor yang menghalang kemenangan mereka . Dilihat prinsip perjuangan agak caca marba , tetapi tetap diteruskan dan penyokong-penyokong terus dikelirukan . Apa yang jelas, golongan up-to-date ini cuba meneutralisasikan golongan ortodoks/konservatif ini dan nampaknya usaha mereka semakin berjaya .

Berbalik kepada 'permintaan' yang dibuat oleh Irene Fernandez bekas pemimpin PKR , tidak mustahil ini akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kepimpinan negara . Tanah milik orang melayu pun dah tak banyak mana sekarang , kalau rezab Melayu pun dihapuskan entah apa lagi yang tinggal ? Hak istimewa pun akan direntap walhal majoriti Melayu yang menyokong PKR ni masih bergantung dengan hak-hak istimewa ini . Tak percaya ? Cuba pi ceruk-ceruk kampung yang mana bendera PAS dan PKR penuh berceracak , cuba lihat kehidupan mereka ini , adakah mereka sedar mereka boleh 'survive' sekiranya hak2 istimewa orang Melayu ditarik balik ? Entah apa lah yang diracun oleh pemimpin2 melayu Pakatan Rakyat yang menjelajah ke kampung2 ini hingga menyebabkan penduduk2 ini buta dengan hakikat yang sebenar .

Bagi Melayu Pakatan Rakyat yang 'urban' yang tinggal di kawasan bandar , tentulah tak kisah jika hal-hal sebegini di tiadakan , ini kerana mereka tak fikir nasib kaum2 mereka yang berada di pedalaman dan kampung2 . Memang benar Melayu perlu berdiri tanpa tongkat , tetapi warisan Melayu itu sendiri perlu dipertahankan . Jangan sampai dah hilang baru menyesal tak sudah . Cukup-cukup lah 'spin' mengatakan semuanya di ambil oleh orang berkepentingan , kalau semuanya diambil oleh orang2 berkepentingan maka tak wujudlah usahwan2 melayu yang ramai sekarang . Malah juga usahawan2 melayu yang menentang dasar2 yang dipertahankan kerajaan yang satu ketika dulu bantu menaikkaan mereka . Cuma bila dah kaya raya , maka mula lah dengan penyakit melayu yang nombor satu iaitu penyakit tak sedar diri . Jadi renung-renungkan lah , ketepikan soal politik dan bersatu pertahankan hak .. biar mulut2 sial itu terkunci lihat penyatuan ini .

amukanmelayu - tetap dengan penderian "Hak menjadi Keraayatan adalah kepada mereka yang memahami dan memegang teguh PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.....kalau tak faham Keraayatan perlu di PERTIMBANGKAN.............