Saturday 24 November 2012

TANAH MELAYU TAPI KAFIRUN YANG MENENTUKAN HALA TUJU


Isu Salon - Karpal Singh Label Kerajaan Pas Kelantan Tidak Bertamadun

Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa kepimpinan PAS campurtangan dan menyelesaikan segera kontroversi terbaru berhubung peraturan di Kelantan yang melarang pendandan rambut wanita bukan Islam memotong rambut pelanggan lelaki bukan Islam.
"Saya terkejut Kelantan telah memutuskan untuk memperluaskan peraturan tersebut ke atas bukan Islam," kata Karpal
Katanya, seringkali kerajaan negeri PAS secara terbuka mengisytiharkan bahawa undang-undang Islam tidak membabitkan bukan Islam, sepertimana parti itu juga berkata bahawa hudud bukan untuk bukan Islam.
Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, ramai rakyat Malaysia bimbang hukum yang sama akan dikenakan di negeri-negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan dan sama ada hudud juga akan membabitkan bukan Islam.
"Ada banyak kebimbangan di kalangan orang ramai mengenai apa yang telah berlaku di Kelantan. Jika hudud dibenarkan untuk diguna pakai kepada umat Islam, terdapat masanya nanti ia diperluaskan kepada bukan Islam," katanya 
Karpal Singh berkata keputusan itu adalah tidak berperlembagaan dan boleh dicabar di mahkamah.
"Malah, ia perlu dicabar di mahkamah. Mereka yang berkenaan tidak perlu membayar denda, PBT tidak harus mengumpul denda berdasarkan peraturan yang menyalahi undang-undang," katanya.
Karpal turut melabelkan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan negeri itu sebagai bentuk undang-undang yang paling rendah, tidak bertamadun walaupun ia dibuat oleh pihak exco dan mereka yang mentadbir kerajaan tempatan.
Enakmen itu kemudiannya diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, katanya.
Beliau mengulas kontroversi yang melibatkan seorang pendandan rambut dari salun rambut E-Life di komplek membelibelah KB Mall yang disaman oleh pegawai penguatkuasa majlis perbandaran yang berpakaian biasa kerana memotong rambut pelanggan lelaki.
Ahli Exco kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata Majlis Perbandaran Kota Baru harus menunjukkan kelonggaran apabila menguatkuasakan larangan pendandan rambut wanita memotong rambut pelanggan lelaki itu, jika kedua-duanya adalah bukan Islam, tetapi menekankan bahawa dasar kerajaan negeri mengenai perkara itu adalah jelas.

Banyak pihak telah mengutuk peraturan itu sebagai sebahagian daripada usaha PAS untuk melaksanakan sekatan ke atas bukan Islam, dan menyeru DAP memutuskan hubungan dengan sekutu politiknya.
 


Saman pertama


JANGAN PEDULI APA YG DIKATAKAN OLEH KARPAL SINGH KERANA KENYATAAN BELIAU TIDAK MEWAKILI DAP DAN PAKTAN RAKYAT.KARPAL ADALAH AGEN UMNO/BN/MCA YANG DIBAYAR DAN DIUPAH. HUKUM ALLAH ADALAH TERPAKAI KEPADA MANUSIA SEJAGAT. PAS BERKUASA SEPENUNHNYA DIKELANTAN JANGAN TAKUT DENGAN ANCAMAN SIKAPAL SELAM YANG DAH NAK SINK (TENGELAM TU. DICADANGKAN SUPAYA KARPAL SINGH DITARBIAH DI MANA-MANA PASTI ILMU YANG BERDEKATAN DENGAN TEMPAT TINGGAL BELIAU SECARA PERCUMA OLEH PAS. (KENYATAAN KARPAL SINGH YANG MUTAKHIR ITU ADALAH BERKAT DOA ADIK NIK AZIZ BARU-BARU NI. BUKAN BEGITU
# satu dari komen yang amukanmelayu jumpa dalam blog PUTRA MERDEKA. Telunjuk sentiasa mengarahkan pada orang lain....percayalah, jika hukum Allah terlaksana nanti, orang2 seperti inilah yang akan menentangnya balik.........
amukanmelayu - kita akan kehilangan Negara ini setelah lama kita bekorban dan memajukannya.