“Apa
yang berlaku di Palestin sebenarnya berlaku di Patani”
Kita
melihat perjuangan di Seltan Tahai lebih kepada menyelamatkan bangsa Melayu
Islam Patani atas tiket nasionalisme.
Namaun
apakah kebenaran disebaliknya? Apakah hakikat sebenarnya?
Tangan
mereka digari, hak mereka dicabuli, bangsa Melayu Islam Patani dizalimi, namun
kenapa ramai masih tidak peduli?
“Sesungguhny, orang mukmin itu bersaudara.”
“Barangsiapa tidak peduli dengan
urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk ke dalam golongan mereka.” (HR
Thabrani)
Tidakkah
kita gerun mengenangkan hadis baginda ini?
ASSYAHID HAJI SULONG PADA 1954 DIBUNUH DENGAN KEJAM OLEH PENJAJAH SIAM
PATTANI - Seorang daripada ulama di Nusantara
yang terbabit dalam perjuangan menegakkan Islam ialah Haji Sulong
Al-Fathoni. Nama sebenarnya ialah Haji Sulong bin Haji Abdul Kadir bin
Muhammad bin Haji Zainal Abidin bin Ahmad Al-Fathoni. Beliau yang
merupakan pejuang Islam yang dianggap sesetengah pihak sebagai ’Imam
Bonjol Pathoni’ bukan sahaja menghabiskan usianya menegakkan syiar
agamanya tetapi mengakhiri hayatnya untuk perjuangan Islam.
Peristiwa
kematian Haji Sulong Al-Fathoni diselebungi misteri hingga sekarang
kerana selepas dipanggil menemui seorang pegawai penyiasat polis, dia
terus hilang. Kehilangan Haji Sulong Al-Fathoni itu menjadi tamparan
hebat kepada umat Islam Pathoni kerana mereka bukan saja kehilangan
tokoh agama tetapi juga seorang pejuang Islam.
Beliau
dilahirkan pada tahun 1895 di Kampung Anka Ru, Pathoni, ulama ulung
yang bergerak dalam perjuangan rakyat Islam di negeri itu turut
dihangatkan oleh bahang tekanan pemerintahan Siam. Ketika itu, negeri
Pathoni Darussalam diperintah oleh Sultan Sulaiman Sharifuddin. Ketika
itu, hampir semua negeri Melayu di utara menghadapi keadaan yang sama
dengan Pathoni.
Haji
Sulong menerima pelajaran asas dan al-Quran dari ayahnya sendiri
sehingga pandai. Apabila sudah berusia 12 tahun, beliau berangkat ke
Makkah untuk menyambung pelajaran di sana selama 17 tahun. Beliau
berguru kepada para ulama dari Arab Saudi, Mesir dan yang datang dari
Nusantara. Pada tahun 1924, beliau kembali ke tanah air bersama-sama
isterinya yang dikahwininya semasa di Makkah. Keadaan negeri Pathoni
Darussalam masih sama sama dengan ketika Haji Sulong berangkat ke Makkah
dulu, iaitu berada dalam tekanan Kerajaan Siam, malah lebih teruk lagi
kerana Kerajaan Pagoda itu sudah ikut campur masalah dalaman Pathoni dan
negeri-negeri di uatara semenanjung lainnya.
Di
samping itu, Siam juga berusaha memasukkan negeri-negeri jirannya di
semenanjung menjadi sebahagian dari wilayahnya. Tindakan tersebut telah
dibantah oleh Sultan Abdul Kadir Kamaruddin yang memerintah Pathoni.
Sebagai akibatnya, Sultan Abdul Kadir telah dibuang negeri oleh pengausa
Siam dan haknya sebagai Sultan dilucutkan.
Dari
semasa ke semasa, kerajaan Siam terus meningkatkan kebencian dan
tekanannya ke atas umat Islam di Pathoni. Banyak pemimpin masyarakat dan
agama seperti Haji Sulong yang diawasi oleh pihak Siam. Apa yang boleh
dilakukan oleh ulama seperti Haji Sulong diperingkat permulaan adalah
menyedarkan masyarakat dan generasi muda akan haknya melalui pengajaran
Islam.
Haji
Sulong telah mendirikan Madrasah Al-Maarif Al-Wataniah di Pathoni.
Beliau telah memperkenalkan sukatan pelajaran dan sistem kelas di
madrasah itu. Walau bagaimanpun, tiga tahun berikutnya, kerajaan Siam
telah memerintahkan madrasah itu ditutup.
Haji
Sulong tidak patah semangat, kerana menyiarkan agama Islam adalah wajib
dan tidak terbatas di bangku sekolah yang memakai sukatan pelajaran
saja. Selanjutnya beliau menukar teknik mengajar di madrasahnya. Sejak
itu beliau lebih banyak membacakan kitab-kitab agama iaitu kitab-kitab
ulama zaman dahulu kepada para pelajarnya. Kuliahnya yang tidak lagi
berbentuk sekolah pondok sepenuh masa tetapi hanya bimbingan mingguan,
Maghrib dan Isyak telah mendapat sambutan penduduk tempatan. Haji Sulong
Al-Fathoni sangat arif mengenai usuluddin dan tafsir. Bidang itulah
yang menjadi tumpuan pengajarannya hingga meletus Perang Dunia Kedua.
Pernah
dikatakan, Haji Sulong Al-Fathoni pernah mengajar agama di Kemboja dan
pernah diburu penjajah Perancis kerana kegiatan itu. Bagaimanapun beliau
diselamatkan oleh orang Cham di selatan Vietnam.
Apabila
rampasan kuasa berlaku di Negeri Thai pada tahun 1932, corak
pemerintahan beraja bertukar kepada rejim berperlembagaan. Perubahan itu
benar-benar menekan masyarakat Melayu Islam di selatan thailand. Ini
kerana apabila Phibul Songgram berkuasa pada tahun 1938, beliau
melaksanakan dasar kebudayaan ’mensiamkan’ semua rakyat bagi matlamat kebangsaannya.
Undang-undang
yang memaksa rakyat memakai pakaian cara Barat iaitu berseluar dan
bertopi bagi lelaki serta bergaun dan berbaju pendek bagi wanita,
termasuk orang-orang Islam di Pathoni. Siam juga telah mengharamkan
penggunaan bahasa Melayu di pejabat-pejabat kerajaan.
Pelbagai
tekanan dan ancaman itu telah menyebabkan pimpinan masyarakat Islam
seperti Haji Sulong Al-Fathoni menubuhkan Badan Hukum Syariah bagi
melindungi hak dan kepentingan agama. Apabila meletus Perang Dunia
Kedua, Phibul Songgram telah mengubah lagi dasar, iaitu tidak lagi
mengamalkan dasar berkecuali. Beliau telah memihak kepada Jepun dengan
membenarkan tentera asing itu melalui Negeri Thai untuk menyerang Burma
dan Tanah Melayu.
Pada
tahun 1944, Phibul Songgram telah memansuhkan jawatan kadi, membubarkan
undang-undang keluarga Islam, memansuhkan sistem pembangunan waris cara
Islam lalu menggantikannya dengan undang-undang sivil. Tindakan Siam
tersebut telah melampau batas hak asasi manusia. Untuk itulah Haji
Sulong dan para pemimpin Islam lainnya telah mengadakan pertemuan untuk
membincangkan masalah yang semakin menekan tersebut..
Mulai
tahun 1947, perjuangan masyarakat Islam Pathoni bertambah memuncak
hingga tahun 1954. Selama tujuh tahun itu, Haji Sulong Al-Fathoni terus
mempertahankan agama dan bangsa sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam
Pathoni (MAIP).
Hasil pertemuan pemimpin Islam setempat di Pathoni, Haji Sulong Al-Fathoni mengemukakan memorandum ’Tuntutan Tujuh Perkara’ kepada kerajaan Negeri Thai pada tahun 1947. Memorandum itu mengandungi permintaan untuk mengadakan:
- Seorang ketua beragama Islam bagi empat buah wilayah yang dipilih oleh anak negeri dengan diberikan kepadanya kuasa penuh.
- Mengadakan
pelajaran Bahasa Melayu pada setiap sekolah bagi kanak-kanak berumur
tujuh tahun sebelum mereka belajar bahasa Siam atau mata pelajaran lain
dalam bahasa Siam.
- Hasil yang diperoleh dari empat wilayah itu hendaklah dibelanjakan di wialyah itu sahaja.
- 80% daripada kakitangan kerajaan mestilah terdiri daripada orang Islam.
- Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi.
-
Mengasingkan Mahkamah Syariah daripada pejabat undang-undang negeri
serta mengadakan undang-undang khas untuk memutuskan pendakwaan yang
bersabit dengan hukum Islam.
- Mengiktiraf rakyat di empat buah wilayah itu berketurunan bangsa Melayu.
Kesan
perjuangan itu, Haji Sulong Al-Fathoni akhirnya ditangkap oleh
pemerintah pada 16 Januari 1948 kerana dituduh ’menderhaka kepada
negara’. Polis telah menemui salinan surat bukti dialamatkan kepada
Tengku Mahmud Mahyiddin, iaitu pemimpin masyarakat Islam di rumah Haji
Sulong Al-Fathoni. Dua hari berikutnya, empat lagi rakannya telah
ditangkap. Mereka ialah Wan Uthman Ahmad, Haji Wan Husain Wan Din, Ahmad
(anak Haji Sulong) dan Che Ishak Abbas. Haji Sulong Al-Fathoni
dipenjarakan selama tiga tahun dua bulan selepas dibicarakan di Nakhon
Si Thammarat (Ligor).
Sewaktu menunggu perintah hukuman di Ligor, Haji Sulong Al-Fathoni (الفطاني)menulis
buku Gugusan Cahaya Keselamatan. Kemudian dimasukkan ke penjara Bang
Kuang di Bangkok. Dalam penjara beliau menghasilkan empat buah kitab
agama dan sebuah buku riwayat hidupnya, tetapi kesemua buku itu hilang
entah ke mana.
Ekoran
dari penangkapan para pejuang tersebut, rakyat di beberapa wilayah
telah memberontak dan menuntut agar para pemimpinnya dibebaskan. Haji
Sulong terus berada dalam tahanan dan baru dibebaskan empat tahun
kemudian yakni pada 1954.
Rupanya
pembebasan Haji Sulong dan pejuang lainnya hanyalah merupakan helah
Siam untuk meredakan kemarahan rakyat saja. Di sebalik itu ada rancangan
yang lebih jahat, tapi dengan cara halus. Ini terbukti apabila tidak
sampai dua tahun kemudian Haji Sulong dan tiga lain rakannya (termasuk
seorang anaknya sendiri) telah dipanggil secara terhormat untuk berjumpa
ketua polis penyiasat Siam dalam suatu pertemuan tertutup.
Akan
tetapi sejak pertemuan tertutup tersebut, beliau bersama rakan-rakannya
tidak ada pulang lagi ke pangkuan keluarganya. Kehilangannya sangat
misteri dan pihak Siam pun mendiamkan diri. Maklumat yang diterima oleh
kaum keluarganya dan rakyat Pathoni (فطاني)menyebutkan
bahawa Haji Sulong dan rakan-rakannya telah dibunuh secara rahsia dan
jenazahnya dibuang ke Laut Senggora (Songkhla) berhampiran Pulau Tikus
pada malam Sabtu, 13 Ogos 1954. Beliau telah wafat dalam perjuangan di
jalan Allah.
Pengorbanan
Haji Sulong Al-Fathoni iaitu penulis kitab Kashf Al-Litham tetap
bersemadi dalam lipatan sejarah perjuangan umat Islam Patani.
amukanmelayu - berpantang maut sebelum ajal.......kata pejuang "mempertahankan Ugamabangsa adalah kerja kami, samada kami menang atau kami mati"