Monday, 31 December 2012

BUMI DI PIJAK MILIK ORANG 111



Tanah Melayu Ketuanan Cina: Siapa Yang Bersalah?

Ironis sekali melihat perjuangan bangsa kita Melayu. Bangkit dengan keris panjang - melaungkan perjuangan membela bangsa , mendesak hak - hak dan menjerit menuntut keistimewaan. Siapa yang sebenarnya pejuang, siapa yang sebenarnya berani mahu mengatakan kebenaran - siapa pula sebenarnya menjadi lawan dan saingan kita tidak pula diperjelaskan dalam kita meniupkan semangat kebangkitan Melayu.

Ini bukan satu artikel yang mahu meniupkan semarak api perkauman tetapi adalah penting untuk kita mengenalpasti siapa yang sebenarnya menjadi lawan dan saingan kepada Melayu. Sekiranya artikel ini berbau perkauman maka se akan pasti penulis akan berdepan dengan penahanan - di penjarakan oleh kerajaan Melayu sendiri terhadap seorang Melayu yang hanya mahu mengupas kemelut Melayu seperti yang dikatakan oleh Pemuda UMNO Malaysia pada Perhimpunan Agung UMNO 2005.

Atas alasan ini kita diharuskan berbicara di antara garis - garis barisan ayat , berusaha menceritakan realiti sebenar kedudukan Melayu, dalam kelambu - berbisik kerana tidak mahu tertakluk menyalahi apa - apa peruntukan perundangan yang terkandung dibawah Akta Hasutan. Akhirnya penjelasan kita kepada bangsa kita mengelirukan, kita akhirnya kembali membohongi diri kita sendiri.

Bukankah pelik bila kita melaung-laungkan slogan Melayu kita dalam bahaya, bangsa kita tersisih ke tepi, bangsa kita mundur, bangsa kita dikhianati, bangsa kita ketinggalan di tanah sendiri tetapi kita tidak berani mengatakan secara jujur dengan siapa kita berlawan - dengan siapa kita bersaing - siapakah yang mencabuli hak kita - siapakah yang mempersoalkan mengenai hak keistimewaan Melayu - siapa yang mencemar daulah Islamiah - mencabar peruntukan perlembagaan dan undang - undang syariah dan siapa yang sedang menjadi tuan dan siapa menjadi hamba di negara ini.

Apakah kita masih segan , kita masih malu atau kita takut mengatakan kedudukan sebenar kita dalam negara ini? Apakah kita tidak berani berdepan dengan realiti bahawa ini bukan lagi Tanah Melayu dalam ertikata sebenarnya - bukan lagi ada ketuanan Melayu dan bukan lagi milik majoriti orang - orang Melayu dalam apa bidang sekali pun? Terkejutkah kita bila kita menyebut realiti dan hakikat ketuanan Cina semakin berkembang - ketuanan Melayu masih terkongkong dengan keris panjang yang akan di balut setelah gagah berbicara pada sidang - sidang media dan dewan - dewan tertutup.

Tidak ! Kita tidak boleh menyebut ketuanan Cina - ini provokasi namanya. Kita tidak boleh berbicara bahawa perjuangan kita adalah untuk menuntut hak yang telah tergadai kepada bangsa lain khususnya Cina - itu juga provokasi ! Namun kita boleh berbicara mengenai menuntut - memperjuangkan hak orang Melayu - taraf ekonomi orang Melayu - keistimewaan orang Melayu tetapi jangan sekali - kali menyebut dari siapa atau dengan siapa lawan kita dalam perjuangan ini.

Satu perjuangan yang mengelirukan. Perjuangan menentang siapa? Siapa musuh kita? Siapa lawan kita? Apakah kita berjuang menentang bangsa Cina dan bangsa - bangsa lain.

Apakah kita berjuang menuntut agar perlembagaan kita digubal semula untuk memperuntukkan hak keistimewaan orang - orang Melayu?

Apakah kita berjuang sesama Melayu sendiri atau lebih tepat lagi dengan hipokrasi kepimpinan Melayu?

Mengenai peruntukan fasal - fasal dalam Perlembagaan Persekutuan:

(3) Islam sebagai agama rasmi persekutuan di cabuli haknya oleh orang - orang cina atau lain - lain bangsa?

(32) Apakah kedudukan raja - raja Melayu dicabar oleh bangsa Cina dan bangsa -bangsa lain?

(38) Apakah kuasa peruntukan Majlis Raja -Raja berhubung dengan daulah Islamiah di cabul oleh kaum Cina dan bangsa - bangsa lain di Malaysia?

(152) Apakah penggunaan bahasa Melayu di tentang - cuba dihapuskan oleh bangsa Cina dan bangsa - bangsa lain?

(153) Apakah hak keistimewaan orang - orang Melayu dicabar oleh bangsa Cina dan lain - lain bangsa di Malaysia?

Secara amnya, apakah perkembangan sedia ada dicabar - dicabul, ditentang dan dirampas oleh bangsa - bangsa lain khususnya Cina.

Apakah jawapan kepada persoalan ini - tepuk dada tanya selera?

Perjuangan ini benar - benar mengelirukan. Kalau kita lihat perlembagaan , sudah cukup lengkap peruntukan dan fasal - fasal seperti 3, 32, 38, 152, dan 153 untuk menjaga hak - hak keistimewaan orang - orang Melayu tetapi mengapa Cina juga yang maju .

Ketuanan Melayu mati - sekarang ketuanan Cina

Jangan terkejut kalau kita didepankan dengan kenyataan Tanah Melayu - Ketuanan Cina?

Kenapa kita perlu gusar - kenapa kita perlu menganggap itu satu kenyataan berbau perkauman - kenapa kita katakan ini adalah satu usaha menghasut?

Apakah kita tidak pernah sedar bahawa ketuanan harus datang dengan kuasa dan kuasa dalam negara ini adalah satu komoditi yang boleh diniagakan lantas memberi satu indikasi yang kukuh bahawa kuasa hadir dari pegangan ekonomi yang kukuh dan pemilikan yang padu - yang mampu membentuk satu ketuanan.

Apakah ini bukan realiti kehidupan dan apakah kenyataan ini berbentuk hasutan.

Apakah salah kalau dikatakan bahawa pegangan ekonomi Melayu / Bumiputera yang tidak sampai 10% yang selainnya dipegang oleh bangsa lain khususnya Cina - tidak menjerumuskan kepada satu ketuanan baru menggantikan ketuanan Melayu?

Apakah pemilikan equiti oleh bangsa lain khususnya Cina melebihi pemilikan Melayu tidak juga menyedarkan kita bahawa ketuanan kita telah berubah dari ketuanan Melayu kepada ketuanan Cina?

Tidak sedarkah kita bahawa pegangan majoriti perniagaan - pemilikan tanah di bandar - bandar besar negara ini pasti menunjukkan siapa tuan dan siapa hamba?

Apakah salah akhirnya kita secara ikhlas mengakui - Tanah Melayu - Ketuanan Cina?

Hari ini kita digesa berjuang - melawan entah siapa - bertanding dan bersaing dengan entah siapa?

Kita hanya diberitahu Melayu Dalam Bahaya. Kita tidak mahu mencari asas kenapa kita perlu berjuang - kenapa kita perlu mengembalikan hak - hak kita dan tidak mahu jujur mengatakan kepada siapa yang sebenarnya hak - hak sekarang berada.

Kita terus digesa berjuang - ketuanan Melayu masih lagi menjadi satu bentuk idealisme perjuangan tetapi kita tidak ditentukan siapa saingan kita?

Apakah kita perlu menentang bangsa Cina untuk memulihkan ketuanan Melayu?

Apakah kita perlu bersaingan dengan cina untuk menentukan kuasa seterusnya menjadi tuan kembali di negara ini?

Dengan siapa harus kita berjuang?

Apakah kita perlu merampas kembali hak - hak kita yang telah di rampas oleh kaum Cina?

Hak Melayu di rampas oleh Cina?

Perjuangan se olah - olah dihalakan kepada menuntut kembali hak - hak Melayu, menuntut kembali pegangan ekuiti, menuntut pegangan ekonomi dan mengembalikan ketuanan Melayu. Ini di bicarakan - sebagai perjuangan.

Apakah kaum Cina sudah merampas hak - hak keistimewaan Melayu dan bumiputera seperti yang di peruntukan dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan?

Apakah kaum Cina sudah merampas pegangan ekonomi orang - orang Melayu?

Cina kini memiliki pegangan ekonomi yang lebih kukuh dari Melayu. Cina memegang ekuiti yang lebih besar - pemilikan hartanah bandar dan pemilikan perniagaan yang jauh lebih baik dari Melayu. Cina sudah melangkah jauh sedangkan Melayu masih di situ.

Dengan pegangan ini - apakah tidak ketuanan Melayu kita wajar diganti dengan ketuanan Cina?

Apakah mereka sebenarnya merampas?

Tidak menjadi satu kesalahan bagai kaum -kaum lain di dalam negara majmuk kita bertindak untuk meningkatkan prestasi bangsa - menaikkan taraf kehidupan mereka dan menuntut sekiranya dapat untuk mengubah kedudukkan mereka di Malaysia. Mereka berhak menjaga kebajikkan kaum mereka - berniaga dengan bersungguh - sungguh, memperolehi pegangan ekonomi yang besar, serta membeli dan memiliki harta. Mereka tidak merampas - mereka berusaha dan yang penting lain mereka tahu membezakan antara isu dengan falsafah politik. Mereka cuba dan terus mencuba dan dengan kekuatan ekonomi yang sedia terbentuk mereka mampu menggunakan kuasa ringgit dengan sempurna - dengan berhasil, atas apa cara sekali pun.

Kita memberi, mereka merasa, generasi kita merana

Sedikit demi sedikit kita bertolak ansur. Mereka tolak, kita beransur. Kita beransur untuk kepentingan diri dan individu. Kita gagal melihat gambaran besar kebinasaan yang kita sendiri bentuk. Kita ghairah memperjuangkan pegangan ekonomi yang akhirnya balik kepada kaum - kaum lain Kita gagal membentuk infrastruktur yang kukuh kerana kita hadir untuk menentukan nasib diri sendiri tanpa memikirkan mengenai bangsa kita sendiri.

Salah siapa?

Hak Keistimewaan Melayu sudah terkandung dalam Perlembagaan. Kuasa Kepimpinan Kerajaan di tangan orang - orang Melayu dan kita seperti mana peribahasa Melayu menasihati " terpulanglah - diracit halus - halus lah ia " .

"Pisau di tangan kita" kenapa lain jadinya?

Apa sebenarnya sedang berlaku?

Apakah Ketuanan Melayu dikhianati oleh Melayu sendiri?

Siapa dan mengapa?
 
amukanmelayu - tangisan Islamelayu......sendunya hingga ke malam.