Marah bukan kepalang
Anwar Ibrahim apabila mantan Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin atau
Zam melabel Ketua Pembangkang itu dan sahabatnya baiknya, bekas Presiden
Indonesia, B.J. Habibie sebagai 'anjing-anjing imperialis'.
Hujah Zam, gelaran
tersebut sesuai sekali terpakai kepada kedua-dua tokoh politik itu
kerana peranan mereka yang telah memporak perandakan negara
masing-masing.
Saat Habibie menjadi
Presiden Indonesia setelah Suharto di jatuhkan oleh gerakan reformasi,
antara langkah pertama beliau ialah tunduk kepada kuasa Barat untuk
diadakan pungutan suara bagi pemisahan wilayah Timur Timor.
Timur Timor yang telah
menjadi sebahagian daripada Indonesia sejak 1975 akhirnya dikorbankan
dan menjadi negara merdeka pada 1999 dan dikenali sebagai Timur Leste.
Kedaulatan wilayah Indonesia telah dimangsakan semasa Habibie memimpin negara itu.
Kelemahan kepemimpinan
Habibie menyebabkan kuasa Zionis-Yahudi menyusup masuk dan menggenakan
tekanan hebat ke atas seorang yang lemah sepertinya.
Pada ketika sama di
Malaysia, Anwar dipecat oleh Dr Mahathir pada 2 September 1998 dan
beliau dengan serta merta mentransformasi dirinya dalam tempoh 24 jam,
menjadi jaguh rakyat dan melancarkan gerakan reformasi jalanan yang sama
seperti di Indonesia.
Ketika negara sedang
melalui tempoh yang amat getir dan mencabar akibat serangan penyanggak
matawang, George Soros terhadap ekonomi negara-negara rantau Asia
Tenggara, Anwar pula menambahkan tekanan dengan tujuan untuk
menjahanamkan Malaysia.
Tujuannya ialah untuk
menjatuhkan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir ketika itu dan seterusnya
melantik dirinya sebagai Perdana Menteri.
Kerosakan yang dibawa
oleh kedua-dua individu ini kepada negara masing-masing sememangnya
harus dikenang dan diingati oleh generasi mendatang agar menjauhi
dipimpin oleh karektor seperti mereka.
Maka tidak salah kalau
Zam meletakkan status mereka setaraf dengan 'dogs of imperialism' kerana
amat secocok sekali dengan pembelotan yang telah mereka lakukan.
Tidak terkejut apabila
ada badut seperti Azmin Ali yang akan meluru ke depan untuk
mempertahankan bosnya, walaupun perbuatan yang dilakukan Anwar boleh
dikategorikan sebagai khianat peringkat tertinggi.
Memang sepadan gandingan Anwar dan Habibie kerana mereka adalah cerminan satu sama lain.
Jika Habibie adalah Bapa
Pluralisme di Indonesia, di Malaysia pula terdapat sekutunya yang
memegang fahaman yang sama iaitu Anwar.
Hanya bezanya, Habibie
lebih berani daripada Anwar untuk memertahankan fahaman pluralisme
berbanding Anwar yang menyorok di belakang kawannya itu.
Antara Habibie dan Anwar
dalam berhujah mengenai ideologi pluralisme yang songsang itu, nyata
Ketua Umum PKR itu jauh lebih bacul.
Apa tidaknya, ketika
Nurul Izzah dibelasah media berhubung isu kebebasan beragama bagi orang
Melayu, Anwar hanya mampu mempersalahkan media arus perdana yang
dituduhnya memutar belit kenyataan anaknya.
Anwar tidak ada kemampuan
intelek dan pemahaman mendalam untuk tampil menegakkan aliran pemikiran
pluralisme yang dikongsi bersama Nurul Izzah.
Dari segi ini, nampaknya
Habibie lebih berani dan terserlah kejantanannya daripada Anwar,
walaupun fahaman pluralisme ditolak oleh Islam.
Apa yang mampu dibuat oleh Anwar hanyalah menyerang UMNO dan Perdana Menteri dengan bermacam-macam tuduhan dan fitnah.
Selain mencaci dan
mencemuh kerajaan pada siri ceramah di seluruh negara, Anwar tidak
berupaya untuk mencetuskan idea yang boleh mengangkat martabat agama,
bangsa dan negara.
Anwar yang mahu menjadi politikus yang bergerak di atas simpatisan rakyat dan landasan politik picisan.
Tidak pernah rakyat
mendengar dari mulutnya mahupun tercatat di dalam Buku Jingga yang
dijulang puak pembangkang, bagaimana perjuangan Pakatan Rakyat mahu
menobatkan bangsa Melayu dan Islam.
Tidak mungkin tawaran
murahan dan populis seperti menurunkan harga minyak petrol, menghapuskan
PTPTN dan tol lebuhraya, mahupun mengambilalih IPP mahupun berdaya
untuk melonjakkan kemajuan ekonomi negara ke tahap yang lebih
kompetitif.
Maka ajakan Anwar untuk
berdebat dengan Perdana Menteri hanyalah gimik politik untuk menakjubkan
rakyat dengan retorik kosong melalui kepetahan bersyarah, tidak lebih
daripada itu.
SIARAN INI DITONTON LEBIH 100 JUTA RAKYAT INDONESIA
ZAM: "SIAPA SAYA UNTUK RETAK HUBUNGAN MALAYSIA INDOENSIA"
DIALOG LANGSUNG TVOne INDONESIA DENGAN MANTAN MENTERI PENERANGAN MALAYSIA
(Sumber TVOne Indonesia)
Ini adalah sebahagian dari wawancara TVOne Indonesia dengan mantan Menteri Penerangan Zainuddin Maidin (Zam) yang disiarkan secara langsung pada petang Khamis 20 Disember 2012.
Ini adalah sebahagian dari wawancara TVOne Indonesia dengan mantan Menteri Penerangan Zainuddin Maidin (Zam) yang disiarkan secara langsung pada petang Khamis 20 Disember 2012.
Antara lain Zam menjelaskan mengapa beliau merasa tidak wajar bagi
bekas Presiden Indonesia Pak Habibie dan juga Pak Gus Dur mengadakan
kunjungan kepada Anwar Ibrahim ketika dia melancarkan penentangan ganas
dan fitnah terhadap mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib.
Apakah dosa Najib kepada Anwar selain dari menjadi halangan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri.
DIPETIK DARI SINAR HARIAN ONLINE
RUZY ADILA IDRIS
12 Disember 2012
51 comments:
- DERMAWIJAYA12 December 2012 09:39ANWAR MENGHINA BAHASA INGGERIS SAUDARA TETAPI RAKYAT MENGHINA KELAKUAN BURUKNYA.Reply
- Anonymous12 December 2012 09:53...sebenarnya yg menyebabkan keretakan besar hubungan Indonesia dan Malaysia adalah Anwar sendiri....beliau menjalinkan hubungan dengan semua pemimpin dan parti yg menentang Suharto dan menggunakan pemimpin yg sama itu juga utk membela segala kejahatannya....satu Malaysia menyedari betapa cerdiknya Anwar dalam memperbodohkan musuh2 politiknya atas dasar tidak mau mereka melebihi dirinya..termasuklah memperlekehkan Dr mahathir sendiri...kami amat hairan apabila Anwar sanggup memperbodohkan orang yg pendidikannya rendah sedang dia sendiri pendidikannya cuma setakat General Degree (without Honours) dan nyaris-nyaris dibungkuskan oleh UM....Dr Mahathis meletakkan dia sebagai Menteri Kewangan walaupun keupayaan pendidikannya sendiri tidak layak membolehkan dia menjawat jawatan itu.....dan sebaik Anwar disingkir barulah tembelang pecah betapa kebodohannya mengemudi Kementerian Kewangan yg penting itu sebenarnya hanya topeng kebijaksanaanya..hakikatnya memang dialah yg bodoh sehinggakan terma-terma kewangan dan paling terserlah..krisis kewangan 1997..tidak dapat ditangani sebaliknya menyerah kepada kawan baiknya dari IMF..bahkan nyaris-nyaris menggadai negara ini kepada IMF dan US.....bayangkan apa akan berlaku jika negra benar-benar tergadai....peliknya Anwar sehingga kini tidak mengakui kesilapan bodohnya itu dan masih menganggap dialah paling pandai semata-mata English Amat Baik....sayangnya pe'elnya begitu buruk dan penuh kebodohannya....inilah apa yg dipanggil 'ludah ke langit tapi jatuh kena mukanya' semula....jadinya berhati-hatilah dgn orang seperti begini....kejahatan diri tak mau nampak tapi kelemahan menghina orang ditonjolkan....tapi nak anggap diri tuu Islamnya tuu tinggi.....masyallah....selam ajalah adalah....Reply
- JohorMali12 December 2012 10:10Adakah Anwar perlu angkat mantra Pluralisma sebagai kesinambungan Masyarakat Melayu Islam Malaysia?Reply
Adakah selama ini orang Melayu Islam sentiasa bersikap prejudis dan pantang bertolak ansur?
Saya tidak faham rentetan kefahaman Anwar. Apa yang saya boleh baca hanyalah bagi Anwar sentiasa memujuk orang Melayu Islam menerima dogma dogma yang di dukung oleh Pakatan yang mana ia perlu selari dengan selera rakan nya di DAP. Nyata kaum bukan Melayu amat sanjung dan taksub dengan Anwar dan Nurul, kerana kedua ini sering memberi hujah hujah yang menyelerakan (palatable) buat mereka.
Bagi Anwar, as long as the end justify the means, hantam sajalah! - Anonymous12 December 2012 11:43Saya masih teringat2 Youtube Anwar menghina Batik Malaysia katanya lebih cantik Batik Indon.Reply
Di sini kita dapat lihat kelakonan diri beliau yg sebenar: Memburuk2kan negara sendiri di negara orang, tetapi berkata2 baik di depan khlayaknya dengan memburuk2kan Orang lain (pendatang asing misalnya)
So, keputusannya - Cakap Tak Serupa Bikin... - Wah.. tuan ZAM, selalunya, setiap entry tuan ada 5-6 komen sahaja.. tapi entry berkaitan BJ Habibie sudah lebih 80 komen.. tahniah kepada tuan ZAM.Reply
Teruskan perjuangan tuan membogelkan anwar ibrahim walaupun satu dunia sudah menyaksikan anwar ibrahim berbogel... - Anonymous12 December 2012 12:27Anuwar dah rasa lampunya semakin malap. Oleh itu bawa orang yang namanya lebih terang untuk suluh diri Anuwar. Tindakan Zam membuatkan Anuwar cuba untuk mengambil faedah. Apakah Anuwar fikir sokongan dari Indon walaupun seluruh rakyatnya boleh mengubah pilihan rakyat Malaysia untuk memilih Mat Pungkok?Reply
Semasa zaman Mahathir Anuwar cuba memerangkap Mahathir untuk mengambil kuasa secara tunduk kepada IMF. Sampai ke takat IMF yang memilih siapa patut jadi PM. - Anonymous12 December 2012 12:58Iya, Pak Habibie telah merespon, begini kata beliau: "Ketika seseorang menghina kamu, itu adalah sebuah pujian bahwa selama ini mereka menghabiskan banyak waktu untuk memikirkan kamu, bahkan ketika kamu tidak memikirkan mereka." (baca: http://nasional.kompas.com/read/2012/12/11/20271330/Habibie.Ada.yang.Hina.Anggap.Saja.Pujian?utm_source=WP&utm_medium=box&utm_campaign=Khlwp)Reply
Respon singkat yang cukup untuk menunjukkan siapa sesungguhnya yang memiliki hati yang jauh...jauuuuuhh lebih mulia. - Anonymous12 December 2012 15:39otak zam sudahlah dungu dan teramat bodoh. sudah salah tapi tidak merasa.Reply
ingat zam, usiamu sudah 73, sudah bau tanah. bertobatlah.
jangan terus fikirkan hasrat dan jawatan politik. pintu kuburmu sudah dekat.. - Anonymous12 December 2012 16:10Kata demokrasi Indonesia itu lebih dari Malaysia sehingga Anuwar menyarankan Malaysia mengikut mereka.Reply
Demokrasinya terbuka tetapi fikiran dan hati rakyatnya tertutup. Lihat saja komen komen yang emosional dari mereka.
Bukankah demokrasi itu di mata Indonesia bahawa setiap orang berhak bercakap yang mereka suka?
Makanya benarkan Zam menyatakan pendapat. Kalau kamu pintar buktikan keagungan Habibie kerana yang ada cuma jelek. Ini pendapat dari orang Indonesia sendiri. Berdebat cara demokrasi.
Indonesia negara yang berantakan tidak pernah aman dan makmur walau seketika sejak dari sebelum merdeka. Puncaknya iaitu pimpinannya, daya mengurusnya sentiasa bergolak umpama gunung berapi.
Jadi terima saja apa pandangan orang lain. Kami di Malaysia tidak ambil pusing apa yang kamu perkatakan di Indonesia. Bukankah kami lebih demokratik? Ya lupa bahawa Indonesia negara muda demokrasi berbanding kami. - Anonymous12 December 2012 19:14Klo sy sepakat dg beberapa rekan di Indonesia bahwa ini pandangan Malaysia thd Indonesia.Bukan pribadi Zam.Reply
- Musa Ahmad12 December 2012 19:55Cerdiknya manusia ini membesarkan zam sebagai mewakili rakyat Malaysia. Itu sebabnya sikit sikit demonstrasi.Reply
- Anonymous12 December 2012 22:32Makanya ribut cawan kopi usah di ributkan. Habibie pasti kenyang sampai 7 keturunan. Kita? Kerna itu Habibie gak perlu susah susah menjawab pokoknya peribadi dia punya segala!Reply
Liat kedepan supaya boleh Indonesia dan Malaysia bekerja sama seperti satu badan. Apa kelebihan masing masing di pergunakan. Apa kekurangan sama sama di perbetulkan.
Sambil Malaysia maju ciri ciri ke Melayuan itu mesti di pegang yang benar benar masih memegannya nun jauh di desa desa Indonesia. Di sini Indonesia membantu dari menentukan 'kaki' Malaysia di bumi sedangkan apa apa kemajuan Malaysia di gunaka pakai di Indonesia. Gak usah pusing pusing memikir. Caranya ada ikut saja. Sama sama pula memikir cari cara terbaru.
Asal puncanya permainan politik Anwar Ibrahim yang popularitinya menurun di Malaysia kerana dia bercakap lebih bekerja kurang. Untuk antara menaikkan populariti dia meminta tolong dari rakan rakan yang sedang berehat menikmati kekayaan.
Tinggalkan saja semua ini. Habibie secara peribadi untuknya seorang telah berjaya. Sekalipun memberi makan satu kampung sampai matinya, uangnya tak pernah habis.
Fikir kedepan adalah lebih baik. - Yg pak zam ni nak sibuk komen cerita psl bekas presiden negara org buat apa pak? Byk lg isu lain yg lebih bermanafaat ttg warga malaysia sendiri utk pak zam nukilkan di blog pak zam ni. Jng terlalu nmpak sgt lah yg seolah2 segala tindak tanduk anwar itu termasuk menjemput bapak bj habibie tu spt menggugat pemikiran org malaysia utk trus memberi sokongan kpd kerajaan sekarang. Siapa pun pak bj habibie di mata pak zam, gelaran atau perumpamaan spt menghina bekas presiden negara org ini suatu tindakan yg tak memberi kesan yg positif pd rumpun kita ini. Mungkin tidak menjadi dendam pd pak zam bila anwar ibrahim menghina penguasaan bahasa inggeris pak zam sewaktu di wawancara aljazeera dulu, jd tak perlu jgk lah pak zam memberi pandangan yg jelek pak zam pada bekas presiden negara jiran kita, yg sejak akhir2 ini semakin membara terus. Atau mungkin pak zam mau sedikit traffic masuk ke blog pak zam, tp pakkk bukan gini caranya nak tarik visitor ke blog pak zamReply
- Bali Peng13 December 2012 07:11" SIAPA SAYA UNTUK RETAK HUBUNGAN MALAYSIA INDOENSIA" seperti kata Zam itu sebenarnya sinis. Pembantu rumah Indonesia pun boleh meretakan perhubungan ini kan pulak bekas menteri kanan.Reply
Zam telah mengumpul gelombang penyokong Anwar Ibrahim di Indonesia yang leboh kuat. Tidak bijak tindakan Zam itu. - Anonymous13 December 2012 09:08Saya tidak habis mengerti, mengapa wartawan senior seperti Anda, memiliki pemikiran yang begitu dangkal?Reply
Kemana hilangnya wawasan berpikir yang Anda raih selama ini? Pengalaman Anda sebagai wartawan mungkin lebih dari separuh umur Anda. Apakah Anda tidak mengerti tentang Check and Balances dalam menulis? Tulisan tidak mengacu/bersumber pada 1 sumber saja? Atau beginikan semua wartawan di malaysia dididik untuk membuat berita? Seenak hati menulis, walaupun tulisan Anda hanya pendapat pribadi.
Dan apa untungnya bagi Anda melibatkan orang lain dalam masalah politik dalam negeri Malaysia? Anda sangat pathetic kalau tidak dapat dibilang lugu. Bagaimana bisa orang semacam Anda mendapatkan jabatan maha penting seperti menteri?
Saya kira, saya dapat saja berkesimpulan bahwa mutu seluruh wartawan di Malaysia adalah seperti Anda. Tetapi tidak, saya pikir banyak wartawan di Malaysia, bahkan yang lebih junior dari Anda, lebih pantas disebut wartawan.
Anda tak lebih dari kecelakaan sejarah Zam! Anda akan dilindas jaman.
Orang tak akan lupa Anda,tapi yang pasti mereka mengingat Anda dalam keburukan. - Anonymous13 December 2012 10:04Reaksi Pak Habibie? Dia tertawa terbahak-bahak membaca tulisan anda Tan Sri, saya ulangi ya, TERTAWA TERBAHAK-BAHAK!!!Reply
- Anonymous13 December 2012 13:13benar...ketawa terbahak-bahak ekoran kebodohan rakyat Indonesia yg macam budak sekolah rendah memperbodhkan diri menulis dan mengutuk Zam....sebiji macam lanun Kg Darat...hahaReply
- Anonymous13 December 2012 17:20Tulis yang benar malay, bahasa melayu pun kau tak bisa benar hendak bercakap-cakap. malay tak lebih dari anjing persemakmuran kotoran inggris!Reply
- Anonymous14 December 2012 01:31ini lawan kutuk peribadi. bukan nak berdebat secara demokrasiReply
1. betul ke BJH datang hanya berceramah utk mahasiswa tentang demokrasi. Bukan untuk mendoktrin mahasiswa? kenapa? Malaysia masih belum demokrasi ke? Nakkan demokrasi ala siapa? Anuwar? BJH? kenapa pula perlu dia nak mengajar mahasiswa Malaysia?
2. Kenapa dulu BJH jerit Reformasi di Indonesia. Kemudian Anuwar pula jerit Reformasi di Malaysia. Tak rasa ada hubung kait ke agenda mereka?
3. Samada BJH sedar atau tidak semua ni adalah agenda Anuwar untuk ciptakan ribut. Mereka pun dah lama berkawan. Tak kan itu pun tak dapat nak "baca".
Tak perlulah di terjemah secara literal dan penuh emosi dan menyerang secara peribadi. - Anonymous14 December 2012 11:00saya cuba nak jawab soalan diatas :Reply
1. BJH lu anggap mendoktrin mahasiswa (pertanyaannya, lu ada kat sana tak waktu BJH berikan ceramah ?), nah si Zam saja dia tak datang, tapi cuba membuat opini yg seakan-akan dia ada kat sana ketika itu, ya klo begitu susah nak bahas isi ceramah BJH. kebetulan saya datang ketika BJH kat UNISEL, BJH hanya menceritakan pengalaman pribadi dia plus memberikan pandangannya tentang demokrasi, pluralisme dan banyak lagi. saya tak rasa itu sebuah wujud indoktrinisasi kat mahasiswa.(tp klo tak datang kat sana susah nak berdebat kita).
2. BJH setahu saya dia tidak jerit reformasi, yang jerit para aktivis kat indonesia dan masyarakat kat sana yang memang perlu perubahan. BJH hanya meneruskan tampuk kepemimpinan yg secara perlembagaan indonesia macam tu prosedur dia. klo Anwar jerit kat sini lu pikir sendiri je.
3. ada salah ker sesama tokoh berkawan, kawan pun tak kan satu haluan dalam beberapa pandangan, BJH cuma ingin menghormati kawan mengundang (di luar itu lu pikir sendiri)
yang jadi pokok masalah ni ada dekat Zam, Zam berbicara seolah-olah Anwar memang musuh seluruh masyarakat Mly. taklah Zam klo musuh UMNO iya lah, itupun mungkin karna ada ketakutan akan tumbang (mungkin). saya setuju itu cuma pendapat pribadi Zam, tapi Zam boleh baca ramai referensi mengenai BJH, jangan pula 1 sumber sahaja (kata Zam Jurnalis, mantan menteri pula, kan malu Zam kalau diperlekeh). ini kesalahan akhbar pula kutip blog (pendapat pribadi) untuk tujuan menjatuhkan musuhnya, tanpa perhatikan unsur jurnalis yg betul. - Anonymous14 December 2012 14:53Wallahualam. Hanya Allah saja yang tahu niat di hati masing-masing. Semuga Allah akan menunjukkan kebenaran kepada kita satu hari nantiReply
- Anonymous20 December 2012 12:13yang buat retak itu rakyat nya sendiri mau indonesia atau pun malaysia.. para petinggi2 cuma cari muka di depan rakyat masing2..Reply
coba tengok komunitas2 OL saja.. tadak ade yg akur antara Indonesia dan malaysia..
jangan pernah bawa2 soal agama.. yg terjadi semua diluar garis ajaran agama.. mau islam mau kristen dll..
tak ada satupun agama yg mengajarkan untuk membuka aib orang lain atau menzalimi orang lain mau dengan perkataan dan perbuatan..
Siapa yang benar siapa yg salah.. saya rasa kita sebagai manusia bisa meliahat mendengar menggunakan logika dan perasaaan, untuk menilai mana yg baik dantidak.. jangan menambah perpecah belahan antar negara.. bukan hanya negara tetapi antar umat - Anonymous20 December 2012 20:41Ramaiii,,, komen Eee,,,sye ni putih lah tak nak caci mencaci, serumpun , serantauuu,,pasal atuk zam pule,,,menjadi puncaa,, atuk zam, memanglahhh,berjaya membuat malaysia dan indonesiaa ni hebohhh ,dan berjaya pule membuat blog ini ramaiiiiii tahnyahhh,,,,atuk zam,,,tak baik caci men caci tauu kite ini berjiraannn, bile kite ni berpegang pada agama pasti semuee sedarrrr
Kaka abe (antara kuala lumpur dan jakarta)amukanmelayu - pemimpin Malaysia dan Indonesia telah menggadaikan maruah Bangsa dan Tata Nusantara hanya kerana ingin memenuhi kehendak pendatang dan tangan ghaib di sebalik bagaimana mereka mendapat Jawatandalam politik.